
Apa Kesan Marah Anak?
Apa Kesan Marah Anak? Fahami Kesan pada Emosi & Perkembangan Kesan marah anak bukan sekadar anak menangis atau merajuk sekejap. Ia menyentuh asas rasa selamat, emosi, tubuh, dan cara anak membina hubungan dengan orang sekeliling dalam jangka masa panjang. Rakan saya pernah bertanya: “Apa kesan bila kita selalu marah anak?” Saya nyatakan, begini. Ini antara kesan marah anak yang sering tidak disedari. Kesan Marah Anak Terhadap Otak & Rasa Selamat Apabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitif (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa di awal bayi. Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya. Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang (=anxious) dan tak selamat (=takut), dan reaksi anak ialah tindakan impulse control yang serta merta; jika bayi, reaksi spontan apabila keperluan asas tak dapat ialah dia akan menangis (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’). Jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut juga). Bagaimana Marah Membentuk ‘Style’ & Personaliti Anak Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ atau gaya personaliti dia. Dia akan jadi dewasa yang suka atau cepat ‘jerit-marah’ memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural menjaga proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus). Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cara/gaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immune system dll, Ia juga mengawal […]