Adakah Anak Menyentuh Genital Normal???

Adakah Anak Menyentuh Genital Normal???

Puan Maznah ditanya soalan ini semalam. Beliau sudi berkongsi dengan kita semua akan sedikit info dan tips bagi kes ini. Kami yakin ramai di luar sana hadapi perkara sebegini.

Soalan:

Salam puan, anak saya lelaki, 5 tahun, selalu pegang genital dia. Especially time menyusu, time santai2 tengok tv, seolah2 dia ralit.

Jawapan:

Salam puan.

Ia adalah perfectly normal. Iaitu menyentuh genital sendiri waktu santai mcm tu. Puan jangan risau sangat ya.

Yang tak normal ialah:

– bila dia terlalu buat benda tu sampai tak buat benda lain macam main bola sepak, berbasikal kegemaran dia dsb.

– bila dia buat di tempat public macam kat sekolah, play ground dll, secara excessive (berlebihan)

– bila dia tak stop walau puan dah beritahu dia agar stop

Jadi, apa yang puan boleh buat ialah:

– keep on telling him the touching rules:

– tidak boleh sentuh bahagian sulit kecuali untuk tujuan kesihatan dan kebersihan.

– contoh kebersihan, sentuh bahagian sulit badan masa nak bersihkan bahagian sulit selepas buang air kecil dan besar sendiri, tujuan sebab nak bersihkan lah.

– contoh kesihatan macam sapu ubat ke bahagian sulit itu jika sakit dsb atau bila jumpa doktor sebab sakit bahagian tu, dan doktor akan pegang sebab nak periksa, tupun dengan kehadiran ibu/bapa dan atau nurse, maksud bukan berdua sahaja dengan doktor.

– Selain tu, boleh beritahu anak :- mama tau abang rasa selesa bila pegang zakar abang, tapi kan bang, ia kurang elok dipandang orang. Macam mama tak apa la, faham abang. Orang lain? Mama tak mau abang ditertawakan orang luar yang tak faham.

Alternatif, abang boleh pegang hujung baju abg ke buat sementara waktu sebab terlupa kan (ada sesetengah budak gentel hujung baju, tuala dsb). Nanti lama-lama, hilanglah, tak buat dah, kan.

(Ia sama macam gentel hujung baju/tuala. Ia nya adalah something pleasure for them).

– Ia akan makan masa dan tidaklah kita jangka sehari dua ia stop. Cuma teruskan beritahu dan ingatkan sebab dia akan lupa sebab dah biasa dan jadi habit. Macam kita masa tengok movie rasa macam nak kunyah popcorn ke. Atau selepas makan nasi rasa macam nak minum kopi ke.. lama nak stop kecuali ada reason baik punya kan. Hehe.

InsyaAllah ia akan stop nanti. Don’t worry too much, okay.

Come for our training, 5 April, saya akan beri info penuh berkenaan ini. InsyaAllah dalam table, ikut umur. Apa ciri, apa tingkahlaku normal, dan tingkah laku tak normal. Kira boundary la agar jadi garispanduan untuk kita okay.
………………………………………………………

QMN menjemput ibu bapa dan guru di luar sana ke seminar anjuran kami pada 5 April 2015.

Maklumat ada di sini. Tempat adalah terhad.

Atau daftar di sini http://bit.ly/PT05042015