Tips Keibubapaan #39 ( Anak Agresif Perlukan Batasan Selamat, TIME IN )


Ketika anak sangat mencabar ibu bapanya,
Sama ada kelihatan sengaja atau tidak sengaja,
Pastikan tetap berada di sisi dia,

Berikan pilihan lebih selamat untuknya:

-Asal tak cederakan diri,
-Tak cederakan anda,
-Tak rosakkan barang sekitar.

TIME IN namanya.

Dia perlukan bimbingan bukan penolakan (rejection).

Usaha untuk kekal sabar dan positif, OK.

Saya beri contoh:

Dia hentak kepala ke dinding,
Peluk dia bagi dia hentak kepala ke badan kita (lebih selamat badan anda dari dinding keras)
(The better choice that time)

Dia goncang pagar dengan luat,
Terus angkat dan peluk dia
Usap belakang badan dia.

Kalau anda tak cukup sabar,
Terus minta dia STOP dan pergi pukul punching bag di corner sana.

Sambil bagitahu betapa anda amat care dia dan sayang dia maka tidak mahu dia sakit/cedera,
Dan betapa anda tetap tidak akan beri apa dia mahu kerana anda ambil berat dan sayangkan kesihatan mata/badan dia.


Jika sebaliknya = anda mengalah dan beri apa dia mahu,
Pasti dia guna strategi sama,
Sebab dia tahu anda akan mengalah..

Atau anda marah-marah dan hukum rotan dia,
Dia akan lebih agresif (luaran) atau pendam (dalaman) jadi dendam.

Trigger di kemudian harinya,
Anda akan lebih susah sebab dia akan lebih mengamuk,
Pada situasi akan datang.

AKHIRI DENGAN LUAHAN RASA GENUIN ANDA
Teguran teknik sandwich,
“Abang/Kakak anak soleh/ah yang selalu dengar kata Mama,
Maaf Mama tak dapat beri sebab kita dah janji untuk .. (XXX Rule Anda)
Mama minta Abang/Kakak sabar dan kita akan buat bila …. (Sebut Balik XXXRule Asal)

Balut emosi dan tawarkan solusi untuk akan datang.

Maka berikan dia pengalaman untuk ‘tidak dapat’ dalam suasana sakit hati tetapi SELAMAT.

Batasan selamat / safe boundary diberi atau dikekalkan.

“Tidak semua yang dia suka adalah baik untuknya,
Dan tidak semua yang dia tak suka adalah tak baik untuknya”, kan?


CARE❤️
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

tingkahlaku anak mencabar maznah ibrahim

Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *