Makna ‘Janji’ Anak Kecil

177 total views, 3 views today

Makna ‘Janji’ Si Anak Kecil
: Cebisan kisah Hypnobirthing Khairunnisa’, perspektif si abang Fateh

Seorang sahabat bertanya mengenai anak kecilnya yang dikatakan berbohong dan curi ambil mainan lego walau telah bersama setujui ‘rules’ yang dibentuk bersama.

Pabila ditanya, si anak menjawab yang dia hanya mahu main sahaja. 🙂

Kata saya, jawapan si anak kecil selalunya sangat genuin. Tiada ‘double meaning’ atau sebalik tabir.

Apa sebenarnya dalam pemikiran si kecil?

Pertama, pernah tak kita mungkir janji atau tangguh tunaikan janji kita tanpa penerangan yang jelas kepada si anak?

Kedua, kanak-kanak masih peringkat tidak boleh ‘absorb’ perkara subjektif macam tu, mereka perlu sesuatu konkrit dan alami. Contoh kedai aiskrim, kedai bagaimana rupanya (penglihatan)? Aiskrim sedap bagaimana rasanya (rasa: lidah). Maka janji beli aiskrim atau ke kedai aiskrim, biasanya mereka setuju sahaja tanpa memahami sepenuhnya situasi itu.

Contoh Fateh, dia setuju bila ayahnya dah beri skrip hypnotis, mami nak salin adik, ayah teman mami, fateh duk ngan alang, Ok?

Okay, katanya.

Ini berlaku di dalam kereta otw ke HKL tempoh hari untuk kelahiran adik Khairunnisa’. Dia jawab dan dia rasa dia ok, boleh ‘survive’ dalam situasi perpisahan sementara itu.

Tiba masa, dia meraung tak lepaskan ayah. Saya mendengar dari jauh dan hanya mampu berdoa untuknya, abaikan keadaan dia sebaliknya fokus kepada layan surges saya. Lebih utama.

Kami tak rasa dia mungkiri janji. Dia setuju ‘just for the sake of setuju’ tanpa 100% faham apa makna dan pengalaman sebenar ‘rules’ itu.

Umur 4 seperti anak rakan saya, sudah boleh mula ‘explain’ secara rasional, si kecil akan faham.

Contoh di satu pagi subuh, saya explain rasional kepada Fateh, Apa sebab mami marah?

Dia jwb: mami marah sebab mami tak sayang fateh.. (aduhaii si anak ku sayang yang pandai berbicara).

Saya jawab tak. Mami tetap sayang Fateh walau apa terjadi, walau apa Fateh buat. Sayang perkara lain (sayang diri Fateh), marah perkara lain, sebab perbuatan yang Fateh buat. (biarkan Bahasa Melayu tinggi, biasakan mereka mula mendengar dan insyaAllah akan mudah absorb kemudian nanti bila tiba masanya).

Mami marah sebab pertama mami penat kemas mainan Fateh bercampur. Kedua, mami marah bila kawan-kawan Fateh datang dan main campur-campur dan tak kemas semula. Susah nak cari mainan nanti bila dah bercmpur. Ingat tu main tak apa, tapi lepas main, susun balik ikut kategori. (jenis mami yang berkategori nih, huhu).

Dia faham dan kemudiannya petang hari yang sama, dia beritahu kawan-kawan dia rules baru saya: main elok-elok, takmo sepah dan bercampur tau. Kawan kawan dia okay dan faham rules mudah itu.

Gambar.
Fateh sedang menunggu Mummy di hospital. Wajah resah, risau, concern. Berpuluh kali dia bertanya kepada Alang, “Mana Mummy, mana Mummy”..

Hingga akhirnya tertidur.

(Di saat akhir ketika ayah menenangkan dia, Allah mudahkan, dia tiba tiba jadi tenang dan bersetuju melepaskan si Ayah, maka ayah terus shoot ke labour room temankan Mummy, Alhmdulillah).

 

10857139_10204670473734131_2937802085937051106_o 10974224_10204670470014038_5555824946388488745_o 10974584_10204670472894110_8794243261850260067_o 10974596_10204670473334121_1460371137002800235_o 10994268_10204670469614028_1809540457310743960_o 11001751_10204670472254094_8380497521446785735_n

Facebook Comments