Day April 22, 2019

Buli, Anak Perlu Didengari dan Dibantu Sejak Awal Usia

Anak ada pengalaman dibuli ? Buli ni memang biasa dengar dan tertanya-tanya adakah anak kita dibuli? Buli sampai tahap mana kena lapor? Apa jenis buli dsb. Saya ‘personally’ amat menekankan pendidikan dan pencegahan buli bermula dari rumah, di kalangan anak dan adik beradik mereka. Kita tidak mahu menunggu sehingga berdarah, lebam dan mati untuk mula ambil tindakan dan kuatkuasakan peraturan di sekolah. maznah ibrahim Fahamilah asas Buli ini. Buli bermaksud seseorang mengambil hak kita. Hak kanak-kanak pula ada 4 kategori iaitu Survival (kehidupan) – ini aspek fizikal, mereka perlu makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan ubatan bila sakit. Kiranya tak dapat ni maka mereka boleh ‘tak hidup’ (mati) atau tak dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia mencapai ‘basic needs’ ini. Development (perkembangan) – untuk berkembang, anak kita ke sekolah untuk memenuhi tuntutan perkembangan kognitif / pemikiran, sosial dan emosi, dan ke kelas tertentu bagi tingkatkan skil dalam perkara yang mereka minat macam sukan tertentu, seni, dll. Juga kita penuhi keperluan perkembangan spiritual mereka dengan pengisian rohani sejak dari awal bayi, kelas mengaji, sekolah agama dsb. Protection (perlindungan) – perlu tahu yang anak anak kita dilindungi oleh Negara dari segi Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2016), CRC (hak kanak-kanak yang Malaysia terima dan laksana dari 54 artikel) dan polisi perlindungan kanak-kanak Negara. Anak kita WAJIB dilindungi dari penderaan dan pengabaian dan sebarang eksplitasi. Penderaan fizikal, emosi, seksual, pengabaian dan eksploitasi. Participation (penglibatan) – ini masih agak rendah di Negara kita namun sudah mula terbit dari segi pelaksanaan ‘student centered’ atau ‘child centered’ pabila suara, pandangan dan idea kanak-kanak diambil kira dan dilibatkan. Contoh mudah anak anak tadika disuruh ke pentas dan menyanyi atau bercakap sesuatu, yang dirakam, sebenarnya mereka ada hak untuk ‘say’ mereka iaitu taknak naik ke pentas sekiranya mereka rasa kurang selesa dan tak mahu terlibat dalam […]