Day April 8, 2019

Fahami Tantrum Jenis ‘Little Nero’

LITTLE NERO TANTRUM ‘Little Nero Tantrum’ ni jenis tantrum berunsur manipulasi dan mengawal orang dewasa sekitarnya, seperti ibubapa terutamanya. Ia beza dengan ‘distress tantrum’ yang merupakan satu keadaan yang mana anak benar-benar rasa terancam iaitu otak di bahagian bawah (reptilian brain) ter ‘activate’. (terkejut, takut, terancam). Anak ini ada objektif dan kehendak tersendiri. Biasanya nampak pada anak usia 10 bulan ke atas dan tandanya ialah: stres bayi / ‘toddler’ ini tanpa air mata (hehe sabooor), selepas kita mendekati dia dan beri apa dia nak, dia akan senyum (oh Yumna ku sudah nampak ketara perkara ini). untuk situasi ‘test market’, dia tengok kita dulu baru dia sentuh alat yang dia tahu tak dibenarkan (contoh Yumna sentuh laptop atau beyblade abang Fateh dia). memberi apa dia mahu akan mengukuhkan tingkahlaku dia iaitu lain kali dia akan menjerit kuat macam tu. Maka mari kita cuba kaedah lain untuk bentuk karektor dia dari bayi. Beza anak besar sedikit sekitar usia 3 ke atas, tiba-tiba sahaja nampak emosi meledak dan menjerit menangis. Silap silap berguling bagai, ini memang ‘test boundary’ ibubapa, macam ‘test market’, kot kot mak ayah beri mainan dia nak tu, so caranya tak beri, 1 kali berjaya ‘handle’, insyaAllah dia tak buat dah aksi begitu (Fateh 3 tahun dulu kami berjaya handle dalam 2 kali di 2 tempat berbeza pastu dia tak buat dah). Anda boleh gunakan kaedah ‘time in’ iaitu pujuk si anak dan tenangkan dia, alihkan perhatian dia. Ia sangat ‘powerful’ dan berkesan untuk anak usia bawah 3 yang masih peringkat perkembangan otak emosi (1.5 – 3.5 tahun). Sebaliknya jika anda turuti kehendaknya (contoh aiskrim, mainan dsb), anak akan gunakan kaedah Little Nero Tantrum untuk menundukkan ibubapa agar objektifnya tercapai. Bagi Little Nero Tantrum, anda boleh cuba untuk tidak mengendahkan si anak namun pastikan anak selamat dan tidak cederakan dirinya, […]