fitrah anak baik maznah ibrahim

Fitrah Anak Adalah Baik

Sesekali bila rasa anak amat mencabar perasaan dan pemikiran kita,   Eloklah kita duduk dan renung semula.   Asal anak ini, dan asal fungsi diri kita sebagai ibubapa, tanggungjawab kita.   *ia adalah normal sangat sesekali kita rasa hampir burnout, muhasabah diri adalah kaedah paling baik untuk kita atasi gangguan emosi ini dan kembali ke ontrack #keibubapaanpositif kita ok. ……….. FITRAH ANAK ADALAH BAIK Olahan Buku Orang Tuanya Manusia Untuk Ramadhan ini, saya menyambung semula pembacaan saya kepada buku best ini, “Orang Tuanya Manusia” sebab saya nak membentuk diri menjadi ibubapa (orang tua kepada anak-anak) yang mana diri saya adalah ibubapa manusia, bukan hulk/ dinasour/ dll heheh. * Baca olahan pertama saya dari buku ini, berkenaan fitrah anak suka belajar di sini. Sesuai dengan dekat Syawal ini, kembali kepada fitrah, saya tulis / share dengan anda sedikit apa saya pegang setelah baca bab 1 buku ini, hingga kini menjelang 29 Ramadhan, akhir hari sebelum Syawal, (Aidilfitri = kembali ke fitrah). Sejak saya memegang prinsip ini, mood saya jauh lebih baik dan positif, dalam kendali kerenah anak. Anak pertama, Fateh penuh dengan demand nya sebagai orang Thinking ekstrovert (mudah terpengaruh persekitaran luar dan menakluki kami pula), manakala anak kedua kami Khairunnisa’ dengan detox eczema nya (agak teruk hingga kini dah sebulan), harapnya ini last (mula detox Oktober 2017 tahun lalu lepas stop ubat makan antihistamine, agak dahsyat saya belum menulis lagi mengenai ini- wrap, dia tak bergerak sendiri, emosi, saya pregnant early stage, kewangan dll), dan sembuhlah insyaAllah (detox kerana kami sudah stop hantar pengasuh dan makanan dia fully kita boleh pantau dan tahu apa dia makan, no cheating cheating lagi). Anak ketiga, si manis Yumna lahir 5 hari sebelum Ramadhan, dan saya berniat mahu berpuasa bila dia lahir awal dari jangkaan ni, Alhamdulillah semalam 28 Ramadhan saya dapat berpuasa (Yumna […]

Habit Anak Kecil Yang Tak Difahami

Anak Dimarah Kerana Kesilapan Kecil . Contoh, sambil makan, lap mulut di bahu, Duduk saja-saja, tiba-tiba gigit baju di lehernya, Tengah main, tetiba cubit/terkasar dengan ibu/ayah/adik, Tengok TV, dekat dekat depan TV, . Caranya, cuma peringatkan saja. . Fitrah anak yang kecil yang spontan tidak dapat kawal perlakuan, Adalah Lupa. . Cukupkah 5000-6000 + kali kita peringatkan mereka untuk tingkahlaku yang betul? . Jika belum, usah berharap diri layak untuk marah marah beremosi kepada si anak. Marah berlampauan sampai pukul, ugut, kecam tingkahlaku dia. . Gunakan KeyWord sahaja, anak akan faham. . [Dengan andaian, sudah bincang berduaan One to One dengan anak ‘KENAPA’ / ‘SEBAB APA tak boleh buat sedemikian]. . i.e kenapa tak boleh tengok TV dekat? Sebab nak jaga mata, nak guna mata sampai tua, nak mata sihat. . i.e kenapa tak boleh pukul walau gurau / teruja? Sebab kita mahu buat sentuhan selamat sahaja. Beza sentuhan selamat kita rasa sayang, selamat, suka, gembira. Manakala sentuhan tak selamat kita rasa tak selesa, sakit, marah, geram, nak balas balik. . Jika dapat jawapan mulus dari pemikiran si kecil, anda akan terkejut, . Kadangkala memukul cubit semasa bermain / gurau dengan anda ialah mereka rasa sangat teruja sahaja (too excited, tapi nak verbalised perkataan ‘teruja’ tu tak semua kanak-kanak kecil boleh, kebanyakan tak mampu terangkan perkataan emosi ‘teruja’ itu, menariknya Fateh saya mampu verbalisedkan sebab saya banyak guna perkataan emosi dalam perbualan harian sejak anak bayi). . . Contoh reminder keyword (half arahan, not too long statement). . Fateh, jauh sikit (tonton tv dekat) Fateh, tak perlu gigit baju. Fateh, main elok-elok. . Refleksi, Maznah Ibrahim. https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringat…/

3 Cara Boleh Cuba Jika Emosi Anda Selalu Terbabas Bila Nak Cepat Pagi atau Malam Sebelum Tidur

Emosi Selalu Tak Terkawal Bila Waktu Rushing: Anak nak ke sekolah atau anak nak kena siapkan kerja sekolah waktu malam. —————————- Wassalam puan, saya faham tu sebab saya pun alami sama, waktu rushing saya pagi dan petang sebelum maghrib dan sebelum anak tidur. Ada tiga (3) cara saya amalkan (walau kadang terbabas at least ada hari hari yang saya berjaya penuh bila saya amalkan ini): 1) Caranya ialah bersedia awal, apa-apa boleh dilakukan SEBELUM anak bangun tidur dan selepas anak tidur seperti menggosok baju dan masukkan baju mereka ke beg dll (juga bahan masakan/makanan beli/order jika plan nak beri bekal anak atau makan di rumah malam). Ada ayat Quran ada pasal ni, iaitu cek balik apa yang telah kita perbuat/lakukan untuk hari esok – jadi ia berkenaan siapkan beberapa kerja hari ini yang mana ia untuk hari esok (sebab saya jenis last min dan iron baju semua pagi itu, peel saya cenggitu…) “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr (59): 18). Malah sebenarnya kalau anda perasan segalanya akan tenang sebaik semua anak sudah tidur, kan (part ni saya pastikan time lock saya ialah Isya’ aja, anak-anak akan siap sedia untuk tidur walau ia akan drag 1 hour, untuk khas masuk ke bilik tidur, at least anak paling lewat tidur pukul 10.00 malam). Sebaiknya waktu inilah saya kena siapkan kerja rumah, tapi waktu ini juga saya ambil kesempatan nak rehat dan pengsan tidur sama, haha. So sebenarnya saya yang kena clear dengan matlamat kerja rumah yang saya nak kena siap untuk hari esok.. Namun saya akui ada yang jenis siap awal iaitu seminggu 1 kali siap semua bahan untuk seminggu – pakaian, makanan dll. Ia adalah sangat […]

Waktu Ibu Ayah Nak Buat Kerja Tulah Anak Nak Perhatian

Waktu nak buat kerja tu lah, si anak minta perhatian, nak main, nak kacau ibu/ayah buat kerja. Ibu pula jenis kerja dari rumah. Bagaimana ni puan? Response saya: Wassalam, senang aja puan. Tiap kali anak perlu perhatian, Puan dahulukan hak anak – beri perhatian dan buat bersama aktiviti dia (yang dia suka/ dia minta / berpusatkan dia semata), . Dan ia diberi ‘fully’ dalam 10 minit, ‘Then’ beritahu anak (anak-anak ini), puan ada kerja sebentar (atau nak memasak sebentar, nak mandi sebentar dll) – boleh tinggalkan dia (atau mereka) habiskan kerja yang dia dah seronok ‘engage’ buat contoh conteng/lukis buku, merangkak lompat-lompat halangan, atau tonton video ringkas dalam 15 minit. . Key nya- DAHULUKAN HAK ANAK, InsyaAllah kemudiannya si ANAK AKAN BERI HAK PUAN PULA. . Kerana yang pegang hati anak ialah Allah, Allah beri semula masa puan lagi banyak sebab puan beri hak anak yang mahu masa dengan puan. . The more you give, the more you get. KEYWORD di sini ‘MORE’. . Ia memang tak dapat diterangkan secara saintifik masa kuantiti nombor, Tapi ia secara Law of Universal Attraction. . Sama dalam penekanan oleh Pn Husna Haron pengasas Formula Masa, . Jika anda baca Quran 1 page, atau 1 juzuk makan masa xx minit, Anda panjangkan kuantiti muka surat atau juzuk, Anda akan rasa masa tu lapang sangat, Berganda-ganda masanya. xxxxxx masa lagi. . Solat juga begitu, tambahkan solat sunat. . OK berbalik pada ‘fulltime’ beri perhatian pada anak tu, . Ia tak lama pun, dalam 10 mins berkualiti, Puan akan dapat dalam 30 min berkualiti tak diganggu si anak, . dan bila puan tenang dapat masa 30 min tanpa gangguan tu, Insyaallah kerja penting puan tu akan selesai, . Dan ia dinamakan ‘masa yang berkualiti sebab puan dapat fokus’. . Cuba ya puan. . Give 10 – […]

Buang Emosi Negatif dengan Teknik SEFT – Spiritual Emotional Freedom Technique

Hari ini saya nak share 1 teknik dalam Stress Relief : SEFT untuk semua. . Ada yang tahu SEFT? . Ia adalah EFT, Emotional Freedom Technique, pengasas adalah Gary Craig (emofree.com), namun ada unsur skrip Spiritual, jadilah Spiritual EFT (SEFT). . Asal saya belajar dengan Dr Maggie Phillips, mai Malaysia dan buat workhsop pasal Ultimate Self Body Healing, . Sebagai pekerja NGO, bertuah masa tu bayar RM50 sahaja untuk 2 hari bengkel, full with knowledge, dan praktikalnya. . Kemudian belajar lagi EFT dengan Dr Michael Wong rasanya nama dia, seorang Chinese yang bekerja di overseas dan balik Malaysia untuk contribute back to society, again as NGO workers, we are so lucky. Free. Masa dengan Dr. ni tapping point lagi banyak sampai perut dan kaki. . Kemudian masuk KKM, berpeluang dengar dalam satu seminar, ada satu slot : SEFT, oleh Tuan Haji Kaunselor ni dari KPM (pelajaran), beliau pelajari dari Indonesia dan ia melengkapkan lagi kepercayaan dalam knowledge and skill saya, kerana source energy of healing pastinya dari Allah jua. . Attach is : Video dari Youtube, keberkesanan EFT Tapping for kids. Oleh Tapping Solutions. (Pada saya kids adalah harta kita, bila kita mahu bina generasi sihat mental dan emosi, kita mula dengan diri kita dulu pula). . Di sini adalah Tapping Point dan SKRIP EFT yang selalu saya jadikan handout dalam sesi individu atau talk saya. . Anak dan suami pun pernah saya tappingkan untuk mereka, . Untuk Fateh, semudah breathing sahaja saya ajar dia, dia boleh apply sendiri dan berkesan. Sebab dia ni Thinking selalu berfikir masalah orang dan ada sakit kepala. (OMG, kecil lagi dah sakit kepala ya). . Syarat Untuk Kejayaan Teknik EFT remove kan emosi negatif ni, dari pengalaman saya ajar pada semua klien saya ialah: . i) buat dulu breathing set up, at least 6 […]