​Emosi Tercalar dan Pembersihannya

Whiteboard ini beberapa bulan lalu saya dah tak guna kerana sendiri ‘upset’. Upset kerana diconteng oleh anakanda soleh Fateh yang kreatif dan bijaksana, menggunakan pen marker yang kekal (permanent marker ink).

.
Ahad lalu saya buka lihat semula dan dapat idea.

.
Beri dia padamkan semula, bersihkan guna pen marker whiteboard.

.
Ia sebagai aktiviti seronok dia. Dia pernah lihat saya buat lama dahulu (tak ingat whiteboard besar atau kecil). Sebab tu gaya conteng dia kekadang laju-laju kecik macam tu.

.
Semasa membersihkannya, Fateh kata penat. Ya, memang penat. Bekas pun masih ada. Tak licin selicinnya sama macam asal baru beli.

.
Anak kecil sangat pemaaf dan tak simpan. Saya selalu berkata kepada peserta saya, emosi anak kecil seperti Belon. Ringan dan bebas lepas. Tak simpan. Tak sama macam orang dewasa yang banyak pendam dan berat tangki emosinya (siapa pergi coaching body outline, emotions n physical health dengan saya akan faham perkara ini).

.
Orang dewasa jika diajak lari-lari kejar Belon kat kaki orang lain dalam game icebreaking pun teragak-agak. Sebab lama tak main macam budak-budak. Melayangkan layang-layang ke udara dan rasakan bestnya dan ringannya emosi sendiri pun mungkin tidak berpeluang. Cubalah sekali. Sangat terapeutik.

.
Semasa memadamkan garisan lama marker permanent itu, saya terfikir alangkah mudah mencalarkan emosi anak / orang lain, namun sukarnya nak padamkan kerana pernah tercalar / tercalit.

.
Sama macam kisah Ibu Rose cerita. Setiap kali rasa marah, pakukan ke dinding. Lihat berapa banyak paku itu. Lama sedikit, cuba cabutkan semula. Kayu dinding itu takkan sempurna seperti sediakala.

.
Sama dengan whiteboard ini. Ia tak secantik sebersih dahulu, namun ia masih boleh berfungsi. Bonding time ibubapa-anak!!!

.
Semasa marah, tinggalkan dan pergi dari situ. Buat apa-apa kerja asalkan kerja fizikal untuk lepaskan dan alirkan tenaga marah itu. Bukan ke anak sama sekali.

.
Saya pernah minta Fateh berjogging satu rumah bila dia marah. Dan jangan cakap dengan saya selagi masih ada rasa marah. Sangat mudah. Satu round sahaja dia jogging dan dia kata, Mummy, Fateh dah tak marah dah. Fateh nak cakap ngan Mummy..

.
Oh anak syurga. Ladang pahala kita semua.. 🙂

.

Refleksi,

Maznah Ibrahim

*********

penulisan ketika Fateh 3.6 tahun.
********************************

Siri Seminar EHSABAR seterusnya,
11 Oktober 2016, Kuantan

29 Oktober  2016, Langkawi

November 2016, Terengganu
********************************
15 Oktober 2016, Bangi : Emosi dan Komunikasi dalam ‘Positive Parenting’ dalam Konvensyen Gen New 2.0

​5 Level EQ untuk Anda Tahu dan Fokuskan Kepada Anak-anak Lebih Dari IQ

80% kejayaan individu dewasa disumbangkan oleh EQ, selebihnya IQ.
.
Namun pusat kecerdasan keseluruhan manusia ialah Spiritual Quotient (SQ)!

.

Mahu Anak Cerdas EQ?

==================

.
Ini 5 tahap Emotional Intelligence yang kita perlu mula didik anak sedari awal.

.
Agar anak survive di dunia serba mencabar kini dan akan datang.

.
Semudah no 1, Self Awareness, perkenalkan vokabulari perasaan yang betul dan tepat untuknya. Jika tiada vokab (anak bayi atau anak jenis tidak pandai luah), kita lah yang berikan vocab untuk dia. Cth, adik rasa Marah tadi sebab kawan ambil mainan adik tak minta izin. Sebab tu adik rampas semula.

