Teknik Mengurus Emosi Kanak2 Kecil Mendekati Allah (solat dan mengaji)

BismilahhirRahmanirRahim

Kisah di Maghrib Hari dan Teknik Mengurus Emosi Kanak2 Kecil Mendekati Allah (solat dan mengaji)

Kisah semalam (tergendala menulis)

Waktu menghampiri maghrib, Fateh dan ayah sampai ke rumah menaiki kereta dari mengambil uncle di stesen bas. Rupanya Fateh tertidur sebentar dalam kereta (kepenatan lah tu bermain di padang dengan basikal dan melihat abang2 main rounders).

Masuk sahaja, terus sambung berbaring. Tak lama lepas tu azan berkumandang dari surau kawasan rumah kami. Ayah nak mandi, dan ajak Fateh solat. Si kecil Fateh berkata, “Ayah, x nak sembahyang!”, dengan tegas beremosi sambil sambung baring.

Saya terus teringat tips Pn Lina Darwish Darwisya​ semasa mengajar Darwish mengaji dan penulisan saya sebelum ini mengenai ‘maghrib yang pantas dan panas’. Ia berkenaan syaitan iblis yang suka membisikkan kejahatan dan memanaskan hati anak kecil. Waktu inilah meragamnya, nak susuibunya (sampai saya pernah x solat maghrib dahulu, terlepas waktu kerana menurut dan tidak melawan, tidak mendidik hati si kecil malah diri sendiri untuk melawan syaitan).

Saya terus berkata, Fateh, syaitan kacau ni. Auzubilla hi minasyatonirrajim.. Bismillahir Rahmanir Rahim. Syuuh, syuhh pergi, syaitan jangan kacau Fateh.

Terus dia tertarik dan buat yang sama dan bertanya syaitan mana? Ia berlaku beberapa kali yakni saya ulang sebutan itu (yang maknanya: aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam – bermakna kita sedar kita dalam pengaruh buruk syaitan dan memohon perlindungan dari Allah swt yang Maha Pelindung dan Pemelihara).

Konteksnya dua aja, Allah vs Syaitan, betul vs salah, baik vs jahat. Saya mula perkenalkan Allah vs syaitan ni kepada Fateh seawal umur setahun melalui buku My Quran Fantastic Furqan tulisan Puan Zaidathul Akma Muhamad Azamuddin​, meaning Al Fatihah. Sebab saya ingat lagi Pn Lina kata dahulu, perkenalkan anak kepada musuh dirinya iaitu syaitan. Dan syaitan memang suka dan amat sistematik dalam merencana dan melaksana gangguan hati, pemikiran terutama anak kecil islam yang merupakan bakal penegak syiar Islam kelak.

Nak dijadikan cerita, Fateh ‘berjaya’ melawan syaitan, dengan bantuan dan bimbingan saya (yakni dengan kekuatan, ilham dan bantuan dari Allah sebenarnya), melawan kemalasan dlm diri, dan pergi mandi (dimandikan), dan solat jemaah bersama. Semasa mandi siap ada game baru lagi dengan ayah yang kreatif inovatif, dan dia pun terikut menjadi sangat kreatif mencuba pelbagai gaya (belon masuk air, besar berat, jadi air pancut dan pelbagai versi sendiri lagi, layan sat: sebab tu saya sebenarnya cuba mandikan sebelum maghrib, dan pulang dari bermain padang sebelum pukul 7pm). Kami berjaya solat sama dan makan malam bersama.

(Kisah semalam banyak dah lupa, hehe)

Kisah hari ini.

Masak awal dan makan awal dalam 7pm (ayah layan main di luar maka saya sempat memasak awal). Selepas makan, si kecil buat kerenah mencabar lagi dan kata x nak sembahyang.

Saya terus berkata “Auzubillahi minasyaitonirrajim, syaitan ni kacau Fateh lah”. Oh ya lupa, semalam sebab dia baru dengar pasal syaitan kacau, dia ada tanya, “mana, mana syaitan”. Saya jawab, ada kat keliling Fateh, dekat aja, membisikkan kejahatan kat telinga Fateh. Fateh kena lawan. Syuh, syuh, pergi syaitan.

Si kecil nya version : “pergi, pergi syaitan. Pukul dia” (teringat pula, Fateh senang jadi agresif seperti pukul, tepuk dan sepak, yang amat difahami stage ekspresikan dirimu nya itu, dan kami keep on educate dan remind him aja, never scold him). So bagusla baik dia lawan fizikal syaitan x nampak tu, hehe.

Selepas menyebut kalimah keramat itu, Fateh terus ter ‘channel’ positif emosi dan tingkahlakunya (Alhamdulillah), dan joint solat bersama tanpa banyak tanya, Alhamdulillah, macam magic pula (gaya dia solat selalunya joint kejap aja, dia laungkan iqamat, then AllahuAkhbar takbiratul ikram dan terus sujud, lepas tu dia jenjalan area sama, serta suka sangkut kat belakang, tu biasa lah, asal kami memang sediakan sejadah sama untuk dia, macam juga kita sediakan high chair meja makan untuk dia).

Selesai gangguan masa nak solat maghrib.

Menariknya hari ini selepas solat maghrib jemaaah dlm 8 lbh awl, Fateh yang ingatkan, mummy sesi mengaji / mummy nak g ngaji sambil berjalan masik ke bilik utama, (terharu dan syukurnya).

Alhmdulillah… Dia mcm dah rutin sesi mengaji dan suka. Revamp yg saya start dulu tu. Rasanya menghampiri 30 minit semalam. Tapi hari ni, dalam 20 min kot (sebab dah recite hafazan masa kat meja makan selepas makan).

Kira boleh la.. Dengan ruang terhad dan kerenah ligat yang saya boleh handle lagi.. thx FarahlizaIsmail N FarisIndra​ idea pakai telekung.

Strategi saya:

– Peranan khas : saya perkenalkam diri sebagai Cikgu Mummy nak ajar mengaji Adik Fateh (tanya anak peranan /nama apa dia nak, untuk ini dia nak Adik Fateh, waktu lain dia Abang Fateh, dan saya pakai telekung (masa awal dulu kita nak mengajak, bila dah imun, sekarang dia pula mengajak /mengingatkan)

– Nama sesi khas : sesi ‘mengaji’ (saya surrender term mengaji ini walau pada asalnya saya x selesa. Namun anak suka term ini sebab teruja tertanya2 kakak2 gi mengaji, buat apa?)

– Bilik khas: bilik tidur, sebab minimal gangguan tv walau hanya program khas, kesemua mainan objeknya, dan poster dinding

– Mulakan dengan baca doa belajar dan akhiri dengan doa habes belajar agar dipermudahkan dan diberkati Allah (Doa habes belajar sebab xhafal, baca alhmdulillah penuh saja)

– Pabila dia hilang fokus, banyak main/kerenah mencabar, saya terus sebut auzubilla hi minasyaitonirrajim, kalimah keramat saya itu, dan berkesan tarik fokus.

– Hari ni game kinest baru terbentuk sendiri iaitu tembak syaitan,jenuhla dia menembak dengan aktifnya di udara, hehehe. (Tapi berkesan. Sebab Fateh kan suka menembak. Sikit2 nak tembak. Katanya belajar/ main dgn Abang Ahmad, padanya seronok dan powerfull, pada orang dewasa lain yang x faham, ia ‘ganas’, ni pun kami sedang bantu dia fahamkan, selamat vs tak selamat).

Sesi mengaji saya simple sekarang, game menulis huruf yang dia ingat di sticky note, tampal di pintu, dia lukis apa2, tampal juga, kukuhkan bacaan bunyi berbeza sebab baris berbeza guna tanda dari Alif dan Wau foam, dan ulang hafazan lama dan hafazan baru iaitu sedang surah Al Falaq.

Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk sahabat mempunyai anak kecil ya 🙂

Cara Mengendali Emosi Negatif Anak Kecil

Teaching self-control: Evidence-based tips from http://www.parentingscience.com/teaching-self-control.html

7. Be an “emotion coach.”

Adults react in different ways to a child’s negative emotions.

Some are dismissive (“That’s no reason to be sad.”).

Others are disapproving (“Stop crying!”)

These approaches aren’t helpful, because they don’t teach kids how to regulate themselves.

By contrast, kids benefit when parents talk to them about their feelings, show empathy, and discuss constructive ways to cope.

Researchers call this “emotion coaching,” and it’s associated with better child outcomes. For instance, in one recent study, adolescents who had been coached by their mothers showed a pattern of decreasing behavior problems over time (Shortt et al 2010).

For more information about the benefits of talking with kids about their emotions, see this article on mind-minded parenting.

………………………………….………………………………….………………………………….

Stres di Kalangan Kanak-kanak

Saya ingat lagi antara point penting dalam presentasi dari pencarian saya mengenai stres di kalangan kanak-kanak prasekolah ialah kerana mereka hilang daya kawalan diri (self control) kepada satu-satu situasi itu.

JIka perasan, tanda mereka stres: paling mudah dilihat dari tingkahlaku seperti mengamuk, marah, memukul, menangis dan seangkatan dengannya. Kita perlu juga tingkatkan skill diri kita dengan mengenalpasti emosi anak (yang tidak mampu diluah dengan perkataan oleh mereka, seperti mak saya rasa sedih sebab…) kerana dari itu, kita boleh tahu ‘underlying cause/issue’ mereka dan boleh bantu mereka dalam ‘self regulation’, iaitu bagaimana mengendali emosi dan ‘adjust’ dengan emosi itu sebaik mungkin, dengan tidak mencederakan emosi dan fizikal orang lain.

Kelebihan bila kita ada skill mengenalpasti emosi anak (ia sebahagian dari skill EQ), kita tak akan marah anak dengan kerenah / tingkahlaku mereka ketika itu. Sama juga dengan orang dewasa lain yang faham atau ada pengalaman anak seperti ini, mereka tidak akan marah atau menegur negatif, sebaiknya membiarkan sahaja atau bantu bila perlu.

Dalam hal ini saya puji tiga rakan saya yang positif dan memahami situasi ini.

Semalam Fateh amat kecewa kerana abang dan kakak sepermainannya ada kereta RC (remote control), manakala dia hanya ada helikopter bergerak sahaja. Semua ini baru beli di kedai yang sama. Saya boleh rasakan tingkahlaku expressive negatifnya dari suara tingginya, rengekannya, menangis membentaknya dan pergerakannya yang tidak berhenti sesaat pun, ke hulu ke hilir, berlari, bermain dan bercakap sentiasa. Kemuncaknya menangis meledak kuat tidak berhenti. Ini paling tinggi dalam sejarah hidup Fateh, ditambah dengan tempoh jumlah masa ‘drama’ ini mungkin dalam 1-1.5 jam. Boleh rasa adrenaline hormon stres betul dia terembes-rembes.. Kasihan dia, dia perlu dibantu ( bukan dimarah yang akan menambahkan lagi sedih dan kecewa secondary pula ).

Alhamdulillah, saya cepat recognise iaitu dia rasa ‘terancam’ dan kecewa kerana (underlying issue) remote control keretanya sudah lama hilang, dan berkali-kali dia minta kami carikan. Kami cuba mencari, beberapa kali dan tidak berjaya. Kami beritahu dia. Esok-esok dia tanya dan minta kami cari lagi. Masih belum puas dan mahu cuba cari lagi (jenis determine dan usaha tak lelah punya karektor, macam saya).

Ditambah dengan tidak tidur selama 11 jam (dari 6 am pagi bangun ke 5 pm) akhirnya baru tidur, dia amat penat. Tidurnya pun meracau dan terbangun-bangun. Sejam kemudian bangun, tidur semula, bangun, tidur semula, meracau dan tidur lama.

Menariknya, dalam pukul 1 lebih am, Fateh bangun dan mood ok 🙂 Dia teringat helikopter, main, dan bertanya di mana abang? Mana aunty? Saya beritahu abang, aunty balik rumah lah. Sebab? tanya dia. Sebab mereka nak tidur di rumah mereka lah..takkan nak tidur rumah Fateh pulak.

Sambung tidur lepas puas main tengah malam tu. Bangun paginya (pun mood ok sebab terus jalan ke arah saya di meja makan dengan terpisat-pisat matanya, saya welcome morning dia skrip rutin: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Ya Muhammad Al Fateh Al Hafiz sambil peluk dan usap belakang dia), dia tanya lagi mana abang? Saya cakap abang dah balik lah. Katanya, abang balik sebab Ateh nak main kereta dia ke? (Nampaknya rasa bersalah dia muncul, sebab aku sibuk nak main mainan kereta abang, maka abang pun balik). Saya kata, tak, bukan sebab kereta tu, abang memang akan balik juga.

Mood dia ok dan resolved. Bagaimana saya tahu resolved? Sebab saya boleh rasa, kecemasan dan degupan jantung dia, laju cemas takut marah sedih kecewa vs. emosi tenang, selesa, gembira dan ringan . Pagi ini dia memang tenang gembira 🙂 Alhamdulillah.

Refleksi dan Tips Solusi:

* Sebenarnya abang dan kakak banyak bertolak ansur dengan memberi dia pinjam akan kereta kontrol mereka. Pujian untuk kakak 5 tahun dan abang 7 tahun ini saya berikan segera (otak kiri dah matang).

* Fateh sebenarnya overwhelmed lebih kepada amat letih fizikal, mental dan emosi untuk mampu membendung emosi kecewa semasa dan emosi kecewa lamanya: remote dia hilang dah lama (sebenarnya saya ada tanya kat kedai itu, ada jual remote control sahaja tak? tak ada kata mereka), maka rasa cemburu dan terancam membuak-buak terhadap abang kakak yang serentak berdua ada kereta dengan remote control yang boleh berfungsi pula. Ditambah karektor Fateh yang sentiasa mahu bersaing dan setara dengan kakak abang dalam apa jua situasi.

* Cara saya handle: tenang, langsung tidak marah, keep on telling him, itu abang kakak punya, kalau nak, Fateh minta pinjam mereka, saya bagi skrip: Abang boleh bagi pinjam kejap tak (assertive skill), dan menariknya dia pi tanya dan abang kakak beberapa kali bagi pinjam, terus saya puji baiknya hati abang boleh bagi Fateh pinjam sat. Dia main kejap dengan gembira dan lepas tu memang la abang kakak ambil semula. Dia merengek dan meminta pertolongan (support system utama ibu, iaitu saya, bantu menenangkan dan beri skill, ajar, saya comparekan jika budak yang dah tidak percaya kepada ibu bapa sebagai support system, yang bermula usia sekolah rendah dan kemuncak umur remaja, pabila ada masalah mereka tidak akan pergi kepada ibubapa sebaliknya sumber rujukan lain yang salah, maka ingat 0-6 tahun usia emas ini confirm anak akan pergi kepada kita), saya kata, kan Fateh dah dapat main tadi, abang la pulak nak main. Gilir-gilir. Lagipun itu kan abang punya.. (Budak umur macam ni konsep dia, barang aku aku, punya, barang orang, aku punya). Last, saya mandikan dia, bagi susu botol dan susu ibu, terus pengsan lena.

* Oh ya, ingat tak saya kata mengenai apa kita fikir, rasa, ucapkan dan lakukan adalah satu doa. Tipsnya kita tak fikir apa-apa negatif tentang anak, sebaik sahaja kita rasa macam dah sedikit over melayan kerenah mengadunya, saya terus ambil langkah memandikan dia untuk change energy saya dan dia. Kedua, sebelum Fateh bangun 1 am lebih tu, saya solat isya’ dan doakan untuk emosinya itu. InsyaAllah Allah Maha Mendengar dan Membantu, mudahkan segalanya.