Sebenarnya banyak perkongsian yang bermakna sama ada dari peserta Seminar EhSabar saya mahupun pembeli ebook yang dikongsi di email ataupun di telegram support group.
Namun tidak semua yang sempat saya catch up kongsi kepada ramai orang dan tulis semula, sebagai rekod keibubapaan kita pada masa ini dan akan datang. Anggap saja lah rezeki masa atau rezeki ilmu tertentu dari Nya..
Kali ini saya sempat meminta izin dari Pn Ila Shazila dan beliau telah mengizinkan saya berkongsi semula dengan mengekalkan nama beliau :). Terima kasih banyak-banyak ya puan, infaq ilmu ni, insyaAllah berpanjangan pahalanya….
……
Perkongsian Pn Ila Shazila di dalam suport group Ebook ‘Saya TakNak Marah Anak Lagi’ ini pada saya amat bermanfaat dan perlunya momen ini direkodkan agar menjadi rujukan kepada ramai #ibubapakini dan akan datang.
Ia walau amat simple dan basic, namun besar. Komen dan review strategi keibubapaan kini yang digunakan oleh Puan Ila ini saya tulis di hujung post article ini ya :).
——-
Bila tenung blk ank2 zmn sekarang sangat jauh bezakan.. dlu mak jelingje dah takut. Skrg ank tanya blk kenapa mak buat mata mcm tu..
Dlu klau kita asik tgk tv je mak ajak makan.. kita jwb tunggu dlu.. mak kata.. makanla tv tu.. klau skrg ank akn jwb blk.. ini utk tgkje bukan blh makan..
memang sgt perlu ckp benda betul & tepat sahaja:smile:Isu x nak marah ank kan..
Kdg2 tgk situasi kita.. kalau kita tgh tenang ank buat hal kita akan tenang & blh berfikir dgn baik.
Biasanya kemarahan akn t’jadi bila kita penat.. nak mrh kat suami.. terlewat nk prg kerja kejar masa.. atau ada masalah lain..
Teknik tahan marah yg pn ajar sgt membantu..(Thumbs up).
Puan ckp kat situ.. x perlu fikir berkesan atau tak, trsje amalkan..Smlm ank minta aiskrim, sy lupa buat.. padahal mlm sblmtu sy janji nk buat..
Dia mengamukla.. sy terangkan ckp smlm umi lupa buat.. umi mnt maaf.. dia x nk terima lg.. trs menangis nak..
Sbnrnya dah naik angin, nk meletup dah.. kita terang x nak faham2..
Pastu sy tarik nafas.. berhenti jap.. fikir baik2.. nak bg dia behenti menangis ke nak marah.
Kakak umi tahu kakak suka aiskrim.. aiskrim tu sedapkan.. manis.. sejuk.. umipun suka. Kakak paling suka perisa apa?sambil senyum sy tnya dia..
Dia trs behenti menangis smbil jwb “coklat” ooo kakak suka coklat.. sedapnye aiskrim coklat.. rasa manis.. rasa koko..bla..bla..Tp skrg umi lupa buat, aiskrimkan kena buat, simpan dlm peti beku dlu..br jadi aiskrim.. nnti kita buat sm2 ya..
Dia blh ckp ok & prg smbung main..
Ajaibkan?
Klau saya terus marah2 dia.. dia akn trs menangis tersedu2 & saya akan trs stress & mgkin akn biarkan dia menangis & hatinya akan tercalar..
Trm ksh puan…
Kongsikan pengalaman.. smntr ank dah tdorπ & sblm sy tdor..
Smg bermanfaat kpd org lain…Tahniah puan.. teruskan sebarkan kebaikan..π.
———
Review / Feedback saya:
πππ.
Betul skali
Pn perlu taip n rekod momen ini.
4 Strategi Keibubapaan yang Puan telah gunakan ialah:
1. Puan telah berjaya kawal emosi atau tahan marah dengan segera dengan cara menarik nafas dahulu. Telah banyak kali saya nyatakan dalam seminar atau interview untuk kawalan emosi, iaitu tarik nafas adalah satu cara palig berkesan dan perlu dikuasia, murah dan mudah, untuk switch emosi negatif kepada positif itu.
2. Puan telah berjaya buat Time In dengan anak sewaktu anak nak tantrum, yang mana ia amat mahal sekali skill nya. Untuk orang yang tak pernah buat Time In, tak dapat bayang macam mana respon anak sebab kita selalu ‘tolak anak’ atau menafikan emosi anak, tapi itulah dianya yang telah menjadikan sesi berkomunikasi dengan anak ini menjadi berkesan.
Pada saya juga teknik Time In amat istimewa, jauh beza kesan dengan Time Out. Ia saya anggap sebagai teknik layaaaan aja momen bunga bunga tantrum anak tu dengan muka selamba (tak ikut sama tantrum anak), emosi tenang dan fikiran matang.
3. Komunikasi empatik dan sesuai dengan usia anak – Kakak, Umi tahu kakak suka aiskrim… bla bla bla (kata emosi/adjektif di sini ialah ‘suka’, ‘sedap’, ‘manis’, ‘sejuk’, umi pun suka π , ‘paling suka’, ‘perisa’, ‘suka coklat’, ‘sedap’, manis, ‘rasa koko’…)
Ini memang activatekan senses deria rasa, dan imaginasi bayangan visual otak kanan anak, sangat empatik sebab ia sesuai dengan otak fitrah anak kecil iaitu otak kanan (bukan otak kiri kita yang reasoning – dah cakap tak faham faham lagi ke, ni kenapa, kenapa, kenapa dsb).
4. Distraction, dengan bertanya soalan; bila anak boleh jawab, menunjukkan anak telah dibimbing atau dibawa untuk move dari emotional brain (lower brain), naik ke rational brain.
Hanya dengan otak rasional /berfikir ini saja membezakan kita dengan binatang yang boleh ikut hawa nafsu dan keganasan fizikal (contoh pukul tarik anak cepuk anak semua tu), dan inilah yang disarankan oleh Rasulullah saw sebagai Uswah Hasanah yang sering kita niat nak ikuti itu… Caranya ibubapa perlu dulu tenang dan rasional ok :).
—-
Syabas puan, mudahan yang membaca ini juga akan beroleh manfaat dan pencerahan bagaimana nak komunikasi dengan si anak sewaktu emosi anak tak ok tu.
Syaratnya memang ibu perlu dalam keadaan tenang, semudah tarik nafas untuk switch dari nak marah kepada lebih rasional dan teruskan berkomunikasi secara jelas dan Time In.
Maznah Ibrahim
25 Jun 2020
Beberapa keyword ini boleh di taip di telegram channel saya di sini ya seperti ‘time in’, tantrum’ dll di :