Khairunnisa’ anak kedua saya ni jenis yang tegas dan tidak mudah terima sesuatu menu yang baru. Jenis makan tu, makan tu jelah sampai dia bosan , kemudian baru tukar menu baru dan menu itulah juga sampai tahap bosan seterusnya mencecah tempoh masanya. Itupun menu baru yang nasib-nasib baik lah dia ter cuba kemudian dia kata ‘okay’.
*ceria, bijak dan manis orangnya waktu segar/sedar, dan sebaliknya bila separa sedar penuh dengan keresahan, kesedihan dan ketegasan tidak mahunya. Ini lah karektor anak yang kita sentiasa raikan dengan cara memahami, menerima seadanya dia, dan bantu part mana yang kita boleh bantu.
Kita Sanggup Berubah Kerana Kesihatan Anak Lebih Utama
Bermula perubahan corak pemakanan dia bila kami stopkan ubat moden (steroid) dan mulakan clean diet (semua bahan fresh, terpilih dan lulus dalam PEP Perfect Eczema Plan dia). Masa itulah saya sedar dia mula ‘selektif’ dan susah makan, jadi pick eater (sebelum tu saya tak ingat saya ada isu ini dengan dia langsung).
Saya ingat lagi masa tu dia dia 2 tahun 8 bulan. Sanggup tak makan tu sampai 2 minggu dia tak makan apa saya masakkan (sebab menu baru), dan dia hanya sudi minum air kelapa fresh aja siang dan malam, dan syukur survived hidup dia 😅, ayah dia kata air kelapa tu macam isotonik beri tenaga).
Syukur banyak perubahan, perlahan-lahan, malah ia beri kebaikan untuk kami sekeluarga (ubah gaya dan sumber pemakanan).
Dalam Ujian Kehidupan, Redah Aja, Tuhan Kan Ada Bersama Kita
Fikir semula, ia tidak mudah, namun telah berjaya diredah (masa tu rasa macam ibaratnya gelap siang dan malam, belum muncul-muncul matahari atau cahaya di hujung tunnel lagi). Dua kali masuk wad hospital dan berdepanlah dengan para doktor dengan yakinnya mengenai keadaan semasa anak ketika itu, dan 5 minggu dia tega tak nak berjalan sebab berbalut kaki tangannya (dia rasa dan fikir sakit, disable feelings buat disable physical – ada cerita lain macam mana tiba-tiba dia sudi nak berjalan sendiri).
Cuba Sesuatu Yang Baru
Berbalik kepada isu menu barunya, ditakdirkan semalam seorang kawan datang rumah. Masuk je pintu dia nampak tangan bersarungnya si KN 5 tahun ni.
Terus tanya dan saya kata sebab ekzema. Oh ok nanti I cerita pasal makanan ni. Saya jenis positif ni kata, ok boleh boleh, kita tak tahu kan mana satu mungkin boleh bantu dia.
Jadinya nak dijadikan cerita saya pun beli lah produk ini, hanya ekstrak jus buah je pun. Mahal memang mahal, tapi takpa kita cuba dulu.
Sebut-sebut sikit sambil dia main dengan anak kawan ni, dia dah kata “TakNak” dengan tegasnya. Hmm ok. Ayah nya kata Kakak ‘susah’ makan benda baru, kalau taknak, taknak lah tu. Hmm yer, takpa kita cuba lagi saya kata.
Pujuk pujuk sampai malam memang dia kata “TakNak” lah.
Komunikasi Spesifik, Semi Formal Demi Mencapai Matlamat Kita
Akhirnya selepas mandi saya panggil dia dan buat komunikasi spesifik (ini saya ada kongsikan melalui audio reply kepada ibu anak remaja yang bertanya soalan kepada saya di telegram (pembeli ebook dari Support Group Ebook saya).
Saya pun tanyalah KN: “Apa sebab kakak taknak makan jus buah yang sedap tu” (Walau mak tak makan lagi, mak sebut je label ‘jus sedap’ heheheh – mak ni lebih kepada memikirkan makan jelah sebab mahal ni nak oooi 😅).
KN pun jawab lah, saya pun faham dah punca di pemikiran kecilnya. Rupanya sebenarnya lebih kepada sebab dia takut masam.
Saya argue elok-elok dan kata kan buah oren dan vitamin c kakak pun masam, boleh aja makan / minum pagi tadi?
Tapi masam, kakak taknak.
Macam mana kakak tahu masam.
Kakak tengok pun kakak tahu, mesti masam, warna merah pulak tu, kenapa merah Mummy?
Hmm yang Mummy tahu ada 3-4 jenis buah dalam tu, contoh buah ni warna oren, buah ni warna merah, so campur campur, warna merah lagi kuat, seluruhnya jadi merah lah (heheheh, bagi jawapan logik aja kepada anak Thinking introvert darah O ni).
Kemudian saya cakap macam mana tah, akhirnya dia setuju untuk cuba dulu. Mungkin saya macam kata, kakak cuba dulu baru tahu kot kot dia tak masam mana. Lagipun kita nak kakak sihat kulit.
Saya sedang tidurkan Yumna tak dapat bergerak, minta si ayah beri 30ml.
Dari jauh dengar, macam mana nak dapatkan 30 ml, gitu, gini, akhirnya selesai dia minum.
Ayah dia memang pandai hypnoscript, suruh KN bagitau Mummmy, sedaplah Mummy. KN mai jenguk dan tunjuk jari Thumb Up dan senyum lebar sambil angguk.
Saya pun besarkan mata dan senyum lebar, angguk juga. (hah… lega mak).
Selesai.
Refleksi saya:
- Mindset kita, kita tukar, boleh. Anak boleh minum. Komunikasi tadi jarak jauh aja tak dekat di hati dan kita tak tahu punca di pemikirannya maka kita menerima konsisten jawapan dia ‘TakNak’ tu.
- Waktu tenang-tenang, santai, kita dekati anak, dapatkan perspektif dia, apa punca sebenar dia ‘TakNak’ tu. Ini sangat penting, sebab hanya dengan komunikasi lah ia menjadi jambatan kepada pemikiran anak usia 5 dan pemikiran mak usia puluh puluh ni. Oh rupanya sebab dia fikir masam jadi dia taknak lah, simple je halangan dalam pemikiran dia, kan? 😅
- Lepas dapat tahu punca dia, kita goreng la sembang-sembang, bagi stories dan pengaruhi dia, dapatkan dia untuk cuba dulu sebelum buat keputusan untuk ‘Nak’ atau ‘TakNak’. Saya percaya kanak-kanak hanya perlu ‘experience’ yang betul sahaja untuk ubah pemikiran dan emosinya.
- Untuk point no 2 di atas, saya kemukakan ‘Apa sebab’ bukan ‘Kenapa’. Dalam komunikasi selamat, non attacking dan positif kepada manusia, elak perkataan ‘Kenapa’. Ini keyword yang selalu saya kongsi dalam training berkaitan komunikasi berkesan untuk staf. Ini belum masuk lagi dengan skil non verbal komunikasi lain yang turut saya masukkan dalam 10 formula / strategi dalam webinar nanti.
Jadinya, saya mengajak sahabat semua untuk kita sama-sama tingkatkan skil komunikasi kita dengan anak, mudahan anak-anak kita ni boleh kita pengaruhi kepada sesuatu yang kita mahu dia lakukan, untuk kebaikan dia sendiri. Semua kita pun mahu pengaruh anak kepada yang baik-baik, bukan yang tak baik, pun kan.
Banyak kisah sebenarnya, namun ini yang dapat saya rekodkan penulisan hari ini, untuk rujukan saya kemudian nanti.