IBU CEPAT MARAH, APA SEBENARNYA PUNCA DAN CARA KENDALI DIRI DAN ANAK

6,813 total views, 3 views today

Biasanya kerenah anak-anak walau berapa usianya, tetap ibu boleh handle dengan syarat ibu tenang, terkawal dan bijak kendali diri dan anak dengan beberapa teknik spesifik berkesan. Syarat atau key utama ‘ibu perlulah tenang, dan terkawal emosi dalaman’. Bila ibu tak terkawal, kerenah anak yang remeh kecil pun boleh meletus. Semua salah di pandangan mata, dan semua hal pun nak marah, kan?

Kondisi di mana ibu tak dapat kawal/urus emosi ialah:

1. Bila ibu amat PENAT FIZIKAL.

Fisiologi ibu membuatkan emosi tidak dapat dibendung lagi kerana overload penat fizikal.
Penat fizikal ni secara fisiologinya membawa emosi tidak terkawal, kerana emosi mengikut fisiologi, dan pernafasan juga mengikut emosi.

Buktinya: beza bila marah berdiri (rasa macam harimau nak terkam) dan bila cuba marah sambil duduk sama paras anak ketinggian anak atau di lantai bersama anak (rasa nak cakap lebih elok dari berdiri tadi) – itu buktinya ubah fisiologi membantu ubah emosi.
Dan bila ibu nak marah, pernafasan adalah pendek atau tidak bernafas langsung, berbeza bila ibu nak marah,tetapi ibu berjaya pause bernafas 1 kali, dan kemudian ibu dapati tone suara bila nak marah, berubah dari pitch tinggi kepada rendah sedikit, berjaya cakap / tegur elok-elok – ubah pernafasan membantu ubah emosi.

Rehat cukup (komponen fizikal), latihan pernafasan (komponen jantung yang control emosi) dan ‘positive self talk’ dan ‘self affirmation’ (untuk komponen pemikiran) adalah antara beberapa amalan kawalan emosi yang boleh dan amat membantu.

2. Ada juga yang berpunca kerana PENAT EMOSI, kerana ada masalah peribadi dsb. Ni saya cakap umum sahaja ya, ramai yang ada isu beban emosi yang dipendam dan tidak dapat dibendung lagi. Antaranya konflik dengan pasangan/suami, dengan rakan sekerja, bos atau hal lain. Major /utamanya dengan pasangan lah, yang terdekat dan hadap setiap hari. Latihan emotional release boleh bantu seperti EFT Tapping dan luah melalui mulut, atau tangan ke kertas, ataupun aktiviti fizikal bagi mengurangkan beban emosi.

3. PENAT PEMIKIRAN. Banyak masalah dan perkara nak difikir dan rasa dah overload sangat nak ditanggung. Ini juga perlu diluah dan di share dengan orang tertentu bagi problem solving terbaik dapat dilaksanakan. Sharing is caring. Don’t keep to yourself only.

Dari sebab di atas,

1 CARA terbaik, mudah dan cepat bantu ibu dapat bendung dan boleh in control ialah ibu LAKUKAN SENAMAN FIZIKAL.

Senam fizikal bukan sahaja bantu secara fisiologi untuk regangkan otot, tingkat fungsi kardiovaskular, malahan membuatkan otak kita merembes 4 hormon yang merupakan antidepressants yang juga neurotransmitter kepada mood. Sebaiknya aktiviti fizikal di alam semulajadi agar dapat cahaya matahari yang mengandungi Vitamin D, ia merangsang otak merembes hormon untuk antistres secara spesifik.

Jika ibu paksa diri buat senaman, ibu akan dapati perubahan kawalan emosi dalaman jauh lebih baik, kurang cepat nak burst, malah terkawal dan boleh rasional bijak mengendali kerenah anak-anak buat hal macam mana pun. Maka senaman 20 minit sekali masa untuk 3 kali seminggu minima adalah terbaik.

Senaman bantu keseluruhan kesihatan fizikal, minda dan emosi. Sumber Foto: http://www.moody.af.mil/News/Article-Display/Article/210800/building-strong-mothers-during-playtime/

Jika tak dapat senaman macam formal sangat, saya ingat lagi kata-kata Dr Rizal OCOC, sekurangnya berjalan kaki. Paksa diri berjalan kaki just jalan kaki sahaja mungkin 10-15 minit pada awal pagi, tengahari, petang atau malam untuk dapatkan bilangan 10k langkah. Ibu-ibu memang kebanyakannya kurang bersenam kerana occupied dengan kerja harian yang terlalu banyak. Maka anggap senaman atau jalan kaki ini adalah sedekah untuk diri, demi kesejahteraan emosi dan minda kita. Juga demi anak-anak kesayangan kita yang sedang membesar ini.

OPTION LAIN:

2. LATIHAN ATAU SENAMAN PERNAFASAN. Ini boleh lakukan di dalam rumah, waktu awal pagi. Boleh Youtube dan cuba amalkan.

Ia bantu menyeluruh sebab breathing – tingkatkan aliran darah lancar – tingkatkan oksigen ke seluruh tubuh – tingkatkan rasional di pemikiran (ingat 3 layer otak dalam Ebook TakNak Marah Anak Siri 2 ? Bila kita burst marah tu means kita sendiri telah terjunam ke level paling bawah) – Reptilian Brain – kita sendiri terancam – terancam kerana kurang oksigen dan terancam kerana sakit hati, geram, tak dapat kawal suasana kerana ekspektasi diri mahu jadi ibu mithali dan baik untuk anak-anak kesayangan kita, kan.

Oksigen dalam otak bantu kita ke layer ketiga iaitu Neocortex – pemikiran rasional dan bantu diri jadi diri kita yang berusia 30-an ini, bukan jadi seorang anak berusia 2 tahun (peringkat 2: Emotional Brain).

TRIUNE BRAIN Sumber Foto: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Triune_brain.png

Saya akui kadangkala saya juga akan burst dan saya tahu apa yang saya tak cukup. Mesti ada sesuatu. Kadangkala just sebab connection dengan Allah menjauh. Spiritual adalah pusat kepada seluruh pembangunan dan kesejahteraan diri individu. Kadangkala juga sebab lama tak amal breathing. Jadi mulakan semula ke track asal, usah bersedih-sedih berlama-lamaan. Masa itu emas, beb!

3. Selain itu, pastikan TIDUR juga cukup dan berkualiti. Katakan macam saya anak garu-garu malam sebab eczema, maka memang saya pun kurang tidur, tapi biasanya bila saya dapat 4 jam tidur straight pengsan tak bangun tu untuk saya dah bertuah sangat dah untuk recaj energi badan saya plus saya ada amalkan breathing therapy 20 kali x 3 set = 60 kali bernafas dan 11 kali terapi pernafasan EHSABAR saya.

Wajib senaman
Wajib amal breathing

* Tidur ni menurut pakar Otak Dr Rizal, memang kena 8 jam tau. Tidur siang tu 27 minit sahaja, tengahari untuk kualiti tidur malam meningkat 33% dan ia ber pahala bila berniat tidur tengahari untuk bangun malam lakukan solat & quran time.

4) Juga TERAPI AIR – saya kena make sure diri saya mandi dulu bila sampai rumah 😀 (Biasa dalam kereta dah set dah: “Nanti sampai rumah, siapa akan mandi duluuu..?” – Takda anak-anak menjawab, maknya angkat tangan rebut dulu haha – “Mummy….!”. “Siapa nombor dua?…” . “Fateh…..” (jawab si anak pertama). “Siapa nombor ketiga?” . “Adik”. (then si KN terus jawab, “Adik taknak!” (sebab si KN fasa detox eczema dia rasa tak best mandi). Layan aja.

Air ni memang menyejukkan. Marah ialah api, maka lawannya ialah air. Satunya ibu perlu pastikan minum cukup air kosong. Jika sukar, pastikan penuhkan botol 2 liter tu dan minum sikit sikit. Kedua, mandi penuh satu badan termasuk kepala. Ia sejukkan badan seluruhnya. Anak-anak juga. Bila travel pastikan ada bawa set mandian dan tukar baju, kerana bila anak sudah mandi, mood dia pasti elok. Ajar bayi pun elok selepas mandi.

5) SPIRITUAL – QURAN DAN SOLAT.  Ada satu kenalan saya yang berusia 50-an, tipsnya tiada stres ialah baca Quran sahaja setiap hari antara Maghrib ke Isya’. tanpa miss. Okay itu usia dah selesai anak-anak dah kahwin dan hidup stabil, kan. Ada seorang lagi kenalan saya 30-an dapati dirinya sangat tenang dan rasional, bila dia mula amalkan beberapa perkara dalam hidupnya seperti saya sarankan pada dirinya: antaranya solat awal waktu, pergi solat di Masjid besar, dan dia akan pastikan Maghrib dan Isya nya di masjid besar dengan anak-anak, dan baca juga Al Quran walau dapat 1 ayat sebelum solat di masjid dan di rumah tu. Key nya memang Solat dan Quran.

Penerangan spiritual ni memang dalam sains ada buktikan, iaitu Spiritual Quotient, kesedaran diri tinggi untuk tujuan dan fungsi kehidupan diri, untuk Tuhan adalah kecerdasan utama berbanding IQ dan EQ (saya ada sentuh dalam Ebook Membentuk Kecerdasan Emosi dan Spiritual Anak – keluaran edisi percuma pada 2015, insyaAllah saya akan modifikasi dan sebarkan semula ya). Bacaan dalam solat dan bacaan Quran pula ada vibrasi istimewa yang membantu aliran darah lancar, baik dan dekat dengan Pencipta. Ajari anak Al Quran, atau modelkan depan anak kita baca Quran, maka itulah kekuatan dan dorongan dalam diri kita untuk amalkan ber Al Quran. Saya juga sentiasa peringat diri untuk dahulukan Solat dan Al Quran dalam amalan diri, dan pendidikan anak-anak demi keseimbangan kecerdasan mereka seluruhnya.

Spiritual Quotient adalah Pusat Kecerdasan keseluruhan manusia ya, bukan setakat EQ 80% dan IQ 20% Sumber gambar: https://www.kompasiana.com/bangjoss/59deb81f88fc8d38ad193f72/pendidikan-paripurna-perpaduan-atara-iq-eq-sq

 

UNTUK ANAK PULA,

1) Paling koman ibu boleh cuba teknik LUA – Law of Universal Attraction,

Persiapkan minda ibu dan emosi,

Sebelum balik kerja, lakukan breathing dan visualisasi bayangan dan self affirmation beritahu diri:

“Anak-anak akan ok, baik, dengar kata, dan saya akan dengar dengan baik, serta sedekah masa 10 min dulu untuk dengari apa apa cerita mereka, baru lah saya fokus kepada aktiviti saya”.

2. Cuba Zikir Asmaulhusna – Ya Allah Ya Jami’, Ya Wadud. Ya Allah satukan himpunkan kedua anakku M dan A, agar mereka berbaik dan alirkan rasa cinta sesama mereka Ya Allah. Ya Allah Ya Salam Ya Mukminun tenangkan dan sejahterakan emosi ku Ya Allah agar dapat kendali anak-anak ku dengan baik dan positif ya Allahi…

3. BERITAHU RULES – Contoh rebut barang, “Tidak boleh berebut barang, hanya main bersama-sama, Jika share, semua orang boleh main. Jika tak share, beri saja pada mama biar mama tolong simpankan sampai barang ni dapat dijaga dengan baik oleh semua orang. Kan mama pandai simpan jaga barang mainan ni. Mesti barang ni suka Mama kan” (haha).

“Kita hanya beli air mineral sahaja di dalam stesen minyak, bukan benda lain, ok. Seorang satu botol mineral”.

4. Pastikan tangki emosi anak-anak cukup – fisiologi – makan minum rest oksigen ruang untuk bermain. Sediakan makanan kudapan baik untuk anak-anak di dalam perjalanan kereta seperti kekacang, kurma dan buah. Kadang anak buat hal just sebab dia lapar, haus, atau ada bergaduh dengan rakan di sekolah, jadi anak cuma perlu didengar.

“Mama nampak abang macam marah-marah aja, macam mood tak baik. Ada apa-apa berlaku di sekolah hari ini?” InsyaAllah lepas anak luah, anak akan terus Okay dan hargai keprihatinan dan kebijaksanaan ibu dalam mengenalpasti sesuatu tak kena dalam dirinya.

Ingat Iceberg: 10% itu adalah apa yang kita nampak, kita takkan tahu punca sebenar 90% selagi kita tak terokai dan tanyakan sendiri pada si anak. Cubalah ya.

Maznah Ibrahim.

p/s: InsyaAllah perkongsian penuh semuanya ada di dalam Seminar EHSABAR. Bakal berlangsung pada Disember 2018 nanti ya.

Facebook Comments

Ebook PERCUMA 10 Tips Atasi Marah

Dapatkan Ebook Ini Sekarang

You have Successfully Subscribed!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *