80% kejayaan individu dewasa disumbangkan oleh EQ, selebihnya IQ.
.
Ya? Ya, ini kajian dari pakar psikologi mengenai individu yang sukses.
.
Namun pusat kecerdasan keseluruhan manusia ialah Spiritual Quotient (SQ)! (InsyaAllah saya share di post lain ya)
.
Mahu Anak Cerdas EQ?
Ini 5 bahagian Emotional Intelligence yang kita perlu mula didik anak sedari awal.
.
Agar anak survive di dunia serba mencabar kini dan akan datang.
.
Semudah no 1, Self Awareness, perkenalkan vokabulari perasaan yang betul dan tepat untuknya. Jika tiada vokab (anak bayi atau anak jenis tidak pandai luah), kita lah yang berikan vocab untuk dia. Cth, adik rasa Marah tadi sebab kawan ambil mainan adik tak minta izin. Sebab tu adik rampas semula.
4 vocab perasaan asas yang anda boleh perkenalkan sejak bayi ialah: Gembira, Sedih, Marah, Takut.
Relatekan sentiasa dengan Allah, contoh:-
: Alhamdulillah adik rasa gembira bila Mama pulang ambil adik.
: Bila adik rasa takut, ingat, Allah ada bersama kita.
: La tahzan, Allah bersama kita.
(“La Tahzan, Innallaha Ma’ana” merupakan kalimat berbahasa Arab yang berasal dari Al-Qur’an surat At-Taubah ayat 40, dan memiliki arti, “Janganlah engkau bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita.”
.
No 2, Managing Emotions: Selepas dia tahu dia ada rasa sesuatu (especially yang negatif), dia perlu tahu bagaimana nak urus. Contoh Fateh masa tu 4 tahun, kawan tepuk mukanya, dia rasa nak tepuk semula (sebab Marah). Di sini dah agresif (dia tak buat tapi plan macam tu), saya ajar untuk asertif dan beritahu kawan APA dia rasa dan nasihati kawan untuk buat sentuhan selamat.
.
No. 3 Self Motivation, saya perhatikan ia ‘survivor coping skill’ yang ada pada Kanak-Kanak, contoh, kes Fateh, masa usia 2,3 dulu – Mummy lambat beri respons saya nak gula sunnah (ada kerja lain), saya ambil kerusi dan panjat, ambil sendiri di petiais atas. Sebab saya nak juga. (Ramai budak macam ni kan). Biasanya fasa Initiative ni bermula masa anak dah mula nak masuk usia 3. (Perhatikan ya ;)).
Anak perlu tahu sewaktu dia stres, ‘down feeling’, apa dia boleh lakukan untuk motivasikan diri dia sendiri. Contoh Fateh saya usia 6-8 ini, bila dia stres, dia sendiri akan keluar rumah dan kayuh basikal, dia sendiri akan lega setelah bersenam.
.
No. 4, Empati (kenalpasti emosi orang lain), saya dapati bayi sudah ada empati seperti turut sedih dan menangis bila ada bayi lain menangis, atau menangis bila Ibu ayah bergaduh. Untuk Fateh, 3 hari lepas (usia 4) dia beritahu, Kasihan Teacher tua tu basuh pinggan sorang-sorang. Fateh nak tolong tapi nanti jatuh sebab pinggan banyak. Lain, kasihan Mummy masak sorang-sorang, meh Fateh tolong (sebenarnya dia nak guna pisau la kan memotong hehe).
Kenalpasti perasaan orang lain membantu anak untuk lebih sensitif kepada perasaan orang lain, berempati dan menyesuaikan diri dengan emosi individu lain. Buatlah game atau aktviti main peranan yang mengajak anak meneka perasaan orang lain dari memek muka, mahupun dari storytelling harian kita ya.
.
No 5, Handling Relationship, untuk kawan yang annoying (tak best), Fateh 4 tahun buat keputusan tidak mahu berkawan dengan kawan ini dan berkawan dengan kawan ini (yang dia selesa, actually dia label kawan tu ‘baik’ dan ‘jahat’, namun saya betulkan meaning dan label itu iaitu tingkahlaku kawan itu kasar tak selamat. Bukan jahat. Ajar anak untuk tidak label menyeluruh individu agar tidak ter over generalisasi, tetapi be specifik. Ini penting untuk skil ke depan dia, agar berobjektif dan tidak personalised (terutama anak Thinking).
Maznah Ibrahim