Puji Usaha Anak Bukan Hasil

Hasil 5/6 vs Usaha 6/6

====================

 

Ini video Fateh pertama kali main Guli Maze. Boleh bayangkan tak bagaimana tangan kecil ini mahu mengawal tenaganya melalui kedua tangannya dalam mengendalikan alat mainan ini. Guli perlu masuk ke lubang itu.

 

Dia berjaya 5/6. Wah 😍 sebenarnya sudah cukup bagus untuk anak kecil ini. Dengan ‘full strength’ nya capai 5/6 guli, walau tidak capai ‘full strike’ 6/6 seperti diharapkan si ‘Strong Willed Child’ ini.

 

Continue reading “Puji Usaha Anak Bukan Hasil”

Anak Tadika Tak Ingat Apa Diajar Guru Di Sekolah?

8 Januari 2016, Week 2, Fateh 3.10 tahun sekolah AMS
=================================

Fateh 3.10 tahun masuk Aqrab Model School bermula minggu lalu induksi (orientasi).

Alhamdulillah sukses 5 hahari tanpa saya teman sedikit pun. (Namun saya ambil cuti hari pertama standby, sudahnya pergi dating aja dengan suami. Alhamdulillah).

Ada jadualnya dan ada few pictures di kongsi di group maka saya tahu apa dia lalui.

Termasuk reward berkelakuan baik dapat TV Time. Nampak gambar dia duduk beratur sedang menonton TV.

Saya puji dan tunjuk gambar dia menonton tv, dia senyum.. Saya kata, Bagus sebab Fateh ikut cakap cikgu maka dapat tengok TV ya? Dia senyum malu dan berkata ya. Kalau tak, kena duduk bilik principal. Panas dan Tak ada lampu, katanya. (Hehe maknya dengar).

Minggu ini bermula sesi akademik lebih khusus. Saya pun tak berapa ingat jadual dia secara khusus. Yang saya tahu setiap hari ada Al Quran guna buku Al Barqy dan sejam setengah akademik untuk 3 subjek, dan petang macam-macam untuk otak kanan macam art dan sebagainya.

Mujur kami ada Parent-Teacher Communication Log Book.

Sistem komunikasi ini memudahkan mesej dua hala kami: ibubapa dan guru.

1) tahu anak belajar APA

2) boleh sampaikan pesanan spesifik dari guru untuk ibubapa topup dan beri perhatian lebih kepada anak, dan

3) mesej spesifik ibubapa nak sampaikan kepada guru untuk perhatian khusus

Item 2&3 – maka kami dapat saling memahami dan menyokong keperluan anak. In Sya Allah anak dalam landasan dan arus pendidikan yang betul.

Item 1, sangat menarik!

🙂

Bila ditanya hari pertama dan kedua selepas pulang, apa belajar, dia akan menjawab “tak tahu”.

Simple aja, maknanya ia tidak terlalu signifikan untuk diingat dan diceritakan oleh si anak kepada ibubapa. Belajar biasa-biasa.

Yang pembelajaran kelmarin Selasa (contoh gambar dalam post ini), saya terus buka buku dan baca dalam kereta. Saya bacakan kuat-kuat ayah dengar.

– Fateh belajar na ma sa ya dan xxxxxyyyyzzz

– Fateh dengar cerita pasal Harimau. Macam mana bunyi harimau ? (Terus dia buat bunyi harimau grrrrr), dan lembu, macam mana bunyi lembu? (Mooooo….Dia buat bunyi lembu)

– Fateh belajar nombor 1-10, tunjukkan macam mana no 1 dengan jari? (Terus dia tunjukkan dengan jarinya, dua tiga dan seterusnya).

– Fateh siapkan kerja dengan Kakak Amitza…!! Waa bagus sebab kerja siap. 30 markah untuk anak Mummy yang siapkan kerja!!!
>>>(Sebab fokus isu Isnin semalam tu ialah dia tak dapat habiskan kerja nya menulis putus-putus huruf “Aa” – saya explain dalam buku yang dia tak berapa mahir dan suka menulis ikut Struktur bersyarat. Masih stage bebas dan free style, namun saya yakin pelan pelan kayuh dia akan boleh terima bab menulis secara berstruktur ini)

>>>> see, sesuatu yang fokus isu, dia improve hari kedua kerana guru dan saya fokus untuk Bantu dan tarik minat dia kepada sesuatu yang dia lemah. Kami tak judge dan hukum apatah lagi.

>>>> Komunikasi APA belajar harini jadi dua hala dan leading, sebab Ibu tahu APA dia belajar hari ini.

Jika signifikan, anak sendiri akan bercerita. Yang ada strong emotions kan?

Dua hari lepas selepas mandi lewat petang di rumah, baru dia beritahu kisah jari berdarah kerana tersepit masa main buaian. Dia menangis. (Saya walau terkejut sebab tak tahu apa-apa yang rupanya guru ada beritahu ayahnya masa ayah ambil di sekolah, dan Ayah simple aja tak APA perkara kecil budak-budak dan ayahnya tak inform saya), berempati dengan Fateh dan Solusi kan: Aduh sakit sekali, berdarah, sian anak Mummy. Sekarang dah x da darah dah. Bagus Fateh kuat dan berani. Lain kali main buaian hati-hati tau.

Di keesokan paginya, semasa menghantar. Guru purposely minta maaf kepada saya, dan puji bab lain iaitu selepas kejadian, tengahari, Fateh petangnya remind semua budak-budak agar main hati-hati jika tidak, boleh terkena tangan berdarah macam jari dia. Cikgu kata ini bagus sebab dia macam jadi leader dan peringatkan orang lain. Dalam minta maaf tu, saya terus berkata tak apa cikgu sebab dia tak cerita terus lepas jumpa saya tapi lepas mandi bila teringat sahaja, means tidak signifikan sangat pun. Dan jatuh berdarah tu biasa untuk budak-budak.

Contoh semalam, Hari ke-4, petang, dalam perjalanan pulang ke rumah kami dalam kereta (setelah Ayah ambil Fateh dahulu, mereka ambil saya, kemudian kami pulang ambil adik Khairunnisa di area rumah), Fateh beritahu sesuatu.

Fateh Marah cikgu. Fateh X suka.

Sebab apa. Apa yang cikgu buat. (Kebetulan Ayah baru sahaja beritahu saya depan Fateh yang Fateh suka pergi sekolah dan nak pergi sekolah esok)

Cikgu tak bagi biskut (erkk.. Biskut??? sabo aja)

Biskut APA?

Cikgu kata kalau berkelakuan baik dapat biskut.

Semua orang ke Fateh sahaja tak dapat biskut.

Semua orang cikgu tak bagi.

Saya terus Solusi : Fateh sayang cikgu dan suka pergi sekolah. Fateh juga Marah cikgu sebab tak bagi biskut. Kalau ada benda Fateh tak suka atau Marah, Fateh tak boleh cakap belakang macam ni kat Mummy, Fateh ada tanya cikgu sendiri? Tak ada katanya.

Ok, Fateh beritahu cikgu sendiri. Macam ni: Cikgu, cikgu, saya dah berkelakuan baik. Cikgu kata nak bagi biskut. Mana? Mami yakin, cikgu terlupa sebenarnya. Jadi Fateh ingatkan cikgu. Nanti semua budak pun dapat biskut.

Dalam mesej buku Parent-Teacher Communication Log Book. Saya menulis perkara ini dengan fokus kepada anak sendiri bukan fokus kesilapan cikgu. Iaitu karektor Fateh yang cikgu mungkin tidak tahu dan ini sebenarnya mesej ‘hidden’ saya yang penting.

Saya tulis, Fateh ada beritahu dia rasa Marah kat cikgu pasai berkelakuan baik tapi tak dapat pun biskut. Fateh jenis ingat apa kita cakap, jadi kita perlu tepati apa kita janji/katakan.

Nota.
Gambar ialah Parent-Teacher Communication Log Book hari kedua, Selasa lalu – baru dapat dan belum sign.

1) kita janganlah expect anak ingat semua yang dia pelajari di sekolah. Ubah dari tanya subject matter pelajaran kepada tanya emosi dia (anak kita, little human lagi penting dari content akademik sekolah) harini kerana dari situ banyak kita boleh dapat. Contoh: bagaimana sekolah harini, seronok ke tak seronok? Apa yang paling best. Apa yang paling tak best. Apa dia buat yang dia rasa dia hebat hero harini…dsb

2) jika anak tak terus cerita – samada ia tak significant tidak penting, biasa-biasa, atau ya, mungkin anak jenis bukan pencerita/ pengluah perasaan. Macam Fateh yang jenis bercerita/pengluah perasaan, APA belajar harini pun dia tak pernah cerita pun. Yang dia cerita ialah tentang human dan kejadian berlaku kepada dirinya yang strong emotions, sakit jari, Marah cikgu dsb.

3) respons kepada anak cerita APA itu adalah signal kepada coping skill kita mula kena ajar anak. Cara handle situasi. Berkasar dengan rakan, geram dengan cikgu dsb. Ajarkan skrip komunikasi yang betul untuk dia apply kerana di sini dia akan mula pelajari teknik handle masalah dengan komunikasi asertif, bukan pasif (x buat apa-apa) atau agresif (berkasar lawan balik). Situasi biskut tadi sy dapat rasakan Fateh menunggu-nunggu bila akan diberi biskut, sehingga ke sudah tiada. Dan waktu dia teringat adalah paling cepat di dalam kereta semasa pulang, yang mana dia beritahu dengan emosi Marah sangat kepada cikgunya (sama emosi tinggi dia semasa dia beritahu harini Mok – pengasuh asyik Marah adik. Itu kisah lain)

4) emosi Kanak-Kanak senipis kulit bawang. Kejap sangat Sayang suka. (Fateh Sayang Mummy. Sebab buatkan susu untuk Fateh), sekejap itu juga Marah sangat. Fateh Marah Mummy sebab tak bagi tengok cerita Tobot.

Maksud mereka senang generalised. Suka suka sangat. Marah, Marah sangat. Belum ada grey area. Hanya Big Black n white. Jadi peranan kita untuk didik emosi mereka dengan positif, Efektif dan rasional. Uruskan emosi mereka dan kita, dan pastikan balut Balik dengan tangki emosi cinta mana-mana yang sesuai dengan karektor dia, untuk clear kan apa-apa yang tercalar. Clean n clear. Jenis Fateh punya tangki emosi efektif ialah sentuhan dan special time serta words.

p/s:
Saya akan share dalam seminar Urus emosi Ibubapa dan anak pada 31 Jan 2016, Shah Alam, 9-1pm.

Boleh klik untuk maklumat lanjut di sini, dan segera dapatkan tempat anda.

Bit.ly/EHSABAR
Bit.ly/EHSABAR
Bit.ly/EHSABAR

‘Rules’ Positif vs. ‘Rules’ Negatif

Fokus Pada Solusi / Jalan
– Jalan Akan Makin Banyak Nampak

Fokus Pada Masalah (Problem)
– Masalah Akan Semakin Banyak dan Membesar

“What You Focus Will Expand” –  (DAO)

Semalam sebelum tidur masa golek2 katil, Fateh ter cerita sesuatu pasal ‘ugutan berbentuk perbuatan’ kepada dirinya. Siap tunjuk aksi lagi, bagaimana dia diperlakukan.

Apa sebab dia kena itu, kerana dia tak mahu mandi. Perasan juga sejak akhir ni dia liat nak diajak mandi.

Saya hanya mampu merefleksi perasaannya (iaitu sedih: Ateh rasa sedih ya, Mummy pun sedih juga. Mummy sayang Ateh, Mok pun sayang Ateh, maka Ateh kena mandi, sebab Mok nak Ateh bersiiih…)

Menariknya selepas aksi itu dia menyembamkan muka ke tilam sambil sebut “Ateh tak suka la dia buat macam tu..”, dengan wajah amat sedih. (Hati ibu mana la tak sedih, kan. Huhu.. Haru betul).

Fokus pada solusi, bukan isu/masalah. Solusi saya padanya selepas refleksi perasaannya ialah Fateh kena mandi untuk bersih.

Esoknya (yakni hari ni), pagi, saya hanya memesan kepada Fateh agar ikut cakap Mok dan mandi, agar bersih, wangi. Saya pesan di hadapan Mok.

Mok menambah (isu/problem), iaitu Fateh ni bersihkan berak (dalam pampers) pun dia tak mahu. Saya senyap sahaja dan ulang ‘rules’ positif itu sahaja.

Petangnya setelah ambil Fateh, semasa dudukkan di ‘car seat’ dan kebetulan Mok menghantar ke kereta, saya bertanya kepada Fateh: “Hari ni Fateh mandi ok ke?” (Sambil tangan saya tunjuk tanda ‘thumb up’).

Fateh jawab, “ok!”.

Saya terus puji di hadapan Mok. “Waa, bagusnya, Fateh mandi hari ni, kan bersih.. Wangi…”

Seterusnya Fateh menambah, “Nanti, nanti, Mok marah”. Mok tergelak (‘cover’ diri), dan menambah iya lah sebab Fateh tak nak mandi.

Kemudian Fateh sendiri menyatakan ‘Rule’ Positif itu kepada Mok dengan wajah amat ceria kesukaan, “Mok, mok, Ateh mandi, nanti Ateh bersiiiihh, wangiii..!”, sambil sengeh lebar. Mok hanya tergelak sahaja.

Contoh

‘Rule’ Negatif:
“Kalau Fateh lambat mandi, nanti Mummy tinggal” (berbaur ugutan. Ni kes mandi lama dalam bilik air awal pagi. Saya nak segera ke tempat kerja)

‘Rule’ Positif
“Fateh. Fateh mandi cepat. Cepat siap, nanti Fateh boleh ikut Mummy naik kete. Nak naik kete tak?” (Pasti terus saja dia cakap nak).

‘Rule’ Negatif:
“Fateh, jangan la main air kat bilik ni, basah dah..” (Alat sembur utk iron baju. Insiden di bilik iron baju,)

‘Rule’ Positif:
“Fateh, air ni main kat bilik air”. (Impak tingkahlaku, terus Fateh berkata, “Ateh nak main ni kat bilik air!”, sambil bangun nak ke bilik air. Maka terus saya bawa ke bilik air utk mandi lewat petang terus).

Saya dapati pabila kita ulang-ulang ‘Rule’ Positif ini, anak sendiri akan ulang sebut ‘Rule’ positif itu.

Apa kata jika ulang ‘Rule’ negatif? Pasti itu juga yang dia ulang (skrip perkataan dan perbuatan salah tu). Dan malangnya tindakan salah mencabar itu yang dia akan buat lagi untuk tengok reaksi kita. Reaksi marah.

Sebaliknya dia akan buat aksi positif untuk dapat pujian segera kita selain impak positif yang dalam skrip kita dia juga dapat 🙂 (dapat rasa beza bersih wangi orang suka dengan berpeluh, busuk lagi orang tak suka).

 

Prinsip Pujian Teknik Nabi Muhammad

Pujian di hadapan orang penting dalam kehidupan anak, contoh Pengasuh (org luar, selain Ayah dan keluarga sendiri).

Nyatakan Spesifik Tingkahlaku Yang Kita Suka dan Mahu Dorong (Pujian) + impak positif yang akan diperolehi. Contoh, bersih dan wangi. Kurangkan sebut impak negatif seperti busuk la, masam la tak mandi, tapi kerapkan impak positif seperti bersih, wangi, orang suka. Sebab, lama2 itu yang kita nak dia amalkan sebagai habit.

Pujian diberi serta merta. Jangan tangguh. Nanti kesannya kurang. Mood dah tak rasa kena nya.

Teruskan Fokus Pada Positif dan Solusi ya.

