Sale!

Video Panduan Keibubapaan: Penat Emosi – Urus Emosi Ibu Bapa

(11 customer reviews)

RM197.00

In stock

SECURE CHECKOUT
SKU: wbe001 Category:

Description

Video Panduan Keibubapaan: Penat Emosi – Urus Emosi Ibu Bapa

Oleh Puan Maznah Ibrahim

 

Penat fizikal ni kita boleh lagi ubat dengan rehat fizikal, tidur dan sebagainya, namun penat emosi ni lain macam sikit penangannya. Kadang tu meletus tiba-tiba saja walau tidak ada angin atau ribut. Apa di didalam hati tiada siapa yang tahu kan?….

Penat emosi juga menyebabkan ibubapa rasa tidak selesa kerana kerap terlepas kepada anak-anak dan pasangan. Sedangkan ibubapa sendiri tahu ianya tidak perlu sebegitu.

Ianya juga menjadi halangan dalam perhubungan dan komunikasi positif kerana emosi kurang baik (stabil).

Ini kalau dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan banyak masalah pada masa hadapan, baik diri sendiri, anak-anak malah kepada seluruh keluarga.

Pengisian

Video panduan ini (Rakaman Webinar) 3 jam 50 minit ini akan memberikan kefahaman, kesedaran dan skil kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:

1. 5 Strategi utama berserta cara/idea solusi yang boleh dilakukan secara konsisten agar beban emosi akan berkurang, stabil dan terkawal.

Ia adalah rahsia yang dibentangkan dari pengalaman saya sendiri dan disokong oleh sains. Ia bukan saja dari sudut psikologi malahan luas lagi kerana cetusan emosi manusia berpunca dari pelbagai sebab.

2. 5 teknik pengurusan emosi yang praktikal, mudah & spesifik yang boleh dilakukan setiap hari.

Ia juga adalah teknik-teknik yang saya biasa gunakan pada klien-klien psikoterapi saya dan turut saya kongsikan dalam kursus-kursus pengurusan stres dan pengurusan emosi untuk agensi & syarikat.

Hasrat saya:

Mudah-mudahan dengan kefahaman, strategi dan teknik yang dikongsikan nanti anda boleh:

1. Tahu strategi utama untuk keseimbangan emosi

2. Dapat melaksanakan terus dan kemudian mengamalkan mana yang mudah dan sesuai secara konsisten

3. Rasa ringan emosi setelah melalui sesi webinar ini

4. Dapat mewarisikannya kepada anak-anak terutamanya dalam misi #breakthecycle

Pakej:

  1. Akses Video Panduan selama 90 hari (video 3 jam 50 minit)
  2. Workbook softcopy PDF

11 reviews for Video Panduan Keibubapaan: Penat Emosi – Urus Emosi Ibu Bapa

  1. Yasmin Abdul Wahab

    Sangat best…tak perasan masa berlalu dah lebih 3 jam…banyak ilmu teknik pengurusan emosi yang saya belajar..saya rasa lebih tenang. Terima kasih Pn Maznah.

    Tak rugi untuk hadir bagi sesiapa yang ingin kan ilmu pengurusan emosi…padat dengan ilmu dan tak boring.

  2. MARIATUL LIZA

    Ini pertama kali saya join webinar Dr. Maznah. MasyaAllah, seronok. Banyak ilmu yang saya dapat, terutamanya mengenai cara nak release emosi dengan betul, melalui tap2 tadi.

    Tak rugi join majlis ilmu macam ni, Dr Maznah bagi input yang sangat banyak. InsyaAllah kita boleh praktis, asbab dari situ, kita boleh turunkan emosi kita yang tak ok tu.

  3. Syaliza

    Alhamdulillah dpt refresh & ingat kembali teknik2 yg akan dpt membantu mengawal emosi. Dpt menenangkan emosi & perasaan malam ini. Alhamdulillah.

    Kena usaha guna teknik2 yg dipelahari agar dpt kawal emosi dgn lagi baik & dpt tingkatkan ketenangan diri, in Shaa Allah.

  4. Faizah

    Syukur kerana dapat belajar tentang mengendali emosi. Perasaan rasa lega dan tenang. Alhamdulillah

    Saya berazam utk praktis ilmu yg dipelajari, apa yg saya telah tulis untuk diri saya sendiri.

  5. Mida mn

    Sgt membantu & menunjukkan cara & arah

    Sgt tidak rugi utk join apapun webinar puan maznah, saya adalah refresher yg mana kebanyakan webinar puan maznah saya join samada berkaitan parenting ataupun ibubapa. Sangat membantu sekurang2nya utk refleksi diri.

  6. Erlina

    Sangat membantu….kena praktikkan lagi supaya menjadi habit….

    Azam saya untuk tahun depan Dan setrusnya untuk menjadi ibu..isteri..dan pekerja yang lebih baik..dapat menguruskan emosi dengan baik walaupun dalam menghdapi stress dalam kehidupan

  7. Johaibi

    Sangat membantu refleksi emosi diri. Terkesan dengan 5 Strategi yang dimulai dengan Kecerdasan Rohani. Merasai kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Merasai sinar harapan kepada perubahan diri dan keluarga

    Azam untuk menguruskan emosi diri dan keluarga dengan lebih harmoni. Perkongsian yang sangat bermakna buat sahabat di luar sana untuk turut menyertainya

  8. Feeza

    Ini refresher course bagi saya, saya sangat sukakan gaya sharing Pn Maznah yang sangat informatif dan praktikal. Alhamdulillah sejak mengikuti kursus kali pertama dan kali kedua, hidup saya bertambah baik kerana saya lebih prihatin dan bijak urus emosi saya yg asyik turun naik lebih2 lagi ketika menguruskan anak2 dan suami. Terima kasih Pn Maznah atas tunjuk ajar!

  9. Ismah Amar

    Membantu meringankan beban emosi

    Sertailah program Penat Emosi untuk mempelajari teknik & strategi untuk mengatasi emosi negatif

  10. NGATIJAM BINTI MISAU

    EMOSI SAYA LEBIH TENANG BERBANDING SEBELUM DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN

    SAYA AKAN MENGGUNAKAN TEKNIK YANG DIAJAR BAGI MENANGANI ISU PENAT EMOSI DAN MENYARANKAN AGAR WANITA YANG BEKERJAYA, MEMPUNYAI KELUARGA, PERLU MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN DAN SKILL UNTUK MENGURUS EMOSI KITA. PENTING AGAR KITA DAPAT MENGURUS EMOSI YANG PELBAGAI DENGAN BAIK

  11. NOR FAZLIANA BINTI HASAN NASRI

    Ia sangat membantu saya yang memang mencari cara untuk lepaskan emosi saya dengan cara yang mudah,yang boleh buat bila bila masa, yang tidak membebankan. saya rasa lebih mudah menghadapi masalah emosi yang ada dan lebih bersedia jika menerima masalah lain.

    saya berazam untuk konsistenkan teknik yang diajar supaya bebas sepenuhnya masalah emosi. saya juga nak bantu keluarga dan semua yang ada masalah emosi juga. penerangan pn.maznah memang lancar dan mudah difahami.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *