Fahami Pedofilia untuk Lindungi Anak dan Mainkan Peranan Kita

Fahami Pedofilia untuk Lindungi Anak dan Mainkan Peranan Kita
…………………………………………………………………………………….

Oh ya pasal pedofilia, saya kena sebut juga untuk betulkan persepsi umum:

Yang mereka tak puas dengan orang dewasa maka dia buat dengan kanak-kanak.

Dan kerana kita tak fahami aspek inilah maka si pemangsa (pelaku) selalu beri alasan bila ditangkap atas kesalahan melakukan tingkahlaku seksual kepada anak/anak angkat/anak sedara dll yang orang awam terima alasan bodoh itu.

Mereka akan berkata atau beri alasan:
Oh, isteri saya tengah berpantang di kampung,
Oh isteri saya kursus 3 bulan di luar negeri,
Oh isteri saya sakit tak boleh layan saya, sebab tu saya buat dengan kanak-kanak ni.

Actually TIDAK.

Jika tak puas, mereka ada option buat dengan ‘orang luar’ mcm pelacur or isteri kedua or orang ketiga dll. Dan sebagai orang dewasa yang sihat mental, mereka akan pilih orang dewasa juga untuk penuhi keperluan seksual mereka, bukan kanak-kanak!

Kerana tiada satu pun agama dan undang-undang di dunia ini yang mengizinkan atau membenarkan orang dewasa melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Sebab seks boleh dicontrol. Ini dinamakan ‘internal inhibitors’, salah satu dalam 4 peringkat precondition sebelum dia menjadi pedofilia yang sebenar.

Contoh. Si remaja lelaki dan perempuan sedang melakukan hubungan seks di dalam bilik di rumah si perempuan. Tetiba bapa si perempuan ketuk bilik anaknya, anda rasa mereka akan terus stop (dan terkejut), atau meneruskan buat aktiviti itu dengan berkata selamba kepada ayah si perempuan, “sorry uncle, kami sedang busy ni”.

Jawapannya YA, mereka akan stop.

Contoh kedua. Si lelaki ni (kuat seks) nampak perempuan seksi tak berpakaian di pantai, atau berbikini di kolam mandi awam. Adakah si lelaki kuat seks ni akan terus terkam si perempuan itu?

Jawapannya TIDAK. Kerana naluri seks boleh dikontrol oleh orang normal. Itulah yang dinamakan sebagai internal inhibitors, halangan dalaman. Ingat tu.

Sebagai manusia dewasa yang rasional, berfikiran waras, naluri fitrah baik, dan tahu peraturan agama/undang-undang, itu semua akan membataskan dia. Dia akan berfikir dan dia tidak akan lakukannya.

Bermula dengan dalam pemikiran dia. Manusia normal memang tak akan lepas pun precondition pertama. Si pedofilia ni lepas. Sebab, ada sesuatu dalam dirinya sendiri yang tak normal. Dan ia adalah di bawah Mental Illnes. Sakit. Sakit jiwa dan mentalnya.

Ada kalangan pedofilia ni melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak hanya semata kerana emosi ‘marah’ yang tak lepas, dan ia tiada kait langsung dengan isu rasa kepuasan seksual.

Mengapa kanak-kanak? Kerana kanak-kanak adalah vulnerable. Umur, saiz badan, info/ilmu pada mereka cetek, mereka genuin. Senang dimanipulasi dan didapatkan sesuatu dari mereka. Mereka tak diajar skill asertif.

Contoh, orang dewasa menyebut perkataan ‘p…n…t..t’ semasa marah. Adakah dia rasa perasaan seksual di situ semasa menyebutnya?

Perkataan itu adalah merujuk kepada bahagian alat sulit wanita.

Tidak, kan. Ini kerana emosi marah yang difokuskan semasa melakukan makian itu, bukan makna perkataan itu yang difikir dan dirasainya. Ia tiada kaitan langsung. Ia semata kerana emosi. Emosi tidak sihat yang disalurkan dengan melakukan aktiviti tidak sihat, dan tidak normal. Sama dengan si pedofilia ni.

Kadangkala mereka rasa puas pabila menyakitkan kanak-kanak secara seksual, iaitu puas emosi marah, dendam, sakit hati dsb. Bukan puas seksual semata, dengan erti kata seksual pada orang normal macam kita.

Mereka ni jika ditanya kenapa buat seks dengan kanak-kanak, dia akan menjawab, kamu tahu ke betapa seronoknya buat dengan kanak-kanak? Kamu pernah buat dengan kanak-kanak? Its nice u know. (memang gila kan).

Dalam diri si penanya pun tidak mungkin akan buat walau dicabar kerana ada internal inhibitors (halangan dalaman). Halangan dalaman adalah yang bersifat moral dan baik.

Dan bukan salah jantina perempuan atau kanak-kanak yang seksi kiut miut ya. Bayi 3 bulan, adakah seksi? Nenek terlantar di katil, adakah seksi? Bertudung purdah, adakah seksi? Isunya mereka ni memang ada masalah mental.

Konklusinya ia memang di bawah mental illness, sexual disorder.

Dalam minda dia memang dah herot.

Peranan atau Sumbangan Kita?
………………………………………..

Dan dalam 4 precondition (prasyarat) tu, syarat ke 3 dan 4 ada kaitan dengan kita semua, komuniti di sekeliling kanak-kanak tu. Jadinya tanpa sedar langsung kita sendiri yang mengizinkan ia berlaku.

Contoh prasyarat ke3 ialah ‘overcome external inhibitors’.

Kita tidak mendengar suara kanak-kanak. Kita tidak sensitif pabila si anak kecil beritahu dia tidak suka uncle/atuk/abang/ustaz/cikgu itu. Yang mana mereka ini adalah orang dewasa yang kita percayai. Dan kita tak terfikir mereka berkemungkinan buat sesuatu yang tidak sihat kepada anak kita. Kita abaikan. Kita katakan, ah tak ada apalah, itu kan atuk adik, duduk aja atas riba dia macam dia suruh, lama tak jumpa dia. Dia rindu adik tu…

Maka saya ada berkata dalam training saya, listen dan hormat apa yang anak rasa. Jika ada kanak-kanak tidak mahu bersalam dengan saya, saya tidak pernah terasa kecil hati, saya akan berkata tidak apa, belum kenal.

Namun kanak-kanak bijak. Mereka kenal dan sangat sensitif dengan orang dewasa yang positif dan sebaliknya. Anakanda saya Fateh sangat sensitif dan suka kepada certain orang sahaja. Dahsyat bunyinya sebab selective. Namun pabila ditanya, dia ada jawapannya yang jujur. Contoh baru ni, dia beritahu pengasuh dengan terbuka, Fateh tak suka orang tu. Muka dia macam jahat aja.. (Fuh, maka datangla pendidikan saya kepada dia, Fateh, tak semestinya orang yang Fateh rasa muka jahat tu jahat dan tak semestinya orang yang Fateh nampak muka baik tu baik sebenar. Kita tak tahu selagi tak berkawan lagi, ok). Ambil masa untuk skill ini anak pelajari. Sebab ikutkan pedofilia ni, kita tak boleh ajar anak, untuk identify dengan penampilan luaran. Sebab mereka ni memang ada skill disukai oleh kanak2: Grooming process peringkat ke-2.

Sebabnya dalam ‘norma masyarakat’ biasa kita, “patuh kepada orang tua” adalah satu daripada yang biasa dan utama.

Selain itu, “kanak-kanak untuk dilihat, bukan didengari” (children to be seen not to be heard”, asal nampak anak-anak ada, oklah tu. Tak perlu nak dengar pun suara hati dia.

Dan si pelaku ini tahu tentang ini dan menggunakannya dengan sangat baik.

Dia akan dapatkan kepercayaan orang dewasa / penjaga kanak-kanak itu, dengan akses kepada kanak2 pula sangat mudah (prasyarat ke-4, overcome the children), sebab hubungan dan kedudukan yang mereka pegang. Mereka guru yang baik, beri perhatian pada anak kita yang lemah. Mereka suami guru tadika anak kita, berjawatan doktor. Mereka ustaz yang ajar anak kita mengaji. Mereka coach sukan yang suksess. Mereka tuan punya rumah anak-anak yatim, sangat mulia karektornya. Kanak-kanak kena patuh kepada orang tua, dan kanak-kanak bersuara pun tiada siapa yang percaya.

Semasa melakukannya, kanak-kanak yang dah di train “mesti patuh pada orang tua” akan patuh kerana subconcious mereka dah diregister perkara ini. Ditambah lagi si pelaku ini akan mengugut dan berkata begitu.

Maka berkatalah kepada anak, dengar cakap mummy dan ayah, selagi mummy dan ayah tak memudaratkan Fateh, selagi mummy ayah ikuti perintah Allah dan Rasul, ikut cakap Mummy. Mummy nak beri yang terbaik untuk kamu. Itu yang selalu saya katakan kepada anak saya walau baru 3 tahun genap masa tu (yelah umur dah makin membesar, makin mencabar testing boundary kan).

Banyak sebenarnya nak dikupas, jika dalam training sehari kami dahulu di PS The Children, semua peserta akan buka mata besar, dan reflek diri. Sebabnya, kitalah yang berupaya buat sesuatu untuk lindungi anak kecil, namun kita lah juga yang mengizinkan ia berlaku. So sad.

Untuk makluman, 50% mangsa adalah terdiri dari lelaki, ya. Jangan ingat anak perempuan sahaja kita kena jaga dan ajar. Zaman canggih sekarang semua pun jadi mungkin.

Mari bersama fahami perkara menakutkan ini demi melindungi anak-anak kita. Dengan ilmu dan kefahaman yang nyata, banyak yang boleh anda lakukan. Ada peranan anda di situ. Semua kita.

Listen to our children
………………………….

Dengan mendengar, banyak yang kita boleh selamatkan dari awal anak-anak ini. Latih diri kita menjadi pendengar yang empati dan respons dengan responsitif (respon dengan positif).

Sebabnya, kebanyakan pada peringkat awal kejadian, anak-anak ada cubaan beritahu orang dewasa, namun di kebanyakan kes, mereka tidak direspons dengan terbuka dan positif, maka ‘telling skill’ jadi lenyap.

Sebab tu dalam rules no 3 peraturan sentuhan, ada diajar kanak-kanak: Teruskan beritahu sehingga kamu mendapat bantuan (keep on telling until you get helped). Orang pertama tak dengar kamu, bagitahu orang kedua, orang kedua sibuk, beritahu orang ketiga, teruskan sampai dapat bantuan dan orang percaya dan bantu kamu.

Kajian pakar psikiatris barat yang pernah datang Malaysia dan train kami, percentage besar kanak-kanak mangsa penderaan seksual ada beritahu seseorang semasa usia prasekolah (kejadian juga 90% umur prasek), namun mereka tidak didengari.

Umur peringkat sekolah rendah, mereka senyap dan peringkat pendaman sahaja (latency stage). Masuk sekolah menengah, macam-macam masalah tingkahlaku (conduct disorder), ada yang buat seks dengan semua orang x kira lelaki or perempuan, ada yang masalah ponteng, dadah, pukul, cubaan bunuh diri dan macam-macam lagi. Kalau jumpa remaja yang cut themselves (cubaan kerat urat nadi), saya akan bertanya soalan cepumas, ada apa-apa pengalaman terburuk adik masa usia kecil? Kebanyakannya menjawab ada, dan jawapannya berkaitan penderaan seksual oleh orang yang rapat. Dan mereka ini membesar dalam keadaan estim diri dan harga diri rendah. Namun ada juga yang coped very well dan excell dalam pelajaran namun ada emosi negatif yang mudah triggered, marah.

Bahagian Sulit Badan dan Peraturan Sentuhan
(Private Body Parts and Touching Rules)

Payudara

Boys – Zakar / penis
Girl – faraj / vagina

Bhgn belakang
Punggung / buttock

Add 1 more part.
Mouth.

5 bahagian sulit badan ialah:
Payudara, Zakar, Faraj, Punggung dan Mulut.

