tahniah
tahniah
INI Keputusan anda
Add Your Heading Text Here
Perkataan
Add Your Heading Text Here
Masa
Add Your Heading Text Here
Hadiah
Add Your Heading Text Here
Khidmat
Add Your Heading Text Here
Sentuhan
Interpretasi Skor Profil Anda
Skor tertinggi menunjukkan bahasa cinta utama anda (skor tertinggi anda ialah 12) sama ada ia adalah kecenderungan gaya anda meluahkan rasa cinta atau sayang, mahupun ia sebagai tanda anda amat menyusut tangki di bahagian ini (perlu dapatkan atau penuhkan ia ya). Adalah tidak mustahil dan biasa untuk seseorang mempunyai dua skor yang sama tinggi, mahupun satu skor yang sangat sedikit beza dengan skor kedua. Ia hanya bermaksud yang dua gaya bahasa ini sangat penting untuk anda.
Skor yang lebih rendah pula menunjukkan anda jarang menggunakan bahasa cinta ini yang mana mungkin anda tidak terkesan sangat secara emosi. Pelajari lebih mengenai bahasa cinta utama anda dan bagaimana anda mahu menyesuaikannya dengan kehidupan anda seterusnya demi mencapai kebahagiaan hidup anda.
Perkara Penting Untuk Diingatkan!
Anda mungkin mempunyai skor lebih tinggi untuk tangki emosi tertentu berbanding orang lain, namun jangan abaikan bahasa cinta yang tidak signifikan (yang skor rendah). Pasangan anda mungkin meluahkan rasa sayang dan cintanya dengan cara-cara tertentunya, dan adalah amat membantu untuk anda fahami perkara ini untuk dirinya juga.
Dalam masa yang sama, ia akan bermanfaat untuk pasangan anda untuk tahu mana satu bahasa cinta utama anda sebagai cara terbaik untuk dia mengekspresi emosinya kepada anda kerana ia adalah cara unik anda menterjemahkan ia sebagai ‘tanda sayang/cinta/ambil berat’. Setiap kali anda dan pasangan anda berbicara mengenai bahasa cinta kalian, anda akan lebih memahami apa keperluan emosi utama dan sebabnya. Dan ini bukanlah satu ‘game’ atau permainan kad. Amat penting untuk anda fahami dan berbicara mengenai keperluan emosi pasangan, dan paling penting ia adalah mengenai koneksi perhubungan istimewa anda dengan pasangan anda (bukan mengenai anda dan individu lain). Ini akan membantu anda untuk lebih baik dalam komunikasi harian (komunikasi tanpa verbal terutamanya), meningkatkan kefahaman antara satu sama lain, dan akhirnya demi memperbaiki keromatisan perhubungan anda dengan pasangan secara unik dan jelas!
Sekiranya pasangan anda belum lakukan ujian ini, galakkan dia untuk mengambil sedikit masa untuk menjawab ‘Profil Tangki Emosi’ ini. Bincangkan bahasa cinta masing-masing secara terbuka, dan gunakan maklumat ini untuk memperbaiki perhubungan anda! Demi keluarga tersayang anda.
