Ajarkan Nama Bahagian Sulit Yang Betul Kepada Anak Sedari Awal

294 total views, 3 views today

Part 1: Ajarkan Nama Bahagian Sulit Yang Betul Kepada Anak Sedari Awal.

Persoalan bila?

🙂 Saya biasa menjawab, seawal mugkin. Pabila ibu/bapa mula perkenalkan nama benda kepada anak. Jika umur setahun, setahun lah.

Yang saya nampak ‘indirectly’ dari ayat AlQ Al Baqarah 2: 30-33.

Nabi Adam. Masa mula-mula dijadikan Allah. Allah ajarkan nama-nama (benda) seluruhnya di bumi. Bukan sebahagiannya.

Anak. Masa mula-mula nak ajar perkataan/ nama badan, ajar semua, jangan skip. Bukan sebahagian sahaja.

Perasan tak lagu “head & shoulders knees and toes”.

Skip nama bahagian badan sulit. Lepas bahu terus lutut. ‘In between’ tu tiada nama ke?

Sebab tu sebaik saya mula mengajar nama anggota badan kepada anakanda Fateh, memang saya ajar 5 bahagian sulit tu. Fateh tahu.

Pergi rumah pengasuh, dia belajar sebut lain. Macam buah dada dia panggil nenen  (sejak pandai sebut setahun awal) atau semalam saya dengar frasa lain (‘kucing menetek’), dan agak selalu zakar dia panggil ‘kote’ (dia akan sebut sambil senyum, maknanya dia mahu lihat respon saya). Saya minta Fateh ulang nama sebenar yang saya ajar, dia senyum. Dia tau. Tapi kita muka biasa aja, kita tau, dia tau, dan kita tak perlu marah atau malu. Teruskan beritau dan gunakan nama betul di tempat yang betul.

Modul yang kami ajar, ajar nama betul. Saintifik. Sebab nama itu nama betul dan indah. Apa nak malu? Anak akan konfius kalau ibubapa dan guru yang malu-malu sebut. Malahan nama faraj dan zakar dipanggil alat kemaluan. Tak pakai seluar, ee malu, malu.

Bila malu (orang dewasa malu, kanak-kanak rasa malu dan ‘associate’ alat kemaluan dengan malu), kalau la (Nauzubillah) berlaku sentuhan x selamat di bahagian sulit badan, dikhuatiri dan biasanya memang anak akan malu, susah nak beritau.

Contoh nama adik ialah Adam. Sedap, kan. Ada makna lagi. Orang panggil adik nama lain macam bulat / hitam / bobot/ dll. Apa perasaan adik? Sedih dan marah, kan. Nama yang tidak betul di tempat yang betul.

Kelakarnya, ada satu kali ni, lepas belajar nama betul, kanak-kanak di satu sekolah di KL ni, main lawan-lawan sepak-sepak, sambil sebut “zakar kau!”. Nama yang betul di tempat yang tak betul. Saya betulkan segera adik-adik itu. Mereka akur. ‘Just’ suka-suka sebab baru belajar benda baru. Gamaknya sebelum ni mereka biasa sebut ‘perkataan lain’ la tu.

Jadi alangkah baiknya nama yang betul di tempat yang betul.

Malahan nama panggilan lain badan sulit yang kami dapat dari kanak-kanak adalah merujuk kepada nama benda lain. Macam karipap, nasi lemak, sotong, pant…t, puk…mak, lubang itam, bunga, lancau dll. Kan nama lain tu. Malah nama lain tu memang merujuk betul-betul nama lain macam karipap, bunga dan nasi lemak. Manakala nama lain mencarut lain tu tidak kena pada tempatnya. Ia digunakan semasa rasa marah sangat. Tu yang sambil marah sebut nama ‘zakar’ pula 🙂 Jadi perlu education berterusan. Pabila ditanya, dari mana dapat perkataan ni? Dari orang dewasa semasa mereka bergaduh 🙁

Jadi budak tak tahu, tak faham dan seronok guna nama lain. Satu sebab orang dewasa nak ‘cover’. Jadi penggunaan nama betul di tempat yang salah. Kedua kalau berlaku sentuhan tidak selamat, respon pertama org dewasa akan tidak ‘urgent’ dan ‘responsive’. Dan bila berjumpa doktor bila sakit di bahagian sulit, kan bangga tu menyebut nama saintifik anatomi bahagian badan, berbanding menyebut nama lain yang macam-macam tu.

Contoh. “Mak, tadi ada orang sentuh bunga kakak”. Mak yang sedang sibuk di sinki akan menjawab, “Alah, bunga kan banyak, tak apa. Biarla org nak petik pun..”.

Seterusnya atas dasar respon pertama kurang memberangsangkan, anak akan mula tidak beritahu lagi. ‘Asking for Help / Telling Skill’ pun ada dalam modul yang kami ajar kanak-kanak dahulu. Punya la perlunya ajar walau benda kecil (namun besar) macam ni.

Maka gunalah nama sebenar pabila merujuk kepada bahagian sulit, ya para ibubapa 🙂 Dan sebut dengan wajah bangga dan penuh respect.

Kerana kita hormat anugerah dan amanah Allah, badan kita sendiri. Sama seperti kita memanggil nama anak yang ada makna dalam itu dengan baik..

 

….Bersambung

Facebook Comments