‘Rules’ Positif vs. ‘Rules’ Negatif

Fokus Pada Solusi / Jalan
– Jalan Akan Makin Banyak Nampak

Fokus Pada Masalah (Problem)
– Masalah Akan Semakin Banyak dan Membesar

“What You Focus Will Expand” –  (DAO)

Semalam sebelum tidur masa golek2 katil, Fateh ter cerita sesuatu pasal ‘ugutan berbentuk perbuatan’ kepada dirinya. Siap tunjuk aksi lagi, bagaimana dia diperlakukan.

Apa sebab dia kena itu, kerana dia tak mahu mandi. Perasan juga sejak akhir ni dia liat nak diajak mandi.

Saya hanya mampu merefleksi perasaannya (iaitu sedih: Ateh rasa sedih ya, Mummy pun sedih juga. Mummy sayang Ateh, Mok pun sayang Ateh, maka Ateh kena mandi, sebab Mok nak Ateh bersiiih…)

Menariknya selepas aksi itu dia menyembamkan muka ke tilam sambil sebut “Ateh tak suka la dia buat macam tu..”, dengan wajah amat sedih. (Hati ibu mana la tak sedih, kan. Huhu.. Haru betul).

Fokus pada solusi, bukan isu/masalah. Solusi saya padanya selepas refleksi perasaannya ialah Fateh kena mandi untuk bersih.

Esoknya (yakni hari ni), pagi, saya hanya memesan kepada Fateh agar ikut cakap Mok dan mandi, agar bersih, wangi. Saya pesan di hadapan Mok.

Mok menambah (isu/problem), iaitu Fateh ni bersihkan berak (dalam pampers) pun dia tak mahu. Saya senyap sahaja dan ulang ‘rules’ positif itu sahaja.

Petangnya setelah ambil Fateh, semasa dudukkan di ‘car seat’ dan kebetulan Mok menghantar ke kereta, saya bertanya kepada Fateh: “Hari ni Fateh mandi ok ke?” (Sambil tangan saya tunjuk tanda ‘thumb up’).

Fateh jawab, “ok!”.

Saya terus puji di hadapan Mok. “Waa, bagusnya, Fateh mandi hari ni, kan bersih.. Wangi…”

Seterusnya Fateh menambah, “Nanti, nanti, Mok marah”. Mok tergelak (‘cover’ diri), dan menambah iya lah sebab Fateh tak nak mandi.

Kemudian Fateh sendiri menyatakan ‘Rule’ Positif itu kepada Mok dengan wajah amat ceria kesukaan, “Mok, mok, Ateh mandi, nanti Ateh bersiiiihh, wangiii..!”, sambil sengeh lebar. Mok hanya tergelak sahaja.

Contoh

‘Rule’ Negatif:
“Kalau Fateh lambat mandi, nanti Mummy tinggal” (berbaur ugutan. Ni kes mandi lama dalam bilik air awal pagi. Saya nak segera ke tempat kerja)

‘Rule’ Positif
“Fateh. Fateh mandi cepat. Cepat siap, nanti Fateh boleh ikut Mummy naik kete. Nak naik kete tak?” (Pasti terus saja dia cakap nak).

‘Rule’ Negatif:
“Fateh, jangan la main air kat bilik ni, basah dah..” (Alat sembur utk iron baju. Insiden di bilik iron baju,)

‘Rule’ Positif:
“Fateh, air ni main kat bilik air”. (Impak tingkahlaku, terus Fateh berkata, “Ateh nak main ni kat bilik air!”, sambil bangun nak ke bilik air. Maka terus saya bawa ke bilik air utk mandi lewat petang terus).

Saya dapati pabila kita ulang-ulang ‘Rule’ Positif ini, anak sendiri akan ulang sebut ‘Rule’ positif itu.

Apa kata jika ulang ‘Rule’ negatif? Pasti itu juga yang dia ulang (skrip perkataan dan perbuatan salah tu). Dan malangnya tindakan salah mencabar itu yang dia akan buat lagi untuk tengok reaksi kita. Reaksi marah.

Sebaliknya dia akan buat aksi positif untuk dapat pujian segera kita selain impak positif yang dalam skrip kita dia juga dapat 🙂 (dapat rasa beza bersih wangi orang suka dengan berpeluh, busuk lagi orang tak suka).

 

Prinsip Pujian Teknik Nabi Muhammad

Pujian di hadapan orang penting dalam kehidupan anak, contoh Pengasuh (org luar, selain Ayah dan keluarga sendiri).

Nyatakan Spesifik Tingkahlaku Yang Kita Suka dan Mahu Dorong (Pujian) + impak positif yang akan diperolehi. Contoh, bersih dan wangi. Kurangkan sebut impak negatif seperti busuk la, masam la tak mandi, tapi kerapkan impak positif seperti bersih, wangi, orang suka. Sebab, lama2 itu yang kita nak dia amalkan sebagai habit.

Pujian diberi serta merta. Jangan tangguh. Nanti kesannya kurang. Mood dah tak rasa kena nya.

Teruskan Fokus Pada Positif dan Solusi ya.

***Gambar: Blok dipasang panjang dan diaksikan ala2 main alat muzik recorder