Ter Marah Anak, Wajarkah Kita Minta Maaf?
Ada beberapa perkara penting di sini, untuk ibu ayah yang merupakan follower saya sama-sama memahami perkara ini ya…
Ada saya bincangkan dalam support group ebook saya, dan mereka memahami perspektif saya.
Mereka yakin dan sedar apa makna di sebalik tindakan mereka, mereka jelas dan yakin tidak apa minta maaf kepada anak pada kondisi /konteks bersesuaian, asal kita sebagai ibu bapa tahu /sedar ‘the behind of our action’.
[Ter marah, means kita ada ter silap]
Ter marah berlebihan,
dan ada emosi di situ.
Memang jelas kita silap.
Bila marah sebab emosi, biasanya ada hamburan emosi berlebihan,
melebihi kewarasan fikiran,
ia biasanya disusuli perkataan kurang sesuai seperti marah melampau, sindir, menuduh, dll, serta perlakuan kurang sesuai seperti pukul, cubit, hukum, tekan kuat, dan seangkatan dengannya.
Sebenarnya anak akan ikut, dan buat kepada adiknya pula (seperti player rakaman video sop; tindakan bila marah, perlu begini),
sebab anak belajar paling cepat dan pertama adalah pasti dari kita.
Anak juga akan ter marah berlebihan sebab emosi marah ketika itu, dan sebenarnya sebab dia ‘trigger’
(punca sebenar lain, ‘trigger’ nya lain
= punca sebab dia terluka dan konfius dimarah teruk ibu ayah, trigger nya adik dia buat dia marah, sedikit je silap),
alasan dia nanti, sebab abang nak didik adik, adik buat salah, tapi nada abang berbaur ‘amarah’, kurang sesuai untuk adik faham kenapa abang yang marah bertingkahlaku begitu.
Sebab tiada balutan/wrap up/ komunikasi jelas.
Usia 5 ke bawah, marah berlebihan dan hukum anak,
anak tidak faham keterkaitan kesalahan dia dengan apa yang dia terima dari ibu bapa yang marah berlebihan dan menghukum itu.
(ini ada disentuh oleh Dr Margot Sunderland dalam bukunya, Science of Parenting/ What Every Parents Need to Know, 30 tahun lebih dalam psikoterapi kanak-kanak, dan saya amat setuju, untuk diri saya yang baru setahun jagung 16 tahun dalam psikoterapi kanak-kanak).
Kesannya jelas depan mata saya, melihat ‘cycle’nya dari ibubapa kepada anak-anak, ke remaja, ke dewasa bujang dan ke fasa ibu bapa telah tua, ada kesan berpanjangan…. dan amat memeritkan menyaksikannya.
Maaf tidak terungkap, dek kerana ego saat itu,
peluang telah terlepas, dek masa telah berlalu,
salah tanggap makna kekal di ‘belief system’ anak,
dan ‘damage has been done’.
.
Menyesal seumur hidup.
.
Jika marah kerana mendidik,
bunyi marah itu berbeza tau,
marah mendidik juga tidak marah teruk sehingga menjatuhkan maruah anak di hadapan adik beradik/ bapa/ibunya/orang lain.
Ia dilakukan one on one secara hormat.
Kita amat tegas, namun kita juga amat waras/ rasional.
Kita sendiri boleh rasa , damai di hati. Lega.
Tepuk dada tanya diri sendiri.
Marah kerana tegur, untuk anak buat lebih baik, dan sedar kesilapan dia, adalah wajib,
agar anak perlu ketahui, yang dia ada orang yang bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing, dan menunjuki, kerana tanggungjawab kita sememangnya menegur, dan memodelkan,
dan dia akan faham.
Bila kita tidak berupaya memodelkan,
kita memberitahu dia yang kita sedang berusaha untuk bertindak lebih baik,
kita meminta maaf atas keterlanjuran kita memarahi, dan melampau sedemikian rupa.
.
[Adakah anak keliru bila kita marah dan lepas tu minta maaf dia?]
Ada dua part di sini.
.
[1-Part Anak]
Tidak keliru apabila ada proses yang betul.
Kita fokus mahu mendidik anak untuk komunikasi terbuka dan telus.
Kita juga mahu anak memahami yang tadi mak marah bukan semata sebab kamu, tapi mak ada isu lain peribadi.
Bukan salah kamu sepenuhnya. Mak bimbang kamu tercederakan emosi adik (atau fizikal adik).
Mak tak mahu adik tidak hormat kamu dan belajar dari kamu cara lempias marah begitu, bukan begitu caranya.
Mak terlepas sebab mak sangat marah kamu buat begitu, mak marah sebab mak marah diri mak sendiri sebab tak dapat tunjukkan contoh yang baik kepada kamu.
Anak terdidik untuk komunikasi terbuka yang telus, benar.
Anak juga terdidik untuk empati dan bekerjasama nanti.
Anak terdidik untuk memahami lebih mendalam proses momen / peristiwa tadi.
Ada refleksi/muhasabah di situ, Ada pelajaran di situ.
.
[2-Part Mak Ayah]
Mak akan sangat lega, sebab dah komunikasi terbuka jelas, kan.
Sebab mak ada rasa bersalah, mak sendiri sedar mak terlepas marah teruk tadi,
Mak ada swing emosi tadi, mak ada pms sekarang ni, mak baru geram dengan ayah kamu tadi.
Mak ada trigger kesilapan kamu berulang dan adakah mak tak pandai didik kamu. Mak rasa mak gagal didik kamu.
Mak cari bantuan dan mak berazam untuk ubah diri.
Mak sedar momen tidak berulang lagi,
Mak usaha bukan pandai cakap aja…. malu dgn anak, malu dengan Tuhan.
Mak yang rasa bersalah dan kekal ego dengan tidak minta maaf,
akan beri kesan kepada diri mak juga,
jadi biarlah mak juga lega sebab bukankah kita selalu solat sunat taubat memohon ampun kepada Allah sebab ter silap amarah kepada anak yang merupakan amanah Allah kepada kita?
Anak orang lain boleh kita layan elok-elok kenapa amanah Allah ini tidak kita jaga dan pelihara elok-elok, kenapa perlu ‘take for granted’? Anak bukan milik kita. Bila-bila masa sama ada kita pergi dulu atau anak yang muda ini ‘pergi dulu’. Tidak mahu kekesalan kekal dalam diri seumur hidup.
Seharusnya kita menjaga dan memelihara emosi dan estim anak, tapi kita terlepas kata, perbuatan… kesannya kita tak tahu tapi kita dapat rasa hati semakin jauh.
Jadi be humble aja.
Tak jatuh maruah kita, sebab kita ada ‘explanation’ di situ,
bukan buta-buta sebut ‘sorry, sorry’ macam tak boleh relate aja, kann. Anak kan bijak berfikir? Anak belum cukup akal kematangan pula bijak ‘merasai’.
Langkah Bila Dah TerMarah Anak:
. Selepas ter marah anak, kerana unsur emosi kita yang berlebihan tadi, haruslah kita cool down dulu. Ini memang ambil masa. Tarik nafas, time out diri sendiri, ambil unsur air untuk tenang, wudhu/minum air/mandi. Bergerak.
. Setelah tenang, dan rasional (sebaiknya hari yang sama, hujung hari, tidak tunggu sampai esok atau minggu depan atau raya tahun depan), cari ruang masa untuk kita komunikasi terbuka.
Ajak anak duduk berbicara dengan mak, mak nak cakap something.
Memang perlu setting masa dan tempat yang sesuai berserta mood dan fikiran yang lapang/sedia.
. Beritahu aja, dari hati,
mak nak minta maaf sebab terlepas marah.
Bukan salah anak sepenuhnya, mak ada struggle cabaran tersendiri. Mak nak minta awak … (permintaan mak) untuk begitu begini lain kali untuk situasi sama tadi. Agar tidak trigger marah mak.
Tanya perasaan anak tadi bila kita terlepas marah teruk dia, acknowledge rasa hati dia,pemikiran dia, dan sama-sama ‘come clean’, luah lega, dan ‘support each other’,
Surely anak akan rasa nak sama-sama bantu mak dan kurangkan perbuatan yang trigger mak….
*Saya taknak anak cerita perasaan dan pemikiran dia tentang momen itu setelah mak ayah telah usia emas tau, masa tu lagi sakit mendengarnya, biarlah tahu/dengar pada waktu kini, ok .
Lagi cepat baiki come clean lagi mudah nak rawat. Ia biasa dilihat dalam sesi psikoterapi kami, anak mengimbas peristiwa-peristiwa mereka terluka, dibiarkan tanpa penjelasan yang sesuai dan betapa peristiwa itu mempengaruhi kehidupan mereka hingga dewasa….nak merawatnya dan menyembuhkannya bukanlah satu proses yang mudah lagi dan mengambil masa yang panjang.
Aim / hasratnya Bila Dah Buat Usaha Nak Baiki Silap Marah Anak :
1. Kekal baik bonding dengan anak
2. Kekal komunikasi terbuka untuk tindakan seterusnya, work with them not fight with them (bekerjasama dengan anak).
3. Ada KEFAHAMAN ice berg 90% di situ dari 10% yang anak lihat dan rasai dari momen dimarah teruk itu. Ini skil penting untuk mereka dengan pasangan, kawan, bos mereka nanti. Anak jadi seorang yang empati tinggi insyaAllah; sebagai bos kepada anak buah yang mampu menerima pendapat anak buahnya, serta suami/isteri, mahupun ibu ayah yang terbuka membaiki diri masing-masing. Ini sangat mahal dalam dunia kini yang semakin kurang empati… betul tak?
4. Kekal model dicontohi anak, sesuai pada fitrah kemanusiaan, bila perlu merendah diri, bila perlu bertegas sebagai pemimpin-dipimpin (ibu bapa-anak), bila perlu empati dengan situasi / struggle memasing.
.
.
.
teruskan membaca [part 2]
Terima kasih kerana membaca.
Maznah Ibrahim.
Masih belajar selalu.