Teknik Mengurus Emosi Kanak2 Kecil Mendekati Allah (solat dan mengaji)

BismilahhirRahmanirRahim

Kisah di Maghrib Hari dan Teknik Mengurus Emosi Kanak2 Kecil Mendekati Allah (solat dan mengaji)

Kisah semalam (tergendala menulis)

Waktu menghampiri maghrib, Fateh dan ayah sampai ke rumah menaiki kereta dari mengambil uncle di stesen bas. Rupanya Fateh tertidur sebentar dalam kereta (kepenatan lah tu bermain di padang dengan basikal dan melihat abang2 main rounders).

Masuk sahaja, terus sambung berbaring. Tak lama lepas tu azan berkumandang dari surau kawasan rumah kami. Ayah nak mandi, dan ajak Fateh solat. Si kecil Fateh berkata, “Ayah, x nak sembahyang!”, dengan tegas beremosi sambil sambung baring.

Saya terus teringat tips Pn Lina Darwish Darwisya​ semasa mengajar Darwish mengaji dan penulisan saya sebelum ini mengenai ‘maghrib yang pantas dan panas’. Ia berkenaan syaitan iblis yang suka membisikkan kejahatan dan memanaskan hati anak kecil. Waktu inilah meragamnya, nak susuibunya (sampai saya pernah x solat maghrib dahulu, terlepas waktu kerana menurut dan tidak melawan, tidak mendidik hati si kecil malah diri sendiri untuk melawan syaitan).

Saya terus berkata, Fateh, syaitan kacau ni. Auzubilla hi minasyatonirrajim.. Bismillahir Rahmanir Rahim. Syuuh, syuhh pergi, syaitan jangan kacau Fateh.

Terus dia tertarik dan buat yang sama dan bertanya syaitan mana? Ia berlaku beberapa kali yakni saya ulang sebutan itu (yang maknanya: aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam – bermakna kita sedar kita dalam pengaruh buruk syaitan dan memohon perlindungan dari Allah swt yang Maha Pelindung dan Pemelihara).

Konteksnya dua aja, Allah vs Syaitan, betul vs salah, baik vs jahat. Saya mula perkenalkan Allah vs syaitan ni kepada Fateh seawal umur setahun melalui buku My Quran Fantastic Furqan tulisan Puan Zaidathul Akma Muhamad Azamuddin​, meaning Al Fatihah. Sebab saya ingat lagi Pn Lina kata dahulu, perkenalkan anak kepada musuh dirinya iaitu syaitan. Dan syaitan memang suka dan amat sistematik dalam merencana dan melaksana gangguan hati, pemikiran terutama anak kecil islam yang merupakan bakal penegak syiar Islam kelak.

Nak dijadikan cerita, Fateh ‘berjaya’ melawan syaitan, dengan bantuan dan bimbingan saya (yakni dengan kekuatan, ilham dan bantuan dari Allah sebenarnya), melawan kemalasan dlm diri, dan pergi mandi (dimandikan), dan solat jemaah bersama. Semasa mandi siap ada game baru lagi dengan ayah yang kreatif inovatif, dan dia pun terikut menjadi sangat kreatif mencuba pelbagai gaya (belon masuk air, besar berat, jadi air pancut dan pelbagai versi sendiri lagi, layan sat: sebab tu saya sebenarnya cuba mandikan sebelum maghrib, dan pulang dari bermain padang sebelum pukul 7pm). Kami berjaya solat sama dan makan malam bersama.

(Kisah semalam banyak dah lupa, hehe)

Kisah hari ini.

Masak awal dan makan awal dalam 7pm (ayah layan main di luar maka saya sempat memasak awal). Selepas makan, si kecil buat kerenah mencabar lagi dan kata x nak sembahyang.

Saya terus berkata “Auzubillahi minasyaitonirrajim, syaitan ni kacau Fateh lah”. Oh ya lupa, semalam sebab dia baru dengar pasal syaitan kacau, dia ada tanya, “mana, mana syaitan”. Saya jawab, ada kat keliling Fateh, dekat aja, membisikkan kejahatan kat telinga Fateh. Fateh kena lawan. Syuh, syuh, pergi syaitan.