***Gambar: Blok dipasang panjang dan diaksikan ala2 main alat muzik recorder

Teknik Mendorong Anak Duduk di dalam ‘Carseat’

BismillahirRahmanirRahim

Teknik Menerangkan Peraturan

“Fateh, Fateh duduk dalam carseat ya. Mummy sayangkan Fateh, dan Mummy nak Fateh selamat, jadi Fateh perlu duduk dalam carseat ni ya..” (sambil mengusap kepala anak dan mencium dahinya dengan pantas: Ganjaran Sosial Non-Material). 

Anak akan menjawab “Hm !” bermaksud setuju dan memahami (respon pabila tidak faham apa diperkatakan, beliau akan berbunyi tinggi di hujungnya (“Hm?”) atau jika tidak mahu/ tidak setuju akan berkata “Ma Mau!”.

 

Teknik Pujian Pabila Anak Berjaya / Cuba Duduk Dalam Carseat

“Terima kasih Fateh sebab duduk dengan baik dalam carseat (Pujian tingkahlaku). Mummy rasa syukur sangat (Impak 1). Senang hati Mummy nak memandu (Impak 2)”. Ia biasanya saya ucapkan samada semasa memandu di hadapan (bercakap dengan kuat) pabila saya dapati beliau tidak berbunyi tak selesa atau semasa membuka tali pinggang carseat nya setelah selamat sampai ke destinasi. 

Beliau akan menjawab “Hmm?” dan saya akan ulang lagi skrip di atas. Bermaksud beliau kurang pasti apa maksud saya, dan skrip pujian ini mengesahkan lagi bahawa tingkahlakunya duduk dengan baik itu adalah BETUL, IBU SUKA, SANGAT BAIK, membantu dan selamat untuk kami bersama.

Hasil : Alhamdulillah pertama kali menggunakan skrip ini, anakanda berjaya duduk sehingga selesai perjalanan. Saya dapati sejak gunakan skrip di atas anak sangat berkerjasama hingga kami suami isteri boleh duduk di hadapan manakala anakanda di kerusi belakang seorang diri.

 1400336_1436129869940526_1229434911_o

Nota.

*Sayang mudah disebut, namun selamat adalah perkara yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun. Skrip ini digunakan sejak beliau lebih memahami ayat / arahan (1.5 tahun), berbanding sebelum ini saya tidak berkata apa-apa malahan akan mengalah pabila dia berbunyi kebosanan, sementelah semua buku menarik dan mainannya habis diteroka dan dimainkan.

*Dahulunya saya duduk di belakang di sebelah anak di dalam car seat nya (suami di hadapan memandu). Acapkali juga saya mengalah dan mengambilnya dari carseat nya kerana saya fikir perjalanan jauh, dia bosan mungkin (pastinya). Kami selalu travel Perlis-KL-Perlis. Hatta dalam Perlis sahaja pun kadangkala dia akan berbunyi pabila tiba ‘tempoh limitnya’. Sebagai makluman, anak mula didudukkan dalam car seat sejak dalam pantang lagi.

*Skrip Menerangkan Peraturan Selamat di atas saya gunakan pabila beliau di belakang dan saya di hadapan memandu seorang diri. Saya akan menyediakan buku kegemaran yang sesuai dengan usianya mengenal benda iaitu Kamus Bergambar seperti di dalam gambar (saya capai dengan tangan sambil memandu, ia di poket tempat duduk belakang). Maksud, buku atau mainan mudah capai dan sesuai amat perlu disediakan. Juga susu kotak kecilnya (atas 1 tahun). Semasa bawah 1 tahun saya ada gantungkan tali dan benda menarik (botol kayu wangian kereta / dan nametag kami suami isteri yang ada gambar kami berdua dan anak akan sebut Ayah, Mummy) untuk dia leka melihat dan menyentuhnya (hingga kadangkala botol itu terlantun mengenai dahinya, kasihan dia).

*Ibu dan ayah yang prihatin dan pentingkan keselamatan anak akan tidak mengalah dengan desakan anak untuk dikeluarkan dari carseat demi faktor keselamatan. Anak akan ‘test’ kita orang dewasa dengan berbunyi sambil memandang kita. Pabila kita mengalah, beliau akan tahu yang dengan cara merengek kita akan mengeluarkannya. Sama ada (1) anda berkeras hati sekali sahaja (dan anda senang terus kemudiannya bermaksud anak akan terus ok dan tidak berbunyi dah selepas itu: perlu betul-betul keraskan hati), atau pilihan ke-2 beri dia duduk dalam car seat sampai limit sederhana maksimum anak berbunyi, kemudian keluarkannya seketika – untuk tujuan praktis / latihan sehingga boleh betul-betul duduk tak minta dikeluarkan (saya guna kaedah 2 sebab tak sampai hati kerana saya rasa faktor kemampuan kognitif dan emosinya untuk terima dan faham, perlu timing masa yang betul-betul sesuai).

* Adalah OK untuk dikeluarkan pabila ibu di belakang bersama anak (manakala suami ada di hadapan memandu), namun pabila ibu seorang diri, di sinilah cabaran besar menanti kita (dahulunya car seat anak di sebelah saya, pemandu. Namun sebenarnya lebih selamat ialah di belakang untuk kurang risiko). 

*Maka sediakan anak semasa meletakkannya di dalam car seat dengan memberitahu Skrip Menerangkan Peraturan di atas. Pertama kali anak berjaya duduk dalam car seat untuk perjalanan jauh lebih 1 jam dari awal hingga ke destinasi ialah pada usianya 12 bulan, (dengan beliau berbunyi mahu dikeluarkan dan saya tidak mengalah malah menarik perhatian dengan bermacam benda). Saya di sebelahnya (tempat duduk belakang dengan memakai tali pinggang keselamatan juga, bagi menunjukkan bahawa semua orang bertali pinggang di dalam kereta). Semasa ini ayah akan memainkan peranan menyebut dengan kuat di hadapan (“Fateh, semua orang pakai tali pinggang, sebab kita semua nak selamat. Tengok, Ayah dan Mummy pun pakai” : Teknik Menerangkan Peraturan).

* Anak juga boleh bezakan antara tidak duduk di dalam car seat (ibu pegang) dengan duduk seorang diri di dalam carseat, iaitu duduk seorang diri di dalam carseat lebih selamat walaupun tidak bebas 😀 Ini kerana sebenarnya peringkat ‘Autonomi’ (berdikari dan merasai pengalaman sendiri) sudah bermula di usia seawal 1 tahun (anda boleh perhatikan pabila anak mula tidak mahu disuapkan makanan dan mahu mencuba melakukan apa-apa perkara sendiri cth makan sendiri). Bermaksud skrip di atas boleh lah dimulakan seawal 1 tahun (ikut tahap kognitif unik kanak-kanak yang berbeza), (saya pun mula skrip lewat). Sebelumnya saya tidak ucapkan apa-apa skrip pun, hanya letak dan layan membaca dan tengok notebook atau apa sahaja (buku adalah biasa dan diminati anak kerana sejak dalam pantang anak dibacakan buku. Namun apa-apa pun tetap ada limit kebosanan, kan). 

Didoakan semuanya dipermudahkan untuk melaksanakan teknik nabi dalam mendorong anak duduk di dalam carseat ini. 

“Sentiasa usaha pelbagai cara dan tidak mengalah, insyaAllah akan berhasil”

Seterusnya: Contoh Skrip Pujian Anak Bawah 12 bulan, Teknik Mendorong Anak Berkerjasama Digosokkan Giginya

Alhamdulillah.

