Teknik Pernafasan Kawal Marah

“Maz, sy pernah bagi teknik pernafasan ni pada seorang kawan, dia tengah marah masa tu, sy pesan tarik nafas kata sabar..sabar..sabar..pastu buang nafas kata marah..marah..marah..minta dia ulang sampai dia OK.   Then kawan sy kata sgt berkesan! Dia rasa sgt lapang dan dapat berfikiran rasional semula..siap dpt confront org yg buat dia marah, dn dia yg minta maaf kat org tu! MasyaAllah..” Bukan saya sahaja, malah sahabat kepada peserta Seminar EHSABAR juga dapat manfaat ???. MasyaAllah saya sentiasa doa ilmu dikongsi boleh diamalkan.   Seminggu lalu, Sabtu 19 Mac,   semasa aunty Yulia sedang mengendalikan SCUA Method nya, Fateh dan kami ke kafeteria PPAS kerana lapar (balik dari training urus emosi ibu bapa IDEAS Autism Center).   Sempat saya masuk dewan seminar SCUA dengan Fateh dan Khairunnisa’. Kemudian barulah kami ke kafe.   Fateh seperti sudah biasa dengan majlis ilmu kendalian sahabat QMN dan saya.   Usai makan, tak sabar nak pergi joint kuliah aunty Yulia. Mummy minta sabar, tunggu sat. Bila ditahan kemahuannya, dia jadi Marah. Anak Strong Will ku. ?? (keranamu hai anak Mummy wujudkan modul ini utk parents )   Ajar nafas berniat ini, skrip simple “Sabar” (breath in) dan “Marah” (breath out),   Suprisingly gaya body dia sebiji dalam teknik Energy Breathing yang saja ajar kepada peserta (ada 7 teknik, 4 dalam level 1). Bagaimana dia tahu saya tak pasti. Mungkin pernah lihat.   Jadi semudah ini, kita org dewasa dan anak kecil pun boleh di ajarkan emosinya untuk segera diurus. Buang segara. Anak kecil memang mudah. Isunya biasanya ‘Anak Besar’ ???.   Temui saya dalam EH SABAR dalam jadual perancangan berikut untuk tahu (knowledge) dan berlatih (skill – practice cara betul dulu) dan kemudian share kan dalam group Alumni EH SABAR dan sahabat anda.   Dalam Seminar EHSABAR aim saya ialah faham akan kepentingan emosi […]

Bila Anak Sukar Bangun Subuh

Jika Anak Sukar Bangun Subuh, Sentiasalah Berbaik Sangka, Letakkan Bayangan Yang Positiv & Baik-Baik Sahaja. [C&P dari whatsap group] Hadrat Maulana Yusuf menceritakan sendiri bahawa semasa kecil, beliau agak liat untuk bangun solat Subuh. Apabila ibunya mengejutkannya untuk solat Subuh, beliau akan bangun sekejap dan kemudian tidur balik. Akibatnya, beliau tertidur dan terpaksa mengqadakan solatnya. Ibunya berasa risau lalu melaporkan kepada suaminya, Hadrat Maulana Ilyas. “Setiap hari saya mengejutkan Yusuf dari tidur tapi dia tidur semula selepas terjaga.” Hadrat Maulana Ilyas dengan begitu optimis menjawab, “Suatu hari nanti Yusuf akan membangunkan manusia untuk solat Subuh dan dia takkan letih melakukannya.” Hasil daripada pemikiran yang optimis dan bersangka baik (lebih tepat disebut firasat orang beriman) seorang ayah, Hadrat Maulana Yusuf akhirnya menjadi seorang daie yang hebat, seperti ayahnya. Moralnya Fikirkan positif, berikan semangat dan doakan yang terbaik untuk anak anda kerana setiap perkataan ayah dan ibu adalah DOA. — Fateh kayuh subuh untuk latihan fizikal dan oksigen fresh ke otak. Namun ada juga masa masanya dia bangun lambat 😉

Mahu Anak Suka Menulis?

Fateh saya jenis tidak suka menulis. Dan akan sukar habiskan menulis. Namun seminggu bersekolah, dia ada improvement dari segi habiskan kerjanya. Dua hari lepas, pagi, dia berjaya sendiri habiskan menulis AA dan aa satu page. Dia happy dan beritahu saya. Kami puji dan masukkan ayat ‘nanti’ sebagai bayangan akan datang dia akan rajin dan berjaya menulis lagi. Dalam feedback log book, saya ada beritahu cikgu yang Fateh masih stage tidak suka ikut struktur. Masih stage ‘bebas berkarya’. Saya lupa bab menulis, dia ada berjaya menulis HFW Al Quran yang saya print activity sheetnya 4 perkataan satu page dan guna marker whiteboard. Saya masih berfikir tentang bab menulis ini. Bab mewarna saya dah jumpa jawapan. Sebab mewarna pun Fateh tak suka. Saya kata dalam diri, untuk apa skill mewarna ni ya? Dah besar dewasa nanti adakah skill mewarna ini jadi aset untuk kerjaya dia. Jawapan saya, mewarna untuk melatih anak kecil menulis garisan penuh berulang kali, dan paling penting dalam ruang yang ditetapkan. Juga ada aspek koordinasi mata-tangan, skill melihat dan menentukan warna yang lebih sesuai macam awan warna apa, baju nak kaler warna apa dsb. Jadi skill ini mungkin jadi aset dewasanya jika dia bidang design (perekaan). Jika dia Kanak-Kanak lelaki yang jenis ‘action’ dan hard skill, skill mewarna ni mungkin tak perlu untuk dia. Tapi yang dia perlu ialah ‘mengikut batasan/boundary’. Sebab betul, dia kata masa kaler tu “tak boleh keluar”, isk kesian pula saya dengar, dia akan stres dan tahu dah iaitu tak boleh mewarna keluar dari ruang. Aduuhai. Ok, bab ikut batasan, pasti ada aktiviti lain dia boleh dapat konsep itu. Banyak. Main teng teng pun kena langkah ikut kotak tertentu bukan kotak lain. Tu bab fizikal, urus pergerakan anggota badan. Lain? Sentuhan pun ada batasan, tak boleh pukul tepuk tendang dan sebagainya. Bab ni memang saya […]