Si kecil nya version : “pergi, pergi syaitan. Pukul dia” (teringat pula, Fateh senang jadi agresif seperti pukul, tepuk dan sepak, yang amat difahami stage ekspresikan dirimu nya itu, dan kami keep on educate dan remind him aja, never scold him). So bagusla baik dia lawan fizikal syaitan x nampak tu, hehe.

Selepas menyebut kalimah keramat itu, Fateh terus ter ‘channel’ positif emosi dan tingkahlakunya (Alhamdulillah), dan joint solat bersama tanpa banyak tanya, Alhamdulillah, macam magic pula (gaya dia solat selalunya joint kejap aja, dia laungkan iqamat, then AllahuAkhbar takbiratul ikram dan terus sujud, lepas tu dia jenjalan area sama, serta suka sangkut kat belakang, tu biasa lah, asal kami memang sediakan sejadah sama untuk dia, macam juga kita sediakan high chair meja makan untuk dia).

Selesai gangguan masa nak solat maghrib.

Menariknya hari ini selepas solat maghrib jemaaah dlm 8 lbh awl, Fateh yang ingatkan, mummy sesi mengaji / mummy nak g ngaji sambil berjalan masik ke bilik utama, (terharu dan syukurnya).

Alhmdulillah… Dia mcm dah rutin sesi mengaji dan suka. Revamp yg saya start dulu tu. Rasanya menghampiri 30 minit semalam. Tapi hari ni, dalam 20 min kot (sebab dah recite hafazan masa kat meja makan selepas makan).

Kira boleh la.. Dengan ruang terhad dan kerenah ligat yang saya boleh handle lagi.. thx FarahlizaIsmail N FarisIndra​ idea pakai telekung.

Strategi saya:

– Peranan khas : saya perkenalkam diri sebagai Cikgu Mummy nak ajar mengaji Adik Fateh (tanya anak peranan /nama apa dia nak, untuk ini dia nak Adik Fateh, waktu lain dia Abang Fateh, dan saya pakai telekung (masa awal dulu kita nak mengajak, bila dah imun, sekarang dia pula mengajak /mengingatkan)

– Nama sesi khas : sesi ‘mengaji’ (saya surrender term mengaji ini walau pada asalnya saya x selesa. Namun anak suka term ini sebab teruja tertanya2 kakak2 gi mengaji, buat apa?)

– Bilik khas: bilik tidur, sebab minimal gangguan tv walau hanya program khas, kesemua mainan objeknya, dan poster dinding

– Mulakan dengan baca doa belajar dan akhiri dengan doa habes belajar agar dipermudahkan dan diberkati Allah (Doa habes belajar sebab xhafal, baca alhmdulillah penuh saja)

– Pabila dia hilang fokus, banyak main/kerenah mencabar, saya terus sebut auzubilla hi minasyaitonirrajim, kalimah keramat saya itu, dan berkesan tarik fokus.

– Hari ni game kinest baru terbentuk sendiri iaitu tembak syaitan,jenuhla dia menembak dengan aktifnya di udara, hehehe. (Tapi berkesan. Sebab Fateh kan suka menembak. Sikit2 nak tembak. Katanya belajar/ main dgn Abang Ahmad, padanya seronok dan powerfull, pada orang dewasa lain yang x faham, ia ‘ganas’, ni pun kami sedang bantu dia fahamkan, selamat vs tak selamat).

Sesi mengaji saya simple sekarang, game menulis huruf yang dia ingat di sticky note, tampal di pintu, dia lukis apa2, tampal juga, kukuhkan bacaan bunyi berbeza sebab baris berbeza guna tanda dari Alif dan Wau foam, dan ulang hafazan lama dan hafazan baru iaitu sedang surah Al Falaq.

Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk sahabat mempunyai anak kecil ya 🙂

Cara Mengendali Emosi Negatif Anak Kecil

Teaching self-control: Evidence-based tips from http://www.parentingscience.com/teaching-self-control.html

7. Be an “emotion coach.”

Adults react in different ways to a child’s negative emotions.

Some are dismissive (“That’s no reason to be sad.”).

Others are disapproving (“Stop crying!”)

These approaches aren’t helpful, because they don’t teach kids how to regulate themselves.

By contrast, kids benefit when parents talk to them about their feelings, show empathy, and discuss constructive ways to cope.

Researchers call this “emotion coaching,” and it’s associated with better child outcomes. For instance, in one recent study, adolescents who had been coached by their mothers showed a pattern of decreasing behavior problems over time (Shortt et al 2010).

For more information about the benefits of talking with kids about their emotions, see this article on mind-minded parenting.

………………………………….………………………………….………………………………….

Stres di Kalangan Kanak-kanak

Saya ingat lagi antara point penting dalam presentasi dari pencarian saya mengenai stres di kalangan kanak-kanak prasekolah ialah kerana mereka hilang daya kawalan diri (self control) kepada satu-satu situasi itu.

JIka perasan, tanda mereka stres: paling mudah dilihat dari tingkahlaku seperti mengamuk, marah, memukul, menangis dan seangkatan dengannya. Kita perlu juga tingkatkan skill diri kita dengan mengenalpasti emosi anak (yang tidak mampu diluah dengan perkataan oleh mereka, seperti mak saya rasa sedih sebab…) kerana dari itu, kita boleh tahu ‘underlying cause/issue’ mereka dan boleh bantu mereka dalam ‘self regulation’, iaitu bagaimana mengendali emosi dan ‘adjust’ dengan emosi itu sebaik mungkin, dengan tidak mencederakan emosi dan fizikal orang lain.

Kelebihan bila kita ada skill mengenalpasti emosi anak (ia sebahagian dari skill EQ), kita tak akan marah anak dengan kerenah / tingkahlaku mereka ketika itu. Sama juga dengan orang dewasa lain yang faham atau ada pengalaman anak seperti ini, mereka tidak akan marah atau menegur negatif, sebaiknya membiarkan sahaja atau bantu bila perlu.

Dalam hal ini saya puji tiga rakan saya yang positif dan memahami situasi ini.

Semalam Fateh amat kecewa kerana abang dan kakak sepermainannya ada kereta RC (remote control), manakala dia hanya ada helikopter bergerak sahaja. Semua ini baru beli di kedai yang sama. Saya boleh rasakan tingkahlaku expressive negatifnya dari suara tingginya, rengekannya, menangis membentaknya dan pergerakannya yang tidak berhenti sesaat pun, ke hulu ke hilir, berlari, bermain dan bercakap sentiasa. Kemuncaknya menangis meledak kuat tidak berhenti. Ini paling tinggi dalam sejarah hidup Fateh, ditambah dengan tempoh jumlah masa ‘drama’ ini mungkin dalam 1-1.5 jam. Boleh rasa adrenaline hormon stres betul dia terembes-rembes.. Kasihan dia, dia perlu dibantu ( bukan dimarah yang akan menambahkan lagi sedih dan kecewa secondary pula ).

Alhamdulillah, saya cepat recognise iaitu dia rasa ‘terancam’ dan kecewa kerana (underlying issue) remote control keretanya sudah lama hilang, dan berkali-kali dia minta kami carikan. Kami cuba mencari, beberapa kali dan tidak berjaya. Kami beritahu dia. Esok-esok dia tanya dan minta kami cari lagi. Masih belum puas dan mahu cuba cari lagi (jenis determine dan usaha tak lelah punya karektor, macam saya).

Ditambah dengan tidak tidur selama 11 jam (dari 6 am pagi bangun ke 5 pm) akhirnya baru tidur, dia amat penat. Tidurnya pun meracau dan terbangun-bangun. Sejam kemudian bangun, tidur semula, bangun, tidur semula, meracau dan tidur lama.

