Bagaimana Jika Anak Melukis Tidak Sewajar Usianya

Pendidikan dan Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak

Anak Perempuan 7 tahun lukis gambar kahwin-kahwin

Seorang sahabat bertanya kepada saya. Semasa mengemaskan beg anak, beliau terjumpa buku sekolah yang diconteng si anak perempuan usia 7 tahun dengan lukisan gambar kahwin. Gambar kahwin dengan kawan lelaki sekelasnya.

wedding-drawing
Gambar sekadar hiasan

Ibu terkedu dan geram. Geram kerana buku sekolah yang dicontengnya. Terkedu kerana baru darjah satu dan pandai bercinta-cinta. Ibu fikir ini terlalu awal untuk difikirkan, kerana baginya ini masalah ibu dan anak remaja. Rupanya anak darjah satu pun dah hadapi macam ni..

Saya menjawab kepada sahabat saya ini:

Pertama contengan di buku sekolah tu, pejam mata pada kesalahan dan beritahu ‘basic rules’ sahaja (teknik nabi: menerangkan kesalahan/peraturan) – “tidak boleh conteng di buku sekolah, kerana buku sekolah untuk tulis apa diajar cikgu di sekolah. Hanya conteng lukisan sendiri di buku kosong / buku conteng ini, pada waktu senggang sendiri. (untuk ini ibu perlu sediakan satu buku khas untuk menconteng).

Pasal ‘kawen kawen’, normal budak umur 5-6 pun dah ‘pretend play’ main kawen-kawen.  Saya pun ada masa zaman kecil dahulu, haha. Ini kerana usia 2-7 kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi dari pelbagai sumber, dan ‘pretend play’ dari watak / karektor yang dilihat, serta yang diperhati di sekeliling mereka. Contoh pergi kenduri kahwin, kepak kepak kepung (kompang), bersanding, merenjis, berarak dan sebagainya. Belum lagi bab main pedang macam Salahudin dan pakai cantik-cantik macam princess Cinderella ke Frozen ke. Semasa bermain sesama rakan sebaya, mereka akan main subjek atau topik ini. Ia adalah ‘perfectly normal’.

Cumanya yang jadi kemarahan dan kekecewaan sahabat saya ini ialah beliau tidak menjangka sama sekali. Beliau rasa terkejut, dan meletakkan set yang ini isu remaja (lambat lagi), dan bukan peringkat usia anak saya ini. Jadi sahabat saya ini tidak sedia.

Ingat, usia anak 7, tiada perasaan seksualiti seperti remaja yang sebenar, iaitu tertarik secara perasan seksual kepada sahabat gender berlawanan (peringkat Latency). Ini adalah semata-mata manifestasi apa dialami dan dilihat, diterjemahkan melalui lukisan, yang nak dijadikan cerita, ibu dapat tangkap di buku sekolah. Bayangkan jika dia main ‘pretend play’ kawen-kawen masa umur 5-6, dan sahabat saya ini mgkin tidak dapat tangkap si anak, kerana tiada dokumen bukti, seperti buku atau lukisan, kan 🙂

Jadi, gunakan lukisan anak sebagai satu bahan untuk dikomunikasi bersama. Jadi satu ‘tool’. Subjek untuk dibicarakan secara positif. ‘Its Our Special Time, Daughter’.

Pertama terangkan ‘rules’ tadi.

Kedua, borak-borak yang masukkan elemen emosi dalam penceritaan dari gambar dilukis. Ini kerana emosi boleh relate dengan kognitif dan tingkahlaku si anak. Kita nak memahami apa dalam pemikiran si anak.

mother daughter
Special time : Mak-anak perempuan

Anak sahabat saya ni kreatif sebenarnya.

Apa yang dia rasa bila lukis tu. Boring dengan guru ke? Dia suka budak tu ke. Orang usik dia dengan budak tu ke? Dia lukis apa tu sebenarnya. Siapa dalam lukisan tu. Kahwin? Kakak nak kahwin dgn budak lelaki ni? Apa yg kakak suka pasal budak lelaki ni. Pelan-pelan masuk dalam hati dia.

Dengarkan apa anak nak cerita dan ‘view’ dia dahulu, sebelum kita ‘judge’ sesuatu yang melangkaui jangkauan usia si anak. BENARKAN APA DILUKIS ANAK DAN TERIMA VIEW ANAK DULU.

Then masukkan skrip hypnotis APA IBU NAK.

Contoh jika benar si anak mahu kahwin dengan si budak lelaki itu (‘the worse case’, ia mungkin tidak sebegini tahapnya):

“Kakak, kahwin ni orang dah besar. Sebelum kahwin, semua orang pi sekolah, habis belajar, dan jadi apa dia nak atau cita-cita dia, macam bisneswoman ke, buat baju ke, designer ke, doktor ke. Memang ada yang kahwin semasa sedang sekolah, tapi kebanyakannya belum sedia dan matang dan lebih susah untuk dia. Jauh lagi perjalanan kakak.

Kakak akan rajin belajar untuk jadi seseorang yang beri manfaat pada ramai orang. Berkawan adalah okay sayang. Boleh kawan dengan raamai orang. Tak kira lelaki atau perempuan. Bila berkawan, kita rasa seronok dan ada geng. Kawan boleh tolong kita, dan kita tolong kawan. Pilih kawan yang betul. Macam kalau kakak kawan dengan penjual minyak wangi, tempias harum kita dapat, kawan dengan si pembuat besi, bau besi kita dapat juga. Kawan dengan orang yang dengar cikgu cakap masa dalam kelas, kita jadi macam kawan tu. Kawan dengan kawan yang suka main dan buat kerja lain masa cikgu ajar dalam kelas, kita pun akan senang terikut jadi macam tu. Mana satu kakak nak”.

Last, penting sekali ialah refleksi diri, dari mana punca kemarahan dan kekecewaan dalam diri. Biasanya tiada kaitan anak dalam ertikata sebenar. Ia adalah ‘totally’ dari diri kita sendiri. ‘Your expectations shows from your behavior’. Maksud, kita punya tingkahlaku marah tu dari ekspektasi dalam diri (mcm ‘rules’ / ‘belief’ dalam kepala: anak 7 tahun tak tahu apa-apa berkenaan cinta. Cinta paling cepat ialah usia remaja.

(sedangkan sebenarnya di kartun dan tv kita semua dah ada unsur cinta sesama manusia, kan. Tu bahaya tv tu jika tak ditonton bersama anak dan dibetulkan mana yang silap persepsi). Tak terkejut remaja ramai akan ‘cut’ urat nadi dia bila kecewa dengan teman lelaki, atau bunuh diri (ia dari manifestasi bahan akhbar, tv dan internet).

tv1
Apa yang anak tonton dengan fokus, masuk ke pemikiran bawah sedar dia, dan subconcious mind ini sangat powerful

Maksud, peristiwa kejadian anak ini adalah trigger sahaja. Bukan sebab sebenar isu marah kita ni. Setiap ujian anak itu ada hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi kita lebih alert dan sedia bab isu ni, dan lebih rapat dengan anak, kan.