“Tak nak kawan Mama”.
Alahai si anak comel kita ni dah merajuk daaaahhhh π
“Tak nak kawan Ayah”
Anak kecil ni seawal 1.6 tahun ada yang sudah mula menunjukkan tanda bunga-bunga tantrum; sama ada merajuk atau mengamuk. Heheh.
Merajuk ni lebih kepada melt down feelings, sedih-sedih gitu, dan kategori pasif, manakala yang mengamuk ni lebih kepada gaya agresif.
Biasanya anak merajuk kerana kondisi seperti ini:
Anak tak dapat apa dia mahu. Contoh makanan, minuman, mainan, mahupun sesuatu mengikut cara seperti yang dia mahukan.
Berbahagialah, kerana mulanya gaya ini menunjukkan anak sudah mula melangkah ke fasa seterusnya, mahu mengeluarkan ‘keakuan’ (egosentrik) atau ‘kemahuan’ tersendiri. Ia juga menunjukkan mereka mula mahu membentuk atau mengeluarkan identiti tersendiri.
Ia selari dan serentak dengan fasa autonomi iaitu melakukan, serta menzahirkan apa yang difikir dan dirasa dengan cara tersendiri. Tidak sama dengan semua orang, ianya unik.
Elak berkata anak kuat merajuk ini ikut mak dia atau ayah dia atau kakak dia, kerana walau pembelajaran sosial mudah berlaku (peniruan), namun ‘judgement’ seperti ini akan banyak pengaruhi cara tindak kita hadapi situasi anak merajuk ini iaitu lebih tidak membantu.
Maznah Ibrahim
Cara kita respon kepada mereka sebenarnya telah membuatkan mereka belajar meregulasi emosi mereka (urus emosi) sama ada dengan cara lebih OK atau lebih Tak OK.
Umumnya ada 3 cara ibubapa respon kepada anak merajuk ini:
1. Merajuk dan Dibiarkan
“Aaah nak merajuk merajuklah, tak kuasa nak melayan dia ni”. (walau anak baru umur 1 tahun 8 bulan)
Apa akan berlaku ialah:
Anak belajar untuk kurang berempati dengan perasaan orang lain,
anak juga mungkin boleh menjadi lebih keras hati dan pemikirannya kerana tidak difahami perasaan genuin sedih dan aksi merajuknya.
Anda akan lebih sukar kelak di masa hadapan, anak akan trigger dan jadi lebih dahsyat pemberontakannya nanti.
Ini kerana otak reptilian dia telah tersentuh (otak masuk ke dalam mode ancaman bila dibiarkan terkapai uncertainty – berpindah dari level otak emosi sedih ke otak bawahnya : otak reptilian) dan ia dikendalikan dengan cara diabaikan emosinya & tidak ditenangkan segera untuk rasa selamat.
2. Merajuk dan Dipujuk dengan Keterlaluan
“Alah alah sayang anak mama/papa, meh sini, jahat uncle tu kan, nah mama pukul dia”.
(tiada solusi positif)
Apa akan berlaku ialah:
Anak belajar untuk guna ‘trick’ merajuk sebagai senjata ‘power’ untuk dapat apa dia mahu ke depan.
Anak juga belajar dia saja betul dan orang lain salah, dan
dilindungi atau diselamatkan senantiasa –> bagaimana dia nak survive seorang diri esok kan? Siapa nak layan / pujuk dia lagi? Pening juga pasangan dia nak handle kelak π .
3. Anak Merajuk dan Dibiarkan Seketika 5 Saat, Kemudian Dipujuk (Time In) serta Diberitahu Penerangan Serta Solusi Akan Datang.
“Ala sayang anak mama/papa, meh sini..” (sambil urut belakang badannya, kemudian alih perhatian/fokus ke perkara lain seperti gelak dengan dia ke, ba chak dengan dia, dan lihat objek lain)…
“haa tadi tu mama tak beri sebab mama BIMBANG sebab api tu panas, bahaya, mama nak lindungi sayang. Lain kali hati-hati ya, kita buat sama-sama mama bukan sayang buat sorang sorang. Mama tahu sayang ni ada rasa ingin tahu yang tinggi, rajin nak tolong mama memasak ni…”
Apa berlaku ialah:
Anak mendengar
(sewaktu mood nak atau telah bertukar ceria, insyaAllah mesej solusi ke depan tu akan masuk – Ia kaedah hypnoscript sebenarnya).
