/ / / Webinar Parenting: EQ Anak Penting – Tapi Macam Mana Nak Buat
Sale!

Webinar Parenting: EQ Anak Penting – Tapi Macam Mana Nak Buat

RM97.00

SKU: wb005 Category:

Description

EQ Anak Penting – Tapi Macam Mana Nak Buat

Webinar Parenting Bersama Pn Maznah Ibrahim

  • Masa : 9.00 malam
  • Tarikh : 18 Sept 2021 (Sabtu)

Workbook Softcopy PDF & Akses Rakaman 30 hari disediakan

Introduction

Emosi anak penting? Dalam banyak keadaan, emosi anak hanya dibiarkan, dengan harapan,

  • ‘ahh, takpe, nanti ok la tu’,
  • ‘takpe, biar je’
  • ‘alah benda sikit je, itu pun nak heboh’

Lebih buruk lagi, bila dimarah dan dilabel macam-macam hanya kerana anak menunjukkan emosi sebenarnya.

Akibat

Bila terlalu lama atau kerap kali emosi anak di suppress, diabaikan, tidak di acknowledge,

  • ‘sudahlah tu’
  • ‘berhenti menangis’

Tidak hairanlah kita melihat sekarang, banyak orang dewasa yang kurang sabar, pemarah, bila menjadi ketua atau bos, kurang empati kepada pekerja dan sebagainya. Malah lebih teruk lagi, mungkin akan menghidap penyakit mental jika mereka sudah tidak mampu lagi membendung emosi mereka ke tahap yang sihat.

Mengapa ini terjadi? Kerana secara umum, isu emosi anak kurang diambil perhatian, tambahan pula anak-anak ini masih kecil, jadi pada kebanyakan ibu bapa banyak menumpukan kepada pencapaian akedemik semata-mata.

Yang biasa terjadi adalah, kita meminta anak mengabaikan perasaan mereka, atau ibu bapa sendiri mengabaikannya, tidak diproses, tidak diakui perasaan yang meraka sedang hadapi, kerana bagi ibu bapa, ianya tidaklah sepenting mana.

Tambahan pula jika ibu bapa sendiri tiada pengalaman, tidak pernah diajar atau tidak pernah dimodelkan oleh ibu bapa mereka sendiri dan diri mereka sendiri ada isu tentang pengurusan emosi.

Sudah banyak kajian yang mengaitkan kejayaan anak dewasanya nanti bukan hanya semata-mata dengan pencapaian akedemik sahaja. TetapiĀ  kemampuannya mengurus emosinya sendiri juga menyumbang kepada keseluruhan kualiti hidup mereka.

Kualiti yang dimaksudkan di sini bukanlah hanya mempunyai kerja yang bagus, pencapaian akedemik hebat, popular dan sebagainya, tetapi dari sudut kebahagiaan, puas hati, kegembiraan & cekal walaupun berhadapan dengan cabaran & rintangan dalam hidup.

Refleksi

Kita sendiri boleh refleksi tentang pengalaman kita sebagai kanak-kanak dahulu, mungkin jika ibu bapa kita faham dan tahu tentang ini, mereka bertindak berbeza dan tidak mustahil kehidupan & situasi kita akan berlainan sekarang.

Kecerdasan Emosi

Ini semua berkaitan dengan Kecerdasan Emosi, skil inilah yang juga sangat penting sebagai bekalan untuk anak-anak kita terutama bila mereka berjauhan atau sudah dewasa nanti.

Kecerdasan Emosi ini merupakan aspek penting/utama dalam kesejahteraan anak seluruhnya, pada masa kini dan akan datang.

Anak yang cerdas emosi (juga fizikal), akan mudah mencerap ilmu dan mencapai tahap intelek terbaik mereka, kerana mereka gembira, yakin diri, dan bebas menyerlahkan minat dan potensi mereka dalam persekitaran yang serba mencabar kini. Mereka juga dapat dapat mengendalikan stres dengan baik, tahu memotivasikan diri sendiri bila ‘down’, dan mengurus konflik/ perhubungan dengan individu lain dengan secara sihat.

Justeru dari webinar ini, saya mahu berkongsi dengan ibubapa semua mengenai aspek ini secara lebih mendalam.

Pada akhir sesi webinar, para peserta akan memperoleh perkara berikut:

  1. Memahami 5 komponen EQ manusia
  2. Mengetahui bagaimana menjana serta mengukuhkan EQ anak menerusi 5 komponen ini (cara, kaedah, tips) dalam aktiviti harian kita
  3. Satu Proses: 5 Langkah Tuning In atau bimbing emosi anak ketika berlaku situasi kurang enak.
  4. BONUS: Mempelajari 5 contoh aktiviti bonding yang menguatkan EQ anak melalui game/aktiviti: Bila sebut game, bermaksud ibu bapa terlibat /take turn main sama lah.

Semoga dengan info dan skil yang dikongsikan akan membantu para ibubapa dalam melaksanakan pembangunan, serta pembentukan EQ anak selaras dengan keperluan perkembangan mereka pada masa kini dan akan datang.

 

Additional information

Pakej Webinar

Webinar Live Sahaja, Webinar Live + Rakaman 30 Hari

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Webinar Parenting: EQ Anak Penting – Tapi Macam Mana Nak Buat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…