Nak Anak Sihat Emosi & Kurang Tantrum?

3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM . Ini adalah 3 strategi mudah sebenarnya namun paling sukar untuk dilaksanakan oleh kebanyakan ibubapa. Kita mungkin terlepas pandang kerana sibuk mencari bermacam-macam teknik lain yang mungkin kedengaran ‘canggih manggih’. Mudah-mudahan sebagai ibubapa yang cakna mengenai keperluan perkembangan emosi anak kita, kita dapat membantu mengurus emosi mereka dengan menyediakan ‘asas tapak yang baik’ untuk mereka. STRATEGI 1 Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas. . ✔️ Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum). ✔️ Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (outdoor ve indoor) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini. Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya.⛔️??? ✔️ Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik). ✔️ Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama. ✔️ Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit. Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali. . STRATEGI 2 Pastikan makanan mereka terjaga. . ✔️ TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu, ✔️ dan ia adalah makanan real food, elak ❌ atau minimakan processed food. ✔️ bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat) ✔️ makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais. . STRATEGI 3 Waktu tidur dijaga dengan baik. ✔️ jumlah […]

Ajar Anak Skil Cegah Buli

MENANGANI BULI BULI kerap terjadi bukan sahaja kepada orang dewasa malahan kepada anak kecil seawal usia prasekolah. Ini antara yang boleh ibubapa ajarkan kepada anak-anak sejak anak kecil lagi seawal usia 4. . LANGKAH 1:Katakan TIDAK / JANGAN kepada tindakan salah si kawan, dengan: i) Perkataan ‘No’ itu JELAS, bukan ‘blur / grey’ – gunakan perkataan “tidak / jangan / stop / taknak” dan bukannya berdiam diri atau senyum aja tanpa jelas maknanya.. ii) Tidak kepada ‘APA’ itu perlu dinyatakan juga – nyatakan apa tingkahlaku salah kawan tu.. iii) Beri solusi sekali – lain kali kawan kena buat macam mana (cara alternatif lain).. Contoh: 1) “Jangan ambil pemadam saya, ini saya punya.(Beri solusi) Awak perlu minta kebenaran dulu, kalau saya beri izin, baru boleh ambil”.. 2) “Jangan tepuk belakang saya, saya rasa terkejut dan sakit.(Beri solusi) Lain kali, awak tepuk pelan-pelan atau panggil saya untuk beritahu”.. 3) “Taknak, aku taknak merokok. Terima kasih.(Beri solusi) Kau tak perlu ajak aku lagi sebab aku takkan setuju untuk cuba ambil rokok”.(kalau tak pesan untuk stop menggoda / ajak, kawan akan ‘usha’ atau cuba ajak lagi, jadi kena beritahu ‘stand’ atau pendirian kita iaitu kita takkan terima ‘offer’/ ajakan dia). 4) “Taknaklah jumpa lewat malam.(Beri solusi) Kalau nak berjumpa, kita jumpa masa ramai-ramai, tak apa”.(kes ‘dating’ berdua remaja). LANGKAH 2:BEREDAR DARI SITU. Selepas berkata ‘Tak’ tadi tu, beredar atau pergi dari situ, usah tunggu lagi. Ini kerana jika kekal berada di situ, anak akan kena ‘buat’ lagi, ni memang kena berlatih agar berlalu pergi dari situ setelah berkata tidak. Biasanya bila kekal di situ dengan tak berkata apa-apa, kemungkinan besar akan kena lagi.. LANGKAH 3:BERITAHU / KONGSIKAN KEPADA ORANG YANG ANAK PERCAYA Maksud di sini berkongsi atau luah. Jika simpan, ia kategori RAHSIA TAK SELAMAT. Ia penting agar jika ada apa-apa berlaku, anak sekurangnya […]

Pentingnya Skil Urus Emosi Untuk Kita dan Anak Kita

Kepentingan SKIL URUS EMOSI Jika anda belum tahu, . Sebenarnya perlakuan abnormal banyak disebabkan oleh emosi terpendam dan emosi negatif, yang: . ☑ tidak disalurkan dengan baik atau ☑ tidak diselesaikan dengan aman. . . Sebagai contoh, Pendera / pelaku seksual kanak-kanak, ⏩ bukan semata sebab dia adalah mangsa seksual semasa kanak-kanak-kanak, atau dia ada nafsu terhadap kanak-kanak:- . tetapi kerana ☑ mereka ada emosi spesifik yang negatif, ☑ yang tidak dapat diselesaikan dengan cara sihat dan selamat. . Key nya: SIHAT dan SELAMAT. . DUA POINT PENTING: 1) Mangsa layak, boleh dan wajar rasa marah kepada pelaku, . cuma mangsa perlu salurkan rasa marah, dan (dalam lagi ialah dendam) secara sihat dan selamat. . perlunya dan pentingnya hadiri/diberi terapi secara psikologi untuk proses perkara itu sehingga ia lerai dan belajar cara handle emosi negatif dan trigger di kemudian hari mengikut cara dia yang sesuai. . Namun, cara mereka salur emosi marah, keliru dan dendam dalam diri, akan terkait (‘associate’) dengan perlakuan seksual kepada kanak-kanak juga, kerana ia kelihatan lebih dekat dengan daftar memori di otak, ‘stick’, fokus dan khusus ke arah itu kerana ia pengalaman yang dilalui. . Makna, ✅ amat perlu KEPELBAGAIAN aktiviti untuk merangsang dan membuka pelbagai saluran emosi secara SIHAT dan SELAMAT, seperti aktiviti fizikal, journaling refleksi, berbual dengan orang positif dll lagi. . 2) Pelaku seksual kanak-kanak sebenarnya adalah orang yang alami ‘mental illness’ iaitu tidak sihat mentalnya. . Kebanyakan mereka melunaskan emosi ‘marah’ dan ‘dendam’ kepada kanak-kanak, bukan kerana nafsu seks terhadap kanak-kanak, tetapi kerana emosi ‘marah’ dan ‘dendam’ kepada pelaku nya semasa dia zaman anak-anak. Mereka tiada pun rasa rangsangan / nikmat seks dari perlakuan salah mereka itu. . . . Kejadian baru baru ini, saya sifatkan ‘online game’ adalah ‘tool’ sahaja, dan pencetus serta ‘satu alternatif’ cara melunaskan emosi marah, tak puas […]

Anak Susah Potong Kuku, Macam Mana Nak Bagi Dia Sukarela Gembira Dipotongkan Kukunya

Agak common anak kecil sukar dipotongkan kukunya. Mereka biasanya tak gemar, dan kerap mengaitkan dengan rasa ‘sakit’ ?, ‘takut’ ?, tak selesa ? dan berakhir dengan mengelak dan menangis melalak ? bagai nak ‘rak’. Saya kongsikan satu cara yang paling harmoni dan ‘reverse psychology’, sesuai untuk anak yang sudah agak baik ‘kawalan motor halus’ nya sekitar usia 3-4-5 (lebih kurang). ? (macam mana nak tahu dia sudah baik kawalan motor halus, dia sudah boleh menggunting dengan agak baik sebab gunting adalah satu alatan tajam dan dikatakan ‘bahaya’). 1.Sediakan diri anda untuk jadi ‘klien’. Maksud, anak pemotong kuku, anda yang dipotong kuku. 2. Katakan: “Adik nak tolong Ayah / Mama tak? Kuku Ayah/ Mama panjangla, tolong potongkan. 3. Pasti si anak suka dan mahu ??? *** 4. Walau si anak memegang pengetip kuku, sebenarnya yang mengawal 90% majoriti ialah tangan ibu ayah. Anak ala-ala memegang dan mengetip kuku kita namun sebenarnya kawalan utama adalah dari tangan si ibu ayah. 5. Selesai ibu/ ayah dipotongkan kukunya, tawarkan khidmat tukar peranan; ibu / ayah jadi tukang potong, manakala si anak pula jadi ‘klien’ (customer). 6. InsyaAllah selesai, semua tangan dan kakinya dipotongkan kukunya (10 jari x 2). ? Cubalah ya. Video Khairunnisa 4 tahun 1 bulan potongkan kuku ayah dia: ***Nota. Sebab apa anak suka, dan sesuai kaedah ini: ? Sebab anak usia 2-7 ini memang egosentrik iaitu dia sahaja betul, dan apa-apa perkara berpusatkan kepada dirinya. Jadi caranya beri dia buat dulu (kita give in, then he will give in back). ? Peringkat autonomi juga membuatkan anak usia bermula 1.5 tahun ke atas mahu buat sesuatu dengan cara dia, bukan cara kita. Mereka perhati kita sejak bayi dan kini mereka mahu cuba buat sendiri. (Pastinya memotong kukunya sendiri kita tak benarkan kerana bahaya, jadi kita pegangkan dan dia pegang bersama alat ini) […]

Adakah Anak Kita ‘A Wanted Child’ ?

A Wanted Child Seringkali bila saya kesibukan,mengurus urusan dalam rumah,dan serentak itu si kecil bayi Yumna yang masih ‘high dependant’ kepada ibunya, memanggil-manggil, bersuara, merangkak ke arah saya, saya akan alami rasa bersalah sedikit. Saya usaha laju laju buat kerja,sambil bersuara / cakap sesuatu :- “Naaa… Mummy di sini Naa… Mummy tengah buat pankek pisang Kakak ni, Naa cari Mummya ya.. Kejap sikit ya Naaa…”. maka dia akan dengar dan tenang sedikit. Bila dah stabil sikit alatan dan proses kerja saya tu baru saya angkat dia dan tunjukkan kerja yang saya sedang lakukan beserta dengan nama benda, dan perbuatan saya (contoh, ini sudip, ini bancuhan pisang, ini pinggan dsb). Tahap anak bayi mahu perhatian ibu ini,ialah sehingga dia akan ke dapur dan masuk ke ruangan kurang selamat untuknya. Beza dengan anak besar sedikit, mereka akan lebih mandiri (berdikari) lakukan sendiri,berupaya kerana kemampuan fizikal,dan kognitif mereka,beserta pengalaman kehidupan mereka, beberapa tahun itu.. Lalu di satu petang semalam, Ahad, saya duduk di bawah lantai dan memerhati sahaja si Yumna di atas katil sedang asyik bermain. Sengaja saya perhati dia penuh (full attention) tanpa toleh ke tempat lain walau sekejap pun. Dia pandang saya, senyum dan main semula. Dia pandang lagi saya,senyum dan main lagi, gerak sedikit, main dengan kakak nya, dan pandang saya lagi. (dan tentunya saya juga hanya pandang dia dan senyum). Ia berlaku beberapa kali hingga akhirnya dia merangkak kepada saya dan terus saya capai ketiak dia dan dukung peluk dia ke bawah (bersama saya di lantai). Saya katakan : “U are a wanted child”. “Mummy mahu Yumna selalu. I love u” (kiss dia). Saya tahu walau dia tak faham,dia tetap ‘rasa’. Rasa ‘dimahukan’,rasa penting,rasa disayangi,rasa selamat. Nah, kat situlah bermulanya perasaan yakin diri seorang anak. Dia adalah anak yang ibubapa mahu, maka konfiden lah dia nak menghadapi dunia ini. […]