Bila Anak Susah Nak Diajak Mandi

474 total views, 3 views today

Bagaimana Nak Ajak Anak Mandi dengan Baik, Berkesan dan Berjaya?
================================

Zaman bayi, mudah. Mandikan aja. Mandi kan sebelum subuh dengan air suam pun jalan 🙂 (niat nak latih mandi pagi agar mudah ke sekolah esok-esok, kebetulan tempat kerja jauh jem kena siapkan awal, nak ada ‘bonding touch’ dengan si anak berbanding nursery /pengasuh dia masa tu).

 

Zaman Fateh anak soleh kami menginjak ke usia 2, mula liat. Banyak helahnya. Ramai bertanya saya, dan saya dapati sama. Usia 2 ke atas. Saya katakan usia 2 ni autonomi tinggi. Taknak dah disuruh-suruh, mahu gaya sendiri namanya. Jadi ajak, bukan suruh. Main, tarik perhatian dsb. Kena kreatif.

Fasa tu berjaya dengan helah awal si ayah, sebelum anak berhelah, iaitu larikan perhatian.

“Eh eh ada apa kat bilik air? Katak? Wah best nya”

“Fateh jum buat eksperimen belon air pancut kat bilik air”

“Fateh naik kuda terbang ayah, kita terbang ke bilik air. Zooomm”

🙂

Zaman akhir 3 tahun dan kini 4 tahun genap. Masuk sekolah.

Pengsan Mak ayah eh. 😀

Trick semua tak jalan. Dia pandai lagi dari trick kita. Negotiate macam-macam.

Katanya: Lepas minum susu, Fateh mandi. Lepas tengok cerita Fateh, Fateh mandi. Itu taktik dan resolusi dia.

Kami turuti. Means kami main dengan masa, untuk stail dia.

Nasib baikla duk perlis dan siap-siap ambil shift 8.30 am sebab nak ajar AlQuran dia pagi-pagi. Jenis dia ni tangki emosi special time, words dan touch. Memang bermain dengan masa. Kalau duk KL ni tak kan sempat. Fuhh.

Pernah dua tiga kali kekerasan dan paksaan dilakukan. Aduh. Boleh rasa ia tak enak. Tidak enak di hati Ibu.

Dalam hati tertanya tanya, Pasti ada cara lebih baik, kan ?

Allah As Sami’, Maha Mendengar niat dan hasrat baik saya.

Kaedah SASU – Komunikasi dengan anak seawal usia menggunakan potongan ayat Al Quran sebagai kata-kata yang terbaik – perkongsian dari sahabat yang telah menghadiri kursus SASU oleh Pn Siti Norlaila, saya fahami dan percaya 100%. Tiada yang silap dalam qalamullah. MasyaAllah. Ia khazanah ilmu amat bernilai dalam parenting terkini kita semua.

Potongan Ayat Allah adalah Perkataan yang Terbaik
===============================

Saya hafal satu sahaja. Yang ini. Di picture ini.

Saya katakan, (sebaiknya mulakan dengan Qala Allah – Allah berkata) : Fateh, ‘Wallahu yuhibbul mutohhirin’, Dan Allah amat menyukai orang yang bersih (menyintai), saya sebut dengan nada tegas dan sungguh-sungguh.

Muka nya terkedu seketika kerana ia ayat Al Quran. Saya biarkan sahaja. Berjaya sedikit tapi belum sepenuhnya sukses. Ia bermula akhir minggu lalu

.

Istiqamah, Percaya Kepada Proses Pembentukan Khalifah yang Baik, Jangan Pernah Berhenti Meletak Harapan Kepada Anak dan Jangan Pernah Berhenti Berharap Kepada Allah
==============================

Walau belum ada kesan (mula akhir Minggu lalu), saya teruskan. Saya percaya kepada qalamullah. Saya sabar, redah situasi ini dengan tabah.

Isnin lalu, ditakdirkan sambil mandi Fateh basuh seluarnya. Dia memang suka basuh sendiri bajunya sambil mandi. Sesekali ia berlaku jika bajunya dibuka di bilik air.

Saya dapat idea. (Sebelum masuk bilik air memang berperang la nak membawanya masuk ke bilik air. Dan kebiasaannya selepas selesai mandi dia akan sangat mood baik dan sibuk mencanangkan kepada ayah betapa dia dah mandi, gigi bersinar dan sebagainya. Yang ‘struggle’ berperang hanya SEBELUM mandi SAHAJA. Sah. Syaitan yang kacau. Sebab lepas bersih, anak ini sangat baik dan bekerjasama. Bila tak bersih, dia jadi lain sekali.

Mummy suka anak Mummy bersih. Mami nak bersihkan badan Fateh.
(Tukar term ‘bersihkan diri’ bila Fateh sibuk basuh baju semasa mandi).

Saya buat storytelling yang otomatik idea datang. Hehe. Ni ada flow cara nya sebenarnya – Therapeutic Storytelling namanya, ada objektif khusua untuk perubahan tingkahlaku dan emosi kanak-kanak.

Saya katakan:

Baju ni kotor, kan. Kita kena basuh, bersihkan. Lepas tu kita sidai. Kering. Boleh pakai balik tak? Boleh, jawab Fateh. Sebab apa? Sebab dah bersih. Kata Fateh.

Sama juga dengan manusia. Bila Kotor, nak kena bersihkan badan. Lepas tu baru boleh pakai Balik badan ni. Kalau tak, macam mana nak pakai badan ni? Betol tak. Busuk, kotor, gatal-gatal. (Leading kan ke idea kita – NLP kan dia).

Badan ni Allah yang bagi. Allah suruh kita jaga elok-elok sebab kita nak pakai badan kita ni lama. Macam mana baju boleh basuh bersih tapi orangnya tak basuh… Betul tak.

Hmh!! (Jawab Fateh tone macam ni Maksud dia setuju).

Jadi, sebab tu lah Mummy selalu suruh Fateh mandi. Bersihkan diri. Sebab Mummy nak Fateh bersih, sihat, selamat. Kan Allah amat menyukai orang yang bersih. Wa la yuhibbul motohhirin (dengan tegas dan sungguh-sungguh saya ucapkan potongan ayat ni). Bukan sahaja Allah suka, Mummy pun suka, ayah suka, semua orang suka. Mummy nak semua orang suka Fateh Mummy yang baik wangi ni.

Senyap dia. Tanda berfikir?

Ia berjalan dengan lancar dan mudah untuk pagi Isnin itu, bersambung ke Isnin lewat petang sebelum 7malam, hari kedua Selasa pagi, (Selasa malam tak mandi terus tidur sebab kami outing bermusafir), dan Rabu pagi hari ini.

Alhmdulillah. MasyaAllah. La haw la wala quwa ta illah billah. Tiada daya kekuatan melainkan dengan izinNya, dan kata kata terbaik hanyalah kata-kata dari Allah.

Allah ni Ada kata-kata lembut penuh kasih Sayang, memujuk, tak lepas juga kata-kata peringatan dan teguran. Sungguh Allah Maha Mendidik kita dengan amat baik, berikan manusia manual kehidupan – Al Quran.

.

===========(KURSUS 2016)=================

Silakan jika ada kelapangan ke kursus SASU (Sayang Al Quran Seawal Usia), dan kami Zon Utara geng IPN akan organise pada 7 Mei ini. Saya letak poster pre siap di komen.

Jemput juga belajar teknik urus emosi kaedah spesifik CTE (cepat tepat Efektif) utk Ibu Bapa dan anak dalam seminar separuh hari saya, EH SABAR pada tarikh-tarikh telah ditetapkan seperti berikut:

April 24 – Sabah

Mei – Utara Penang (14hb)
Mei – Shah Alam (Hujung Bulan)

Facebook Comments