mata anak macam kamera maznah ibrahim

Dalami Isi Hati Anak

Sebelum berkata No kepada hasrat anak, dalami dulu isi hati sebab kepada permintaannya, ia selalu logis di matanya, sesuai dengan tahap kematangannya…😢 Kisah strategisnya anakanda Fateh Lagi.. Sukanya bila berdua dengan anak di dalam kereta, dapat banyak tahu apa dalam…

Teknik Pernafasan Untuk Anak Bebaskan Kesedihan dan Ketakutan

Ajarkan Anak Teknik Comel Ini: Terbangkan Masalah Keluar ?   Cuba dulu baru tahu, best sangat rupanya. Haha.   Buku ni memang best. Bedtime Storytelling. Baru-baru ni Fateh terambil, dipilihnya untuk dibacakan sebelum tidur. .Saya pernah bacakan dulu, mungkin sekitar usianya 2 tahun, masa baru-baru belikan buku ni. .Nampaknya sekarang baru lebih sesuai dengan usianya yang dipenuhi lebih sedikit cabaran hidup bersekolah. .Dan jenis dia yang suka berfikir. Thinking. Jenis Thinking ni belum apa-apa pun udah pikir.?? .Kadang ada sedih, kurang semangat, dan marah marah geram semua, selain teruja dan bangga. .Malam ni dia pilih cerita ini, Mukasurat 66 .Ringkas sahaja, dan saya terus tangkap tekniknya. .Kami lakukan bersama. MasyaAllah memang best betul. .Bila rasa macam ada masalah, atau kurang semangat sebab sesuatu, .1. Tarik Nafas panjang dalam-dalam sampai perut. . .2. Fikirkan masalah itu. . 3. Jerit kuat-kuat. (Bayangkan masalah itu terbang dan lari dari kita) . ……… . Sebenarnya: .1. ia berkaitan dengan cara kita berfikir. Lagi fikir ia masalah, lagi ia mendekati atau mendatangi kita. Lagi buang jauh, lagi berkurang lah ia. Law of Universal Attraction. What u focus will expand. .2. Blow out the negative, macam saya selalu ajar dalam pernafasan Seminar EHSABAR. .3. Jerit ni melegakan sampai puas keluar segala isi pendaman dalam perut. .4. Perut ni sinonim dengan emosi takut: kanak-kanak atau orang dewasa yang asyik suka berfikir masalahnya, akan cenderung semakin memendam emosi risau itu dan ia tak bermanfaat mana pun. Hanya tambah sakit kepala dan sakit perut sahaja. Psikosomatik. Sakit yang dia rasai sendiri, cek doktor tiada sebab klinikal. .Cubalah santai santai dengan anak ya 😉 mana tahu mak juga boleh terbangkan seketika segala masalah dalam hati dan isi perut tu… It s worth it.  

