Peringkat Autonomi Makan Sendiri Fateh

Autonomy Stage Fateh bermula pada usia 12 bulan pabila dia mula tidak mahu disuapkan makanannya. Maka saya berubah kepada finger food lebih kerap agar dia berjaya menyuap sendiri (ketul-ketul macam pasta, sayuran dll).

10917055_10204394856483872_954442021350246389_n

Pada usia 1.2 tahun (1thn 2bln), kami mula adakan high chair agar anakananda boleh makan bersama di meja makan.

Pada usianya 1.6/1.8 tahun, saya mula perasan anakanda mampu menggunakan sudu dan garfu dengan sangat baik dan relevan. Termasuk mencedok sup dengan sudu, dan memasukkan nasi guna sudu dari arah depan agar makanan berjaya masuk ke dalam mulut.

Juga saya perhatikan hasil guna teknik nabi semasa di meja makan, dari 90-10 (90% makanan tumpah lantai, hanya10% berjaya masuk mulut) berubah kepada 10-90 (pabila menyapu lantai, hanya sedikit makanan di lantai ūüėÄ Yeay!!)

Ada video anakanda makan semasa usia 1.6 guna sudu garfu tersebut di youtube sy.

 

Nota.

~Galakan yang tepat mampu meningkatkan self esteem anak serta kemahiran lain akan menyusul kemudiannya.

~1.5-3.0 tahun adalah peringkat Autonomi (saya mahu buat dengan cara saya sendiri, ‘this is my way’), kejayaan menyokong, anak akan ada self autonomy, kegagalan: rasa malu dan ragu-ragu.

~Cth: memanjat. Saya nak panjat (perasaan srmulajadi rasa macam nak panjat aja). Mama kata tak boleh. Lepas tu betul, saya jatuh. Mama marah saya. Saya nangis sebab sakit jatuh dan ‘sakit sedih’ sebab kena marah.

(Mama kata tak boleh atau Jangan panjat sahaja. Tiada option kedua).

Selepas ini tiap kali saya nak memanjat, saya rasa ragu-ragu dan malu, takut jatuh. Ya, saya takut. Saya tak nak cuba lah.

* Paling syok puan-puan boleh latih anak makan kat kedai, sebab tak perlu menyapu lantai. Hehehe.

 

Kisah Teknik Disiplin Di Meja Makan Fateh di zaman dahulu kala