Tindakan atau Khidmat
Bolehkah memvakum dan mengemop lantai satu rumah betul-betul menjadi satu cara pengluahan rasa cinta yang berkesan? Benar sangat!!! Apa saja yang dilakukan yang mengurangkan beban tanggungjawab harian anda sebenarnya boleh memberatkan lagi tangki “Tindakan atau Khidmat” seseorang yang melambangkan besarnya makna cinta ini. Patutlah diri anda suka mendahulukan kerja rumah hakiki sebab pada anda ia amat penting! Maka jika pasangan anda juga bantu lakukan tindakan atau khidmat ini, ia adalah sangat mendamaikan jiwa anda, kan? Perkataan yang anda mahu dengar ialah: “Mari saya buatkan untuk awak” atau “Biar saya yang selesaikan” (sidai baju, kemas meja, basuh pinggan mangkuk, mandikan anak dll). Malas, komitmen yang tidak dilaksanakan, dan tidak bantu buat kerja asas rumahtangga untuk anda akan memberitahu anda yang perasaan anda tidak penting, jadi dengan hanya melakukan tindakan dan khidmat seperti ini saja akan buat anda terus ‘mood’ baik, kerana ini yang lebih penting pada anda dan anda amat hargainya! Bukan kata-kata manis saja serta janji kosong, tapi ‘Tindakan’ yang mengesahkan kata-kata sayang itu 😉
Perkataan Mengesahkan
Pernah dengar tak ‘actions always don’t speak louder than words’? Maksudnya jika tak diberitahu dengan jelas, sebarang perbuatan pun tak memberitahu makna yang jelas dan tepat untuk seseorang itu. Jika ini adalah bahasa cinta utama anda, pujian yang tidak diminta-minta adalah penting kepada anda. Mendengarkan ayat “Saya cintakan awak”, “Saya amat menghargai usaha awak buatkan air untuk saya/ melipat baju saya / menghantar saya ke tempat kerja” – adalah penting – ditambah lagi dengan mendengar sebab-sebab atau alasan di sebalik setiap perbuatan itu adalah lebih lagi menambahkan semangat anda. Jika berlaku penghinaan (verbal), ia boleh mengecaikan hati anda dan tidak mudah sama sekali dilupakan. Kebaikan, galakan, dan perkataan yang positif adalah benar-benar satu hadiah kehidupan kepada anda.
Sentuhan Fizikal
Bahasa cinta ini bukanlah semata-mata semuanya mengenai tempat tidur (intimasi). Seseorang yang bahasa cinta utamanya ialah Sentuhan Fizikal, tidak mengejutkan, mereka adalah seorang yang sangat mudah menyentuh dan disentuh. Memeluk, menepuk di belakang, berpegangan tangan dan sentuhan yang dihargai di lengan, bahu atau muka – semua ini adalah cara untuk mereka tunjukkan keseronokan, ambil berat, menjaga dan rasa cinta atau kasih sayang. Kehadiran fizikal dan berada di sisi adalah penting, manakala mengabaikan atau mendera boleh menjadi sesuatu yang tidak dapat dimaafkan dan boleh memusnahkan perhubungan. Sentuhan fizikal menggalakkan rasa selamat dan kekitaan di dalam mana-mana perhubungan manusia.
Menerima Hadiah
Jangan tersilap yang bahasa cinta ini adalah untuk materialism; penerima dan pemberi hadiah ini berusaha untuk zahirkan rasa cinta, ingatan dan usaha di sebalik hadiah material ini. Jika anda berbicara mengenai tangki emosi ini, hadiah yang sempurna atau petanda kepada hadiah ini menunjukkan yang anda diketahui, dihargai, diambil berat, maka anda dihadiahkan sesuatu atas apa jua pengorbanan mereka untuk membawakan atau menghadiahkan sesuatu kepada anda. Hari lahir, atau hari ulangtahun perkahwinan yang dilupakan (atau terlupa), atau hadiah ingatan yang tergesa-gesa (tergopoh-gapah) adalah petanda yang amat tidak baik (ibaratnya seperti bencana). Hadiah adalah gambaran visual cinta dan kasih sayang dan amat dihargai.
MASA
Dalam tangki emosi ‘Masa Berkualiti’, bukanlah kata-kata “Saya cintakan awak,”dan minta perhatian yang tidak berbelah bahagi. Tetapi ‘berada di sisi bersama-sama’ untuk orang jenis ini adalah kritikal, dengan benar-benar berada di sana ; iaitu TV dan gajets (handphone/laptop) yang jauh, dan semua kerja-kerja rutin dan tugas diketepikan buat sementara – membuatkan anda rasa pasangan anda benar-benar istimewa dan sayangi anda. Gangguan, menangguhkan tarikh, atau kegagalan mendengar boleh jadi perkara atau isu yang amat melukakan hati anda. Masa Berkualiti bermaksud berkongsi perbualan yang berkualiti dan melakukan aktiviti berkualiti bersama-sama J Berkualiti juga bermaksud berkongsi perbualan yang berkualiti mahupun aktiviti yang berkualiti.
Sama ada jenis tangki ini adalah yang anda suka, cenderung mahu dilakukan, mahupun paling anda kurang dapati (tangki paling susut dan dambakan) dari pasangan anda J.