Teknik Mengurus Emosi Kanak2 Kecil Mendekati Allah (solat dan mengaji)

BismilahhirRahmanirRahim

Kisah di Maghrib Hari dan Teknik Mengurus Emosi Kanak2 Kecil Mendekati Allah (solat dan mengaji)

Kisah semalam (tergendala menulis)

Waktu menghampiri maghrib, Fateh dan ayah sampai ke rumah menaiki kereta dari mengambil uncle di stesen bas. Rupanya Fateh tertidur sebentar dalam kereta (kepenatan lah tu bermain di padang dengan basikal dan melihat abang2 main rounders).

Masuk sahaja, terus sambung berbaring. Tak lama lepas tu azan berkumandang dari surau kawasan rumah kami. Ayah nak mandi, dan ajak Fateh solat. Si kecil Fateh berkata, “Ayah, x nak sembahyang!”, dengan tegas beremosi sambil sambung baring.

Saya terus teringat tips Pn Lina Darwish Darwisya​ semasa mengajar Darwish mengaji dan penulisan saya sebelum ini mengenai ‘maghrib yang pantas dan panas’. Ia berkenaan syaitan iblis yang suka membisikkan kejahatan dan memanaskan hati anak kecil. Waktu inilah meragamnya, nak susuibunya (sampai saya pernah x solat maghrib dahulu, terlepas waktu kerana menurut dan tidak melawan, tidak mendidik hati si kecil malah diri sendiri untuk melawan syaitan).

Saya terus berkata, Fateh, syaitan kacau ni. Auzubilla hi minasyatonirrajim.. Bismillahir Rahmanir Rahim. Syuuh, syuhh pergi, syaitan jangan kacau Fateh.

Terus dia tertarik dan buat yang sama dan bertanya syaitan mana? Ia berlaku beberapa kali yakni saya ulang sebutan itu (yang maknanya: aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam – bermakna kita sedar kita dalam pengaruh buruk syaitan dan memohon perlindungan dari Allah swt yang Maha Pelindung dan Pemelihara).

Konteksnya dua aja, Allah vs Syaitan, betul vs salah, baik vs jahat. Saya mula perkenalkan Allah vs syaitan ni kepada Fateh seawal umur setahun melalui buku My Quran Fantastic Furqan tulisan Puan Zaidathul Akma Muhamad Azamuddin​, meaning Al Fatihah. Sebab saya ingat lagi Pn Lina kata dahulu, perkenalkan anak kepada musuh dirinya iaitu syaitan. Dan syaitan memang suka dan amat sistematik dalam merencana dan melaksana gangguan hati, pemikiran terutama anak kecil islam yang merupakan bakal penegak syiar Islam kelak.

Nak dijadikan cerita, Fateh ‘berjaya’ melawan syaitan, dengan bantuan dan bimbingan saya (yakni dengan kekuatan, ilham dan bantuan dari Allah sebenarnya), melawan kemalasan dlm diri, dan pergi mandi (dimandikan), dan solat jemaah bersama. Semasa mandi siap ada game baru lagi dengan ayah yang kreatif inovatif, dan dia pun terikut menjadi sangat kreatif mencuba pelbagai gaya (belon masuk air, besar berat, jadi air pancut dan pelbagai versi sendiri lagi, layan sat: sebab tu saya sebenarnya cuba mandikan sebelum maghrib, dan pulang dari bermain padang sebelum pukul 7pm). Kami berjaya solat sama dan makan malam bersama.

(Kisah semalam banyak dah lupa, hehe)

Kisah hari ini.

Masak awal dan makan awal dalam 7pm (ayah layan main di luar maka saya sempat memasak awal). Selepas makan, si kecil buat kerenah mencabar lagi dan kata x nak sembahyang.

Saya terus berkata “Auzubillahi minasyaitonirrajim, syaitan ni kacau Fateh lah”. Oh ya lupa, semalam sebab dia baru dengar pasal syaitan kacau, dia ada tanya, “mana, mana syaitan”. Saya jawab, ada kat keliling Fateh, dekat aja, membisikkan kejahatan kat telinga Fateh. Fateh kena lawan. Syuh, syuh, pergi syaitan.

Si kecil nya version : “pergi, pergi syaitan. Pukul dia” (teringat pula, Fateh senang jadi agresif seperti pukul, tepuk dan sepak, yang amat difahami stage ekspresikan dirimu nya itu, dan kami keep on educate dan remind him aja, never scold him). So bagusla baik dia lawan fizikal syaitan x nampak tu, hehe.

Selepas menyebut kalimah keramat itu, Fateh terus ter ‘channel’ positif emosi dan tingkahlakunya (Alhamdulillah), dan joint solat bersama tanpa banyak tanya, Alhamdulillah, macam magic pula (gaya dia solat selalunya joint kejap aja, dia laungkan iqamat, then AllahuAkhbar takbiratul ikram dan terus sujud, lepas tu dia jenjalan area sama, serta suka sangkut kat belakang, tu biasa lah, asal kami memang sediakan sejadah sama untuk dia, macam juga kita sediakan high chair meja makan untuk dia).

Selesai gangguan masa nak solat maghrib.

Menariknya hari ini selepas solat maghrib jemaaah dlm 8 lbh awl, Fateh yang ingatkan, mummy sesi mengaji / mummy nak g ngaji sambil berjalan masik ke bilik utama, (terharu dan syukurnya).

Alhmdulillah… Dia mcm dah rutin sesi mengaji dan suka. Revamp yg saya start dulu tu. Rasanya menghampiri 30 minit semalam. Tapi hari ni, dalam 20 min kot (sebab dah recite hafazan masa kat meja makan selepas makan).

Kira boleh la.. Dengan ruang terhad dan kerenah ligat yang saya boleh handle lagi.. thx FarahlizaIsmail N FarisIndra​ idea pakai telekung.

Strategi saya:

– Peranan khas : saya perkenalkam diri sebagai Cikgu Mummy nak ajar mengaji Adik Fateh (tanya anak peranan /nama apa dia nak, untuk ini dia nak Adik Fateh, waktu lain dia Abang Fateh, dan saya pakai telekung (masa awal dulu kita nak mengajak, bila dah imun, sekarang dia pula mengajak /mengingatkan)

– Nama sesi khas : sesi ‘mengaji’ (saya surrender term mengaji ini walau pada asalnya saya x selesa. Namun anak suka term ini sebab teruja tertanya2 kakak2 gi mengaji, buat apa?)

– Bilik khas: bilik tidur, sebab minimal gangguan tv walau hanya program khas, kesemua mainan objeknya, dan poster dinding

– Mulakan dengan baca doa belajar dan akhiri dengan doa habes belajar agar dipermudahkan dan diberkati Allah (Doa habes belajar sebab xhafal, baca alhmdulillah penuh saja)

– Pabila dia hilang fokus, banyak main/kerenah mencabar, saya terus sebut auzubilla hi minasyaitonirrajim, kalimah keramat saya itu, dan berkesan tarik fokus.

– Hari ni game kinest baru terbentuk sendiri iaitu tembak syaitan,jenuhla dia menembak dengan aktifnya di udara, hehehe. (Tapi berkesan. Sebab Fateh kan suka menembak. Sikit2 nak tembak. Katanya belajar/ main dgn Abang Ahmad, padanya seronok dan powerfull, pada orang dewasa lain yang x faham, ia ‘ganas’, ni pun kami sedang bantu dia fahamkan, selamat vs tak selamat).

Sesi mengaji saya simple sekarang, game menulis huruf yang dia ingat di sticky note, tampal di pintu, dia lukis apa2, tampal juga, kukuhkan bacaan bunyi berbeza sebab baris berbeza guna tanda dari Alif dan Wau foam, dan ulang hafazan lama dan hafazan baru iaitu sedang surah Al Falaq.

Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk sahabat mempunyai anak kecil ya 🙂

1 thought on “Teknik Mengurus Emosi Kanak2 Kecil Mendekati Allah (solat dan mengaji)”

  1. Pingback: Mengajak Anak Kecil Solat – Maznah Ibrahim

Comments are closed.