Fahami Pendekatan Konsekuen Berbanding Pendekatan Hukuman


Saya suka membaca dan mengkaji satu-satu perkara dengan lebih mendalam untuk pemahaman dan kemudian menyampaikan dengan lebih mudah lagi kepada para pembaca saya.

Baru-baru ini ada ditanya secara terbuka oleh pembeli Ebook di dalam Support Group di telegram, mengenai beza ‘consequences’ dan ‘punishment’. Kedua-dua keyword ini ada pernah saya nyatakan secara audio beberapa kali di dalam menjawab soalan para pembeli ebook di group berkenaan.

Kemudiannya saya menambah bacaan lagi agar saya boleh memberikan satu penjelasan yang lebih mudah dan jelas, dan penerangan perbezaan melalui poster seperti di bawah ini mungkin lebih mudah juga untuk anda fahami.

Saya kemukakan 3 jenis konsekuens yang mana jenis ketiga ; hukuman adalah yang paling biasa atau kerap kita gunakan sebab kita ibu bapa ini tiada idea / sudah ter biasa mengikut kebanyakan orang /turun temurun tradisi kita.

1.Konsekuens Natural

Kiranya konsekuens natural ini adalah sesuatu perkara yang berlaku secara alami, dan fitrah alam dan bukan kita yang ciptakan. Tak cukup tidur, badan memang akan letih (otak akan detoks toksin sewaktu tidur, dan tidur adalah istirehat), manakala makanan bila ditolak ke tepi memang akan jatuh pun. Maka sebutkan aja konsekuens alami ini untuk anak mendapat input kesan dan akibat kepada sesuatu pilihan tindakan yang dia lakukan.

Jenis pertama, pilihan terbaik untuk kita sentiasa gunakan kepada si anak. Simple, kan, mana-mana tempat pun memang akan beri konsekuens seperti ini. 🙂

2.Konsekuens Logikal

Konsekuens yang logik ini berbeza dari tadi kerana akibatnya kita yang perkenalkan sendiri. Ia lebih kepada peraturan keluarga yang kita telah tetapkan, maka perlulah kita konsisten melaksanakan peraturan keluarga ini agar anak sedar ibu ayah ‘walk the talk’.

Keadaan ini jauh lebih baik dari hukuman setelah konsekuens natural tadi tidak wujud atau tidak dapat difikirkan dengan baik sewaktu anak buat hal.

konsekuens jenis logikal
Pilihan terbaik sewaktu kita tiada konsekuens natural, atau tak dapat fikirkan dengan baik. Ia jadi logik dengan pengamalan berterusan dan tidak berubah-ubah keputusan kita, sebaiknya.

3.Konsekuens Jenis Hukuman

Ini yang sering kita lakukan. Hmm… ya, biasanya saya dapati, anak yang sudah besar (klien remaja atau yang dewasa ini), apabila merefleksi semula pengalaman awal kanak-kanak dengan hukuman yang diterima, mereka tidak dapat ‘relate’ perkaitan antara kesalahan mereka dengan hukuman itu, manakala jika kanak-kanak pula, kita tanyakan apakah sebab dia dapat hukuman itu tadi? Sah sah dia akan jawab tak tahu.

Ia seiring dengan kajian sains dan parenting seperti menurut Dr Margot Sunderland di dalam bukunya (What Every Parent Needs To Know, Edisi Kedua 2015) yang hukuman hanya boleh diberi kepada anak berusia 5 tahun ke atas, kerana bawah dari usia itu, anda akan sia-sia saja. Ya, sia-sia, kerana anak akan salah faham, anak akan lebih bersalah laku, dan anda akan lebih susah lagi ‘manage’ mereka (terutama yang beri hukuman time out kepada anak kecil).

Malah kanak-kanak akan membentuk pemikiran yang silap, iaitu “aku tak baik, aku budak jahat, aku tak betul, semua aku buat silap, mak ayah tak sayang aku, asyik aku aja kena”, hingga ke besar. Ia merobek self esteem kepercayaan dalam diri mereka dan membentuk rasa keliru yang lebih lagi.

Tak percaya, cuba tanya anak: “Dulu mak pernah hukum kamu …xxxx yyy zzz (cth duduk dalam bilik air, duduk luar rumah, tak boleh tengok tv seminggu), adik faham tak apa sebab mak beri hukuman itu?”

Hmm jenis ketiga ini common atau kerap kita lakukan. Mudahan selepas ini kita ubah kepada konsekuens jenis 1 dan 2 ok. Ini lebih kepada ugutan, ancaman, dan mencetus trigger kemarahan anak lagi kerana mereka rasa ‘insecure’ sewaktu diberi hukuman tidak logik ini, caragaya ibubapa yang sama (hukuman berulang kali) boleh membentuk anak yang buat salah laku lebih lagi (termasuk bercakap tidak benar dan ‘blaming other people’), dan mudah marah/baran lagi (reptilian brain dia ter ‘activate’).

Semoga kita cakna mengenai ini dan break the cycle. Ya, hukuman seperti mudah, dan cepat ‘result’, namun kesannya berpanjangan dan akan berbalik akibatnya kepada ibubapa itu sendiri. Fikir-fikirkan. Nak kah masa tua nanti,

“Isk, pegang cawan pun tak betul, dah takda makan malam dah lepas ni, penat orang nak lap tau”. (tidak logik dan tiada kaitan, sebab naturally tangan orang tua memang tak kuat dah, tangan anak kecil pun memang tak kuat juga).

Kesimpulannya, what you give, you get back. Perubahan untuk ‘break the cycle’ itu perlu ada pemulanya. Andalah pemulanya!

Maznah Ibrahim

14 Julai 2020, 1.40 am.

Saya ada kupas lanjut berkenaan ini di dalam webinar ini. Silakan untuk dapatkannya.

Dapatkan Webinar ini di sini >> Webinar Tegas Dalam Hikmah


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *