Tag kurangkan tantrum anak

Nak Anak Sihat Emosi & Kurang Tantrum?

3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM . Ini adalah 3 strategi mudah sebenarnya namun paling sukar untuk dilaksanakan oleh kebanyakan ibubapa. Kita mungkin terlepas pandang kerana sibuk mencari bermacam-macam teknik lain yang mungkin kedengaran ‘canggih manggih’. Mudah-mudahan sebagai ibubapa yang cakna mengenai keperluan perkembangan emosi anak kita, kita dapat membantu mengurus emosi mereka dengan menyediakan ‘asas tapak yang baik’ untuk mereka. STRATEGI 1 Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas. . ✔️ Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum). ✔️ Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (outdoor ve indoor) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini. Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya.⛔️??? ✔️ Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik). ✔️ Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama. ✔️ Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit. Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali. . STRATEGI 2 Pastikan makanan mereka terjaga. . ✔️ TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu, ✔️ dan ia adalah makanan real food, elak ❌ atau minimakan processed food. ✔️ bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat) ✔️ makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais. . STRATEGI 3 Waktu tidur dijaga dengan baik. ✔️ jumlah […]