Ramai antara kita melalui pengalaman awal hidup yang tidak menyenangkan; seperti dimarahi, dipukul, diabaikan emosi, atau melihat pertengkaran di rumah. Ini dikenali sebagai Adverse Childhood Experiences (ACEs).
Waktu kecil, kita tidak mampu memproses semua ini. Jadi otak bertahan dengan cara masuk ‘survival mode’, iaitu kita cuba menolak rasa tidak selesa itu, dan sebaliknya fokus pada pencapaian luaran seperti akademik, kerja, atau penampilan. Dari luar nampak kita βokayβ, tapi di dalam, ada luka yang tidak pernah sembuh.
Bila Menjadi Ibu Ayah, Luka Lama Terbuka Kembali
Bila sudah menjadi ibu atau ayah, luka lama ini mula muncul semula. Kadang-kadang tanpa sedar, kita ulang cara ibu bapa dulu –> marah dengan nada sama, guna ayat yang hampir serupa, atau bertindak dengan cara yang melukakan emosi anak. π£π£π₯
Lepas itu baru teringat: βYa, ibu bapa saya juga begitu dulu. Dan sekarang saya buat perkara yang sama pada anak saya.β
Haah… tarik nafas dalam-dalam.
Kesedaran: Titik Mula ‘Break the Cycle’
Namun di sinilah kesedaran menjadi turning point. Kita mula sedar bahawa corak ini wujud, dan kita ada pilihan untuk hentikannya. Walaupun kita pernah terluka, kita tidak perlu mewariskan luka itu kepada anak-anak.
Kesedaran ini ibarat cahaya kecil yang membuka jalan untuk berubah. π
Repair: Jalan untuk Sembuhkan Hubungan & Diri Sendiri
Yang penting bukanlah jadi ibu bapa yang sempurna, tetapi ibu bapa yang tahu dan sudi ‘repair’ selepas berlaku kesilapan. Kita boleh belajar untuk minta maaf, peluk anak, dan tunjukkan kasih sayang dengan lebih jelas.
Setiap kali kita memilih untuk ‘repair’, kita bukan sahaja sembuhkan hati anak, tetapi juga sedikit demi sedikit menyembuhkan luka lama dalam diri kita sendiri.
3 Cara Praktikal ‘Repair’ Selepas Marah Anak
Minta maaf dengan tulus – βTadi mama marah kuat, itu tak patut. Mama minta maaf ya.β
Sentuhan fizikal – peluk, usap bahu, genggam tangan anak.
Terangkan dengan lembut – bantu anak faham kenapa marah berlaku, dan yakinkan dia, bahawa dia tetap disayangi dan dia tidak salah. Yang salah adalah emosi kita, ‘trigger’ kita, bukan semata-mata 100% kesilapan kecil dia…..
Dari Trauma ke Syukur: Harapan untuk Generasi Seterusnya
Perjalanan ini tidak mudah, tetapi ia mungkin.
Setiap kali kita sedar, minta maaf, dan ‘repair’, kita sedang membuka ruang untuk generasi seterusnya membesar dengan lebih sihat emosi.
Syukur kerana kita diberi peluang untuk melihat corak ini, dan memilih untuk hentikannya. Dengan niat baik, doa, usaha, dan pertolongan Allah, kita mampu ‘break the cycle’ – dari trauma lama kepada harapan baru.