Ajari nama sebenar yang baik sebab ia ada makna. Jika diganti dengan nama lain, makna lain itu yang menjadi antara lambat respons kita.

Contoh kami selalu dapat nama lain yang kanak2 beritahu, iaitu seperti bunga, karipap, burung, nasi lemak, sotong dll. Memang pelik dan lain makna dari bahagian sulit.

Kenapa nama perlu sebenar? Sebab ia nama yang benar dan baik. Sama nama adik, Amin, makna terpuji, kenapa nak panggil bobot, si bulat, si hitam dll. Kan enak kita panggil nama sebenar dia? (Ni bila nak introduce nama sebenar bila anak dah diberitahu nama lain).

Cth kes ibu sedang sibuk memasak, anak cuba beritahu: Mak, ada orang sentuh bunga adik. Mak yang sedang sibuk akan tidak alert, malah berkata, tak apa lah adik, bunga kan banyak. Bior ler…
Or, mak ada orang sentuh burung abang. Isk, burung aja bang, tak apa lah, atau, Eh mana ada burung nya bang oi. Merapu aja kamu ni.

Kanak-kanak nye nature, bila dah sekali beritahu dan respons tertutup/negatif, sukar nak beritahu lagi. Pengalaman pertama ni sangat penting sebab register kat mind dia cara gaya respons orang dia percaya tentang hal pentng ini.

Bahagian sulit, beritahu anak, adik istimewa dan penting. Bahagian sulit ni istimewa dan penting, kita kena jaga baik2. Allah beri kita badan untuk kita pelihara dan jaga elok. Sebab tu kita tutup.

Kalau budak tak rasa penting dan harga diri tinggi, memang sukar mereka nak usaha protect badan mereka. Self esteem perlu diterapkan awak, pujian dsb untuk anak rasa penting dan mereka bertanggungjawab pelihara badan mereka termasuk bahagian sulit badan.

Payudara, zakar, faraj dan punggung ditutupi bila kanak-kanak mandi kolam (swimming suit or swimming trunk). Mulut tak ditutupi, jadi bagaimana?

Mulut actually sebab oral sex (sangat banyak kes kanak2 perempuan dan lelaki kena oral sex).

Tp for children kita tak sebut oral sex (macam bahagian badan lain kan ditutupi masa mandi kolam awam). Kita just kata sbb mulut kita jaga elok mcm bhgn bdn lain, dan msukkan yg elok2 je ye.

-Makanan
-Minuman sihat
-Ubatan jika sakit.

Beri senario untuk lebih mudah faham:

Jika kwn nk msukkan pen ke mulut adik, blh tak? Tak, ank jwb
Jika adik sihat xbatuk tapi pengasuh nak bg ubat batuk, boleh ke.
Tak. Anak jawab.

Sama sntuhan bhgn sulit utk tujuan
Kesihatan
Kebersihan

Touching Rules:
Touching Rule No 1:
Tiada siapa boleh sentuh bahagian sulit badan saya kecuali untuk tujuan kebersihan dan kesihatan,
Dan tiada siapa boleh suruh saya sentuh bahagian sulit badan mereka (ada banyak kes sex offender suruh kanak-kanak sentuh alat sulit mereka).

Touching Rule No 2:
Jika berlaku sentuhan tak selamat (maksudnya sentuhan di bahagian sulit badan, atau juga sentuhan tak selamat lain macam kena piat telinga, kena pukul, tumbuk, cubit dll), saya boleh katakan TIDAK, LARI dari situ dan BERITAHU.

Touching Rule No 3:
Beritahu orang yang saya percaya dan teruskan beritahu sehingga saya mendapat bantuan. (Dalam hal ni ajar anak untuk identify siap-siap 5 orang yang mereka percaya dan boleh bantu mereka. Budak sek rendah dan menengah biasanya mula memasukkan kawan2 mereka, pastikan ada orang dewasa dalam 5 support system itu. Budak prasek biasanya kelima2 support system memang orang dewasa macam ibubapa, guru, jiran dll)

Jika adik pndai bersih sndiri, atuk sntuh zakar adik utk cuci blh ke.
Tak boleh.

Jika adik bersih zakar tak bersih sgt, mak tlg cucikan bg bersihh lagi, boleh?
Boleh.
(actually ingat ya, anak dh 5-6 thn jika cnfirm dh pndai bersih mndi sndiri parents ibu bapa xblh sntuh pun. Tiada sbb kcuali sbb kbsihan ksihatan. Sbb ramai preschool kata ibu ayah blh sentuh.. Sbnrnya xboleh. Dan banyak kes ibu ayah sndiri adalah sex offender)

Klu adik sakit luka kat betis, doktor suruh buka seluar dan cek punggung, boleh?
Xboleh.
Sbb? Sbb adik sakit kat kaki bkn punggung.
Btol.

Pstikan ada bsama doktor ialah mak atau juga nurse. Bukan berdua ya.
Ada kes, doktor yg sex offender nya.

Bg senario mcm tu utk jelas psl mksud kebersihan dan kesihatan.

Adik dmm cmpak xlarat mandi, adik dh 10 thn, mak tolong bersihkan badan adik termasuk bhgn sulit, boleh? Boleh.

Ok ye cth tu smua logik budak kcik 5-6 pun blh jawab betul biasanya.

Kcuali soalan umum, mrk akan kata mak ayah blh sntuh.

Tu yg touching rules jd blur sbb xda boundary. Batasan, Siapa blh sntuh. Sbnrnya utk bdk dh boleh bersih sndiri xperlu sesiapa pun utk sntuh.
Kcuali diri sndiri (then issue masturbation lain ceritanya pula ya)

Bila Mula Nak Ajar Anak Nama Bahagian Sulit Betul
………………………………………………………………….

Part bila nak mula ajar, seawal bbila puan dh ajar nama bahagian bdn. Mcm khairunnisa ni sy ajar selamba dah, skali bhgn bdn lain mcm mata mulut dll.

Fateh dulu mgkin setahun kot. Terlupa. Masa dia dh blh ikut sy ckp, setahun lebih tu msukkan skali nama zakar punggung dia tu.

Sbb nabi Adam pertama kali diajarkan Allah sebaik sahaja diciptakan ialah diajarkan nama nama benda di muka bumi.

Sama mcm anak. Bawah 6 months klu da start aja nama benda, warna, nama dia sndiri, panggilan mama baba, terus skalikan aja. Jadi xda isu ‘bila’ secara frmal sangat. Sy nmpak ia sgt awal blh dimulakan.

Dahulu ms xkawen lagi, peserta bertanya seawal bila, sy ada jawab bila anak dah mula bckp kuarkan perkataan, let say setahun, setahun lah. Bukan tunggu usia 5-6 dah sekolah.

Bila dh tahu nama sbnr, senang dia nak rujuk nama itu bila dia ada persoalan berkenaan bahagian bdn itu.

Macam fateh, ada sekali tu masa sy cuti pantang, dia bangun siang tidur dan bertanya, ayah, zakar fateh dah panjang.

Ayah gelak. Sy dgr dari jauh. Sy kata kat ayh, cuma tnya dia, dia nak kencing ke. Rupanya btol.

So kita jawab, a.ah, fateh rasa zakar fateh macam dah panjang, sebab fateh nk kencing. Sbnrnya bukan panjang betul2 tetiba panjang.

Thats a gud sign. Dia aware perbezaan or perubahan di bhgn badan, then kita respon terbuka (tak nafikan, tp benarkan, beserta penerangan: akan rasa macam me panjang bila nak kencing, tu aja, ke hadapan jika dia perasan mmanjang masa bngun tdo, baru educate balik part tu, ke hadapan lagi klu dia sntuh sntuh lps mandi dan rasa memanjang, dan dia beritahu, baru kita xplain lagi tidak perlu sentuh kecuali masa nak bersihkan dan tujuan kesihatan macam ubatan jika sakit di bahagian tu dsb. Sebab kita taknak anak ralit dan sentuh itu sahaja.

Tnda anak dah ready tahu ialah bila dia bertanya soalan. JIka dia tak tanya, maka tak perlu ajari lebih details lagi.

Dan bagaimana Fateh blh cerita dgn baik,sbb dia dh ada vokabulari yg tepat dan benar. Dan bgaimana dia blh cerita lagi lps tu (ada satu time tu dia nak potong zkr dia sbb dia nak jadi mcm adik, dia ingat adik perempuan dia juga ada zkr tp adik seperti dah sunat ‘potong’ katanya), sbb kami respon secara relaks dan berhemah.

Mendidik, xmarah.
Kdg kan sbut je bhgn sulit, org dewasa ada yg marah, even touch their own private part pun.

So psl dia ingatkan adik ada zakar, sy just kata, adik x da zakar sbb adik perempuan. Fateh lelaki. Tu aja sy beritahu.

Sy xberitahu adik punya namanya faraj lagi. Later on sy bgtau sbb lama juga dia nk terima dan fhm yg adik dan mummy x ada zakar. Dan dia tahu dia dan ayah ada zakar.

Wallahualam.
………………..

Ya Allah lindungi dan pelihara kami dan zuriat kami semua dalam hal ini.

Adakah Anak Menyentuh Genital Normal???

Adakah Anak Menyentuh Genital Normal???

Puan Maznah ditanya soalan ini semalam. Beliau sudi berkongsi dengan kita semua akan sedikit info dan tips bagi kes ini. Kami yakin ramai di luar sana hadapi perkara sebegini.

Soalan:

Salam puan, anak saya lelaki, 5 tahun, selalu pegang genital dia. Especially time menyusu, time santai2 tengok tv, seolah2 dia ralit.

Jawapan:

Salam puan.

Ia adalah perfectly normal. Iaitu menyentuh genital sendiri waktu santai mcm tu. Puan jangan risau sangat ya.

Yang tak normal ialah:

– bila dia terlalu buat benda tu sampai tak buat benda lain macam main bola sepak, berbasikal kegemaran dia dsb.

– bila dia buat di tempat public macam kat sekolah, play ground dll, secara excessive (berlebihan)

– bila dia tak stop walau puan dah beritahu dia agar stop

Jadi, apa yang puan boleh buat ialah:

– keep on telling him the touching rules:

– tidak boleh sentuh bahagian sulit kecuali untuk tujuan kesihatan dan kebersihan.

– contoh kebersihan, sentuh bahagian sulit badan masa nak bersihkan bahagian sulit selepas buang air kecil dan besar sendiri, tujuan sebab nak bersihkan lah.

– contoh kesihatan macam sapu ubat ke bahagian sulit itu jika sakit dsb atau bila jumpa doktor sebab sakit bahagian tu, dan doktor akan pegang sebab nak periksa, tupun dengan kehadiran ibu/bapa dan atau nurse, maksud bukan berdua sahaja dengan doktor.

– Selain tu, boleh beritahu anak :- mama tau abang rasa selesa bila pegang zakar abang, tapi kan bang, ia kurang elok dipandang orang. Macam mama tak apa la, faham abang. Orang lain? Mama tak mau abang ditertawakan orang luar yang tak faham.

Alternatif, abang boleh pegang hujung baju abg ke buat sementara waktu sebab terlupa kan (ada sesetengah budak gentel hujung baju, tuala dsb). Nanti lama-lama, hilanglah, tak buat dah, kan.

(Ia sama macam gentel hujung baju/tuala. Ia nya adalah something pleasure for them).

– Ia akan makan masa dan tidaklah kita jangka sehari dua ia stop. Cuma teruskan beritahu dan ingatkan sebab dia akan lupa sebab dah biasa dan jadi habit. Macam kita masa tengok movie rasa macam nak kunyah popcorn ke. Atau selepas makan nasi rasa macam nak minum kopi ke.. lama nak stop kecuali ada reason baik punya kan. Hehe.

InsyaAllah ia akan stop nanti. Don’t worry too much, okay.

Come for our training, 5 April, saya akan beri info penuh berkenaan ini. InsyaAllah dalam table, ikut umur. Apa ciri, apa tingkahlaku normal, dan tingkah laku tak normal. Kira boundary la agar jadi garispanduan untuk kita okay.
………………………………………………………

QMN menjemput ibu bapa dan guru di luar sana ke seminar anjuran kami pada 5 April 2015.