.
No 2, Managing Emotions: Selepas dia tahu dia ada rasa sesuatu (especially yang negatif), dia perlu tahu bagaimana nak urus. Contoh Fateh, kawan tepuk mukanya, dia rasa nak tepuk semula (sebab Marah). Di sini dah agresif (dia tak buat tapi plan macam tu), saya ajar untuk asertif dan beritahu kawan APA dia rasa dan nasihati kawan untuk buat sentuhan selamat.

.
No. 3 Self Motivation, saya perhatikan ia survivor coping skill yang ada pada Kanak-Kanak, contoh, kes Fateh, Mummy lambat beri respons saya nak gula sunnah (ada kerja lain), saya ambil kerusi dan panjat, ambil sendiri di petiais atas. Sebab saya nak juga. (Ramai budak macam ni kan)

.
No. 4, Empati (kenalpasti emosi orang lain), saya dapati bayi sudah ada empati seperti turut sedih dan menangis bila ada bayi lain menangis, atau menangis bila Ibu ayah bergaduh. Untuk Fateh, 3 hari lepas dia beritahu, Kasihan Teacher tua tu basuh pinggan sorang-sorang. Fateh nak tolong tapi nanti jatuh sebab pinggan banyak. Lain, kasihan Mummy masak sorang-sorang, meh Fateh tolong (sebenarnya dia nak guna pisau la kan memotong hehe).

.
No 5, Handling Relationship, untuk kawan yang annoying (tak best), Fateh buat keputusan tidak mahu berkawan dengan kawan ini dan berkawan dengan kawan ini (yang dia selesa, actually dia label baik dan jahat, namun saya betulkan meaning label itu iaitu tingkahlaku kawan itu kasar tak selamat. Bukan jahat). Ajar anak untuk tidak label menyeluruh individu agar tidak ter over generalisasi, tetapi be specific. Ini penting untuk skill ke depan dia, agar berobjektif.

.
Maznah Ibrahim

Berapa Kali Cukup untuk Peringatkan Anak Benda Yang Baik?

Benar, kanak-kanak hanya perlu diperingatkan sangat banyak kali sebelum wajar dihukum.

.
Persoalannya, sudah cukup kah kita peringatkan mereka sekurangnya 5000 kali untuk satu satu perkara penting?

.
Jika kena gayanya, insyaAllah usia 10 sudah solat dan ‘pukul’ tidak perlu. 3 tahun itu lama. 5kali sehari x 365 hari setahun x 3 tahun.

.
Key nya sabar dan keep repeating, beri nasihat dan perkataan baik berunsur kasih sayang dan mendidik berterusan..

.
Kanak-kanak

i) tidak atau belum pandai buat keputusan, dan

ii) tidak atau belum pandai merancang.

.
Katakan tabiat kecil-kecil, bukan solat lagi (jika solat dilatih serius usia 7 tahun)

.
a. Kemas mainan selepas bermain

b. Mandi awal pagi tanpa disuruh

c. Main elok-elok dengan kawan

d. Share mainan dengan adik beradik

e. Sentiasa berbaik-baik dengan adik beradik

.
Peringatan seperti di atas ini perlu diulang-ulang hingga tempoh matang pemikiran dan perlakuan mereka –

.
tahap emosi kita pula kekal positif semasa mengucapkan peringatan ini, berbanding emosi negatif semasa memperingatkan perkara ini.

.
Tahu kan, yang kekal dalam hati dan ingatan mereka disusuli tidak mencabar iaitu dengan sengaja lakukan kesalahan sebaliknya di atas ialah pabila peringatan / skrip itu diucapkan dengan:

.
i) nada baik,

ii) penuh hormat dan

iii) PERCAYA mereka akan jadi seperti apa yang diucapkan di atas?

.
Key nya lagi sekali ialah

.
Positif.

.
i) Ayat positif (Jika terangkan kesalahan, mulakan dengan tegahan, disusuli apa kita mahu mereka lakukan : Tidak boleh berebut mainan, sebaliknya mainlah elok-elok)

.
ii) Emosi positif (Berunsur ‘care’ iaitu sangat ambil berat kepada tingkahlaku salah ini asbab mereka amanah untuk kita asuh didik, dan perlu lah dengan kasih sayang tegas,

.
iii) Pemikiran positif  (Percaya mereka dengar, faham, cuma perlu diperingatkan berulang kali sahaja, percaya mereka akan berubah, tak lama, konsisten nasihat cara begini, 6 bulan akan berubah tingkah laku itu).

