Bayi Kuning dan Pemakanan Sunnah

Khairunnisa, Day 7, 16 Februari 2015

 

Alhamdulillah

Pagi tadi pertama kali cek kuning untuk anakanda solehah Khairunnisa’. Hari ke7. Orang sebelah bayinya hari ke-3, bilirubinnya dah naik dari 10 ke 12 hari ni. Saya sedikit lambat cek, dan sedikit risau.

Syukur pada Allah, bacaan 7.4. Akan perlu ulang dua hari lagi untuk pastikan tiada kuning. Malah ramai kata tak ada ni sebab dia sentiasa pinky pinky ^_^

Faham, kuning bukan satu masalah, tapi proses pematangan hati memproses darah. Namun sedikit terkesan dengan pengalaman anakanda soleh Fateh yang kuning tinggi hingga 343 dan perlu warded.

Risiko kami tinggi sebab kedua suami isteri darah O+, begitu juga anakanda. Masa tu lebih teruji lagi sebab Fateh ada cephalohematoma (salur darah kepala pecah, benjol sebelah, benjol yang mengandungi banyak darah). Hanya dengan susu ibu dan akhirnya sengkuang cina, hari ke-22 kelahiran, Fateh off dari kuning. Kategori prolong Jaundice. Itupun doktor expect sebulan lebih sebab benjol nya besar..

Untuk anakanda solehah, mungkin kerana pemakanan sunnah? Wallahualam.

Ada yang bertanya, saya berkongsi sedikit gaya saya. Walau saya rasa ramai yang telah lalui dengan lebih baik dari saya.

*Habbatus sauda (tidak semua orang dan badan sesuai), saya amalkan sejak kandungan menghampiri 6 bulan hingga usia 36 minggu – saya stop. Kata sahabat alam maya mentor kehamilan saya puan Fadillah, habbatussauda bersifat hyper, nanti penat hati nak bekerja. Maka saya stop masa week 36. (sebenarnya masa conceive anakanda solehah ini, saya tengah amal minum kopi habbatussauda agri lagi hehe).

habbatussauda
Seorang sahabat dapat ambil order dari sahabat di Arab

* susu kambing. Sama macam zaman mengandung Fateh, saya x amalkan susu moden ibu mengandung. Hanya susu kambing HiGoat dan kemudiannya di akhir kehamilan berjumpa jenama satu lagi di kedai makanan sunnah. HiGoat pada saya lebih baik sebab tak da krimer dan 100% serbuk susu kambing. Selain itu, susu full cream dan fresh milk di mana-mana sempat beli dan minum.

* Pevoo memang amalkan sejak Fateh berusia 11 bulan sebab dia campak kecil masa tu. Beri dia makan dan dia sihat kuat sampai sekarang. Saya amalkan untuk diri semasa mengandung dengan berjimat cermat (hehe) dan di hujung kehamilan, saya kerapkan dua kali sebelum tidur dan bangun pagi subuh tu. Sampai di hujung saya consume 2 sudu makan sekali makan. Kemudian bertukar ke EVOO sebab cepat sangat habis. Mana2 evoo yang kualiti pun ok.

* Delima Tayyoob sahabat wangi siti aisyah ni memang best dan sy amalkan konsisten terus dari sudu, makan pagi dan malam.

* kurma maryam, sedikit mahal namun tidak manis gula dan sedap, saya amalkan dengan ada stok sentiasa, namun tidak rajin mengunyah sebab bila makan saya kenyang dan x makan nasi dah, hehe. Tapi sentiasa pastikan ada stok. Dalam perjalanan ke HKL tempoh hari duk makan itu saja.

* Air masak banyak gelas di awal pagi sebelum mandi dan gosok gigi. MInum sikit sikit dan jadi biasa dalam 2-3 mug. Asalnya sebab ada GDM masa hujung kehamilan Fateh 37 wk dan gula puasa selalu 5.2 (tak puas hati nak 4 lebih jugak). Syukur MGTT dua kali masa mengandung Nisa’, sangat cantik bacaannya 4.6 – 6.5 dan kali kedua 28 minggu 4.0 – 5.6 : MGTT ke-2 ni lepas makan kapsul Habbatussauda, hehe. Saya rasa badan saya memang serasi dengan Habbatussauda ini. Dan HB saya jadi atas 11 selepas habbatussauda juga, sebelum tu 10+ kena bising gak la walau 10+)

Semoga bermanfaat 🙂