Ada Teknik Give In Untuk Anak Usia 2? Apa Tu…


Saya banyak meng’coaching’ personal bila orang bertanya sama ada pembeli Ebook di support group telegram, mahupun di inbox Page. InsyaAllah so far saya tak pernah tak jawab, kecuali betul-betul saya tak tahu dan terlepas pandang, sama ada cepat atau lambat ja (jika support group pembeli ebook KPI saya adalah kurang dari 24 jam saya akan respon sama ada secara teks atau audio reply panjang berjela).

Dalam banyak perkara yang ditanyakan, keluar lah ‘term’ yang saya entah macam mana sebut sendiri. Jadi teknik pula. Anggap aja ia ada, cuma mungkin kita tak tahu / jarang atau tak disebut oleh pakar parenting dalam penulisan dan buku ya.

Dan Intuiting macam saya memang boleh come out dengan banyak teknik ibaratnya ‘1001 teknik’, sebab saya Intuiting ni ‘solution provider’😄, namun percayalah konsep dan dasarnya tetap sama…

Iaitu kita semua mahu anak jadi seperti apa kita harapkan, kita mahukan, kita doakan, kita hasratkan, kita target kan.

Sebenarnya ‘teknik-teknik’ ini boleh dicuba-cuba dan dialami, dilihat, dinilai semula sekiranya ia sesuai untuk anak kita dan diri kita.

Jika ada 5 anak berbeza karektor, memang pendekatan perlu berbeza sebab faktor jantina, faktor usia, faktor personaliti otak dominan mereka, faktor darah juga dan faktor diri kita sendiri as parent yang nak menyampaikan nasihat/bimbingan kepada si anak ini.

Teknik ‘IN’

Baru ni ada saya consult seorang guru besar (saya share umum aja ya sebab saya sentiasa menghormati orang yang bertanya soalan kepada saya), dan saya perkenalkan teknik ‘Time In’ di saat guru sudah buat ‘Time Out’ dan rupanya tak pernah dengar teknik ‘Time In’ walau rupanya dia follower saya (saya segan juga dan malu+terharu☺🙈 – rasa siapalah kita ni..).

Jemput baca di sini mengenai teknik Time Out yang sudah kurang sesuai ya kini dari kajian otak dan perkembangan kanak-kanak. Dan kalau tanya saya, saya katakan; boleh Time Out dan boleh Time In tapi perlu ada cara dan stepnya yang betul dan situasi yang sesuai. Di sini pernah saya tuliskan (boleh klik).

Teknik ‘Time In’

Ada beberapa artikel saya menulis mengenai Time In untuk anak pelbagai usia (boleh klik di box):

Anak buat salah kita buat Time In Pillow Talk

Anak mula tantrum dan kita buat Time In

Teknik ‘Give In’

Give in ni saya sarankan untuk anak usia toddler yang dah masuk fasa autonomi (mahu buat sendiri cara sendiri, dunia ini aku yang punya, aku rasa emosi itu dan aku ekspreskan terus emosiku tanpa tahan/pendam, fasa bebaskan emosi dan serlahkah diriku); sekitar usia 1.6 yang mula mahu kita ikut cakap dia, berkeras (ada mula lewat sekitar usia 1.8 atau mula nampak usia 2.0 tahun) hingga usia 3.0 tahun.

Usia 3.0 tahun anak akan mula boleh faham sedikit (pause : berfikir tentang kesan) dan boleh tolerate seperti anda tolerate dengan dia sewaktu peak egosentrik dan autonomi dia usia 2.0-3.0 dulu ☺☺☺.

Ya utk anak usia ini, dahulukan permintaan dia (dia dah masuk fasa autonomi ni)

Standby bancuh susu siap2
Mandikan,
Beri susu sambil pakaikan pampers
Sambil sebutkan pujian, bagus adik sabar dan boleh dipakaikan pampers dgn baik..

Utk anak usia ini,
Kita kurangkan bertelagah dan berkeras seolah dia usia sama kita puan.

Sy faham sgt situasi pn,
Anak sy pun sama.
Cuma kita fahami stage otak dan emosi dia,
Hmm jika kita berkeras ego juga, mmg mudah aja retak, patah ibaratnya.

So namanya teknik Give In.
Bagi muka la.
Bukan kita ‘kalah’,
Tapi kita menang sebab bijak dan berhemah, sedia perisai awal,
Kemudian cuma masukkan ‘hypnoscript’ aja apa yg pn nak dia lakukan semasa pakaikan pampers dan dia dapat susu tu.

Cth : lepas ni, adik pakai pampers dulu baru minum susu ya, boleh ?

Pn. akan suprise bila behaviour dan mindset dia change, dia sendiri sebut skrip puan,
“Pampers dulu baru susu ?”

Bila dia dah sebut skrip puan,
Bermaksud dia dah dapat apa yg pn. nak sampaikan, dan dia sedia ‘Give In’ kepada kehendak puan pula (it is sooo soothing and melting when the time has come, MasyaAllah La haw la wa la quwa ta illah billah) ☺☺☺

Sabar dan teruskan ucap aja ya

Contoh jawapan saya kepada persoalan anak berkeras mahu susu dulu baru pakai pampers. Dulu saya juga berkeras, bila dah pandai sikit ni saya cuma Give In aja selagi tidak mudarat si anak walau perkara seperti nak tekan blender, nak tumbuk alu tumbuk bawang, nak memegang sudip mengacau masakan, nak sudu besi bukan sudu plastik dsb – semua saya beri…

Boleh cuba ya semua : Teknik Give In

Anda sendiri akan mudah nak handle fasa ini. Benda bahaya, melibatkan panas dan sebagainya kita akan pantau 100%.

Stepnya:

i) beri dia cuba 2-3 saat, kemudian
ii) ambil semula perlahan-lahan sambil cakap elok-elok dan
iii) terus guna Teknik Distract (alihkan perhatian kepada perkara lain yang lebih menarik).

Anak kecil bawah usia 3 sangat mudah guna teknik distraction tau. Bila dah besar sedikit, dia sudah biasa dan tau trick kita, baru dia akan kata TakNak : Cik Yumna kami sekali sekala dah mula say TakNak (sejak usia 2.3 tahun rasanya) dah sebab sudah tahu trick kami parents (budak kecil kan amatla bijak),

so kita perlu super bijak dan kreatif, terutama anak Thinking, usia 2 pun dah mula nampak bunga tricky dia tau (dia dah plan ibarat 3 steps ahead dari kita nya pelaksanaan semasa itu: kami peasan Fateh macam ni masa usia 2 dulu, haru sangat tricky trait dia tu).

Doa Untuk Semua

Semoga semua kita diberi kesabaran dan kekuatan untuk tetap sabar, kuat lagi kesabaran dan menyantuni mereka dengan bijak dan berhemah, Allah beri dan limpahkan kesabaran kepada kita semua ya.

Maznah Ibrahim

14 September 2020


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *