Experimental Play – Tenggelam Timbul Guna Telor Ayam

BismillahiRahmaniRahim

Experimental Play untuk si kecil IR Muhammad al Fateh al Hafiz, 2.9 tahun.

Bomb Interest dia sekarang adalah bereksperimen.

Terima kasih sahabat wangi yang rajin berkongsi idea HomeSchooling activities Anakku Alhafiz, Yulia Yusar dan Ummu Al-Hafiz.

Tenggelam Timbul &  Ketumpatan

Bahan:

Telor ayam

Bekas/cawan jernih

Air Paip

Garam

Sudu untuk kacau

Kaedah:

Basuh telor ayam dan masukkan telor ayam dalam cawan jernih berisi air paip untuk pastikan telor betul tenggelam –  Lulus.

 

Masukkan air paip dlm 1/2 ke dlm gelas/bekas jernih.

 

Minta anak masukkan telor ayam ke dalam gelas.  Terangkan tentang kondisi semasa iaitu telor tenggelam dalam air.

 

Sebab telor lagi tumpat dari air.

 

IMG-20141120-WA0018

 

Keluarkan telor ayam.

 

Masukkan garam dalam dua sudu.

 

Tunjukkan cara mengacau guna sudu dengan tak tumpah.  Minta anak pula kacau air bergaram sehingga larut.

IMG-20141120-WA0019

Kemudian minta anak masukkan telor ayam yg sama semula.

 

IMG-20141120-WA0015

 

Terangkan kondisi semasa iaitu telor ayam timbul sekarang.

 

Terangkan tentang beza sebelum dan selepas: telor lebih tumpat dari air sebab tu tenggelam,  kini air garam lebih tumpat dari telor maka telor timbul. Air bergaram lebih berat dan tumpat dari air paip biasa.

Soalan saya tanya Fateh: Sebab apa telor timbul?

Jawapan Fateh : sebab telor..  ringaaannn.. (ting!!!!)

Konsep dia dapat ialah berat ringan (konsep dan sintesis baru dpt sendiri dari memori awal bayi semasa bermain bola warna warni dalam bath tub).

Masa awal bayi dulu tu saya tunjukkan bola dari dasar lantai bath tub baby,  pabila dilepaskan akan terus timbul sebab?  “bola ringaaan” kata saya. Sebab ketumpatan air lebih dari ketumpatan bola.  Tak apa bagi dia dengar perkataan canggih itu 😀

***Libatkan anak dlm setiap langkah sebab seperti biasa memang dia akan mahu buat sendiri,  kan. Baru dia ALAMI dan puas hati,  ingat.

 

Alhmdulillah.

Buku: Orang Tuanya Manusia (Olahan Siri 1) Fitrah Anak Belajar

BismillahirRahmanirRahim
(Dengan kehendak Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) dan Allah Al ‘Alim Maha Berilmu,

Cetusan dan Olahan Intipati dari Buku Orang Tuanya Manusia (Chapter 9)

Mengapa Anak Perlu Belajar, Proses Anak Belajar dan Hasil Anak Belajar

Cara saya membaca buku biasanya melihat ‘content’ (isi kandungan) buku sepintas lalu. Saya tertarik kepada Bab 9, ‘Orang Tua, Guru Terbaik bagi Anak’ dan terus zoom in pada bab ini, hehe (pasal personaliti saya tak boleh a to z, kena lompat-lompat).

3 Perkara awal yang disentuh menarik minat saya dan ‘trigger’ (terlintas dan terkena batang hidung saya: terkesan), iaitu:

Sebab: Mengapa Anak Kena Belajar?

Anak belajar kerana keperluan otak dan pertumbuhan fizikal (otak) nya. Fitrah anak sebenarnya adalah ‘pembelajar’. Peringkat 0-2 tahun kita memang tahu yang anak mempunyai kapasiti 80% daripada otak orang dewasa. Maka sebab itulah anak sentiasa ingin tahu, sentiasa ingin cuba, dan sentiasa ‘terbelajar’ walau kita tak ajar secara ‘direct’ seperti Fateh sesekali berkata “JAAANGAN!!” bergayakan orang dewasa (dari siapa? bukan kami, pasti dari mana-mana persekitaran biasa yang dia belajar) mahupun belajar perkara-perkara lain samada baik atau sebaliknya.

10404865_10204052963576763_401003945928587053_n

Selain itu anak akan belajar untuk perkembangan fizikal normalnya seperti bergolek, mengisut, meniarap dan berjalan serta berlari. Dari menggunakan kaki untuk menggerakkan mainan kereta tunggangannya kepada berkayuh basikal 3 roda kepada basikal 4 roda (2 roda besar dan 2 roda kecil). Semuanya progressing kan 😀 Sangat mengujakan menyaksikan perkembangan pesat mereka. Bagaimana mereka pesat berkembang? Kerana peringkat usia kecil memang sangat pantas. Beza sebulan anak kecil sangat besar bezanya berbanding beza 4 tahun seorang dewasa 30-an yang kelihatan sama, tak banyak beza.

Maka, tiada sebab dikatakan anak ‘MALAS BELAJAR’, sedangkan fitrahnya mereka adalah MAKHLUK PEMBELAJAR. Jika anak malas atau enggan, ia adalah kerana proses / strategi diajar yang salah atau tidak sesuai dengan kondisi (preference/ kecenderungan anak). Maka dalam konteks mengajar anak al Quran, tiada istilah anak saya malas atau tidak mahu belajar.

Proses: Bagaimana Anak Belajar?

Anak akan berjaya dan berhasil belajar jika proses belajar adalah tepat. Proses yang tepat dan sesuai dengan anak yang unik ini membolehkan mereka rasa seronok untuk belajar. Ia dikaitkan dengan cara mengajar dan belajar anak yang perlulah menarik, dan menimbulkan minat si anak untuk tahu benda baru dan lebih mendalam.

1604864_10203756345161488_6416663128333244955_n

Maksudnya strategi. Gaya belajar ada pelbagai, umumnya dibahagikan kepada 3 samada kaedah visual, audio atau kinestetik atau gabungan mana-mana. Ia bermaksud juga berkait dengan personaliti dan kecenderungan anak. Contoh anak yang kinestetik, perlu bergerak untuk menerima dan memproses maklumat berbanding duduk dan membaca serta melihat sahaja (contoh anakanda Fateh lah ). Manakala ada yang jenis audio memerlukan dengar dengan ton suara yang baik, lembut dan visual pula perlu gambaran yang menarik. Mudahnya, kata Puan Lina, kita gabungkan kesemuanya jika kita tidak pasti anak jenis yang mana.

TIPS GABUNGAN KAEDAH VAK INI (Adaptasi petua dari Puan Lina IPN):

VISUAL: Melibatkan apa yang anak nampak. Senyum semasa mengajar: Fateh akan berkata “Mummy, senyum, senyum” sebaik sahaja muka saya berubah (mungkin stres kerana si anak mula menunjukkan tidak minat belajar) (oh! Cekapnya dia membaca perasaan saya dari air muka saya sahaja..). Maka saya terus tersenyum. Maka bila ibu stres, terus SENYUM tau!!! Hormon antistres akan terembes secara spontan kerana otak tertipu dari otot wajah bibir senyum dengan mendapat signal yang kita ni ‘happy’, haha.

10685434_10203713975142264_6287613308164773885_n

AUDIO: Melibatkan apa yang anak dengar. Maka elakkan sama sekali suara tinggi stres, marah dan merungut kecewa. Ohh, jangan kata saya ni sempurna! Saya pernah berkeadaan begini. Si ayah menjadi tempat luahan saya. Si anak mendengar sebenarnya. Dahulu saya perasan pabila saya berkata “Fateh ni main-main aja, cuba fokus..” Ini sebenarnya berbentuk komplen (huhu, saya ni memang pengkritik terhebat rasanya di dunia, sekarang nak ubah sesangat). Apa jadi? Anak akan terus main-main, sedangkan itu memang fitrahnya. Selain itu dia akan lebih tidak fokus yang mana saya yakin bila dia fokus, dia dapat sebut huruf dari buku.

Caranya, tukar skrip positif berlawanan dari yang kita komplen itu (maka ia berbentuk dorongan): “Fateh boleh fokus, Mummy tahu Fateh boleh ingat dan sebut huruf (sambil senyum)”. Teknik solusi, mudahkan. Pabila si anak lambat sebut, sebenrnya dia memang lupa. Tanya: “Fateh kalau tak ingat beritahu Mummy tau” atau hari tu semasa si ayah dan Fateh menjadi anak murid gilir-gilir baca, semasa si anak lambat, terus saya sebutkan untuk kelancaran ‘semua murid’ menyebut, dan ‘suprisingly’ memang Fateh sambung sebut dengan tidak stres, dan ini mengelakkan dari ‘Self Esteem’ (penghargaan kendirinya) jatuh sebab si ayah boleh sebut dan tak pernah lupa.

711236_4468064972111_157540484_o

Pujian juga termasuk dalam suara yang lunak, enak dan digemari semua manusia. Puji anak pabila dapat, dan beritahu jawapan bila anak salah tanpa komplen / kritik sedikit pun. Nota: Anak perempuan sukakan pujian dan ini agak memadai. Contoh teknik Pujian Nabi: “Rajinnya Fateh angkat cawan ke sinki (Puji tingkahlaku spesifik). Mummy suka (Impak 1), mudah kerja Mummy (Impak 2) Allah bagi banyak pahala untuk anak yang rajin membantu ibunya (Impak 3).

KINESTETIK: Apa yang anak rasa dari sentuhan. Semasa sesi belajar, sentuh anak di tempat yang boleh dirasai sentuhan sayang dan penghargaan kepada dirinya. Biasa saya beri sentuhan sayang segera di tangannya, gosok-gosok kepalanya, peluk dan cium. Anak lelaki sukakan sentuhan lebih dari perkataan sahaja. Maka kerap-kerap lah peluk sambil beritahu betapa kita hargai usaha mahu belajarnya dan apa-apa sahaja yang kita mahu dorong si anak.

1521889_10203364744251710_43129644550891861_n

HASIL: Apa tanda menunjukkan apa yang kita ajarkan itu membuahkan hasil kepada si anak?

Ada tiga tanda menunjukkan kita berhasil dari apa yang kita nak anak belajar.

i) Perubahan Tingkahlaku: contoh rakan saya anaknya yang belum boleh bercakap. Tanda menunjukkan si anak kenal huruf hijayyah ialah pabila si anak setahun lebih ini pergi kepada huruf hijayyah yang diminta ditunjukkan, daripada senarai huruf dibentangkan di atas lantai. Nah, ia menunjukkan berhasil kan usaha kita menunjukkan flash card kepada dia 😀

708347_4410115643414_1543781046_o

ii) Perubahan Pola Fikir: secara kognitif (pemikiran), anak berhasil belajar pabila cara anak berfikir berubah, selari dengan apa yang kita duk ajarkan selama ini. Ia sama ada secara lisan mahupun tulisan. Contoh, aspek kemahiran sosial untuk si Fateh ni, sejak usia 2 tahun lebih, mula susah berkongsi mainan dan kerap mudah berakhir dengan berebut secara spontan dan agresif. Sebelum tidur kami akan refleksi apa berlaku di siang hari, dan mesej yang kerap saya ajarkan ialah ‘main sama-sama, main baik-baik, kongsi mainan’ (rule positif). Buku bergambar set baby khalifah banyak membantu. Dalam siri ‘My First Adab’ yang saya bacakan sejak umurnya setahun, masa tu belum dapat dibainatkan lagi oleh dia (maksud belum dialami sebab aspek sosial belum matang), maka semasa dua tahun lebih dan kerap mengalami situasi mencabar bermain, emosinya mudah terangsang ; samada tercabar, marah, geram dan sebagainya. Maka ajaran peraturan sosial seperti ini perlu diulang-ulang banyak kali. Hinggalah beberapa bulan kemudian, Fateh berjaya mencapai tahap pengawalan emosi diri dari kognitifnya semasa bermain, iaitu dia sendiri memanggil kami dan beritahu “Mummy, Ateh share. Ateh main elok-elok”, atau situasi lain bab ajaran social rule “Cakap elok-elok” pabila dia meninggikan suara semasa bercakap dengan kami. Akhirnya dia sendiri mengingatkan kami secara lisan “Mummy, ayah, cakap elok-elok. Tak baik gaduh-gaduh, Allah tak suka!” (dengan tegasnya) pabila dia rasa saya dan ayahnya seperti bergaduh (walhal perselisihan kecil sahaja yang sedikit tegang dan sementara), namun anak dapat mengkaitkan dengan perlunya komunikasi positif bercakap elok-elok.

10537069_10203474381392570_4511894538999623562_n

iii) Membangun Konsep Baru: Apabila si anak sudah dapat menangkap sesuatu yang diajarkan kepadanya, anak mampu memunculkan konsep baru berhubung dengan pengetahuan awal yang kita ajarkan (Neuron-neuron sedang berhubung bak kata sahabat saya Yulia Yulia Yusar). Konsep baru ini sangat bermakna, contoh dalam eksperimen telur tenggelam dan timbul dari air biasa dan air masin, Fateh dapat konsep baru iaitu telur timbul kerana? “Telur ringaaaann…” katanya. Sedangkan ilmu tenggelam timbul pertama yang pernah diajar kepadanya dahulu adalah semasa usianya setahun lebih, semasa mandi di bath tub dengan bola plastik berwarna warni. Saya tenggelamkan bola dan berkata sebentar lagi saya akan lepaskan bola dan bola akan timbul, sebab bola ringan kata saya. Saya sebut juga perkataan ketumpatan agar dia pernah dengar, dan kini semasa eksperimen telur tenggelam dan timbul, saya ulang lagi perkataan ‘ketumpatan’ dan dia belum lagi pula menyebutnya. Ini menunjukkan kemampuan kognitifnya belum tercapai aspek subjektif ; ketumpatan tetapi sudah mampu mencapai tahap maksud ringan, berat, tinggi dan rendah bagi kondisi berbeza yang lain.

IMG-20141120-WA0015

Bersambung

Pabila Anak Menconteng Di Lantai

Ber SABAR dan ambil SIKAP cuba memahami di sebalik aktiviti anakanda Fateh ini.

Katanya laluan kereta polis. Pergi ke hospital.

10518847_10203920279539745_2038139016409528144_o

(frust juga sebab pen marker permanent).

Demi tidak mematikan kreativitnya,

1) (teknik bertanya Apakah, bukan Kenapa dan Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan) Bertanya apa yang Fateh buat tu (sebab mahu masuk ke alam/dunia imaginasinya)

2) (Teknik Solusi / Menunjukkan Cara) Nanti kita padam sesama guna minyak, boleh? Boleh, katanya.

Libatkan sama dalam aktiviti mengemas. Terangkan sebab apa tak boleh conteng lantai.

PerAturan biasa saya beritahu : pen guna kat mana? Kertas..