 

IMG_20140803_114851
Fateh 2 thn 5 bulan

IMG_20140803_115113

 

 

*** Raya baru ini, 3 Ogos 2014, Fateh boleh kekal di dalam car seat di sepanjang 1800km (Perlis-Terengganu-Kuantan-Pilah-Seremban-Seri Kembangan-Perlis semula). Car seat nya di belakang manakala kami suami isteri di hadapan. Sebenarnya Fateh ada ‘berbunyi’ dan banyak akal untuk ‘negotiate’ agar keluar dari carseat semasa perjalanan slot pertama; Perlis-Terengganu. Ayah berjaya bertegas dengannya, dan akhirnya dia redha/pasrah 😀 Antara point dalam ‘negotiation skill’ nya ialah dia mahu ‘susu mami’, dia mahu duduk dengan mami di hadapan, dia mahu tali pinggang dibuka, dll. Manakala point si ayah bersama ‘alami point’ nya ialah “kereta banyak, Fateh. Bahaya. Tengok ni kalau Ayah break, Fateh boleh ke depan. Jadi kena pakai tali pinggang. Ayah dan Mummy pun pakai tali pinggang”, sambil beberapa kali Ayah sengaja break mengejut bagi dia rasa ‘bahaya’ atau tak selamat itu.

 

***Hingga kini, kami bersyukur kerana dia sudah tidak ‘bising’ lagi malah sangat bekerjasama; sama ada dia tahu tiada gunanya dia ‘merayu’ ataupun saya dapat merasakan dia boleh rasa selamat di dalam ‘carseat’ berbanding di kerusi kereta biasa. Tali pinggang itu memang membuatkan dia rasa selamat dan dia dapat ‘furqan’kan antara haq dan bathil, selamat dan tidak selamat.

 

10686784_10153193754688378_6991823448262201186_n
Fateh, 2.7 tahun semasa menghantar MakLang ke KL Central, 13 Sept 2014. Saya memandu, Maklang di sebelah manakala Fateh di belakang

 

Teknik Mendorong Anak Kecil Berenang

BismillahirRahmanirRahim

Mengajar Anak Kecil Berenang (entri post lama, Fateh 11 bulan)

Teknik Demonstrasi & Menunjukkan Cara

1) Beritahu Fateh (11 bulan, pengalaman baru kali ke-3 sesi berenang), “kocak kaki, kocak kaki”.
2) Tunjukkan kedua kaki (saya: ibunya) berkocak dalam keadaan saya terapung di air (namun sebenarnya sedang memegang pelampungnya) (kerana ibunya tidak pandai berenang, hehe)
Hasil: Fateh yang sedang dipegang ayahnya terus mengocak kakinya dengan laju dlm keadaan terapung dan ‘berenang’ ke depan dengan pantas sekali.
Kami kagum!!!
Ia berlaku pada sesi ke-3 pengalaman di kolam renang. Sesi pertama berenang, Fateh 9 bulan memang terapung dan ala-ala berenang secara semulajadinya. MasyaAllah!!! (masa tu belum belajar teknik nabi maka hanya pujian separuh format sahaja: “waah, dia boleh rupanya, tak sangka” yang terucap dalam hati, tidak di hadapan si kecil).

Sebagai panduan, antara skrip / kata-kata yang boleh saya ucapkan ialah: “Waah, Fateh boleh terapung (pujian tingkahlaku, bukan orangnya). Mummy bangga dengan Fateh (Impak 1: kesan atau perasaan ibu). InsyaAllah nanti Fateh boleh berenang sendiri (Impak 2, jangka panjang: berupa doa atau visi ibubapa utk anak)”,  sambil senyum lebar (Ganjaran Sosial Non-Material).

Nota. 
*Bayi umur 0-2 tahun adalah dalam peringkat ‘trust vs mistrust’ dan ‘attachment’ kuat dgn ‘prime carer’nya. Maka mengajar dari bayi perlulah oleh ibu/bapa nya sendiri. 
*Apabila kerapatan (‘attachment’) kuat dengan penjaga utama yang memberikan keperluan asas bayi seperti makanan (susu), pelukan (pabila rasa takut / sejuk), kata-kata baik (menenangkan atau menggalakkan), ubatan (pabila sakit), bayi akan sangat kenal dan percaya (trust) kepada penjaga utama ini yang secara konsisten (istiqamah) menyediakan segala keperluan asasnya. Sebaliknya berlaku (‘mistrust’/tidak percaya/sukar percaya) sekiranya penjaga utama ini berubah-ubah atau tidak memberikan atau memenuhi keperluan asas ini.
*Kerapatan yang baik memudahkan penjaga utama ini melakukan banyak dorongan tingkahlaku yang ingin dibentuk dari awal bayi.

54718_4384981055065_370660013_o
Fateh pertama kali di kolam renang 9 bulan
1468792_10201543769808487_1083081660_n
Fateh di sungai Gua Kelam, 1 tahun 9 bulan
Seterusnya: Teknik Pujian untuk anak bawah 12 bulan, Teknik Mendorong anak duduk dalam car seat
 

Alhamdulillah.

Teknik Disiplin Di Meja Makan

BismillahirRahmanirRahim

Aplikasi Tekni Nabi Muhammad

Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan, ganti dengan Teknik Menerangkan Peraturan Selamat

Teknik ini saya sering lakukan ketika di meja makan bersama. Anakanda akan berada di ‘high chair’ nya manakala kami di kerusi dewasa biasa masing-masing.

Sejak anakanda berusia 1 tahun 2 bulan (kini 1 tahun 8 bulan), beliau sudah memiliki ‘high chair’ dan mangkuk serta sudunya sendiri. Pabila datang ‘mood’ meneroka dan seronok bermainnya (normal untuk kanak-kanak kecil yang belum ada ‘table manners’), beliau akan membaling makanan sama ada ke bawah lantai atau di mana-mana kesukaannya. Ini lebih ketara sejak beliau pandai membaling makanan untuk ikan belaan di kolah rumah kami.

Saya akan berkata: “Fateh, makanan untuk dimakan bukan dicampak atau baling (Teknik Menerangkan Peraturan Umum). Fateh makan ni, masuk muuulut!” (Sambil tunjukkan makanan kami dimasukkan ke mulut kami: Teknik Menunjukkan Cara).

Selalunya beliau akan ikut, dan kami akan terus memuji : “Bagus, Fateh makan, masuk mulut (puji tingkahlaku). Mummy suka (Impak 1) (sambil senyum lebar: Teknik Ganjaran Sosial). Makanan tak sepah (Impak 2)”.

Pabila adegan campak membaling berlaku lagi, kami akan memberitahu sebelum tindakan menarik mangkuknya dilakukan.

Saya tidak berkata “Fateh buat lagi, Mummy ambil mangkuk!” (mengugut).

Sebaliknya saya hanya menggunakan Teknik Menerangkan Peraturan Makan: “Fateh nampaknya dah kenyang. Mummy ambil mangkuk letak tepi ya” (sambil letakkan ke tepi saya perlahan-lahan). 

Sekiranya beliau masih belum selesai, beliau akan berbunyi sambil menunjukkan mangkuknya menunjukkan beliau masih mahu makan lagi, dan peluang akan diberi (sambung makan).

Biasanya memang benar, pabila peraturan makan tidak dipatuhi lagi, bermaksud anakanda sememangnya sudah kenyang.

Seterusnya sesi mengemas akan dilakukan, dan beliau menurut sahaja bermakna beliau okay.

Sambungan: teknik memberi solusi, dan teknik menunjukka cara: mengemas lantai bersama.

Nota: 

*Peraturan Selamat / Meja Makan keluarga anda perlu konsisten dan tindakan disiplin wajar yang ingin dilaksanakan seperti menarik mangkuk ke tepi perlu dillakukan dengan berhemah dan hormat, kerana bayi juga ada perasaan dan harga diri. 

**Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas sudah mula peringkat Autonomi, iaitu melakukan segala yang difikirkannya boleh secara cuba jaya sendiri. Tindakan menghukum kesilapan seperti marah atau fizikal (menarik kasar dsb) boleh menyebabkan sebaliknya dari Autonomi (Rasa Autonomi: Ini cara saya, Boleh tak saya buat sendiri) kepada rasa Ragu-ragu dan Malu, iaitu rendah estim/harga diri. Kesan berpanjangan boleh dilihat pada kanak-kanak usia mula bersekolah iaitu seawal 4-6 tahun di prasekolah dan sekolah rendah yang kerap rasa kurang yakin diri cuba melakukan sesuatu yang diingininya atau dijangkakan perlu dilakukan di sekolah.