Webinar Keibubapaan: Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak

(12 customer reviews)

Original price was: RM197.00.Current price is: RM69.00.

Webinar mengandungi:

  • Akses Rakaman Webinar Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak Sesi 1 & Sesi 2 selama 1 Tahun
  • Akses Nota PDF Sesi 1 & Sesi 2

 

Available

Webinar Keibubapaan (Versi Rakaman): Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak

Oleh Dr. Maznah Ibrahim

 

Grooming tak berlaku dalam sehari & boleh berlaku depan mata kita.

Ia bermula dengan hadiah kecil, perhatian dan rasa difahami.
Anak rasa disayangi, ibu bapa nampak orang itu baik.

Tapi sebenarnya, pelaku sedang menguji sempadan anak dan ibu bapa, sedikit demi sedikit.
Sampai satu tahap, anak tak lagi tahu beza antara kasih sayang dan manipulasi.

Lebih menakutkan, grooming bukan berlaku di tempat asing.
Ia berlaku di rumah, sekolah, pusat tuisyen, malah dalam aktiviti komuniti.
Kita hanya sedar selepas langkah terakhir — bila pelaku sudah ada akses penuh kepada anak.
Dan waktu itu, anak tak tahu cara bertindak, tak berani bercerita, malah rasa bersalah.

Dalam Webinar Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak,
Dr. Maznah Ibrahim (Kaunselor Berdaftar dengan 19 tahun pengalaman) akan terangkan bagaimana proses grooming berlaku
dan bagaimana pendidikan seksualiti yang betul boleh jadi perisai utama anak-anak kita.

Antara yang anda akan pelajari:
• Fahami fasa perkembangan seksualiti anak – dari rasa ingin tahu tubuh hingga ke sempadan diri.
• Langkah-langkah proses grooming sebenar dan cara pelaku menanam kepercayaan.
• Sentuhan selamat vs tidak selamat – cara mudah menerangkan pada anak agar mereka faham dan boleh bertindak.
• Rahsia selamat vs rahsia tidak selamat – bantu anak kenal beza antara rahsia baik dan rahsia bahaya.
• Kenapa anak tak berani cerita walau tahu bahaya – fahami halangan emosi dan cara atasinya.
• Bina keyakinan & keberanian anak – supaya mereka tahu hak terhadap tubuh sendiri dan boleh berkata “tidak”.

Dan yang paling penting – webinar ini bukan sekadar tentang grooming process, tetapi juga keselamatan peribadi anak secara menyeluruh.

Termasuk bagaimana anak belajar menjaga diri dari segi fizikal, emosi, dan sosial.

Ia melengkapi kefahaman ibu bapa untuk membina anak yang yakin, tahu haknya, dan mampu melindungi diri sendiri.

Topik ini jarang dibincangkan secara terbuka atau dianggap taboo.

Namun Dr. Maznah berjaya menyampaikannya dengan cara yang mudah, tenang dan praktikal, berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai kaunselor berdaftar dan ibu.


Apa kata peserta sebelum ini:

“SubhanAllah, penting untuk ibu bapa memahami sex education ini supaya anak mendapat perkembangan dan ilmu yang betul. Salah laku dalam masyarakat berpunca daripada kurang ilmu. Jom ubah cara didikan kita.”
Dr. Wan

“Sangat penting beri pendedahan ilmu seksualiti seawal usia. Ajar istilah yang betul, hormat tubuh badan sendiri, elak anak jadi mangsa. Ilmu ini bukan sekadar teori tapi pelindung anak.”
Anie Noraini A. Rahim

“Alhamdulillah, rasa empowered. Dari sentuhan selamat, bahaya grooming hingga rahsia selamat — semuanya digarap jelas. Topik yang tabu kini jadi mudah difahami. BarakAllahu feekum.”
Ummu Imran

Melindungi anak bukan sekadar nasihat.

Ia bermula dengan ilmu yang betul — dari anda, ibu bapa mereka. ❤️

Kandungan Webinar:

Sesi 1:

  1. Memahami Seksualiti vs Seksualiti Kanak-Kanak
  2. Perkembangan Psikoseksual Kanak-Kanak
  3. Perkembangan Tingkahlaku Seksual Normal dan tak Normal Kanak-Kanak ikut Usia
  4. Grooming Process

Sesi 2:

  1. Self Esteem / Harga Diri
  2. Bahagian Sulit Badan
  3. Peraturan Sentuhan
  4. Perasaan
  5. Sentuhan Ok vs Tak Ok
  6. Rahsia Selamat vs Rahsia Tak Selamat
  7. Kemahiran Buat Keputusan
  8. Kemahiran Asertif
  9. Sistem Sokongan (Support System)
  10. Batasan

 

 

12 reviews for Webinar Keibubapaan: Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak

  1. Tasnim

    Rasa bersyukur dpt join webinar ni. Personal safety adalah ilmu yg sgt penting utk diajar kpd anak2 Dan setiap ibubapa sepatutnya ada ilmu ini utk diterapkan kpd anak2. Semoga anak2 kita dpt belajar Dan manfaatkan ilmu ni utk keselamatan bersama.. inshallah

  2. nurul izza

    saya rasa sangat syukur dapat belajar satu ilmu yang sangat bermanfaat…rasa gembira kerana masih diberi peluang untuk belajar benda yang baru. mg dapat diaplikasi. terima kasih puan Maznah.

  3. Yasmin Sari

    Alhamdulillah, banyak yang dipelajari dan ilmu seksualiti kanak-kanak yang dikongsikan ini sangat praktikal. Bila faham, barulah mudah kita respon dengan cara yang tepat.

    Pandangan saya, ibubapa wajib sertai seminar ini agar kita tidak tersalah langkah dan ia juga merupakan persediaan terbaik diri untuk mendidik anak-anak di era mencabar ini.

  4. Syafini

    Alhamduah. Perkongsian yg sangat baik & bermanfaat dikongsikan oleh Puan Maznah. Bersyukur krn dapat mempelajari tentang pendidikan seksual kpd anak-anak, bukan hanya secara teori tetapi juga teknik utk menerangkan kpd kepada anak-anak. Saya sangat menyarankan utk semua ibu bapa mempunyai & mempelajari ilmu ini agar dunia anak-anak kita lebih selamat & sejahtera. InsyaAllah. Terima kasih, Puan Maznah.

  5. WAN ROSHAINI BT WAN ALI

    ilmu baru bagi saya. sangat bermanfaat. semoga sy dpt mempraktikkannya utk anak2 saya. insyaAllah. rasa rugi siapa yg tk tahu pasal ni

  6. Nurul Izza

    Saya sangat teruja utk dengar webinar ini ..ilmu yg dikongsi oleh Pn Maznah sangat bermanfaat buat saya…suatu ilmu yang baru…saya harap dapat gunakan ilmu ini sebaiknya dan mg Allah swt memberkati usaha menimba ilmu ini supaya dapat digunakan utk diri saya dan sy dapat sampaikan juga utk orang lain.

  7. Anie Noraini A.Rahim

    Sgt penting utk beri pendedahan ilmu seksualiti pada anak seawal usia. Didik anak utk hormat tubuh badan sendiri dgn ajar istilah yg betul (faraj, punggung, zakar), elakkan anak tidak berpakaian walaupun di rumah. Ajar mengenai sentuhan tak selamat dan apa perlu dilakukan jika ada orang lain cuba menyentuh bahagian tersebut. Ia bukan sekadar ilmu tetapi utk melindungi anak dari penderaan seksual.

  8. Tasnim

    Sgt bermanfaat. Worth every penny spent. Ibubapa perlu belajar topic sexuality ini supaya kita boleh memberi reaksi yg positif dan membina kerana kanak² mmg sgt suka explore. Reaksi Dan ilmu Ini juga penting sbb akan beri kesan jangka panjang terhadap kepercayaan Dan behavior anak di Masa hadapan

  9. Dr Wan

    SubhanaAllah, penting untuk ibubapa memahami belajar mengenai sex education ini supaya anak mendapat perkembangan Dan pengetahuan Yang betul. Salahlaku Yang berlaku dlm masyarakat ni berpunca drp Cara didikan Dan ilmu yg mereka terima. Jadi jom ubah Cara didikan kita agar is tidak membarah dlm masyarakat.

  10. Raudhah

    cyber grooming, sangat bermanfaat, insyaAllah sy akan amalkan apa yg
    puan Maznah sampaikan ttg memberitahu anggota badan dgn penggunaan yg betul.

  11. Syafini

    Alhamdulillah, ilmu yang sangat bermanfaat untuk semua ibu bapa. Bersyukur dapat belajar perkara baru & moga-moga dapat diaplikasikan dalam keluarga & menyedarkan masyarakat tentang pentingnya ilmu seksualiti ini. Moga-moga dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab & lebih selamat, terutamanya anak-anak kita.

  12. Nina

    informasi yg sgt bagus. sbelum ni tkde ilmu. alhmdulillah, skarg dh tahu. byk perkara yang nak diperbetulkan. semoga melekat dlm kepala perkarayg perlu dibuat

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *