Hosted by Maznah Ibrahim
Saya dapati seringkali terdapat halangan dalam komunikasi antara ibubapa-anak akibat daripada usia dan perspektif berbeza.
Halangan komunikasi ini menyebabkan bukan sahaja ibubapa akan ‘annoy’ malahan kanak-kanak juga akan turut ‘annoy’, marah dan memberontak.
Ini membuatkan perhubungan semakin jarak dan panas.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor, kalau dibiarkan berlanjutan, ia akan menyebabkan banyak masalah pada masa hadapan, baik untuk anak malah kepada seluruh keluarga.
Sedangkan ianya sangat boleh dielakkan dengan ilmu yang betul.
Penting untuk kita memahami perspektif unik anak & mengenal serta mengetahui cara yang biasa kita gunakan untuk menyampaikan mesej kepada anak selama ini.
Ya, sebab kita dah terbiasa & biasanya ianya refleks yang terjadi secara bawah sedar.
Sedar & memahaminya boleh membantu menambah baik komunikasi & menghindarkan salah faham yang boleh berakhir dengan konflik pada masa hadapan.
Apabila sudah kenal kedua-dua aspek tadi.
Lebih mudahlah kita untuk lebih terbuka & mudahlah saya untuk kongsikan Formula atau Strategi Komunikasi Berkesan dari sudut sains tingkahlaku dan psikologi kanak-kanak,
saya berhasrat agar semua peserta akan dapat meningkatkan keberkesanan perhubungan ibubapa-anak, dengan mesej berjaya disampaikan kepada anak-anak dengan mudah, serta keharmonian di dalam keluarga sehari-hari akan meningkat.
Program Khusus 2 jam 30 minit ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran dan skil komunikasi spesifik ibubapa-anak kepada para peserta, yang merangkumi EMPAT (4) perkara berikut:
3 Prinsip Mengenai Kanak-kanak:
‘Mindset’ Mengenai Kanak-kanak Yang Ibubapa Perlu Tahu – apa menyebabkan mereka tak boleh dengar atau faham apa kita cakap
5 Prinsip Untuk IbuBapaKini:
‘Mindset’ Yang Ibubapa Perlu Ada Agar Lebih Relaks Bila Berbicara dengan Anak
3 Stail Komunikasi Yang Telah Kita Lakukan Selama Ini:
Berulang-ulang Cara Sama Menyebabkan Komunikasi dengan Anak Tidak Berkesan Selama Ini (malah gaya yang sama ini akan ditunjukkan oleh anak-anak kita: cerminan)
10 Strategi/Formula untuk
BerKomunikasi dengan Anak Sehingga Berkesan
Anda boleh bertanya soalan & berinteraksi melalui chat semasa sesi live.
Ulang tonton supaya anda tidak terlepas apa-apa point penting. Akses akan diberikan melalui email 2 hari selepas webinar live.
Untuk anda print sendiri & gunakan semasa webinar.
Webinar Dengarlah Anak Ku
Tarikh : 23 Oktober 2020
Hari : Jumaat
Masa : 9.15 – 11.45 malam
Tempat : Webinar