Maklumat ada di sini. Tempat adalah terhad.

Atau daftar di sini http://bit.ly/PT05042015

Gaya Parenting, Peringkat Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak dan Identiti Seksual Setelah Dewasa

…………………………………………………………..
‘Sebilah Pisau dan Gadis Kecil’

Saya terkesan dengan kisah ‘sebilah pisau dan gadis kecil’ dalam prakata buku ‘Screaming-Free Parenting’ karya Teguh Iman Perdana (Indonesia diterjemah ke Bahasa Malaysia).

Bapa si anak sudah terbiasa menyelipkan pisau pada pinggangnya. Apabila mengajar si anak, pisau belati masih terselit pada pinggang si ayah. Pisau itu seakan satu nada ancaman kepada anak, sekiranya dia nakal ataupun tidak mengikut kata arahan si ayah.

Kita tertanya-tanya adakah ini kisah fiksyen atau betul kenyataan? Kisah ini memang berlaku. Gadis ini bernama Irshad Manji. Kini gadis berasal dari Uganda berketurunan India ini adalah seorang aktivis gerakan kewanitaan (feminist) yang liberal dan mengaku adalah seorang lesbian. Dia kini menetap di Amerika Syarikat.

Masa kecilnya yang traumatik, serta penuh dengan ancaman dan intimidate, telah membentuk karektor dan peribadi si gadis ini pabila dewasa. Trauma yang dialami ketika bersama bapanya, turut perperanan dalam membentuk perspektif yang keras dan naif kepada agama dan juga kepada dirinya sendiri.

1386145830617
…………………………………………………………………………………………..

Suka saya ingin menambahkan di sini akan pentingnya peranan si ayah kepada anak perempuan dalam peringkat usia emas kanak-kanak 3-6 tahun. Ini kerana pabila saya membaca yang gadis ini menjadi feminist yang liberal (aktivis gerakan kewanitaan) serta mengakui diri lesbian, ia trigger diri saya akan peringkat perkembangan seksualiti Freud.

Ini juga dari pengalaman saya mengendali klien kaunseling sejak tahun 2005 (semasa kaunselor pelatih di sebuah IPTA di KL lagi), saya mendapati trend akan remaja dan awal dewasa yang terperangkap dalam identiti seksual dan tidak mampu menjadi diri wanita atau lelaki yang sejati. Ada beberapa klien saya ini saya dapati tidak mampu menjadi wanita dan lelaki normal seperti rakan lain. Suka kepada sama jantina atau keliru, mahu ‘overprotective’ si adik angkat sama jantina dan tidak mampu menjadi teman lelaki yang sewajarnya kepada teman wanitanya.

Isunya mereka hampir menjadi Homoseksual (sama jantina) dan Biseksual (kedua jantina juga mereka engaged), yang mana orientasi seksualiti ini mula terserlah semasa peringkat remaja hingga dewasa untuk mereka meneroka dan menentukan identiti seksual yang sebenar dan tetap. Namun semasa meneroka orientasi seksual ini, mereka konfius dengan perasaan sendiri.

Walaupun begitu, sebenarnya identiti seksual ini bermula pada peringkat usia 3-6 tahun! Ada saya jelaskan dalam kursus seksualiti kanak-kanak saya baru-baru ini. Di sinilah pertama kali orientasi seksual kepada berlainan jantina (heteroseksual) yang diterima sosial dan agama bermula, dan peribadi serta karektor gender yang sama dipelajari dan dibentuk dalam diri.

image003

Electra complex: Anak perempuan akan sangat admire kepada si bapanya. Bapa adalah hero dan pelindung saya. Ayah pula sangat baik dan layan saya macam princess. Saya sayang ayah saya. Namun saya dapati ibu sangat mesra dan istimewa di tempat dan hati ayah. Saya cemburu. Apa yang istimewanya ibu ya? Mari saya tiru ibu agar saya memenangi hati ayah saya. – maka si kecil ini akan meniru dan bertingkahlaku (copy cat) peranan gender perempuan yang lemah lembut, cantik berhias, penyayang dan kewanitaan / keibuan. Dengan ertikata ibunya adalah positif dan normal ciri kewanitaan nya.

Oedipus Complex: Anak lelaki sangat obses kepada si ibu. Ibu adalah girlfriend saya. Ibulah segalanya. Ibu juga sangat memanjakan saya. Saya sayang ibu saya. Saya cemburu lihat ibu dan ayah punyai hubungan istimewa, tak seperti ibu dan saya. Apa yang menarik si ayah ya? Mari saya tiru gaya ayah. Ayah macho, ayah melindungi dan memastikan keselamatan keluarga, ayah bertanggungjawab. Ayah ketua keluarga. (maka anak lelaki akan meniru karektor pelindung si ayah dan terserlah kelelakian mereka peringkat ini 🙂

Jadinya kisah si gadis Irshad Manji ini, saya tidak tahu di mana peranan ibu (tidak dinyatakan di dalam buku ini). Penerangannya: berkemungkinan besar: saya benci ayah, marah, dendam, sakit hati, sebab ayah sangat mengancam dan tidak benarkan saya silap, saya perlu ikut kata ayah sepenuhnya tanpa boleh luahkan perasaan saya (berkemungkinan besar juga ibunya kurang dominan dan ayah sangat dominan dalam keluarga).

Saya tidak mahu jadi seperti ibu yang lemah. Dewasa, saya mahu pertahankan hak wanita (itu yang jadi aktivis kewanitaan). Berkenaan lesbian, kerana tiada rasa ayah sebagai ‘cinta hati’ pertama saya yang saya sanjung dan sayang, tiada layanan baik dari si ayah untuk saya, maka tiada rasa sayang saya kepada ayah. Malah rasa benci, marah, geram dan dendam tertanam.

Maka agak sukar untuk dia mampu merasai sayang dan mencurahkan kasih sayang kepada lelaki lain pabila dewasa. Biasanya mereka seperti ini ada mencuba (untuk bercinta dengan lelaki), namun kerana pengalaman negatif seterusnya dalam persahabatan dengan lelaki, berjumpa pula dengan lelaki yang keras dan dominan seperti si ayah kandung, membenarkan kepercayaan negatif mereka kepada lelaki.

Juga isu ‘less trust’ (kurang atau tidak percaya) kepada lelaki. Trauma, mereka tidak mampu menjadi wanita normal yang mencintai lelaki dan menjadi wanita biasa yang memainkan peranan gender wanita – menjadi pelengkap kepada hidup seorang lelaki. Mereka ini ada power struggle dalam diri, terperangkap tenagannya dan mahu jadi hero pabila dewasa kerana semasa zaman kanak-kanak tidak mampu pertahankan diri sendiri (“yelah, saya kecil, saya anak, saya kena ikut perintah ayah”).

Sekian serba sedikit perspektif saya tentang isu seksualiti dan peranan keibubapaan. Moga bermanfaat untuk seimbangkan peranan ibu bapa yang positif dan penuh dengan emosi kasih sayang. Kunci segalanya adalah kasih sayang yang sejati dan bijaksana.
………………………………………………………………………………………………………..

Sertai kami dalam seminar Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu pada 5 April 2015 di Puchong, KL. Maklumat lanjut di borang penyertaan dan poster. Harga ‘Early Bird’ hanya RM50 untuk seminar setengah hari (sebelum 15 Mac).

Dan bersambung seminar istimewa di petang hari, Homeschooling berasaskan Juzuk Amma dan Teknik Bercerita kepada Anak, juga RM50 untuk ‘early bird’. Daftar segera ya 🙂

p/s: pakej termasuk minum pagi, petang dan makan tengahari, serta nota

http://bit.ly/PT05042015

Bagaimana Jika Anak Melukis Tidak Sewajar Usianya

Pendidikan dan Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak

Anak Perempuan 7 tahun lukis gambar kahwin-kahwin

Seorang sahabat bertanya kepada saya. Semasa mengemaskan beg anak, beliau terjumpa buku sekolah yang diconteng si anak perempuan usia 7 tahun dengan lukisan gambar kahwin. Gambar kahwin dengan kawan lelaki sekelasnya.

wedding-drawing
Gambar sekadar hiasan

Ibu terkedu dan geram. Geram kerana buku sekolah yang dicontengnya. Terkedu kerana baru darjah satu dan pandai bercinta-cinta. Ibu fikir ini terlalu awal untuk difikirkan, kerana baginya ini masalah ibu dan anak remaja. Rupanya anak darjah satu pun dah hadapi macam ni..

Saya menjawab kepada sahabat saya ini:

Pertama contengan di buku sekolah tu, pejam mata pada kesalahan dan beritahu ‘basic rules’ sahaja (teknik nabi: menerangkan kesalahan/peraturan) – “tidak boleh conteng di buku sekolah, kerana buku sekolah untuk tulis apa diajar cikgu di sekolah. Hanya conteng lukisan sendiri di buku kosong / buku conteng ini, pada waktu senggang sendiri. (untuk ini ibu perlu sediakan satu buku khas untuk menconteng).

Pasal ‘kawen kawen’, normal budak umur 5-6 pun dah ‘pretend play’ main kawen-kawen.  Saya pun ada masa zaman kecil dahulu, haha. Ini kerana usia 2-7 kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi dari pelbagai sumber, dan ‘pretend play’ dari watak / karektor yang dilihat, serta yang diperhati di sekeliling mereka. Contoh pergi kenduri kahwin, kepak kepak kepung (kompang), bersanding, merenjis, berarak dan sebagainya. Belum lagi bab main pedang macam Salahudin dan pakai cantik-cantik macam princess Cinderella ke Frozen ke. Semasa bermain sesama rakan sebaya, mereka akan main subjek atau topik ini. Ia adalah ‘perfectly normal’.

Cumanya yang jadi kemarahan dan kekecewaan sahabat saya ini ialah beliau tidak menjangka sama sekali. Beliau rasa terkejut, dan meletakkan set yang ini isu remaja (lambat lagi), dan bukan peringkat usia anak saya ini. Jadi sahabat saya ini tidak sedia.

Ingat, usia anak 7, tiada perasaan seksualiti seperti remaja yang sebenar, iaitu tertarik secara perasan seksual kepada sahabat gender berlawanan (peringkat Latency). Ini adalah semata-mata manifestasi apa dialami dan dilihat, diterjemahkan melalui lukisan, yang nak dijadikan cerita, ibu dapat tangkap di buku sekolah. Bayangkan jika dia main ‘pretend play’ kawen-kawen masa umur 5-6, dan sahabat saya ini mgkin tidak dapat tangkap si anak, kerana tiada dokumen bukti, seperti buku atau lukisan, kan 🙂

Jadi, gunakan lukisan anak sebagai satu bahan untuk dikomunikasi bersama. Jadi satu ‘tool’. Subjek untuk dibicarakan secara positif. ‘Its Our Special Time, Daughter’.

Pertama terangkan ‘rules’ tadi.

Kedua, borak-borak yang masukkan elemen emosi dalam penceritaan dari gambar dilukis. Ini kerana emosi boleh relate dengan kognitif dan tingkahlaku si anak. Kita nak memahami apa dalam pemikiran si anak.

mother daughter
Special time : Mak-anak perempuan

Anak sahabat saya ni kreatif sebenarnya.

Apa yang dia rasa bila lukis tu. Boring dengan guru ke? Dia suka budak tu ke. Orang usik dia dengan budak tu ke? Dia lukis apa tu sebenarnya. Siapa dalam lukisan tu. Kahwin? Kakak nak kahwin dgn budak lelaki ni? Apa yg kakak suka pasal budak lelaki ni. Pelan-pelan masuk dalam hati dia.

Dengarkan apa anak nak cerita dan ‘view’ dia dahulu, sebelum kita ‘judge’ sesuatu yang melangkaui jangkauan usia si anak. BENARKAN APA DILUKIS ANAK DAN TERIMA VIEW ANAK DULU.

Then masukkan skrip hypnotis APA IBU NAK.

Contoh jika benar si anak mahu kahwin dengan si budak lelaki itu (‘the worse case’, ia mungkin tidak sebegini tahapnya):

“Kakak, kahwin ni orang dah besar. Sebelum kahwin, semua orang pi sekolah, habis belajar, dan jadi apa dia nak atau cita-cita dia, macam bisneswoman ke, buat baju ke, designer ke, doktor ke. Memang ada yang kahwin semasa sedang sekolah, tapi kebanyakannya belum sedia dan matang dan lebih susah untuk dia. Jauh lagi perjalanan kakak.

Kakak akan rajin belajar untuk jadi seseorang yang beri manfaat pada ramai orang. Berkawan adalah okay sayang. Boleh kawan dengan raamai orang. Tak kira lelaki atau perempuan. Bila berkawan, kita rasa seronok dan ada geng. Kawan boleh tolong kita, dan kita tolong kawan. Pilih kawan yang betul. Macam kalau kakak kawan dengan penjual minyak wangi, tempias harum kita dapat, kawan dengan si pembuat besi, bau besi kita dapat juga. Kawan dengan orang yang dengar cikgu cakap masa dalam kelas, kita jadi macam kawan tu. Kawan dengan kawan yang suka main dan buat kerja lain masa cikgu ajar dalam kelas, kita pun akan senang terikut jadi macam tu. Mana satu kakak nak”.

Last, penting sekali ialah refleksi diri, dari mana punca kemarahan dan kekecewaan dalam diri. Biasanya tiada kaitan anak dalam ertikata sebenar. Ia adalah ‘totally’ dari diri kita sendiri. ‘Your expectations shows from your behavior’. Maksud, kita punya tingkahlaku marah tu dari ekspektasi dalam diri (mcm ‘rules’ / ‘belief’ dalam kepala: anak 7 tahun tak tahu apa-apa berkenaan cinta. Cinta paling cepat ialah usia remaja.

(sedangkan sebenarnya di kartun dan tv kita semua dah ada unsur cinta sesama manusia, kan. Tu bahaya tv tu jika tak ditonton bersama anak dan dibetulkan mana yang silap persepsi). Tak terkejut remaja ramai akan ‘cut’ urat nadi dia bila kecewa dengan teman lelaki, atau bunuh diri (ia dari manifestasi bahan akhbar, tv dan internet).

tv1
Apa yang anak tonton dengan fokus, masuk ke pemikiran bawah sedar dia, dan subconcious mind ini sangat powerful

Maksud, peristiwa kejadian anak ini adalah trigger sahaja. Bukan sebab sebenar isu marah kita ni. Setiap ujian anak itu ada hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi kita lebih alert dan sedia bab isu ni, dan lebih rapat dengan anak, kan.

Lindungi Anak-anak Kita dengan Bekalkan Maklumat dan Kemahiran yang Betul

Protect Our Children With The Right Knowledge and Skills

Lindungi Anak-anak Kita dengan Bekalkan Maklumat dan Kemahiran yang Betul

Fitrah dan keperluan semasa kini adalah ibu dan bapa perlu bekerja di luar, kan? Keadaan di luar amat mencabar dan buat kita rasa tidak selamat untuk lepaskan bebas anak-anak bermain sendirian. Hatta, memilih pengasuh dan pusat jagaan serta taska/tadika juga dibuat dengan sangat berhati-hati pada zaman ini.

Alangkah baiknya jika kita dapat buat Homeschooling anak sendiri 🙂 Namun keperluan semasa memaksa untuk kita keluar bekerja kerana faktor ekonomi, ditambah sesetengah wanita memang perlu untuk bekerja di luar bagi memenuhi keperluan tempoh rehat seketika dari kerja rutin rumahtangga serta menyumbang ke dalam sistem masyarakat luar.

Namun jangan disangka ibu surirumah, anak-anak tidak berisiko untuk dicabuli hak mereka. Saya ingat lagi kes yang pernah kami kendali masa zaman kerja NGO dahulu. Ibu surirumah, lalai seketika sahaja semasa menidurkan si anak bayi. Si kakak usia 5 tahun menjadi mangsa penderaan seksual ketika bermain di ruang tangga rumah flat yang kemudiannya di bawah ke rumah kosong di tingkat atas.

Namun ia satu dari banyak kes saya yang lain, yang mana majoriti pelaku adalah dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak dan kita sendiri orang dewasa. Kes atas itu ialah satu sahaja yang dilakukan oleh orang asing. Memang kompleks kesnya kerana kanak-kanak tidak kenal si pelaku, dan sampai ke sudah tidak dapat ditangkap si pelaku.

Jadi, ‘stranger is danger’ sebenarnya sangat tidak relevan diajar kepada anak-anak kita.

Fakta, 85% pelaku dikenali serta dipercayai oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang merupakan sistem sokongan kanak-kanak. Ada ustaz, guru, coach sukan, pengasuh, suami pengasuh, suami pemilik taska, pakcik, atuk, makcik, nenek, ayah tiri, ayah kandung sendiri, dan lain-lain.

Takkan kita nak asingkan anak kita dari orang-orang ini? Mereka sebahagian dari sistem sosial kita. Jadi ‘overprotective’ pula. Ia tidak membantu sama sekali.

Maka, salah satu cara ialah kita melengkapkan diri kita sebagai ibubapa dengan maklumat yang haq, serta kemahiran yang perlu untuk diajar dan dilatih dengan anak-anak kita sendiri.

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh karena itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”.
(An Nisa 4: 9)

“Bertaqwa” dan “Ucapkan perkataan yang benar”. Semoga dapat saya kupas hal ini di lain entri.

Mari sertai kami dalam slot pendedahan awal mengenai isu seksualiti kanak-kanak (keperluan perkembangan seksualiti kanak-kanak) dan mengetahui komponen perlindungan berkaitan ini. Ia mampu menjadi perisai kepada anak-anak seperti juga kita bekalkan dengan kemahiran taekwando dan pertahanan diri lain, serta makanan berzat serta pelbagai vitamin untuk melawan virus penyakit 😀

10923323_10204424862394001_2702680295253709257_n

Cuma nya, saya nak beritahu, jika kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran pertahanan diri (self defense skill), namun estim diri (penghargaan kendiri, keyakinan diri) tiada atau rendah, memang ia tidak berguna ketika berlaku sesuatu tidak selamat kepada anak-anak ini.

