Ramai bertanya soalan kepada saya adakah mereka terlambat untuk memperbaiki kesilapan mereka kepada anak-anak. Saya pasti menjawab “tidak terlambat”.
Bunyi seperti mudah dan konfiden aja, kan.
Ya memang saya konfiden. Ia tak terlambat.
Dan ya, memang ia jauh lebih mudah sebenarnya berbanding ‘jika’ anak anda itu nanti adalah klien saya, seorang dewasa kelak (dan saya pun seorang terapis ‘super senior’).
Oprah Winfrey dan Isu dengan Ibunya, Kisah ‘Childhood’ dan Trauma nya
Baru tadi saya melihat video Goldcast di FB. Nasib baik (rezeki) pula saya tonton sampai habis, kisah Oprah Winfrey.
Jarang saya melihat apa-apa video hingga habis, klik pun tak (sebab masa amat emas untuk saya, ‘scroll’ di ‘newsfeed’ tu kira bila ada ekstra masa sikit lah).
Saya tertarik, saya terkesan. Saya berfikir. (saya sharekan link di sini ya, jemput tonton).
Memang saya pernah dengar sedikit akan kisah dia, tak silap suami saya beritahu mengenai ‘psikosomatik’ dia (sebab ada kaitan dengan kajian penyelidikan saya), dan penderaan seksual dialaminya sebagai kanak-kanak. Namun rasanya saya tak dapat tonton video itu sebab tak jumpa dah kot masa suami beritahu tu.
Rezeki dapat tonton dan saya kaji sedikit. Kemudian saya rajin pula ‘search’ mengenai beliau dan fahami lagi sejarah kisah hidupnya.
Beberapa ‘quote’ penting dalam video tu saya petik sini ya:
“Memaafkan bukan kerana kita membenarkan peristiwa itu berlaku, tetapi kerana kita memaafkan peristiwa itu yang TELAH berlaku kepada kita, dan adalah Okay untuk kita tidak menerima lagi peristiwa itu berlaku kepada diri kita”.
‘Feedback’ saya:
Ya, tiada siapa boleh paksa anda lupakan atau ‘delete’, malahan ia takkan boleh di’delete’, ia kekal sebagai sebahagian dari diri anda, iaitu sel-sel memori, sel-sel kehidupan dan sejarah diri anda. Kita cuma boleh memastikan kesan kepada peristiwa pahit itu tidak menghalang kita melangkah ke depan untuk meraih impian dan hasrat kita, dan kita boleh belajar untuk hidup bersama-sama peristiwa yang tidak enak itu sebagai peristiwa yang kita ‘TERIMA’ ia telah berlaku, dan ia adalah sebahagian daripada kisah dalam ‘timeline’ hidup kita.
Sebab itu dalam Islam kita ada konsep REDHA dan percaya kepada mencari ‘HIKMAH’ iaitu apakah kebaikan dari apa jua kisah kita alami, dan betapa sesuatu yang kita tak suka pun mungkin ada kebaikan untuk diri kita dan hanya Tuhan Tahu, dan Tuhan telah rancangkan atau rencanakan sebaiknya dan semuanya tiada sia-sia, ada sebabnya dan ada hikmahnya, jika bukan sekarang pasti kita akan sedar satu hari nanti, kan – Maznah Ibrahim
“Memaafkan adalah satu hadiah untuk diri kita sendiri”.
Benar sangat sebab tanpa ‘willingness’ untuk memaafkan, kita sendiri akan ‘stuck’ dan sukar untuk ‘move on’, orang kata.
Memaafkan boleh aja dari mulut, namun ramai saya dapati tidak ada rasa ‘memaafkan’ itu berlaku dari hati sebenar, hati yang dalam.
Masih terikat dengan perasaan tidak faham, tidak terima, marah, dendam dsb walau sebut di mulut ‘ya aku dah maafkan dia/ kau’.
Jadi memaafkan bukan untuk orang itu (yang buat salah pada anda), tetapi memaafkan adalah UNTUK DIRI ANDA SENDIRI, ia adalah satu HADIAH paling besar dari diri anda kepada diri anda sendiri. Amat berharga sekali – Maznah Ibrahim
Terapi Untuk Orang Dewasa Amat Jauh dan Dalam Untuk Diterokai dan Dilakukan Perawatannya, Akan Tetapi Terapi untuk Anak Sewaktu dia Masih Kanak-kanak Boleh Anda Sebagai Ibubapa Lakukan Sendiri SEKARANG
Bayangkan jika Oprah orang dewasa mahu hadiri sesi terapi, jauh usia nak dilawati (syukur programnya sendiri adalah satu bentuk ‘self development’ atau ‘group therapy’ untuk dia sendiri dan penontonnya).
Namun jika anak anda baru 7 tahun dan peristiwa silap anda sewaktu dia usia 4,5 tahun, sangat dekat bilangan tahunnya untuk anda terus rawat sendiri – bukan saja anak, malahan diri anda sendiri!
Meminta maaf kepada anak juga bermaksud bukan sahaja melepaskan beban di jiwa anak, malahan satu terapi untuk diri anda sendiri untuk melepaskan beban bersalah dalam diri selama ini.
Jadinya anda amat bertuah kerana sedar sekarang dan mahu ‘repair’ atau baiki kesilapan anda kepada anak anda. Hatta anak anda mungkin usia remaja, 12 hingga 17 pun, masih sempat. Atau anak anda sekarang dewasa, juga sempat, tiada masalah.
Lagi dekat usia anak kini dan usia anak semasa anda silap, lagi cepat nak dibaiki.
Minda ‘Fragile’ Kanak-kanak
Kanak-kanak hidup dengan pemikiran dia sendiri walau sewaktu dia bayi, usia 1 hari. Dia ada pemikiran sendiri, cuma sama ada dia ingat atau tidak, dan belum matang atau sudah matang (nak kata matang emosi, seorang pakar pernah berkata usia 40 baru cecah matang emosi tu tau) – anak dapat luahkan secara verbal atau tidak (mostly kanak-kanak tidak mampu luahkan secara verbal kecuali kita telah latih awal sejak usia dia 2 tahun gitu).
Jadi petanda anak stres ialah dia menunjukkan satu bentuk tingkahlaku tidak stabilnya. Itulah bahasa verbalnya kepada sesuatu yang dalam diri dia, memberitahu yang dia tak ok.
Contoh ibu marah anak usia 2 tahun, anak usia 2 tahun terus pukul adik baby dia atau abang dia usia 5 tahun. Walau faktor ‘immature’ otak anak ini usia 2, dan otak emosi dia pula sedang fasa aktif beraksi (’emotional brain’ mula mencanak), tetapi juga ada faktor pengaruh pengalaman segera dia telah alami baru sebentar tadi (antara faktorlah ya, bukan semestinya – kemungkinan besar ya).
Maksudnya, secepat itu kesannya, maka secepat itu anda boleh baiki dan anak akan cepat /terus okay juga sebenarnya.
Ucapkan maaf kepada si anak kerana “tadi mama termarah adik, mama penat, mama usaha tak buat lagi, adik tak boleh lah pukul adik baby ya, usap aja kepala dia” dan anak dengar, ‘faham sesuatu cuba disampaikan secara emosi yang sangat ‘humble’ oleh mak dia’ (bukan faham secara kognitif usia anda ya),
‘somehow’ anak akan rasa amat lega, ‘let go’ dan ‘happy’ semacam. Anak akan tak buat dah adik baby dia atau abang dia.
Saya ‘share’ perkongsian Puan Siti Said ini berkongsi – di komen umum post saya di FB ya – itulah juga komunikasi yang sering saya lakukan kepada anak-anak saya walau sejak dalam ‘labour room’ sewaktu saya ok mahupun waktu saya tak ok – buat silap pada anak.
Jadi, buat anda yang sedang membaca ini, sekiranya ada silap pada anak, ketahuilah anak anda ada pemikiran telah terbentuk sendiri bila tidak diisi secara komunikasi jelas/konkrit oleh anda, iaitu dia akan membentuk sendiri ‘pernyataan-pernyataan’ dalam diri yang lama-lama bila berulang kesilapan anda pada dia (contoh marah dia selalu kerana pukul adik), satu hari terbentuk pernyataan jelas di kepala nya “Mama tak sayang aku, aku sentiasa salah, apa jua aku buat tak betul”,
dan berlakulah aksi buat hal si anak kerana dalam dirinya ‘struggle’ untuk ‘diterima’, ‘disayangi’, ‘dimaafkan’, ‘dibimbing secara hikmah’…hingga dewasa, dan anda telah tua.
Kesimpulannya
Semoga kita semua #IbuBapaKini akan sentiasa positif, cakna dan boleh menjadi ibubapa ‘humble’, menyantuni anak-anak bijak kita dan memperoleh kebaikan untuk generasi akan datang seluruhnya (anak anda adalah pemuda pemudi yang akan menjadi ‘circle’ anak saya dan menyantuni saya sewaktu tua emasnya saya nanti ☺😄😄😁).
Puan, ada Tak webinar puan yg boleh ditonton semula. Hari Sabtu dan masa yg ditetapkan biasanya adalah rutin sy yg terlalu sibuk untuk kerja rumah. Saya amat berminat tetapi memerlukan masa yang lebih bersesuaian.
buat masa ini takda puan, tapi ada beberapa live video di fb page atau channel telegram saya yg puan boleh tonton di masa yang sesuai ye.