Kaedah ini lebih baik untuk jangka masa panjang kerana kita memasukkan ‘input ‘behaviour’ yang kita mahu ke depan’ dan penjelasan ’cause and effect’.
Kaedah ‘cause and effect‘ (mama bimbang –> main api, nanti bahaya) dan refleksi tingkahlaku anak itu (anak punyai rasa ingin tahu yang tinggi) yang dinyatakan secara jelas (verbal), tanpa sedar telah memperkenalkan teknik pengurusan emosi yang betul kepada anak ini,
iaitu ‘alertness’ kepada sesuatu situasi bahaya, pemahaman kepada sebab tindakan si ibu kepadanya dan alternatif tindakan solusi positif mampu membuatkan seorang anak kecil matang secara emosi dan pemikiran.
Usah kata “Alah anak kecil lagi apalah dia faham“, sebenarnya anak faham secara emosi ‘care’ (ambil berat) dan sesuatu tindakan/emosi adalah ‘reasonable’ – bukanlah faham secara kognitif (pemikiran sematang usia anda tu π ).
Lama-lama nanti dia akan lebih berhati-hati dan tahu apa nak buat dalam situasi yang sama macam tu lagi. Silap-silap bila dah boleh bercakap, dia akan berkata sendiri “ayat anda itu” kepada dirinya sendiri π .
Ini berlaku kepada anakanda Yumna saya (malahan ketiga-tiga anakanda kami semasa fasa autonomi ini) yang kerap diberitahu “hati-hati” saja apabila ada percubaan melakukan sesuatu yang dirasakan mungkin berbahaya, namun ibubapa kekal alert dan bertenang –> beri kata-kata pendek itu saja.
Tidak lama kemudian sewaktu muncul rasa ‘takut’ kerana memanjat tempat tinggi, Yumna sendiri akan hypnoscript dirinya dan menyebut “hati-hati” (sambil wajahnya alert dan sedikit bimbang, namun berjaya kendali situasinya itu dengan self hypnoscript yang tepat keywordnya).
Pilihan manakah yang lebih baik dari ketiga-tiga respon yang boleh kita berikan itu? Pastinya respon / cara ketiga.
Apa Yang IbuBapa Terapkan Bila Buat Kaedah Ketiga Itu?
1. Ibubapa menjadi ‘coach emosi’ kepada anak. Anak yang dikendalikan sebegini mampu mengurus emosi dengan baik, ia sebahagian dari skil EQ mereka.
Kajian menunjukkan anak yang memperoleh secure attachment akan mempunyai mood yang positif , lebih sihat dan gembira, serta mampu mengurus emosi negatif mahupun stresnya dengan baik di kemudian harinya (walau seawal cabaran duduk di kelas playgroup usia 2 tahun mahupun Darjah 1 dan Tingkatan 1 asrama) (rujuk kajian-kajian yang dikemukakan dari Parentingscience.com)
2. Ibubapa telah secara tidak langsung mengajar anak akan kemahiran penyelesaian masalah sewaktu mereka menghadapi saat-saat tidak tahu apa nak buat selain meredah terus buat dan dimarah kerana silap (usia bawah 5), mahupun saat-saat silap memilih tindakan (anak usia 5 ke atas hingga remaja).
Sungguh, hidup dan peristiwa kehidupan ada pilihan, sama ada pilihan yang buruk (silap) mahupun yang baik (betul), sekurang-kurangnya biarlah kita memilih yang lebih baik dan sesuai pada waktu ketika itu.