.
Positive Parenting

.


Refleksi,

Maznah Ibrahim
**Thx Ashie berkongsi slide ini, dalam group whatsap.

Anak Tadika Tak Ingat Apa Diajar Guru Di Sekolah?

8 Januari 2016, Week 2, Fateh 3.10 tahun sekolah AMS
=================================

Fateh 3.10 tahun masuk Aqrab Model School bermula minggu lalu induksi (orientasi).

Alhamdulillah sukses 5 hahari tanpa saya teman sedikit pun. (Namun saya ambil cuti hari pertama standby, sudahnya pergi dating aja dengan suami. Alhamdulillah).

Ada jadualnya dan ada few pictures di kongsi di group maka saya tahu apa dia lalui.

Termasuk reward berkelakuan baik dapat TV Time. Nampak gambar dia duduk beratur sedang menonton TV.

Saya puji dan tunjuk gambar dia menonton tv, dia senyum.. Saya kata, Bagus sebab Fateh ikut cakap cikgu maka dapat tengok TV ya? Dia senyum malu dan berkata ya. Kalau tak, kena duduk bilik principal. Panas dan Tak ada lampu, katanya. (Hehe maknya dengar).

Minggu ini bermula sesi akademik lebih khusus. Saya pun tak berapa ingat jadual dia secara khusus. Yang saya tahu setiap hari ada Al Quran guna buku Al Barqy dan sejam setengah akademik untuk 3 subjek, dan petang macam-macam untuk otak kanan macam art dan sebagainya.

Mujur kami ada Parent-Teacher Communication Log Book.

Sistem komunikasi ini memudahkan mesej dua hala kami: ibubapa dan guru.

1) tahu anak belajar APA

2) boleh sampaikan pesanan spesifik dari guru untuk ibubapa topup dan beri perhatian lebih kepada anak, dan

3) mesej spesifik ibubapa nak sampaikan kepada guru untuk perhatian khusus

Item 2&3 – maka kami dapat saling memahami dan menyokong keperluan anak. In Sya Allah anak dalam landasan dan arus pendidikan yang betul.

Item 1, sangat menarik!

🙂

Bila ditanya hari pertama dan kedua selepas pulang, apa belajar, dia akan menjawab “tak tahu”.

Simple aja, maknanya ia tidak terlalu signifikan untuk diingat dan diceritakan oleh si anak kepada ibubapa. Belajar biasa-biasa.

Yang pembelajaran kelmarin Selasa (contoh gambar dalam post ini), saya terus buka buku dan baca dalam kereta. Saya bacakan kuat-kuat ayah dengar.

– Fateh belajar na ma sa ya dan xxxxxyyyyzzz

– Fateh dengar cerita pasal Harimau. Macam mana bunyi harimau ? (Terus dia buat bunyi harimau grrrrr), dan lembu, macam mana bunyi lembu? (Mooooo….Dia buat bunyi lembu)

– Fateh belajar nombor 1-10, tunjukkan macam mana no 1 dengan jari? (Terus dia tunjukkan dengan jarinya, dua tiga dan seterusnya).

– Fateh siapkan kerja dengan Kakak Amitza…!! Waa bagus sebab kerja siap. 30 markah untuk anak Mummy yang siapkan kerja!!!
>>>(Sebab fokus isu Isnin semalam tu ialah dia tak dapat habiskan kerja nya menulis putus-putus huruf “Aa” – saya explain dalam buku yang dia tak berapa mahir dan suka menulis ikut Struktur bersyarat. Masih stage bebas dan free style, namun saya yakin pelan pelan kayuh dia akan boleh terima bab menulis secara berstruktur ini)

>>>> see, sesuatu yang fokus isu, dia improve hari kedua kerana guru dan saya fokus untuk Bantu dan tarik minat dia kepada sesuatu yang dia lemah. Kami tak judge dan hukum apatah lagi.

>>>> Komunikasi APA belajar harini jadi dua hala dan leading, sebab Ibu tahu APA dia belajar hari ini.

Jika signifikan, anak sendiri akan bercerita. Yang ada strong emotions kan?

Dua hari lepas selepas mandi lewat petang di rumah, baru dia beritahu kisah jari berdarah kerana tersepit masa main buaian. Dia menangis. (Saya walau terkejut sebab tak tahu apa-apa yang rupanya guru ada beritahu ayahnya masa ayah ambil di sekolah, dan Ayah simple aja tak APA perkara kecil budak-budak dan ayahnya tak inform saya), berempati dengan Fateh dan Solusi kan: Aduh sakit sekali, berdarah, sian anak Mummy. Sekarang dah x da darah dah. Bagus Fateh kuat dan berani. Lain kali main buaian hati-hati tau.

Di keesokan paginya, semasa menghantar. Guru purposely minta maaf kepada saya, dan puji bab lain iaitu selepas kejadian, tengahari, Fateh petangnya remind semua budak-budak agar main hati-hati jika tidak, boleh terkena tangan berdarah macam jari dia. Cikgu kata ini bagus sebab dia macam jadi leader dan peringatkan orang lain. Dalam minta maaf tu, saya terus berkata tak apa cikgu sebab dia tak cerita terus lepas jumpa saya tapi lepas mandi bila teringat sahaja, means tidak signifikan sangat pun. Dan jatuh berdarah tu biasa untuk budak-budak.

Contoh semalam, Hari ke-4, petang, dalam perjalanan pulang ke rumah kami dalam kereta (setelah Ayah ambil Fateh dahulu, mereka ambil saya, kemudian kami pulang ambil adik Khairunnisa di area rumah), Fateh beritahu sesuatu.

Fateh Marah cikgu. Fateh X suka.

Sebab apa. Apa yang cikgu buat. (Kebetulan Ayah baru sahaja beritahu saya depan Fateh yang Fateh suka pergi sekolah dan nak pergi sekolah esok)

Cikgu tak bagi biskut (erkk.. Biskut??? sabo aja)

Biskut APA?

Cikgu kata kalau berkelakuan baik dapat biskut.

Semua orang ke Fateh sahaja tak dapat biskut.

Semua orang cikgu tak bagi.

Saya terus Solusi : Fateh sayang cikgu dan suka pergi sekolah. Fateh juga Marah cikgu sebab tak bagi biskut. Kalau ada benda Fateh tak suka atau Marah, Fateh tak boleh cakap belakang macam ni kat Mummy, Fateh ada tanya cikgu sendiri? Tak ada katanya.

Ok, Fateh beritahu cikgu sendiri. Macam ni: Cikgu, cikgu, saya dah berkelakuan baik. Cikgu kata nak bagi biskut. Mana? Mami yakin, cikgu terlupa sebenarnya. Jadi Fateh ingatkan cikgu. Nanti semua budak pun dapat biskut.

Dalam mesej buku Parent-Teacher Communication Log Book. Saya menulis perkara ini dengan fokus kepada anak sendiri bukan fokus kesilapan cikgu. Iaitu karektor Fateh yang cikgu mungkin tidak tahu dan ini sebenarnya mesej ‘hidden’ saya yang penting.

Saya tulis, Fateh ada beritahu dia rasa Marah kat cikgu pasai berkelakuan baik tapi tak dapat pun biskut. Fateh jenis ingat apa kita cakap, jadi kita perlu tepati apa kita janji/katakan.

Nota.
Gambar ialah Parent-Teacher Communication Log Book hari kedua, Selasa lalu – baru dapat dan belum sign.

1) kita janganlah expect anak ingat semua yang dia pelajari di sekolah. Ubah dari tanya subject matter pelajaran kepada tanya emosi dia (anak kita, little human lagi penting dari content akademik sekolah) harini kerana dari situ banyak kita boleh dapat. Contoh: bagaimana sekolah harini, seronok ke tak seronok? Apa yang paling best. Apa yang paling tak best. Apa dia buat yang dia rasa dia hebat hero harini…dsb

2) jika anak tak terus cerita – samada ia tak significant tidak penting, biasa-biasa, atau ya, mungkin anak jenis bukan pencerita/ pengluah perasaan. Macam Fateh yang jenis bercerita/pengluah perasaan, APA belajar harini pun dia tak pernah cerita pun. Yang dia cerita ialah tentang human dan kejadian berlaku kepada dirinya yang strong emotions, sakit jari, Marah cikgu dsb.

3) respons kepada anak cerita APA itu adalah signal kepada coping skill kita mula kena ajar anak. Cara handle situasi. Berkasar dengan rakan, geram dengan cikgu dsb. Ajarkan skrip komunikasi yang betul untuk dia apply kerana di sini dia akan mula pelajari teknik handle masalah dengan komunikasi asertif, bukan pasif (x buat apa-apa) atau agresif (berkasar lawan balik). Situasi biskut tadi sy dapat rasakan Fateh menunggu-nunggu bila akan diberi biskut, sehingga ke sudah tiada. Dan waktu dia teringat adalah paling cepat di dalam kereta semasa pulang, yang mana dia beritahu dengan emosi Marah sangat kepada cikgunya (sama emosi tinggi dia semasa dia beritahu harini Mok – pengasuh asyik Marah adik. Itu kisah lain)

4) emosi Kanak-Kanak senipis kulit bawang. Kejap sangat Sayang suka. (Fateh Sayang Mummy. Sebab buatkan susu untuk Fateh), sekejap itu juga Marah sangat. Fateh Marah Mummy sebab tak bagi tengok cerita Tobot.

Maksud mereka senang generalised. Suka suka sangat. Marah, Marah sangat. Belum ada grey area. Hanya Big Black n white. Jadi peranan kita untuk didik emosi mereka dengan positif, Efektif dan rasional. Uruskan emosi mereka dan kita, dan pastikan balut Balik dengan tangki emosi cinta mana-mana yang sesuai dengan karektor dia, untuk clear kan apa-apa yang tercalar. Clean n clear. Jenis Fateh punya tangki emosi efektif ialah sentuhan dan special time serta words.

p/s:
Saya akan share dalam seminar Urus emosi Ibubapa dan anak pada 31 Jan 2016, Shah Alam, 9-1pm.

Boleh klik untuk maklumat lanjut di sini, dan segera dapatkan tempat anda.

Bit.ly/EHSABAR
Bit.ly/EHSABAR
Bit.ly/EHSABAR

KENDALI EMOSI MARAH ANAK KECIL

PERKONGSIAN CARA EFEKTIF KENDALI ANAK-ANAK YANG KERAP BERGADUH
================================================

Ini adalah review pengalaman dua hari peserta coaching Utara saya setelah sesi coaching. Dua hari amalkan dan dapati ia berkesan. Jadi saya mohon izin beliau untuk share agar beri manfaat pada ramai orang di luar sana.

La Haw La Wala Quwa Ta Illah Billah.. Semuanya dengan izin Nya.

******************************************************************************

Baru sempat baca semua. Baru abis meting. Sambil tunggu suami ambil.
Ibu2 semua yg sgt hebat..sntiasa dikasihi Allah. ALLAH uji sbb Dia Syg kita kan..

Tq kak maz. Atas perkongsian ilmu. Rasa mcm org baru..hidup baru. alhmdulillah jgk kak maz sudi tubuh support group, bantu insan2 yg sgt2 perlukan.penyucian jiwa, pengurusan emosi.. supaya hati lbh tenang. Jiwa lbh lapang. Dekatkan diri pd Allah.

Balik prgrm kelmarin balik umah dah mlm. Byk bncg ngn suami berdua dlm kereta tanpa anak2. Alhmdulillah..sedikit perubahan dah dibuat.

Suami kejutkan sy pg td pukul 4, bangun solat. Lama dah xbuat solat taubat. Hati lama2 jd kelam.

Pg td baru buat solat taubat khusus..
Mohon moga Allah buang sifat mazmumah dlm diri sy, suburkan dgn sifat mahmudah.maafkan semua org. Lbh bersbr. Berlapang dada.

Permulaan hari yg baik.
Kejutkan anak2 awal sbb sy ada meting marking paper di alor star. Stat hari ni. Sampai lusa. Anak2 xmau mandi. Alasan nak tgok tv. Ajak baca quran xnak. Ok, ummi xmau mrh2.

Sy buat mcm kak maz ajar smlm, skrip sy, nant abg dah nak mandi bgtau ummi. Kemudian kita ngaji. Tgok dahi dia sy ulang 3 kali. Sy kemudian keep away. Solat subuh. Buat keje lain.

Lepas abis je solat anak terus bgtau, ummi..nak mandi. Ok, mandi cepat2 ummi dah lewat. Kita baca quran dlm kereta je.

Dlm kereta dia dah tertido. Ok, xpe..biarkan.
Dlm hati..sy risau, spnjg hari sy nak tggalkan anak2 kt umah mak mertua. takut anak2 gaduh2 la..anaknyg kecil nangis la..nant mak mertua bising, sy plak tg sedih.

Sy ingt kak maz pesan, zikir asmaul husna..ya jama’i. Sy zikir ramai2 dlm kereta. Ayah n anak2 semua turut serta. Sy tmbh ar rahman dan ar rahim. Zikir ramai2. Sampai abg yg terlena td terjaga.
Dlm hati..berdoa..ya Allah,
Sesungguhnya engkau maha pengasih maha penyayang..satukan anak2ku. Dan moga mereka sentiasa berbaik2.

Elok je sy sampai,pesan kt anak2..buat skrip negatif dan positif. Teknik nabi. Suruh anak2 ulang 3 x.
Skrip sy, jangan gaduh2..min baik2.
Sy suruh anak2 ulang sndiri. 3 x.

Sy turun dr kereta. Masa meting..hati berdoa. ya Allah..Kau peliharalah anak2 ku. Damaikan mereka dgn perasaan kasih syg.

Pukul 2 td rehat jap. Amik kesemptn call suami tnya anak2. Alhmdulillah..suami ckp anak2 sgt behave. Xde gaduh2. Baik. Sampai anak yg baby pun xmau lena. Main sama2 ngn abg.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Tenang hati sy, terima kasih yg Allah.

Hari kedua:

Hari ni pun tinggal lg anak2. Buat perkara yg sama dlm kereta td.

Zikir ramai2. Dan masa sy nak turun kereta suruh anak2 ulang pesanan sy.

Skrip yg sama2..keep telling.

“Jgn gaduh2, main elok2. ”

Alhmdulillah..cal suami td cmna anak2. Dia ckp, alhmdulillah..behave.

*********************************************************************************
Review Teknik:

1) Teknik Nabi Menegur Kesalahan:
Sebut apa yang salah, diikuti apa yang betul (atau yang kita nak). Rule positif, Jangan Gaduh, tapi main elok-elok ya sayang.

2) Eye contact: Bila nak beri kata sayang, pandang mata anak, level ketinggian sama.
Bila nak serius beritahu anak, pandang dahi dia sambil beritahu mesej sungguh-sungguh kita.

3) Zikir asmaulhusna (sharing tips dari sahabat wangi Irina Rahman), Ya jama’i (yang menyatukan), sambil mohon pertolongan Allah untuk uruskan hal yang kita mohon bantuan itu. Zikri lain juga ada, dan boleh amalkan. Magic Allah

4) Anak strong willed Child, beri masa. Beri tahu apa kita nak dia buat, dia tak setuju. Beritahu keputusan kita, yang kita dan leading kan, “Bila Fateh nak mandi nanti, beritahu Mummy ok” (sambil tu kita buat kerja lain). Tak lama lepas tu, anak sendiri akan datang ke kita dan beritahu skrip kita dah leading tadi: “Mummy, Fateh nak mandi dan gosok gigi sekarang” (ni kes pepagi, dan ia perlu diset awal sebab akan ambil sedikit masa, tapi berkesan dari segi win-win feeling). Semasa anak dibiarkan seketika setelah kita beritahu APA kita nak tu, sebenarnya kita nak bagi masa kat dia, memang dia berfikir, pilihan yang ada ialah saya kena mandi.

Semoga bermanfaat  Alhmdulillah. Subhanallah. Allahu Akhbar

♥♥♥♥♥♥♥♥<3Penting!!!♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Anda……..

Banyak pendam? Tak tau nak cerita kat siapa / tak tau nak buat apa?

Mudah naik marah / stress?

Mudah melenting?

Ada memori lama yang beri kesan hingga sekarang?

Kesian kat anak / isteri / suami asyik kena marah?

Emosi tak stabil?

Banyak aktiviti terganggu kerana emosi?

Apa Impian Anda 2016 Ini?

= Mahu hidup lebih positif ?

= Mahu capai lebih banyak dan lebih baik untuk diri dan keluarga ?

= Mahu jadi individu / ibu / ayah yang lebih baik?

= InsyaAllah Saya Boleh Bantu Anda

Saya akan membantu anda memahami sehingga mampu mengurus emosi dengan lebih baik serta mencegah berlakunya ” emotional damage ” untuk anda hidup dengan lebih positif dan sehat.

