Category Pra Sekolah

Macam Mana Ajar Anak Guna Hypnoscript untuk Diri Dia Sendiri

‘Self Affirmation Script’ Bantu Anak Kecil Bila Tidak Yakin Diri Sendiri Saya kongsi sedikit bagaimana saya dorong anakanda soleh Fateh akan kaedah ini dan nampaknya sekali sahaja saya ajar dahulu dia boleh aplikasi sendiri dalam situasi lain secara kemahuan sendiri. (contoh dia nak naik gelongsor secara terbalik dan tiba-tiba rasa tak yakin diri datang, terutama sejak dah mula berfikir ni, dia reka skrip sendiri dan berkata “Fateh boleh, Fateh boleh”).   Cuma inovasi terbaru saya, saya tambah sentuh di anggota badan yang tepat dan ia berkesan lagi untuk situasi kemahuan saya untuk kombat ketidakyakinan diri yang datang mengganggu tiba-tiba. Hari itu, dia kata Mummy tiada kat sekolah. Nak Mummy.. (datanglah drama kecilnya). Saya ambil tangannya dan sentuh anggota badan berikut dan sebut, serta minta dia ulang sebut. Ke dada : Fateh selamat, Fateh berani. Fateh suka gi sekolah. Ke kepala : Nanti petang Mummy baliklah. Allah ada, kawan-kawan pun ada. Dan dia terus ok untuk tak lemah kalah pada emosi yang mengganggunya. *** Ini sebenarnya adalah Teknik Hypnoscript – tapi kita ajarkan kepada anak sewaktu saat sukar dia. Contoh Situasi Semalam: Semalam, nak masuk pagar sekolah yang sunyi lewat petang untuk ambil selipar nya tertinggal. Tiada kelibat orang kelihatan, namun pagar kecil terbuka (sudah maklum guru kami mahu datang, dan pembantu guru sebenarnya ada dalam rumah). Mummy, teman lah Fateh. Tak apa, Fateh. Masuk aja, cikgu ada kat dalam. Alaah, teman lah Fateh. Fateh tak berani… Ok jum Mummy bantu. Kita buat Hypnoscript Fateh. Tangan letak ke hati (dada) dan tepuk perlahan: sebut “Fateh berani”, (Fateh ulang) Tangan letak kat kepala:, sebut “Fateh boleh masuk dalam ambil selipar” (Fateh ulang) Tambah : Fikir Allah kan ada. (Fateh ulang). Lepas tu dia pun pergi dan berjaya pulang semula dengan seliparnya.   https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/535745706600018/ Nota. 1. Untuk kanak-kanak, perlu ringkas dan libatkan anggota […]