Tag cara rasulullahmarah anak kecil

Marah Pada Anak Kecil – Cara Rasullullah & Kaitan Dengan Ilmu Sains Manusia & Psikologi

LANJUTAN DARI ARTIKEL POST ‘KESAN MARAH PADA ANAK’, BAGAIMANA CARA SEBAIKNYA MENURUT ISLAM ? Saya bukan pakar dalam agama, maka saya biasanya suka lihat bagaimana Rasulullah s.a.w melayan kanak-kanak. Sebab ia uswah hasanah (suri teladan terbaik) untuk saya kaji dan ikuti. Semua riwayat berkaitan Nabi Muhammad amat jelas menunjukkan Baginda amat menyantuni kanak-kanak. Tidak pernah dengar Baginda memarahi kaw kaw kanak-kanak hatta orang dewasa. Seingat saya, beberapa situasi menunjukkan Rasulullah amat faham fitrah kanak-kanak, dan bila saya kaitkan dengan kajian sains otak anak dan kesan marah, ia memang tele, sama. Contoh 1: Rasulullah menunggu lama semasa cucunda Baginda Hassan dan Hussin yang naik ke belakangnya semasa beliau sujud (tidak bangkit-bangkit hingga cucu selesai ‘bermain’). Pabila ditanya sahabat, adakah kerana baginda menerima wahyu baru, baginda memberitahu baginda tidak mahu mengganggu ‘proses bermain’ si cucu yang dikatakan Baginda, mereka sedang ‘menunggangi kuda’. Allah, sabarnya Baginda. Memang sangat jelas (anak-anak saya juga sama), kanak-kanak suka menaiki belakang kita semasa kita sujud. Kerana peringkat usia kecil sebegitu (awal kanak-kanak), penuh dengan imaginasi tinggi (teori perkembangan kognitif/pemikiran – usia 2-7 adalah praoperasi dan imaginasi tinggi). Respon dan tindakan Rasulullah itu adalah terbaik dan tidak menyalahi hukum dalam Al Quran (sujud lama-lama). Contoh 2: Rasulullah lalu di rumah anakandanya Fatimah dan terdengar anak Fatimah menangis (bayi). Rasulullah bertanya kenapa biarkan anak bayi ini menangis? Kemudian beliau terus angkat bayi ini dan letakkannya di bahu Baginda. Memang kajian sains menunjukkan bayi belum ada ‘sense of manipulation’ lagi. Maka tangisan bayi perlu dilayan secepat mungkin (bawah 15 saat), kerana bayi tidak lah resilien atau mandiri. Adalah tidak benar sama sekali biarkan bayi menangis baik untuk latihan paru-parunya. Malah kita tahu bayi ada 7 petanda sebelum dia akhirnya menangis untuk susu. Jadi dinasihatkan untuk semasa petanda awal sebelum menangis tu, angkat lah bayi anda dan susukan ia. Kita mahu […]