Saya mahu bantu anda

April
Mei, UTARA

***modul ini memenangi Anugerah Gold Medal dalam pertandingan Inovasi Kaunseling di Konvensyen Kaunseling Kebangsaan pada 2013 di Kuala Lumpur

p/s: Saya doakan 2016 adalah tahun yang bahagia dan gembira untuk tuan / puan. Bertindaklah sekarang untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga. Doakan saya boleh membantu anda dan ramai lagi ibu bapa di luar sana.

Daftar Sekarang

April
 
Mei, UTARA

Peringkat Autonomi Makan Sendiri Fateh

Autonomy Stage Fateh bermula pada usia 12 bulan pabila dia mula tidak mahu disuapkan makanannya. Maka saya berubah kepada finger food lebih kerap agar dia berjaya menyuap sendiri (ketul-ketul macam pasta, sayuran dll).

10917055_10204394856483872_954442021350246389_n

Pada usia 1.2 tahun (1thn 2bln), kami mula adakan high chair agar anakananda boleh makan bersama di meja makan.

Pada usianya 1.6/1.8 tahun, saya mula perasan anakanda mampu menggunakan sudu dan garfu dengan sangat baik dan relevan. Termasuk mencedok sup dengan sudu, dan memasukkan nasi guna sudu dari arah depan agar makanan berjaya masuk ke dalam mulut.

Juga saya perhatikan hasil guna teknik nabi semasa di meja makan, dari 90-10 (90% makanan tumpah lantai, hanya10% berjaya masuk mulut) berubah kepada 10-90 (pabila menyapu lantai, hanya sedikit makanan di lantai 😀 Yeay!!)

Ada video anakanda makan semasa usia 1.6 guna sudu garfu tersebut di youtube sy.

 

Nota.

~Galakan yang tepat mampu meningkatkan self esteem anak serta kemahiran lain akan menyusul kemudiannya.

~1.5-3.0 tahun adalah peringkat Autonomi (saya mahu buat dengan cara saya sendiri, ‘this is my way’), kejayaan menyokong, anak akan ada self autonomy, kegagalan: rasa malu dan ragu-ragu.

~Cth: memanjat. Saya nak panjat (perasaan srmulajadi rasa macam nak panjat aja). Mama kata tak boleh. Lepas tu betul, saya jatuh. Mama marah saya. Saya nangis sebab sakit jatuh dan ‘sakit sedih’ sebab kena marah.

(Mama kata tak boleh atau Jangan panjat sahaja. Tiada option kedua).

Selepas ini tiap kali saya nak memanjat, saya rasa ragu-ragu dan malu, takut jatuh. Ya, saya takut. Saya tak nak cuba lah.

* Paling syok puan-puan boleh latih anak makan kat kedai, sebab tak perlu menyapu lantai. Hehehe.

 

Kisah Teknik Disiplin Di Meja Makan Fateh di zaman dahulu kala

Experimental Play – Tenggelam Timbul Guna Telor Ayam

BismillahiRahmaniRahim

Experimental Play untuk si kecil IR Muhammad al Fateh al Hafiz, 2.9 tahun.

Bomb Interest dia sekarang adalah bereksperimen.

Terima kasih sahabat wangi yang rajin berkongsi idea HomeSchooling activities Anakku Alhafiz, Yulia Yusar dan Ummu Al-Hafiz.

Tenggelam Timbul &  Ketumpatan

Bahan:

Telor ayam

Bekas/cawan jernih

Air Paip

Garam

Sudu untuk kacau

Kaedah:

Basuh telor ayam dan masukkan telor ayam dalam cawan jernih berisi air paip untuk pastikan telor betul tenggelam –  Lulus.

 

Masukkan air paip dlm 1/2 ke dlm gelas/bekas jernih.

 

Minta anak masukkan telor ayam ke dalam gelas.  Terangkan tentang kondisi semasa iaitu telor tenggelam dalam air.

 

Sebab telor lagi tumpat dari air.

 

IMG-20141120-WA0018

 

Keluarkan telor ayam.

 

Masukkan garam dalam dua sudu.

 

Tunjukkan cara mengacau guna sudu dengan tak tumpah.  Minta anak pula kacau air bergaram sehingga larut.

IMG-20141120-WA0019

Kemudian minta anak masukkan telor ayam yg sama semula.

