ANAK ANDA SUKA MEMANJAT

PABILA ANAK SUKA MEMANJAT

====================

Soalan rakan kepada rakan saya.

Ank sy pn mkin aktif jg..dok memanjat la keje die. Pnjt tingkap la, almari la..

Die skang ni klu merajuk suke baring menelentang smbil hempas kpla ke blakang. Mcm nk tnjuk prasaan. Dh byk kali mcm tu. Sy risau jg, sbb sllu terhantuk..tkt ade side effect. Cmne nk hndle?

Anak lelaki, umur 1.4 tahun.

…………………………………………………..

Instict ibu kanak-kanak ini sangat tepat, iaitu anak seperti melepas perasaan. Perasaan apakah itu? Kata ibu kanak-kanak ini, anaknya ‘merajuk’.

Lain perkataan, terasa kecil hati sebab ibu ada ‘xxx’ bila anak ekspreskan emosi seronok menerokanya dengan aktiviti memanjat tingkap, almari dan sebagainya, dan saya tak pasti ibu ini buat apa.

Kemungkinan besar menghalang dengan menjerit (sebab risau jatuh, kan), atau menjerit kelihatan seperti marah (dan ada rasa marah betul; It’s OK untuk rasa marah, sebab marah datang dari niat ‘protection’ – contoh, ibu ayam marah orang kacau anak dia (anak ayam), maka ibu ayam akan patuk orang itu kerana niat sebenar dia ialah nak melindungi anaknya dari gangguan/ ancaman orang itu (manusia).

Lain, mungkin ibu ini ada mengeluarkan perkataan seolah berbaur ‘kecewa’ sebab ‘anak tak dengar kata’, malah keep doing apa yang berbahaya kita tak beri tu.

Keseluruhan/kesimpulan: emosi adalah negatif (marah dan frust) walau niat sangat baik iaitu melindungi (protect), kerana mahu anak selamat.

.

JADI BAGAIMANA?

1) KENALPASTI APA EMOSI KITA SENDIRI

PERTAMA, pada saya, adalah penting kita sebagai orang dewasa untuk muhasabah diri, kenalpasti apa emosi yang kita rasa.

Macam saya terangkan kat atas, bermakna beberapa emosi itu wujud, dan di sebaliknya tu ada emosi positif, namun yang KETARA ialah EMOSI NEGATIF mengaatasi emosi positif, perasan tak? (marah, geram, kecewa kerana tak dengar kata dan berpotensi untuk cedera, rasa sedih sebenarnya juga ada) (sangat menyedihkan sebab sama je jika dia dah 5-6 tahun nanti, akan lebih mencabar tingkahlaku dia nanti).

KEDUA, muhasabah untuk kenalpasti apa emosi anak tu. Pertama ibu ini rasa anaknya merajuk. Sangat tepat. Lain? Saya dapat rasakan, (dan biasanya betul), emosi anak adalah sama seperti emosi ibu (itu namanya transference dan share the energy, lebih lagi anak 0-2 or 0-1 thn, yang sangat kuat otak kanan, sangat attach dgn ibu/bapa yang biasanya ibu yang belum cekap kenali perkembangan emosi anak, dan anak pula sedang peringkat membina kepercayaan kepada org lain bermula dengan ibubapa mereka sendiri),

Anak kecil ini sangat boleh merasai (juga menyerap kuat) akan apa yang ibunya rasa. Maka emosi anak selain merajuk kecil hati ialah : sedih, marah, geram dan kecewa (exactly sama seperti apa ibu rasa).

Sekarang kita nak fahami PERKEMBANGAN KANAK-KANAK dari sudut KOGNITIF dan kaitan tingkahlaku mereka dengan lebih mendalam.

1. Normal bila kanak-kanak dah ada kaki dan keupayaan kemahiran motor kasarnya akan sangat aktif dan meneroka. Bagus sangat-sangat :). Ucapkan syukur sebab anak saya aktif dan bijak. 0-2 tahun juga, adalah peringkat kognitif (otak) mereka adalah peringkat sensori motor, iaitu belajar dengan meneroka alam dengan menggunakan fizikal dan deria asasnya (mendengar, melihat, menghidu, menyentuh, dan merasa dengan lidah) (tu yang semua nak masuk mulut kan). Hanya bagaimana kita nak channel / halakan keseronokan pembelajaran meneroka alamnya dengan lebih positif dan membantu, bukan menyekat dan membantutkan.

2. Saya amat amat jarang sebut jangan, walau sejak anak saya awal bayi lagi. Biasanya saya akan alihkan perhatian atau gerakkan tangannya terus secara tingkahlaku juga sambil menyebut sesuatu (contoh semasa dia memasukkan benda ke dalam mulut, saya ambil tangannya dan korek mulutnya sambil menyebut, ini tidak boleh dimakan sebab kotor. Ini boleh (ganti alat lain khas untuk menggigit). Anak kedua saya pula seingat saya tak ada masuk benda ke mulut hasil awal peringkat masuk benda mulut saya keep explain rule apa boleh masuk (this is toy, not food. toy for play).

3. Ini kerana, lagi kita sebut jangan, lagi dia buat, dan dalam otak dia bila kita sebut ‘jangan panjat’, (memandangkan otak dia sedang peringkat otak kanan sepenuhnya), dia nampak setiap perkataan itu dengan perbuatan / tingkahlaku / pergerakan / gambaran.

‘Jangan panjat’ yang dia nampak ialah aktiviti “memanjat”, dia tidak nampak perkataan ‘sebaliknya kepada memanjat’ (tak panjat) ialah apa? Dia tidak nampak perkataan ‘jangan’ itu bagaimana nak buat. Sebab semua kemampuan kefahaman kognitifnya adalah melalui sensorimotor, kan? Iaitu perbuatan fizikal (peringkat kognitif sensorimotor) dan gambaran (otak kanan), bukan kefahaman subjektif dalam otak sahaja.

.

Solusi / alternatif

1. Caranya sebutlah apa yang dia boleh buat, contoh: Ammar, hati-hati panjat ya. (Kalau rajin beri skrip panjang sikit, berilah pujian ikhlas: Ammar sekarang dah pandai memanjat. Alhmdulillah, syukur ibu anak ibu ni ada kaki dan tangan yang sempurna dan boleh teroka dunia. Namun sayang, ibu bimbang Ammar akan terjatuh dan sakit.

Sebenarnya ucapan macam tu walau anak tak faham sepenuhnya, sebenarnya:

A) ia masuk ke dalam pengstoran memorinya, jika diulang-ulang gaya yang sama.

B) sangat pasti, ia berbeza emosi berbanding menghalang, ia JAUH LEBIH POSITIF: “Ammar, Panjat hati-hati tu sayang” (beri izin dengan sedikit pesanan), vs “Ammar, jangat panjat, nanti jatuh kang” (berbaur doa kesan negatif tingkahlaku – panjat –> jatuh)

C) emosi ibu semasa mengucapkan boleh dirasai anak, iaitu berbaur kasih sayang, ambil berat, dan mengingatkan.

Contoh anak saya seawal 2 tahun lebih, dia sentiasa boleh relate ‘sebab’ dengan samada dia tanya “sebab?” untuk ayat tidak izin saya, atau dia sendiri menjelaskan tingkahlaku dia dengan sebab contoh: “Mummy, tadi Ateh tepuk kakak. Ateh tepuk sebab kakak marah. Kakak tak bagi Ateh ambik barang xx dia…”.

Saya percaya kerana dia mendengar setiap penerangan saya dahulu, dan saya latih untuk dia kenalpasti apa dia rasa. Dalam keadaan beritahu kesalahan dia itu, dia sebenarnya rasa sedih sebab ‘buat kakak’. Saya puji kerana dia beritahu saya apa berlaku. Tiada siapa pun berasa gembira genuin pabila telah melukakan hati / menyakitkan secara fizikal akan orang lain.

2) Option dua, “Ammar, turun. Turun sayang” (nada tegas, dan facilitate arahan seterusnya, bermakna ia kontra kepada memanjat, iaitu turun, logik kan?). Ni mmg kena rajin memikirkan vokabulari terbalik kepada apa yang sedang dibuat, dan apa yang nak disuruh.

Satu kisah rakan saya dahulu dengan anak berumur 4 yang suka memanjat pagar. Saya beritahu agar elak guna jangan, tapi guna perkataan arahan tingkahlaku apa yang anak boleh buat, ‘instead off’ apa yang tak boleh buat. Maka rakan saya cuba usaha ubah.

Semasa anak memanjat, memula dia kata “abang, jangan panjat” dan didapati anak terus memanjat, tak hiraukan larangan ibunya. Tetiba kawan saya dapat ilham tukar skrip: “Abang, turun”.

Apa yang berlaku ialah magik, pabila si anak respon dan bertanya, “Turun? Turun macam mana bu?” Kemudian si ibu terus men ‘coaching’ anak dari jauh bagai mana nak turun iaitu dengan menurunkan kaki satu demi satu, turun ke bawah.

Mudah, kan. Sebab apa? Sebab ia berbentuk arahan. Bermakna anak memang dengar arahan. Semasa kita sebut “jangan panjat”, dia nampak dalam kepala dia, arahan “panjat”, manakala semasa kita menyebut “turun”, dia nampak arahan “turun”, namun dia tidak tahu caranya, maka dia bertanya. Yang penting, dia sudi bekerjasma dengan kita.

.

Saya berharap kawan kepada kawan saya ini dpt keep on ubah caragaya channel tingkahlaku anaknya, insyaAllah.

Penerangan lebih dari itu bukanlah jawapan kepada permasalahannya, sebab yang penting umur macam ni ialah ‘keep on educating’ anak ‘the right way/behaviour’ dengan ibu mempunyai ilmu dan kefahaman akan di sebalik tingkahlaku anak kecil yang tidak pernah salah.

Saya risau dalam jangka masa yang lama, anak akan channel ke tingkahlaku lain yang lebih mencabar kesabaran diri kita, jika kita terus menghalang perbuatan atau tingkahlaku semulajadinya sedangkan itu adalah perkembangan normal dan penting untuk perkembangan fizikalnya.

.

Umur 1.4 sangat kecil, dan apa yang dia mampu buat ialah tunjuk protes tidak setuju denga menghempaskan diri dan kepala dia ke lantai yang kita pun rasa risau cemas bila tengok, dan sedih bila memikirkannya.

Bermaksud capaian ruang dia yang ada ialah badan dia sndiri. Ke hadapan? Capaian kepada badan orang lain yang lebih mudah.. Sekarang cedera diri, esok cedera orang lain. Dan ruang lebih jauh, bukan sahaja di rumah, malah ruang lain. Contoh anak remaja, mak nasihat, dia marah, terus keluar rumah start enjin motor, dan bawa laju-laju.

Teruskan berdoa kepada Allah, ucapkan skrip kepada anak berbentuk hypnotise seperti anak ibu anak yang soleh, bijak, dan aktif, boleh dengar kata ibu, insyaAllah akan selamat dunia akhirat. Ibu sayang anak ibu, ibu hanya nak pastikan anak ibu selamat dan berjaya dunia akhirat.

Ya Allah, lindungi dan pelihara anakku dari sebarang perkara yg tidak baik dari berlaku – Boleh ucapkan depan anak.

3) Lain option, bagi dia panjat dan kita ‘follow’. Contoh panjat tingkap melalui dinding hingga tahap dia maksima boleh capai, dan dia dapat tengok tingkap ke luar. Kemudian raikan, “kita dah berjaya panjat sampai atas.. Cuba tengok kat luar tu, ada pokok, kereta, lori smpah, etc” ..

Masa anak saya berumur bawah setahun, dia suka panjat tangga rumah atuknya (rumah kami setingkat, tak ada tangga). So setiap kali datang umah atuk, dia akan panjat. Semua orang termasuk atuk tak bagi, melarang, sedikit menjerit kerana dia menghampiri memanjat tangga.

Sy, relak aja, sy follow dia dan bantu dia panjat tangga, hingga atas. Sy dapati perkembangan fizikalnya progres positif, dari perlu bantuan memanjat tangga, kepada dia boleh panjat sendiri, dari satu set tangga (10 steps), kepada dua set tangga smpai tingkat atas. Dan dari belum mengira dan hanya mengira dengan menyebut “ti, ti, ti” untuk ‘counting’ kepada mengira menyebut “one two three satu dua tiga sampai twenty / dua puluh. Saya raikan malah rakam video lagi masa dia dah pandai naik tangga 2 set sendiri dengan merangkak. Masa tu dia belum boleh berjalan lagi (bawah 1 tahun).

Setiap petang, bawalah anak kecil ke padang rumah, bagi hormon oksitosin nya terembes (hormon anti stres) melalui cahaya matahari petang dan persekitaran luas yang bebas.

Perasan tak padang tak macam rumah. Tiada ‘rules’ sebanyak di dalam rumah. Kecuali satu atau dua ‘rules’ seperti pabila anak menghampiri longkang tepi padang dan sebagainya. Itu pun kita just sebut “longkang tu, hati-hati” atau kita sama-sama temankan dia melangkah longkang.

Kat situlah mereka nak lepaskan energi mereka (positif/negatif), ‘explore’ dunia mereka, ‘explore’ permainan fizikal di taman permainan (macam-macam zaman sekarang, memang dicipta utk stimulasi kemahiran motor kasar mereka), dan belajar bersosial dengan kanak-kanak seusia atau lebih besar dan lebih kecil.

Yang pastinya jika ‘rule’ di rumah tak boleh memanjat, di taman permainan, ‘rule’ nya boleh panjat (silalah panjat puas puas ya, hehe), jangan lari nanti pecah pasu atau langgar kerusi, di sana, silalah lari sekuat kuatnya ya, dan jangan menjerit, kepada jeritlah gembira sekuat kuatnya. Kan? Jadi memang saya akan bawa ke padang (jalan kaki) / play ground (naik kerete) demi memastikan energi sehari dia di rumah pengasuh ter lepas dgn bebas puas di tempat yang betul dan paling sesuai…

Maznah Ibrahim.

Self Control – Tangan Anak Kecil Perlu Salur dengan Betul Energinya

Self Control – Tangan Anak Kecil Perlu Salur dengan Betul Energinya
================================================

Ramai bertanya saya, bagaimana nak ajar anak untuk ada self control dalam aspek batasan sentuhan.

Ia sebenarnya dalam modul ‘Personal Safety’, yang saya ajarkan dalam Kursus Seksualiti Kanak-Kanak, namun juga boleh diaplikasi ke aspek violent (kekasaran) lain.

 

Continue reading “Self Control – Tangan Anak Kecil Perlu Salur dengan Betul Energinya”

Kisah Pertama Kali Guna Autocad

11 Januari 2015

Anakanda pertama kali menggunakan Autocad.

Katanya nak buat bangunan.

Ini berlaku semasa si Ayah sibuk membuat rekabentuk  di laptopnya menggunakan program Autokad.

Ayah yang sporting terus beri peluang si anak mencuba.

Hasil Pertama Melukis Bangunan Menggunakan Autocad nya
Hasil Pertama Melukis Bangunan Menggunakan Autocad nya

Pelajaran:

  • Beri ruang dan peluang si anak mencuba.
  • Anak pasti mengikut apa yang dilakukan ibu bapa, hatta memasak, menyapu malahan cara bercakap sekalipun.
  • Kadangkala Fateh berkata yang menbuatkan kami terkesima: “Ateh busy ni, Ateh nak buat kerja!” OH, perlunya kami mengubah cara perhatian kepadanya ataupun menjelaskan dengan baik kepadanya, tentang fungsi diri, dan kerja Ayah dan kerja Fateh berbeza.

 

Kami tiada Ipad/Tab.

TV HD pun dibeli semasa usianya 3 bulan+ semata nak pancarkan program pembelajaran AlQuran dari laptop.

Semasa usia 2++, anakanda sudah pandai memfungsikan mouse dari jarak jauh, dari meja kecil laptop ke TV untuk ‘double click’ kan program TV yang diminatinya (juga program yang terpilih dan dipantau 100%).

Dari mouse di tangan dan nampak cursor di TV, sebenarnya melatih kemahiran motor halus kanak-kanak, di bawah perkembangan fizikal, iaitu koordinasi mata dan tangan.

Syukur, sekurangnya tanpa sedar kami telah memelihara dan membantu perkembangan deria tangan dan mata anakanda. Ini kerana kita telah tahu keburukan Ipad dan Tab kepada kanak-kanak dari kajian yang dilakukan pakar.

Kisah Solusi Menggunting Pokok

Teknik Solusi.

Fateh sibuk nak menggunting pokok, yang mana tidak boleh untuk pokok buah betul. Ayah pun tak beri izin.

Solusi, Mummy ambil ‘pokok tak betul’, sangkut kat batang hitam, ala-ala kelihatan berantai tegak macam pokok lain yang betul, dan minta dia potong.

Suka la dia dapat menggunting pokok dengan sepuas hati ^_^

Rangsang Otak Kanan dan Kiri Anak

Anak dominan tangan kanan atau kiri, boleh diperhati semasa usia 0-2thn. Sebab selepas dua tahun, otak dah 80% org dewasa, perlahan2 semakin dominan satu-satu penggunaan tangan.

Katakan semulajadi dominan tangan kanan, kita observe dari bayi, bila beri barang kat anak, tangan mana dia ambil dahulu, ada kemgkinan itulah tangan semulajadi dominan dia.

Tapi, kalau nak latih guna keduanya, cuba rangsang tangan resesif (kurang dominan) tu, kerana ia boleh dilatih.

Macam saya memang tangan kanan. Semasa saya tingkatan 4, saya belajar pasal mind map dan otak kanan kiri.

Lepas tu saya latih tangan kiri saya menulis biasa, dan latih tangan kanan menulis terbalik, kemudian latih tangan kiri pula semasa menyental pakaian (kami tiada mesin basuh). Lama-lama saya boleh guna kedua tangan saya dan hanya membasuh baju saya guna tangan kiri.

Sebab saya nak rangsang otak kanan saya.

Otak knn, guna anggota badan kiri.

Saya otak kiri memang kuat, dan banyak guna anggota badan kanan.

Sebenarnya saya nak activatekan otak kanan sy yang tertidur kerana kurang stimulasi, sebab semulajadi dominan tangan kanan, dan sebab sistem pembelajaran sekolah banyak penggunaan otak kiri.

Gambar menunjukkan tulisan terbalik saya guna tangan kanan. Bayangkan setelah 18 tahun kemudiannya, rupanya saya masih lancar menulis tulisan terbalik menggunakan tangan kanan saya.

So? Mari latih anak stimulasi kedua otak anak.

Nota.

~ Zaman semakin canggih, kini ada –

Right brain, left brain, mid brain (semoga dapat share lagi dari Kak Nor Azura)

~ Memori dan ilmu ini trigger bila saya baru perasan anakanda Fateh yang sy perhatikan dominan tangan kanan, sebenarnya melukis sesekali dengan tangan kiri.

~ Pakar peads menyatakan, kebanyakan kanak-kanak jelas kecenderungan penggunaan tangan pada usia 2@3 tahun, dan sesetengah seawal 18 bulan.

~ Namun jangan risau jika anak kita belum menunjukkan mana-mana dominan tangan mana, kerana segelintir kanak-kanak kekal guna keduanya sehingga mereka usia 5-6 tahun 🙂 (mungkin Fateh kategori ketiga ini).

Peringkat Autonomi Makan Sendiri Fateh

Autonomy Stage Fateh bermula pada usia 12 bulan pabila dia mula tidak mahu disuapkan makanannya. Maka saya berubah kepada finger food lebih kerap agar dia berjaya menyuap sendiri (ketul-ketul macam pasta, sayuran dll).

10917055_10204394856483872_954442021350246389_n

Pada usia 1.2 tahun (1thn 2bln), kami mula adakan high chair agar anakananda boleh makan bersama di meja makan.

Pada usianya 1.6/1.8 tahun, saya mula perasan anakanda mampu menggunakan sudu dan garfu dengan sangat baik dan relevan. Termasuk mencedok sup dengan sudu, dan memasukkan nasi guna sudu dari arah depan agar makanan berjaya masuk ke dalam mulut.

Juga saya perhatikan hasil guna teknik nabi semasa di meja makan, dari 90-10 (90% makanan tumpah lantai, hanya10% berjaya masuk mulut) berubah kepada 10-90 (pabila menyapu lantai, hanya sedikit makanan di lantai 😀 Yeay!!)

Ada video anakanda makan semasa usia 1.6 guna sudu garfu tersebut di youtube sy.

 

Nota.

~Galakan yang tepat mampu meningkatkan self esteem anak serta kemahiran lain akan menyusul kemudiannya.

~1.5-3.0 tahun adalah peringkat Autonomi (saya mahu buat dengan cara saya sendiri, ‘this is my way’), kejayaan menyokong, anak akan ada self autonomy, kegagalan: rasa malu dan ragu-ragu.

~Cth: memanjat. Saya nak panjat (perasaan srmulajadi rasa macam nak panjat aja). Mama kata tak boleh. Lepas tu betul, saya jatuh. Mama marah saya. Saya nangis sebab sakit jatuh dan ‘sakit sedih’ sebab kena marah.

(Mama kata tak boleh atau Jangan panjat sahaja. Tiada option kedua).

Selepas ini tiap kali saya nak memanjat, saya rasa ragu-ragu dan malu, takut jatuh. Ya, saya takut. Saya tak nak cuba lah.

* Paling syok puan-puan boleh latih anak makan kat kedai, sebab tak perlu menyapu lantai. Hehehe.

 

Kisah Teknik Disiplin Di Meja Makan Fateh di zaman dahulu kala

Peringkat Inisiatif lwn. Rasa Bersalah

“Mummy, tengok ni. Tengok ni!!”

Initiative vs. Guilt
(Inisiatif lwn. Rasa Bersalah)

Peringkat umur macam ni perlu fahami perkembangan emosi sosial anak-anak.

Bila skrip percakapan mereka berbunyi mahu menunjukkan skill apa-apa mereka, seperti ayat Fateh di atas, hargai dan lihatlah mereka. Pujilah usaha mereka. Pesan “hati-hati” saja.

10922502_10204394853003785_7231902434545103443_n
Kalau pasal memanjat ni, biasalah 😀

Benarkan usaha mereka.

Realitikan niat baik mereka.

Mereka tulus.

Semulajadi berusaha dan ber inisiatif, berinovatif.

Kejayaan menyokong keperluan peringkat ini: anak akan lebih usaha dan ber inisiatif

Kegagalan menyokong peringkat ini: mereka mudah rasa bersalah dalam apa-apa usaha tindakan mereka nanti.

10917055_10204394856483872_954442021350246389_n

Pabila Anak Menconteng Di Lantai

Ber SABAR dan ambil SIKAP cuba memahami di sebalik aktiviti anakanda Fateh ini.

Katanya laluan kereta polis. Pergi ke hospital.

10518847_10203920279539745_2038139016409528144_o

(frust juga sebab pen marker permanent).

Demi tidak mematikan kreativitnya,

1) (teknik bertanya Apakah, bukan Kenapa dan Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan) Bertanya apa yang Fateh buat tu (sebab mahu masuk ke alam/dunia imaginasinya)

2) (Teknik Solusi / Menunjukkan Cara) Nanti kita padam sesama guna minyak, boleh? Boleh, katanya.

Libatkan sama dalam aktiviti mengemas. Terangkan sebab apa tak boleh conteng lantai.

PerAturan biasa saya beritahu : pen guna kat mana? Kertas..

‘Rules’ Positif vs. ‘Rules’ Negatif

Fokus Pada Solusi / Jalan
– Jalan Akan Makin Banyak Nampak

Fokus Pada Masalah (Problem)
– Masalah Akan Semakin Banyak dan Membesar

“What You Focus Will Expand” –  (DAO)

Semalam sebelum tidur masa golek2 katil, Fateh ter cerita sesuatu pasal ‘ugutan berbentuk perbuatan’ kepada dirinya. Siap tunjuk aksi lagi, bagaimana dia diperlakukan.

Apa sebab dia kena itu, kerana dia tak mahu mandi. Perasan juga sejak akhir ni dia liat nak diajak mandi.

Saya hanya mampu merefleksi perasaannya (iaitu sedih: Ateh rasa sedih ya, Mummy pun sedih juga. Mummy sayang Ateh, Mok pun sayang Ateh, maka Ateh kena mandi, sebab Mok nak Ateh bersiiih…)

Menariknya selepas aksi itu dia menyembamkan muka ke tilam sambil sebut “Ateh tak suka la dia buat macam tu..”, dengan wajah amat sedih. (Hati ibu mana la tak sedih, kan. Huhu.. Haru betul).

Fokus pada solusi, bukan isu/masalah. Solusi saya padanya selepas refleksi perasaannya ialah Fateh kena mandi untuk bersih.

Esoknya (yakni hari ni), pagi, saya hanya memesan kepada Fateh agar ikut cakap Mok dan mandi, agar bersih, wangi. Saya pesan di hadapan Mok.

Mok menambah (isu/problem), iaitu Fateh ni bersihkan berak (dalam pampers) pun dia tak mahu. Saya senyap sahaja dan ulang ‘rules’ positif itu sahaja.

Petangnya setelah ambil Fateh, semasa dudukkan di ‘car seat’ dan kebetulan Mok menghantar ke kereta, saya bertanya kepada Fateh: “Hari ni Fateh mandi ok ke?” (Sambil tangan saya tunjuk tanda ‘thumb up’).

Fateh jawab, “ok!”.

Saya terus puji di hadapan Mok. “Waa, bagusnya, Fateh mandi hari ni, kan bersih.. Wangi…”

Seterusnya Fateh menambah, “Nanti, nanti, Mok marah”. Mok tergelak (‘cover’ diri), dan menambah iya lah sebab Fateh tak nak mandi.

Kemudian Fateh sendiri menyatakan ‘Rule’ Positif itu kepada Mok dengan wajah amat ceria kesukaan, “Mok, mok, Ateh mandi, nanti Ateh bersiiiihh, wangiii..!”, sambil sengeh lebar. Mok hanya tergelak sahaja.

Contoh

‘Rule’ Negatif:
“Kalau Fateh lambat mandi, nanti Mummy tinggal” (berbaur ugutan. Ni kes mandi lama dalam bilik air awal pagi. Saya nak segera ke tempat kerja)

‘Rule’ Positif
“Fateh. Fateh mandi cepat. Cepat siap, nanti Fateh boleh ikut Mummy naik kete. Nak naik kete tak?” (Pasti terus saja dia cakap nak).

‘Rule’ Negatif:
“Fateh, jangan la main air kat bilik ni, basah dah..” (Alat sembur utk iron baju. Insiden di bilik iron baju,)

‘Rule’ Positif:
“Fateh, air ni main kat bilik air”. (Impak tingkahlaku, terus Fateh berkata, “Ateh nak main ni kat bilik air!”, sambil bangun nak ke bilik air. Maka terus saya bawa ke bilik air utk mandi lewat petang terus).

Saya dapati pabila kita ulang-ulang ‘Rule’ Positif ini, anak sendiri akan ulang sebut ‘Rule’ positif itu.

Apa kata jika ulang ‘Rule’ negatif? Pasti itu juga yang dia ulang (skrip perkataan dan perbuatan salah tu). Dan malangnya tindakan salah mencabar itu yang dia akan buat lagi untuk tengok reaksi kita. Reaksi marah.

Sebaliknya dia akan buat aksi positif untuk dapat pujian segera kita selain impak positif yang dalam skrip kita dia juga dapat 🙂 (dapat rasa beza bersih wangi orang suka dengan berpeluh, busuk lagi orang tak suka).

 

Prinsip Pujian Teknik Nabi Muhammad

Pujian di hadapan orang penting dalam kehidupan anak, contoh Pengasuh (org luar, selain Ayah dan keluarga sendiri).

Nyatakan Spesifik Tingkahlaku Yang Kita Suka dan Mahu Dorong (Pujian) + impak positif yang akan diperolehi. Contoh, bersih dan wangi. Kurangkan sebut impak negatif seperti busuk la, masam la tak mandi, tapi kerapkan impak positif seperti bersih, wangi, orang suka. Sebab, lama2 itu yang kita nak dia amalkan sebagai habit.

Pujian diberi serta merta. Jangan tangguh. Nanti kesannya kurang. Mood dah tak rasa kena nya.

Teruskan Fokus Pada Positif dan Solusi ya.

***Gambar: Blok dipasang panjang dan diaksikan ala2 main alat muzik recorder

Teknik Menegur Anak ‘Sandwich Method’

Teknik Sandwich Method Si Anak Kepada Ayah

Eh tadi kelakar la, Fateh guna kaedah ‘sandwich’ nak tegur ayah.

Ayah gurau biasa, masuk dalam selimut dan minta Fateh cari ayah (game azali mereka sejak Fateh zaman merangkak-rangkak lagi). Bezanya kali ini ayah berdiri half (berlutut) dan ajak Fateh masuk dalam corong gelap tu (dan Fateh merasai masuk seketika).

Dia tetiba jadi takut dan hampir menangis.

Lepas tu dia cakap sesuatu nak tegur ayah. Ayatnya lebih kurang begini :-

“Ayah, ayah xxxz Ateh tau”. (Ayah tercengang tak fhm term dia guna).

Saya rephrase. “Maksud dia ayah jangan takutkan dia”.

Dia ulang balik ayat dia.

“Ayah ayah jangan takutkan Ateh tau”.

Ayah terkesima dan senyap.

Tetiba dia sambung :

“Ayah bagus!” (Sambil tunjuk tangan ‘thumb up’) (seperti kami selalu ajar bagi menunjukkan sesuatu yang baik atau pujian).

Kami tergelak besar 😀

Dia macam nak membalut balik ayat tegur dia, takut ayah terluka (?) (Misteri minda si kecil).

Oh ya, lupa. Saya memang selalu ajar dia ‘asertif’. Iaitu beritahu apa yang kita tak suka. Ni sebab kes bila dia marah, spontan dia boleh jadi ‘agresif’ dengan menepuk (orang lihat sebagai naik tangan pukul spontan) rakan ciliknya atau orang dewasa.

Nota*
Teknik Sandwich: kosepnya sandwich kan ada roti, isi dan roti balik kan. So kalau nak tegur orang, intro/puji dulu – point utama sebenar – balut balik dengan puji.

Contoh Fateh suka main buka peti ais dan ambil barang. Pernah 2 kali seumur hidupnya terjatuhkan botol kaca dan pecah dari peti ais, iaitu bukanlah salah dia sepenuhnya pun sebab faktor botol licin basah berat, dia tak expect akan terlepas (botol oren sunquick kecil), atau macam pagi tadi kotak botol ubat tu terbuka bawahnya tetiba. Jatuh pecah. Kami tak marah. Hanya beritahu.

Teknik beritahu peraturan umum selamat (dan teknik pejam mata pada kesalahan):

“Fateh, peti ais ni bukan untuk dimain-main. Kotak mainan Fateh kat depan tu, boleh main. Peti ais untuk simpan barang makanan”.

Teknik solusi:

“Fateh tolong ambil kain/mop. Kita kemas sama”. (Biasa mmg rajin sangat la dia ambilkan kain dan mop tu).

Teknik sandwich (guna teknik pujian) (balut balik)

“Fateh anak Mummy yang baik dan dengar cakap. Dengarla kata Mummy, ya”.

*Guna tiga teknik ni serentak, berturutan. Anak tak luka hati banyak. Maksud, dia boleh terima. Untuk orang dewasa pun boleh tau 😉