Saya mendapati anak yang cepat ‘bounce back’, iaitu kembali kepada emosi positif (walau tadi sedih merajuk atau marah), mudah ditenangkan dan tidak berlamaan dalam emosi negatif (sedih/marah/takut),
Tidak kira usia 1 tahun lebih mahupun usia remaja, adalah anak yang yakin diri (self esteem tinggi) dan mempunyai sejarah pengalaman yang menyumbang kepada jenis ‘secure attachment’.
Memang ketara anak yang lebih kecil lebih cepat ‘bounce back’; contohnya memaafkan kesilapan mak yang marah tadi, emosi mereka ringan dan mudah tukar kepada happy,
namun tidak dinafikan juga ada anak kecil yang merajuknya dan mengamuknya agak lama…. lama nak kembali kepada positif atau sekurangnya stabil/tenang.
Ia juga sebenarnya bergantung kepada sepantas mana dia dibantu untuk ‘big emotionnya’ pada awal usia kehidupannya (awal bayi),
iaitu hormon kortisolnya tidak terlalu tinggi (tidak lebih dari 15 saat direspons) sewaktu dia stres:
contohnya sewaktu dia diberi susu yang mencukupi, dia rasa panas perlu disejukkan, rasa sejuk perlu dihangatkan, rasa takut perlu ditenangkan, rasa terkejut perlu ditenangkan, rasa sedih perlu dibaluti kesedihan atau dipujuk (seperti fokus tajuk artikel ini), apabila bosan dihiburkan, apabila kotor tidak selesa dibersihkan dan sebagainya lagi untuk perluan asasi seorang bayi usia 0-2 untuk memperoleh ‘secure attachment’.
Sebaiknya kita mahu capai ‘secure attachment’ untuk setiap anak daripada ‘prime carer’nya iaitu ibu/ayah/pengasuhnya.
Jadi, anak-anak anda merajuk mudah dipujuk? Gembiralah, mereka ini berkemungkinan besar mempunyai ‘secure attachment’ dan seorang yang ‘happy / easily let go child’. π
Anak anda merajuk sangat lama dan mungkin mengungkit-ungkit?
Apa yang anda perlu buat ialah baiki dengan cara:
banyakkan beri anak ini
- solusi segera berbentuk positif seperti Cara 3 tadi, tetapi untuk situasi di usianya ketika itu (katakan usia 9) (bukanlah bayi, kan?),
dan segeralah
- berempati dengan emosinya, acknowledge emosi itu
(“Okay mama nampak abang macam marah sangat tadi”), dan - ajak berbincang untuk solusi lebih baik, secara terbuka, bagi membuka minda mereka agar konstruktif, ok.
(“Mari kita pillow talk, bincangkan hal tadi, Mama ambil berat kepada Abang).
InsyaAllah anak belajar sesuatu, iaitu ’cause and effect’: setiap emosi dan tindakan dia mahupun anda ada sebab dan kesan, dan perbincangan dua hala mampu menyelesaikan masalah (komunikasi berkesan dan terbuka), bukan ada emosi TAK OK aja redah / ‘burst’ aja, dan tiada balutan emosi luka π
Maznah Ibrahim
8 Jun 2020
Dapatkan Ebook Hypnoscript yang telah membantu ramai ibubapa dalam mengucapkan ‘keyword’ yang tepat sewaktu tingkahlaku mencabar anak DI SINI YA.
* Ada pembeli dan pengguna Ebook Hypnoscript teruja kerana keyword ‘sentuhan selamat’ dan ‘sentuhan tidak selamat’ sahaja telah menyebabkan anak-anak yang bergaduh fizikal sudah pandai kawal tingkahlaku agar lebih selamat dan bermain dengan baik πππ
dan keyword ‘bercakap benar’ berbanding ‘anak menipu’ telah membantu anak bercakap benar kepada ibubapa nyaπππ (dengan izinNya, Alhamdulillah).
Ada juga ibubapa yang lebih terkawal emosinya hanya kerana mula berfikir perlu mengeluarkan perkataan yang lebih baik kepada anak-anak (Alhamdulillah, la haw la wa la quwa ta illah billah).
Semoga perkongsian ini bermanafaat untuk anda.
Maznah