ACEs & Emotional Neglect ialah faktor yang kerap membuat ibu bapa mudah “trigger” emosi; artikel ini menerangkan punca, contoh situasi harian dan strategi praktikal untuk break the cycle. Trauma zaman kanak-kanak yang tidak disedari sering menjadi punca utama trigger emosi ibu bapa hari ini.
Kitaran yang Berulang: Dari Ibu Ayah ke Diri Kita Hari Ini

Ramai ibu bapa sedar bahawa cara mereka mendidik anak-anak hari ini tidak lari jauh daripada cara mereka dibesarkan dahulu. Contohnya, ada yang marah anak dengan nada tinggi atau kasar, kemudian baru terfikir, “Eh, ini sama seperti cara ayah atau ibu marah saya dulu.”
Ini dipanggil ulang kitaran (cycle parenting). Kadang-kadang kita sedar, kadang-kadang tidak. Inilah kesan trauma zaman kanak-kanak (ACEs) yang terbawa ke dalam cara kita mengurus emosi.
‘Emotional Neglect’: Luka yang Senyap Tapi Dalam
Salah satu Adverse Childhood Experiences (ACEs) ialah emotional neglect → perasaan tidak disayangi, tidak diberi perhatian, atau tidak divalidasi oleh ibu bapa.
Masalahnya, kerana ia “tidak nampak” (tidak seperti pukulan atau jeritan), ramai yang tidak sedar bahawa pengalaman itu sebenarnya membentuk diri mereka hari ini. Bila dewasa, kesan ini boleh muncul dalam bentuk sensitiviti terhadap orang yang paling dekat: pasangan hidup atau majikan.
Kajian terkini juga menunjukkan bahawa jika pengalaman awal kanak-kanak dibaiki, kesan jangka panjang seperti kemurungan dewasa dapat dikurangkan dengan signifikan. 👉 Baca kajian penuh di sini.
Autoriti yang Berubah, Tapi Pola Sama
Masa kecil, autoriti terbesar adalah ibu bapa. Bila dewasa, autoriti itu berubah, sama ada bos di tempat kerja, atau pasangan hidup sendiri.
Kalau luka lama tidak disedari, pola perasaan dan reaksi lama boleh muncul semula: rasa tidak dihargai, tidak dipedulikan, atau tidak disayangi.
Contoh Situasi Seharian (Trigger Emosi Ibu Bapa & Pasangan)
- Anak lambat membacaIbu atau ayah cepat marah, kerana dulu bila mereka lambat belajar, mereka juga dimarahi. Trauma lama itu berulang dalam bentuk tekanan kepada anak.
- Anak buat silap kecilKesalahan kecil jadi besar, sebab waktu kecil dulu, mereka juga ditekan untuk “jangan buat silap langsung.” Maka, mereka ulang corak yang sama.
- Kerja rumah tidak habis-habisSeorang isteri penat dengan kerja rumah, tapi tidak divalidasi oleh ibu bapanya sejak kecil. Kini bila pasangan tidak membantu atau tidak prihatin, luka lama itu terbuka semula.
- Suami rasa tidak dihargaiSeorang suami yang masa kecilnya jarang dipuji atau disokong, jadi lebih sensitif bila isterinya nampak tidak menghargai usahanya.
- Di tempat kerjaPekerja yang dulu selalu dibandingkan dengan adik-beradik, kini lebih mudah triggered bila bos kritik, walaupun secara membina.
Jalan Keluar: Kesedaran & Repair
Berita baiknya, cycle trauma ini boleh dihentikan. Kuncinya adalah kesedaran. Bila kita mula nampak kaitan antara luka lama dengan reaksi kita hari ini, barulah kita boleh pilih untuk bertindak dengan cara berbeza.
Contohnya:
- Bila marah anak kerana lambat membaca, tarik nafas, sedar itu adalah trigger lama, dan pilih untuk ajar dengan sabar.
- Bila pasangan tidak membantu kerja rumah, beritahu dengan jujur keperluan emosi kita, bukan sekadar marah atau merajuk.
- Bila rasa tidak dihargai, belajar untuk self-validate dahulu, sebelum bergantung penuh pada orang lain.
👉 Untuk bantu ibu bapa berkomunikasi lebih tenang dengan anak tanpa terjerat dalam trigger lama, saya cadangkan anda baca ebook Teknik Hypnoscript yang mengandungi lebih 200 contoh ayat praktikal.
5 Strategi Praktikal Bila Triggered
- Berhenti seketika (pause) – tarik nafas, beri ruang 10–30 saat sebelum respon.
- Labelkan emosi – sebut dalam hati: “Saya marah sebab rasa tak dihargai.” Ini bantu otak kembali rasional.
- Kenal pasti punca – tanya diri, “Adakah ini tentang situasi sekarang, atau luka lama saya?”
- Pilih respon baru – gantikan marah dengan kata-kata tenang, atau teruskan perbualan bila sudah reda.
- Repair – jika sudah terlepas marah, cepat-cepat minta maaf, peluk, atau terangkan dengan jujur.

Dari Luka ke Harapan Baru
Kita tidak mampu mengubah pengalaman zaman kanak-kanak kita. Tapi kita boleh ubah bagaimana ia mempengaruhi hidup kita hari ini.
Dengan kesedaran, keberanian untuk mengaku luka, dan usaha untuk repair hubungan, kita boleh hentikan kitaran itu. Anak-anak kita tidak perlu menanggung luka yang sama, dan kita sendiri boleh merasai versi diri yang lebih bebas, ringan, dan penuh kasih sayang.
🎓 Jika anda mahu mendalami topik ini dengan lebih menyeluruh, jemput daftar ke Webinar Trauma Zaman Kanak-Kanak: Pengaruhnya Dalam Keibubapaan & Strategi Untuk Break the Cycle.
👉 Rujukan tambahan: CDC – Adverse Childhood Experiences (ACEs)
Maznah Ibrahim
20 Sept 2025
Mari dengarkan lagu ini khas untuk semua:
Lagu Selangkah Lelah Sejuta Gagah