Self Control – Tangan Anak Kecil Perlu Salur dengan Betul Energinya

Ramai bertanya saya, bagaimana nak ajar anak untuk ada self control dalam aspek batasan sentuhan. Ia sebenarnya dalam modul ‘Personal Safety’, yang saya ajarkan dalam Kursus Seksualiti Kanak-Kanak, namun juga boleh diaplikasi ke aspek violent (kekasaran) lain. Saya dan sahabat terapat yang amalkan ini awal, dapati berkesan untuk anak kami pada usia 3 sudah boleh ada self control untuk kemarahan/kegeraman, yang mana kami mula pada usia 2, kepada orang yang sama mereka dahulunya bila geram akan naik tangan ‘tepuk’, kata Fateh saya. Hehe. So cute. Bila dia rasa Marah dan tahan tahan tangannya dari nak pukul budak yang sama dahulunya dia mudah ter ‘tepuk’. And so sad bila dahulunya dia tak reti dan tak boleh kawal diri (lack of self control) dan kita dipandang semacam oleh orang yang tak faham mengenai ini. ‘Ter’ sebab mereka ni tak sengaja. They don’t have any other choice. Ia spontan, terus kaler hijau (berjalan) jika model traffic light, bukan kaler merah berhenti tahan diri dan kuning berfikir pilihan yang ada seperti orang dewasa. Namun saya rasa orang dewasa pun selalu hijau aja, kan. Hehe. Ia tindakan refleks namanya. Dan tertanam (register) dalam otak akan coping skill begini untuk isu begini. Usia 1.5-3.0 tahun memang ‘peak’ untuk anak kecil terus luah emosi mereka dengan anggota badan. Masa mereka mula menunjukkan aspek sentuhan tak selamat (pukul tepuk dll) ni, mula ajarkan. Ini beberapa tips yang Sempat saya taip laju masa sahabat bertanya tentang ini: 1) keep inform dia yang dia rasa ini ialah rasa Marah, sebab XXX yyy zzz. Means nama itu adalah Marah, dan Marah ada sebab. Bukan saja-saja je. Ini utk emotional intelligence dia. Dan everything ada cause n effect. Dan Skill EQ yang level pertama (ada 5 level semuanya) ialah TAHU apa dirasai, tahu apa nama rasa emosi tu, geram ke, kecewa ke, […]

Anak Sebut Perkataan Tidak Baik?

Fateh dulu-dulu umur 2 awal ada sebut perkataan tidak baik yang dipelajari dari orang keliling (kanak-kanak besar lain). . 1. Terapkan Label Orang Yang Baik Sebut Perkataan Baik Agak lama juga kami duk ulang maksud sebenar perkataan tak baik dan perkataan baik, . Dan kami ulang sebut, “Orang yang baik sebut perkataan baik. Dan Fateh adalah baik, maka perlu sebut Perkataan Baik aja”. . Sehingga tahap dia sedar dan mula boleh kawal diri, dia mula tegur orang lain pula, . dan dia Thinking analitikal, kerap bertanya :- “Mummy perkataan ni perkataan baik ke tak baik?” (Tengah differentiate dan memahami perkataan). . Namun jelas, bila Marah, tanpa sedar dia akan sengaja sebut perkataan tak baik. Di situ saya akan reflek emosi nya dan beritahu kaedah lain salur Marah bukan dengan mulut. . 2. Qalamullah, Terbaik dan Ia Perkataan Benar Semalam, semasa menelusuri makna ayat dalam surah hafazan semasanya, Al Ghasiyah, ada cerita mengenai keadaan penghuni neraka vs penghuni syurga. . Jelas, semua anak kecil mahu duduk syurga. Dan ayat 11 jelas menunjukkan penghuni syurga tidak bercakap perkataan sia-sia (tidak baik) kerana mereka tidak mendengar pun perkataan sia-sia di situ. Perkataan tak elok (bad words) memang tak ada faedah pun, sia-sia. MasyaAllah.. Betapa Al Quran adalah perkataan benar sentiasa. . It’s about words. . Saya beri penegasan, tentang perkataan tidak baik itu memang tidak perlu disebut, dan itu ciri penghuni syurga. . MasyaAllah, tadabbur surah dalam Juz Amma saya dapati ada pendidikan asas untuk anak kecil, mengenai hitam dan putih, baik dan buruk. . Maka jangan dirisau jika dalam Juz Amma Perkata ada celahannya gambar tidak baik / menakutkan, kerana ia adalah gambaran sebenar keadaan kontra yang tak baik iaitu yang bathil. Mereka perlu tahu dan jelas mengenai Haq dan Bathil. Al Quran juga adalah furqan, rujukan untuk membedakan keduanya. . Anak […]