 

IMG-20141120-WA0015

 

Terangkan kondisi semasa iaitu telor ayam timbul sekarang.

 

Terangkan tentang beza sebelum dan selepas: telor lebih tumpat dari air sebab tu tenggelam,  kini air garam lebih tumpat dari telor maka telor timbul. Air bergaram lebih berat dan tumpat dari air paip biasa.

Soalan saya tanya Fateh: Sebab apa telor timbul?

Jawapan Fateh : sebab telor..  ringaaannn.. (ting!!!!)

Konsep dia dapat ialah berat ringan (konsep dan sintesis baru dpt sendiri dari memori awal bayi semasa bermain bola warna warni dalam bath tub).

Masa awal bayi dulu tu saya tunjukkan bola dari dasar lantai bath tub baby,  pabila dilepaskan akan terus timbul sebab?  “bola ringaaan” kata saya. Sebab ketumpatan air lebih dari ketumpatan bola.  Tak apa bagi dia dengar perkataan canggih itu 😀

***Libatkan anak dlm setiap langkah sebab seperti biasa memang dia akan mahu buat sendiri,  kan. Baru dia ALAMI dan puas hati,  ingat.

 

Alhmdulillah.

Teknik Mendorong Anak Kecil Berenang

BismillahirRahmanirRahim

Mengajar Anak Kecil Berenang (entri post lama, Fateh 11 bulan)

Teknik Demonstrasi & Menunjukkan Cara

1) Beritahu Fateh (11 bulan, pengalaman baru kali ke-3 sesi berenang), “kocak kaki, kocak kaki”.
2) Tunjukkan kedua kaki (saya: ibunya) berkocak dalam keadaan saya terapung di air (namun sebenarnya sedang memegang pelampungnya) (kerana ibunya tidak pandai berenang, hehe)
Hasil: Fateh yang sedang dipegang ayahnya terus mengocak kakinya dengan laju dlm keadaan terapung dan ‘berenang’ ke depan dengan pantas sekali.
Kami kagum!!!
Ia berlaku pada sesi ke-3 pengalaman di kolam renang. Sesi pertama berenang, Fateh 9 bulan memang terapung dan ala-ala berenang secara semulajadinya. MasyaAllah!!! (masa tu belum belajar teknik nabi maka hanya pujian separuh format sahaja: “waah, dia boleh rupanya, tak sangka” yang terucap dalam hati, tidak di hadapan si kecil).

Sebagai panduan, antara skrip / kata-kata yang boleh saya ucapkan ialah: “Waah, Fateh boleh terapung (pujian tingkahlaku, bukan orangnya). Mummy bangga dengan Fateh (Impak 1: kesan atau perasaan ibu). InsyaAllah nanti Fateh boleh berenang sendiri (Impak 2, jangka panjang: berupa doa atau visi ibubapa utk anak)”,  sambil senyum lebar (Ganjaran Sosial Non-Material).

Nota. 
*Bayi umur 0-2 tahun adalah dalam peringkat ‘trust vs mistrust’ dan ‘attachment’ kuat dgn ‘prime carer’nya. Maka mengajar dari bayi perlulah oleh ibu/bapa nya sendiri. 
*Apabila kerapatan (‘attachment’) kuat dengan penjaga utama yang memberikan keperluan asas bayi seperti makanan (susu), pelukan (pabila rasa takut / sejuk), kata-kata baik (menenangkan atau menggalakkan), ubatan (pabila sakit), bayi akan sangat kenal dan percaya (trust) kepada penjaga utama ini yang secara konsisten (istiqamah) menyediakan segala keperluan asasnya. Sebaliknya berlaku (‘mistrust’/tidak percaya/sukar percaya) sekiranya penjaga utama ini berubah-ubah atau tidak memberikan atau memenuhi keperluan asas ini.
*Kerapatan yang baik memudahkan penjaga utama ini melakukan banyak dorongan tingkahlaku yang ingin dibentuk dari awal bayi.

54718_4384981055065_370660013_o
Fateh pertama kali di kolam renang 9 bulan
1468792_10201543769808487_1083081660_n
Fateh di sungai Gua Kelam, 1 tahun 9 bulan
Seterusnya: Teknik Pujian untuk anak bawah 12 bulan, Teknik Mendorong anak duduk dalam car seat
 

Alhamdulillah.