kemahiran emosi anak EQ anak maznah ibrahim

​Macam Mana Nak Bantu Anak Regulasi Emosinya – Fokuslah kepada Kemahiran EQ

80% kejayaan individu dewasa disumbangkan oleh EQ, selebihnya IQ. . Ya? Ya, ini kajian dari pakar psikologi mengenai individu yang sukses. . Namun pusat kecerdasan keseluruhan manusia ialah Spiritual Quotient (SQ)! (InsyaAllah saya share di post lain ya) . Mahu Anak Cerdas EQ? Ini 5 bahagian Emotional Intelligence yang kita perlu mula didik anak sedari awal. . Agar anak survive di dunia serba mencabar kini dan akan datang. . Semudah no 1, Self Awareness, perkenalkan vokabulari perasaan yang betul dan tepat untuknya. Jika tiada vokab (anak bayi atau anak jenis tidak pandai luah), kita lah yang berikan vocab untuk dia. Cth, adik rasa Marah tadi sebab kawan ambil mainan adik tak minta izin. Sebab tu adik rampas semula. 4 vocab perasaan asas yang anda boleh perkenalkan sejak bayi ialah: Gembira, Sedih, Marah, Takut. Relatekan sentiasa dengan Allah, contoh:- : Alhamdulillah adik rasa gembira bila Mama pulang ambil adik. : Bila adik rasa takut, ingat, Allah ada bersama kita. : La tahzan, Allah bersama kita. (“La Tahzan, Innallaha Ma’ana” merupakan kalimat berbahasa Arab yang berasal dari Al-Qur’an surat At-Taubah ayat 40, dan memiliki arti, “Janganlah engkau bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita.” . No 2, Managing Emotions: Selepas dia tahu dia ada rasa sesuatu (especially yang negatif), dia perlu tahu bagaimana nak urus. Contoh Fateh masa tu 4 tahun, kawan tepuk mukanya, dia rasa nak tepuk semula (sebab Marah). Di sini dah agresif (dia tak buat tapi plan macam tu), saya ajar untuk asertif dan beritahu kawan APA dia rasa dan nasihati kawan untuk buat sentuhan selamat. . No. 3 Self Motivation, saya perhatikan ia ‘survivor coping skill’ yang ada pada Kanak-Kanak, contoh, kes Fateh, masa usia 2,3 dulu – Mummy lambat beri respons saya nak gula sunnah (ada kerja lain), saya ambil kerusi dan panjat, ambil sendiri di petiais atas. Sebab […]

berapa kali kena ingatkan anak maznah ibrahim

Berapa Kali Cukup untuk Peringatkan Anak Benda Yang Baik?

Benar, kanak-kanak hanya perlu diperingatkan sangat banyak kali sebelum wajar dihukum. .Persoalannya, sudah cukup kah kita peringatkan mereka sekurangnya 5000 kali untuk satu satu perkara penting? .Jika kena gayanya, insyaAllah usia 10 sudah solat dan ‘pukul’ tidak perlu. 3 tahun itu lama. 5kali sehari x 365 hari setahun x 3 tahun = 5475. .Key nya sabar dan keep repeating, beri nasihat dan perkataan baik berunsur kasih sayang dan mendidik berterusan.. .Kanak-kanak i) tidak atau belum pandai buat keputusan, dan ii) tidak atau belum pandai merancang. .Katakan tabiat kecil-kecil, bukan solat lagi (jika solat dilatih serius usia 7 tahun) .a. Kemas mainan selepas bermain b. Mandi awal pagi tanpa disuruh c. Main elok-elok dengan kawan d. Share mainan dengan adik beradik e. Sentiasa berbaik-baik dengan adik beradik .Peringatan seperti di atas ini perlu diulang-ulang hingga tempoh matang pemikiran dan perlakuan mereka – .tahap emosi kita pula kekal positif semasa mengucapkan peringatan ini, berbanding emosi negatif semasa memperingatkan perkara ini. .Ingat, yang KEKAL dalam HATI dan INGATAN mereka disusuli mereka akan lakukan aksi tidak mencabar (mencabar = sengaja lakukan aksi yang sebaliknya dari peringatan yang disebut di atas) ialah pabila peringatan / skrip itu diucapkan dengan: .i) Nada Baik, ii) Penuh Hormat dan iii) PERCAYA mereka akan jadi seperti apa yang diucapkan di atas? (Law of Universal Attraction) .Key nya juga ialah .POSITIF. .i) Ayat positif (Jika terangkan kesalahan, mulakan dengan tegahan, disusuli apa kita mahu mereka lakukan : Tidak boleh berebut mainan, sebaliknya mainlah elok-elok. Tak perlu lari sakan, jalan aja elok-elok) .ii) Emosi positif (Berunsur ‘care’ iaitu sangat ambil berat kepada tingkahlaku salah ini asbab mereka amanah untuk kita asuh didik, dan perlu lah dengan kasih sayang tegas, .iii) Pemikiran positif  (Percaya mereka dengar, faham, cuma perlu diperingatkan berulang kali sahaja, percaya mereka akan berubah, tak lama, konsisten nasihat cara […]