Asasnya adalah estim diri. Keyakinan diri. Harga diri. ‘Saya penting’, ‘Saya perlu jaga badan saya’, ‘Saya perlu beritahu dengan tegas jika saya tidak suka atau tidak selesa dengan sentuhan ini’. Ini semua akan dikupas teknik asasnya dalam perkongsian saya nanti 🙂

 

Terhad kepada 40 tempat sahaja.
Boleh hubungi sahabat penganjur Puan Siti Mashitah Bte Sarif dan Puan Farahliza seperti di dalam poster di atas untuk sebarang pertanyaan.

Ajarkan Nama Bahagian Sulit Yang Betul Kepada Anak Sedari Awal

Part 1: Ajarkan Nama Bahagian Sulit Yang Betul Kepada Anak Sedari Awal.

Persoalan bila?

🙂 Saya biasa menjawab, seawal mugkin. Pabila ibu/bapa mula perkenalkan nama benda kepada anak. Jika umur setahun, setahun lah.

Yang saya nampak ‘indirectly’ dari ayat AlQ Al Baqarah 2: 30-33.

Nabi Adam. Masa mula-mula dijadikan Allah. Allah ajarkan nama-nama (benda) seluruhnya di bumi. Bukan sebahagiannya.

Anak. Masa mula-mula nak ajar perkataan/ nama badan, ajar semua, jangan skip. Bukan sebahagian sahaja.

Perasan tak lagu “head & shoulders knees and toes”.

Skip nama bahagian badan sulit. Lepas bahu terus lutut. ‘In between’ tu tiada nama ke?

Sebab tu sebaik saya mula mengajar nama anggota badan kepada anakanda Fateh, memang saya ajar 5 bahagian sulit tu. Fateh tahu.

Pergi rumah pengasuh, dia belajar sebut lain. Macam buah dada dia panggil nenen  (sejak pandai sebut setahun awal) atau semalam saya dengar frasa lain (‘kucing menetek’), dan agak selalu zakar dia panggil ‘kote’ (dia akan sebut sambil senyum, maknanya dia mahu lihat respon saya). Saya minta Fateh ulang nama sebenar yang saya ajar, dia senyum. Dia tau. Tapi kita muka biasa aja, kita tau, dia tau, dan kita tak perlu marah atau malu. Teruskan beritau dan gunakan nama betul di tempat yang betul.

Modul yang kami ajar, ajar nama betul. Saintifik. Sebab nama itu nama betul dan indah. Apa nak malu? Anak akan konfius kalau ibubapa dan guru yang malu-malu sebut. Malahan nama faraj dan zakar dipanggil alat kemaluan. Tak pakai seluar, ee malu, malu.

Bila malu (orang dewasa malu, kanak-kanak rasa malu dan ‘associate’ alat kemaluan dengan malu), kalau la (Nauzubillah) berlaku sentuhan x selamat di bahagian sulit badan, dikhuatiri dan biasanya memang anak akan malu, susah nak beritau.

Contoh nama adik ialah Adam. Sedap, kan. Ada makna lagi. Orang panggil adik nama lain macam bulat / hitam / bobot/ dll. Apa perasaan adik? Sedih dan marah, kan. Nama yang tidak betul di tempat yang betul.

Kelakarnya, ada satu kali ni, lepas belajar nama betul, kanak-kanak di satu sekolah di KL ni, main lawan-lawan sepak-sepak, sambil sebut “zakar kau!”. Nama yang betul di tempat yang tak betul. Saya betulkan segera adik-adik itu. Mereka akur. ‘Just’ suka-suka sebab baru belajar benda baru. Gamaknya sebelum ni mereka biasa sebut ‘perkataan lain’ la tu.

Jadi alangkah baiknya nama yang betul di tempat yang betul.

Malahan nama panggilan lain badan sulit yang kami dapat dari kanak-kanak adalah merujuk kepada nama benda lain. Macam karipap, nasi lemak, sotong, pant…t, puk…mak, lubang itam, bunga, lancau dll. Kan nama lain tu. Malah nama lain tu memang merujuk betul-betul nama lain macam karipap, bunga dan nasi lemak. Manakala nama lain mencarut lain tu tidak kena pada tempatnya. Ia digunakan semasa rasa marah sangat. Tu yang sambil marah sebut nama ‘zakar’ pula 🙂 Jadi perlu education berterusan. Pabila ditanya, dari mana dapat perkataan ni? Dari orang dewasa semasa mereka bergaduh 🙁

Jadi budak tak tahu, tak faham dan seronok guna nama lain. Satu sebab orang dewasa nak ‘cover’. Jadi penggunaan nama betul di tempat yang salah. Kedua kalau berlaku sentuhan tidak selamat, respon pertama org dewasa akan tidak ‘urgent’ dan ‘responsive’. Dan bila berjumpa doktor bila sakit di bahagian sulit, kan bangga tu menyebut nama saintifik anatomi bahagian badan, berbanding menyebut nama lain yang macam-macam tu.

Contoh. “Mak, tadi ada orang sentuh bunga kakak”. Mak yang sedang sibuk di sinki akan menjawab, “Alah, bunga kan banyak, tak apa. Biarla org nak petik pun..”.

Seterusnya atas dasar respon pertama kurang memberangsangkan, anak akan mula tidak beritahu lagi. ‘Asking for Help / Telling Skill’ pun ada dalam modul yang kami ajar kanak-kanak dahulu. Punya la perlunya ajar walau benda kecil (namun besar) macam ni.

Maka gunalah nama sebenar pabila merujuk kepada bahagian sulit, ya para ibubapa 🙂 Dan sebut dengan wajah bangga dan penuh respect.

Kerana kita hormat anugerah dan amanah Allah, badan kita sendiri. Sama seperti kita memanggil nama anak yang ada makna dalam itu dengan baik..

 

….Bersambung