Bagaimana Mengurangkan Stres Kanak-kanak dengan ‘Free Play’

201 total views, 6 views today

(Untuk kes weekend seharian dgn anak, hehe).

Antaranya adakan jadual harian.

Sama macam kita ada jadual menu mingguan. Bila dah tau nak masak apa dan apa, kita pun kurang stres, kan.

Ibubapa pun akan kurg stress bila dah ada jadual untuk anak. Sbb tau nak buat apa dgn anak pasni pasni. Bab home scholing la kan. Art, memasak, bermain basikal, tidur, makan bersama, dll. Dan anak juga akan lebih tenang dan kurang stres bila tahu lepas ni nak buat apa, apa, dan nak pergi mana. Ingat lagi cerita ntv7 dulu Rescue Nanny, dia bantu adakan jadual rutin dari bangun pagi ke tidur, anak2 itu lebih menurut kata dan kurang buat perangai.

Hari ni tolong bancuh pankek dan makan sapu coklat sendiri
Hari ni tolong bancuh pankek dan makan sapu coklat sendiri

Rakan sy mula adakan jadual anak untuk mengaji, dari pagi bangun subuh dan lepas kerja, jadinya lama2 anak lebih menurut jadual itu sebab dah rutin, dan lebih selesa.

Digalakkan tidur awl dan bangun awal. Utk latih mereka nanti nak ke sekolah formal nanti, kan kul 7 pagi dah nak sampai ke sekolah kan? Jika tak latih dari sekarang kelak kita la yang berperang waktu pagi nak ngejutkan ditambah nak siap diri sendiri lagi. Bab ‘body clock’ – badan imun dengan sistem jadual tubuh, tidur.

“FREE PLAY”

Selain jadual, wajibkan aktvt outdoor yang melibatkan persekitaran nature spt padang dan playground untuk anak-anak, ditemani ibu/bapa. Sekurangnya 3x smnggu. Mcm org dewasa, aktvt fizikal 20 min x 3 kali smnggu, kan untuk ‘healthy living lifestyle’. Sama dengan kanak2. Sbb hormon oxytocin kluar masa petang chy matahari tu. Ia adalah hormon antistress. Dpt 1/2 jam ke 45 min ok la.

Parents yang busy keje weekdays, blh try weekend. Contoh pagi sbtu dan ahd petang ke. Terpulang la pada kesesuaian aktiviti keluarga itu.

Permainan lepas bebas berpusatkan kanak-kanak (child centered), beza dengan aktiviti berpusatkan orang dewasa seperti berziarah ke rumah kawan kita, ke kursus kita, ke mana2 kerana aktiviti kita yg kita bawa anak, dan beza dengan permainan berstruktur yang ada games rules.

Sbb mrk perlu lepaskan energy seharian mrk berada di sistem rumah/taska/nurseri/sekolah, yang sistem bermain nya mungkin tak sama dengan apa yang kita nak beri kepada anak-anak.

Semua tempat tu ada ‘kotak’, perasan tak. Ruang tamu besar ni berapa kali berapa meter. Lari x boleh senonong nanti langgar kerusi dsb. Ada banyak rules.. Beza dengan padang dan playground adalah lepas bebas jenis ruangnya.

Juga play boleh create bonding with parent/s semasa special time-play tu.

Hmm..bila kita pnuhi kpluan asas anak (selain mkn mnum,) bermain yang ‘wajibul ghunnah’ utk knk2, kanak-kanak akan lebih mendengar kata sebab dapat apa yang dia nak. Ia adalah percuma, hanya provide masa berkualiti sahaja. Playground kebanyakannya x perlu bayar, kan?

10334245_10203613983442534_6374478458403151931_n
Melihat kemampuan si ayah
10698532_10203613984402558_3468826231594078198_n
Kemudian dia pastinya mahu mencuba pula 🙂

Sebab nature mrk mmg perlukan play. Ia adalah bahasa kanak-kanak. Rasulullah pun bermain dgn anak / cucu dia kan. So masa play tu jika boleh kita perlu sama level dengan kanak2, bermain berlari berguling bersama (hehehe, bab ni mencabar skit kan sebab org dewasa lama dah tak bermain di atas tanah).

Atau biarkan mereka bermain dengan rakan-rakan awam mereka dan kita jd pemerhati bebas utk pastikan mereka selamat. Mereka belajar berkongsi dan bergilir bermain alat permainan. Juga meningkatkan kemahiran komunikasi sosial mereka.

Mcm sy sedikit malas (errrkk) nk g bawa padang hr ni wlu Fateh request nak ke padang.. Sian dia.

Siap begini skrip dia (ayat dia):- Ateh nak g padang. Ateh nak main ngan kawan. Nak main ngan kakak balqis (dll). Mami kawan kat keje. Ateh kawan kat padang. (Saya smbung tnya, Ayah?) Dia jwb ayah kawan kat kebun. Ateh kawan kat padang (dia repeat lagi).

(Means dia sdg suarakan hak kebebasan dia bersuara dan hak perkembangan sosio-emosi dia).

Hak knk2 ada 4:

*Survival (cth: mkn minum, tmpt tinggal untuk berlindung dari pns hujan, dan untuk tidur, pakaian bagi melindungi badan dari cuaca, dan ubat bila sakit untuk sihat/sembuh)

**Perkembangan / development (kognitif: education mcm sekolah, ajar ngaji, alq, arts dll, social: friends, main, sekolah; emotional, spiritual — semuanya utk memenuhi kepluan pkmbgn kanak2 holistik mereka)

***Perlindungan / protection – dari bahaya, dari penderaan: fizikal, emosi, seksual, pengabaian, eksploitasi kena jd pekerja bwh umur dsb..

****Penglibatan / Participation (contoh penglibatan adalah hak bersuara-pendapat diambil kira dlm kputusan kluarga. Cth hr ni kita nak jalan ke mana. Nak mkn apa ya. Nk pindah rumah ke dsb ok ke.., juga mereka ada hak untuk pendapat/diminta izin pabila guru menggunakan kanak2 untuk persembahan pentas dsb.

So sbb xkluar, sy main pretend play dan game aja kat rumah. Byk idea dia dan saya. Dia sgt kreatif dalam social dan play. Sbb maknya dlm bidang ni kot. Ada aja ideanya blh jd bahan mainan kami. Mak kena sporting bab ni.

Pretend play dia bab menjual beli makanan, bawa kereta tunggangan dia, pergi isi minyak la, beli yogurt (mcm saya belikan utk dia bila ke petrol station isi minyak kereta), pump angin tayar kereta dia la, tali skipping ikat kat kereta dia dan main tarik tolak, dan macam2…

Seronoknya juga sebenarnya kita boleh lihat dan tahu apa pengalaman dia. Dlm kes ni, play theme dia berbentuk aksi dan kawalan diri. Kawal ‘haiwan tuggangan’ dia dan tunjukkan ‘power’ dalam tindakan dan keputusan dia. Selama ni dia duduk dalam ‘carseat’ dan perhati kita pump angin tayar dan belikan dia yogurt dlm petrol station tu, kini semuanya 100% dia buat, saya seolah jadi penumpag dia (walau x muat duduk dalam kereta tunggangan dia, duduk luar kereta dia aja). Memang cute betul laaaa haha.

Message : Let’s Play with our own children.

Facebook Comments