Teknik Menegur Anak ‘Sandwich Method’

342 total views, 3 views today

Teknik Sandwich Method Si Anak 2 Tahun Kepada Ayah
===============================

[TULISAN KISAH LAMA FATEH DUA TAHUN]
.

Eh tadi kelakar la, Fateh guna kaedah ‘sandwich’ nak tegur ayah.
.

Ayah gurau biasa, masuk dalam selimut dan minta Fateh cari ayah (game azali mereka sejak Fateh zaman merangkak-rangkak lagi). Bezanya kali ini ayah berdiri half (berlutut) dan ajak Fateh masuk dalam corong gelap tu (dan Fateh merasai masuk seketika).
.

Dia tetiba jadi takut dan hampir menangis.
.

Lepas tu dia cakap sesuatu nak tegur ayah. Ayatnya lebih kurang begini :-
.

“Ayah, ayah xxxz Ateh tau”. (Ayah tercengang tak faham term dia guna).
.

Saya rephrase. “Maksud dia ayah jangan takutkan dia”.
.

Dia ulang balik ayat dia.
.

“Ayah ayah jangan takutkan Ateh tau”.
.

Ayah terkesima dan senyap.
.

Tetiba dia sambung :
.

“Ayah bagus!” (Sambil tunjuk tangan ‘thumb up’) (seperti kami selalu ajar bagi menunjukkan sesuatu yang baik atau pujian).
.

Kami tergelak besar 😀
.

Dia macam nak membalut balik ayat tegur dia, takut ayah terluka (?) (Misteri minda si kecil).
.

Oh ya, lupa. Saya memang selalu ajar dia ‘asertif’. Iaitu beritahu apa yang kita tak suka. Ni sebab kes bila dia marah, spontan dia boleh jadi ‘agresif’ dengan menepuk (orang lihat sebagai naik tangan pukul spontan) rakan ciliknya atau orang dewasa.
.
.

NOTA:love_letter:
.

Teknik Sandwich: kosepnya sandwich kan ada roti, isi dan roti balik kan. So kalau nak tegur orang,

:one: intro/puji dulu – – (roti)
:two: point utama sebenar – – (isi daging)
:three: balut balik dengan puji – – (roti semula)
.

Contoh Fateh suka main buka peti ais dan ambil barang.
.

Pernah 2 kali seumur hidupnya terjatuhkan botol kaca dan pecah dari peti ais, iaitu bukanlah salah dia sepenuhnya pun sebab faktor botol licin basah berat, dia tak expect akan terlepas (botol oren sunquick kecil), atau macam pagi tadi kotak botol ubat tu terbuka bawahnya tetiba. Jatuh pecah. Kami tak marah. Hanya beritahu rule asas memegang barang.
.

(1) TEKNIK BERITAHU PERATURAN umum selamat (dan teknik pejam mata pada kesalahan):
.

“Fateh, peti ais ni bukan untuk dimain-main. Kotak mainan Fateh kat depan tu, boleh main. Peti ais untuk simpan barang makanan”.
.

(2) TEKNIK SOLUSI :penguin:
.

“Fateh tolong ambil kain/mop. Kita kemas sama”. (Biasa memang rajin sangat la dia ambilkan kain dan mop tu).
.

(3) TEKNIK SANDWICH (guna teknik pujian) (balut balik)
.

“Fateh anak Mummy yang baik dan dengar cakap. Dengarla kata Mummy, ya”.
.

*Guna TIGA teknik ni serentak, berturutan. Anak tak luka hati banyak. Maksud, dia boleh terima. Untuk orang dewasa pun boleh sangat tau 😉
.

:heart::heart::heart:
Refleksi,
Maznah Ibrahim

Facebook Comments

Ebook PERCUMA 10 Tips Atasi Marah

Dapatkan Ebook Ini Sekarang

You have Successfully Subscribed!