Menariknya, dalam pukul 1 lebih am, Fateh bangun dan mood ok 🙂 Dia teringat helikopter, main, dan bertanya di mana abang? Mana aunty? Saya beritahu abang, aunty balik rumah lah. Sebab? tanya dia. Sebab mereka nak tidur di rumah mereka lah..takkan nak tidur rumah Fateh pulak.

Sambung tidur lepas puas main tengah malam tu. Bangun paginya (pun mood ok sebab terus jalan ke arah saya di meja makan dengan terpisat-pisat matanya, saya welcome morning dia skrip rutin: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Ya Muhammad Al Fateh Al Hafiz sambil peluk dan usap belakang dia), dia tanya lagi mana abang? Saya cakap abang dah balik lah. Katanya, abang balik sebab Ateh nak main kereta dia ke? (Nampaknya rasa bersalah dia muncul, sebab aku sibuk nak main mainan kereta abang, maka abang pun balik). Saya kata, tak, bukan sebab kereta tu, abang memang akan balik juga.

Mood dia ok dan resolved. Bagaimana saya tahu resolved? Sebab saya boleh rasa, kecemasan dan degupan jantung dia, laju cemas takut marah sedih kecewa vs. emosi tenang, selesa, gembira dan ringan . Pagi ini dia memang tenang gembira 🙂 Alhamdulillah.

Refleksi dan Tips Solusi:

* Sebenarnya abang dan kakak banyak bertolak ansur dengan memberi dia pinjam akan kereta kontrol mereka. Pujian untuk kakak 5 tahun dan abang 7 tahun ini saya berikan segera (otak kiri dah matang).

* Fateh sebenarnya overwhelmed lebih kepada amat letih fizikal, mental dan emosi untuk mampu membendung emosi kecewa semasa dan emosi kecewa lamanya: remote dia hilang dah lama (sebenarnya saya ada tanya kat kedai itu, ada jual remote control sahaja tak? tak ada kata mereka), maka rasa cemburu dan terancam membuak-buak terhadap abang kakak yang serentak berdua ada kereta dengan remote control yang boleh berfungsi pula. Ditambah karektor Fateh yang sentiasa mahu bersaing dan setara dengan kakak abang dalam apa jua situasi.

* Cara saya handle: tenang, langsung tidak marah, keep on telling him, itu abang kakak punya, kalau nak, Fateh minta pinjam mereka, saya bagi skrip: Abang boleh bagi pinjam kejap tak (assertive skill), dan menariknya dia pi tanya dan abang kakak beberapa kali bagi pinjam, terus saya puji baiknya hati abang boleh bagi Fateh pinjam sat. Dia main kejap dengan gembira dan lepas tu memang la abang kakak ambil semula. Dia merengek dan meminta pertolongan (support system utama ibu, iaitu saya, bantu menenangkan dan beri skill, ajar, saya comparekan jika budak yang dah tidak percaya kepada ibu bapa sebagai support system, yang bermula usia sekolah rendah dan kemuncak umur remaja, pabila ada masalah mereka tidak akan pergi kepada ibubapa sebaliknya sumber rujukan lain yang salah, maka ingat 0-6 tahun usia emas ini confirm anak akan pergi kepada kita), saya kata, kan Fateh dah dapat main tadi, abang la pulak nak main. Gilir-gilir. Lagipun itu kan abang punya.. (Budak umur macam ni konsep dia, barang aku aku, punya, barang orang, aku punya). Last, saya mandikan dia, bagi susu botol dan susu ibu, terus pengsan lena.

* Oh ya, ingat tak saya kata mengenai apa kita fikir, rasa, ucapkan dan lakukan adalah satu doa. Tipsnya kita tak fikir apa-apa negatif tentang anak, sebaik sahaja kita rasa macam dah sedikit over melayan kerenah mengadunya, saya terus ambil langkah memandikan dia untuk change energy saya dan dia. Kedua, sebelum Fateh bangun 1 am lebih tu, saya solat isya’ dan doakan untuk emosinya itu. InsyaAllah Allah Maha Mendengar dan Membantu, mudahkan segalanya.

Contoh Kisah Stres di Kalangan Kanak-kanak 5 Tahun

BismillahirRahmanirRahim

Perkongsian Mengenai Stres di Kalangan Kanak-kanak

Sebenarnya sudah beberapa kali saya menyampaikan ceramah dan training pendek dalam tajuk ini kepada guru tadika dahulu. Stres di kalangan orang dewasa agak biasa, namun tajuk stres kanak-kanak agak kurang dibincangkan dan terhad sekali bahan pencariannya di internet dahulu.

Penulisan Ibu Rose di dalam FB banyak membantusaya dalam menguatkan pemahaman saya mengenai dunia pemikiran kanak-kanak, sekaligus membantu saya dalam advocate kepada ibubapa klien kanak-kanak saya.

Tidak silap saya, peratusan kanak-kanak yang menerima rawatan dari psikiatris kanak-kanak meningkat agak ketara di seluruh dunia kini. Faktor jangkaan ibu bapa kepada anak, jangkaan guru dan sistem pendidikan kepada murid dan dunia yang semakin semua orang bijak pandai, menyumbang kepada kanak-kanak yang stres semakin tinggi.

Hari ini (semalam) dalam sesi beraya muhibbah dengan sedara kami, nenek bijak ini bertanya kepada saya akan situasi cucu perempuannya, 5 tahun yang berciri berikut (setelah sedikit demi sedikit teroka, akhirnya jumpa jawapan):

+ K, 5 thn, perempuan, baru bersekolah tadika private berhampiran rumahnya pada tahun ini.

+ Sejak akhir ini nenek perasan K sangat berlainan, kerap menjerit, menyanyi kuat, seperti melepas perasaan. Dia juga kerap menconteng bebas di dinding rumah. Nenek tidaklah marah atau menghukum namun menegur geram juga kerana ia amat annoying apabila dilakukan.

+ Nenek tidak pasti apakah perasaan K sebenar samada marah/sedih/ geram/ suka seronok semasa aktiviti menjerit itu, kerana nenek tidak tahu cara lain membalas melainkan memintanya berhenti.

+ Nenek juga tidak merasakan K mempunyai personaliti dari bayi, iaitu seorang yang ekspresif kerana di sekolah dia sangat penyenyap, dan bukan karektor asalnya begitu.

+ K memang amat tidak suka dan menolak untuk membaca perkataan, namun boleh dan tahu mengeja, dan menariknya amat pandai pintar dan suka buat Matematik. Hanya membaca menjadi isu utama kpd nenek, ibu dan guru, kerana K tidak minat membaca.

+ Oh ya, isu kedua yang nenek, bapa risau adalah ayat ucapannya yg terbalik, tidak tersusun baik subjek predikatnya sedang usia sudah 5 tahun, cth “kakak sepak adik” walau sebenarnya “adik sepak kakak”.

+ Adik perempuannya, 3 tahun, mampu mengucapkan ayat yang tersusun, dan kontranya berminat serta boleh membaca, tidak seperti K.

+ Guru tadikanya selalu komplen kepada si nenek yang si K ini amat tidak seperti kanak2 lain yang boleh duduk, membaca serta ikut kata guru. Kiranya seperti K ini murid bermasalah lah.

+ Ditakdirkan saya sempat berjumpa K yg baru pulang dengan si adik, bapa dan ibu, dan luarannya memang seorang pemalu, tidaklah jenis ekspresif, dan sangat sopan. Pabila ditanya adakah K suka ke sekolah, suka jawabnya, dan sayang cikgu, sayang, jawabnya.

+ Later on ibu menambah, yang semasa beliau ke tadika mengambil report card, seakan semua ibubapa lain memandang semacam dirinya, dan ibu rasa seperti anaknya kelainan, bermasalah, dan seolah guru tadika itu bercerita mengenai anaknya kepada ibu bapa lain (macam masalah besar negara sungguh seolahnya).

+ Later on juga nenek menambah, beliau pernah sound guru tadika itu mengenai kenapa cucunya tidak suka ke sekolah sedangkan cucu lain semuanya ok, pabila si guru kerap komplen kepada dirinya mengenai kelakuan K yang tidak ssperti anak murid lain. Selain itu pagi-pagi memang amat liat dan mengambil masa yang lama untuk siap ke sekolah. Tidak kelihatan seperti looking forward untuk ke sekolah.

+ Ibu dan nenek juga kemudiannya menambah, ya, K ada imitate gaya gurunya di rumah dengan gaya mengajar garangnya seperti “buka buku semua, baca! Kalau tak cikgu rotan!”.

Maklumbalas saya (educate, reprogramming, solusi):

+ K mungkin dalam keadaan stres, terutama berkenaan penyesuaian diri di sekolah, layanan guru kepadanya, dan persepsi terhadap diri sendiri. Maka menjerit dsb diluahkan di rumah kerana di sekolah dia penyenyap dan jadi pemendam.

+ Nenek digalakkan untuk merefleksi tingkahlaku K pabila dia sudah selesai menjerit dengan mula memuji kemudian bertanya perasaan untuk memahami apa yang K rasa dan fikir, dan memahami apa yang dia alami. Contoh : “Kuat lantang nya suara kakak. Kakak rasa apa masa menjerit tadi” (Jika dia tiada perkataan bagi menggambarkan rasa emosinya, beri pilihan perkataan emosi spt Kakak rasa seronok ke, happy ke, sedih ke, marah ke, geram ke. Kemudian tukar kepada : Kakak rasa marah apabila…, kakak rasa happy bila… kakak rasa sedih bila… (Pengalaman kepada, apa, bagaimana, siapa). Associatekan tingkah laku menjerit nya yang ‘annoying’ (bak kata nenek) dengan feelings nya. Dalam analisa saya, samada

~ K seronok happy menjerit atau
~ K melepas rasa negatif terbuku seperti marah, sedih, geram.

Jika emosi positif, is okay, namun nak diberitahu ia perlu dilakukan di tempat sesuai. Manakala jika emosi negatif, maka nak dibantu tunjukkan cara /kaedah lain melepas rasa geram dengan bercerita/memberitahu orang dipercayai, melukis/ menconteng warna, aktiviti fizikal lain (alternatif selain menjerit yang annoying itu untuk mengeluarkan tenaga stresnya).

+ K tidak bermasalah, tapi kelihatannya guru nya yang menghadapi kesukaran untuk mengendalikan kelainan dan keunikan K. Guru mahu mudah, iaitu semua murid sama sahaja, ikut kata, dan membaca cara konvensional (lama/kebiasaan). Maka tukar mind set, anak saya tidak bermasalah, guru yang belum mampu cater keperluan khusus anak saya.

+ Nenek perlu membalas komplen guru dengan tidak mengomplen semula kaedah/ kredibiliti guru, kerana dibimbangkan guru akan / boleh ‘aim’ K dan lebih meminggirkan K. Ia berkemungkinan ya. Nenek akui K kerap mengadu yang dia tiada kawan, kerana dia ‘tidak pandai’ (tak pandai membaca). Ini bermakna self esteemnya sudah menjatuh. Dan rasanya cikgu sudah tidak mempedulikan dia.

+ K amat bijak otak kanan, kreatif menconteng, dan bijak nombor, bukan membaca yang berstruktur tersusun huruf-huruf menjadi perkataan dan ayat. Maka pembelajaran menarik minat membaca untuk K tidak boleh kaedah biasa duduk membaca buku, namun perlu melibatkan kaedah kreatif lain seperti menyanyi lagu, mendengar cerita (storytelling yang berayat lengkap), bergerak-gerak seperti menari, aktiviti games dll.

+ Ibu digalakkan mencari set buku dari Readeasy Network kaedah phonic kerana kanak-kanak bijak seperti K tidak perlu mengeja satu-satu yang lambat dan membosankan untuknya, namun terus membaca sukukata dan perkataan.

+ Ibu diberitahu mengenai otak kanan dari bayi 100%, manakala otak kiri mula kuat dan bridging (kanan ke kiri) dalam usia 4 tahun, dan kisah extraordinary people di dunia yang hebat seperti Albert Einstein yang tidak bercakap hingga usia 9 tahun, dan Bill Gates serta lain2 manusia hebat yang dilabelkan bermasalah di sistem persekolahan biasa, namun dewasanya turn kepada manusia hebat luar biasa dan memberi impak kepada dunia.

+ Ibu dan nenek digalakkan beritahu K yang dirinya ‘pandai dalam apa’ pabila K sendiri beritahu skrip diri yang kakak tidak pandai.. Contoh: “Kakak pandai mengira matematik, pandai mengenal huruf, pandai melukis dan menyanyi. Jika kakak rajin berlatih membaca, kakak akan lebih pandai lagi dari kawan2 kakak dalam membaca. Nanti kawan2 pun lagi suka kat kakak, dan kakak ramai kawan..”.

+ Kemungkinan boleh consider untuk tukar ke tadika lain yang lebih positif pendekatan pengajaran gurunya asalkan membina pengalaman positif baru untuk K. Bukan lari dari masalah, namun alternatif solusi dari pilihan yang ada. Jika tidak pindah, ibu akan perlu homework intensif sehingga K mampu mencapai tahap yang dimahukan iaitu membaca dan dalam masa sama kita mendoakan agar guru melayan sama baik K dengan kanak2 lain.

+ Mengenai ayat tersusun juga, diberitahu mengenai kekuatan otak kanan K dan bridging ke otak kirinya yang lewat sedikit adalah bermakna luas lagi potensi menyerap ilmu pelbagai kerana otak kanan adalah sangat tidak terjangkau, tidak limit/ had, permanent learning dan sangat luarbiasa hebat sebenarnya.

+ Language development normal, jika dalam satu ayatnya mengandungi bilangan perkataan sama dengan usianya, seperti 5 tahun, 5 perkataan dalam satu ayat, ia adalah normal dan ok, serta bersyukurlah yang K boleh bercakap dan memberitahu apa yang ingin dicakapkannya, berbanding ada kanak-kanak yang langsung tidak bercakap atau bermasalah dalam pendengaran.

+ Selain itu, ibu / nenek boleh mengulang ayat terbalik K dengan menyebut semula ayat tersusun betul, dengan NIAT mahu menunjukkan cara ayat betul dituturkan, bukan mengkondem silap. Niat dalam hati penting kerana ia boleh dirasai oleh si kecil.

+ Stop membandingkan K dengan adiknya, dan K dengan cucu-cucu lain, kerana hakikatnya K sangat unik dan bijak. Bandingkan K dengan pencapaian dirinya sendiri sahaja. Ini penting untuk membina konsep kendiri dan self esteem positif dalam dirinya.

+ Akhir kata, sangat sempat untuk membantu K dari saat ini, kerana dia masih mempunyai masa setahun lebih untuk tadika, sebelum ke sistem sekolah rendah formal yang lebih mencabar ekspektasinya.

+ Oh ya, selain set buku Readeasy Network untuk membaca Phonic, saya juga menyarankan untuk samada dihantar ke kelas mental arithmetic atau ibu ke kelas anjuran Islamic Parenting Network yang mengajar ibubapa mengajar sendiri anak akan mental arithmetic memandangkan bakatnya yang tinggi dalam matematik. Ia adalah kaedah mengira dalam bayangan minda. Bermaksud kita polishkan lagi /salurkan bakat anak yang dikenalpasti hingga ke tahap maksimum, manakala kekurangan anak kita perlu bantu (bukan biarkan) untuk sampai tahap optimun demi membantu self esteem dirinya untuk persekitaran dunia nya hari ini. Kita tidak expect K untuk cemerlang no 1 di sekolah namun K berada di tahap tidak paling bawah dan masih mampu mandiri dalam bidang yang dia minat dan boleh buat dengan baik. (Tidak menolak K dari situasi kekurangannya, malah bantu dia, dan dlm masa sama salurkan dia ke arah maksimum potensinya itu).

Sama-sama kita doakan untuk kejayaan membantu K dari support system positif dalam hidupnya.