Teknik Pernafasan Untuk Anak Bebaskan Kesedihan dan Ketakutan

Ajarkan Anak Teknik Comel Ini: Terbangkan Masalah Keluar 🙌

————————————————

.
Cuba dulu baru tahu, best sangat rupanya. Haha.

.
Buku ni memang best.

.


Bedtime Storytelling. Baru-baru ni Fateh terambil, dipilihnya untuk dibacakan sebelum tidur.

.
Saya pernah bacakan dulu, mungkin sekitar usianya 2 tahun, masa baru-baru belikan buku ni.

.
Nampaknya sekarang baru lebih sesuai dengan usianya yang dipenuhi lebih sedikit cabaran hidup bersekolah.

.
Dan jenis dia yang suka berfikir. Thinking. Jenis Thinking ni belum apa-apa pun udah pikir.😏😵

.
Kadang ada sedih, kurang semangat, dan marah marah geram semua, selain teruja dan bangga.

.
Malam ni dia pilih cerita ini, Mukasurat 66

.
Ringkas sahaja, dan saya terus tangkap tekniknya.

.
Kami lakukan bersama. MasyaAllah memang best betul.

.
Bila rasa macam ada masalah, atau kurang semangat sebab sesuatu,

.
1. Tarik Nafas panjang dalam-dalam sampai perut.

.

.
2. Fikirkan masalah itu.

.


3. Jerit kuat-kuat.

(Bayangkan masalah itu terbang dan lari dari kita)

.


………

.

Sebenarnya:

.
1. ia berkaitan dengan cara kita berfikir. Lagi fikir ia masalah, lagi ia mendekati atau mendatangi kita. Lagi buang jauh, lagi berkurang lah ia. Law of Universal Attraction. What u focus will expand.

.
2. Blow out the negative, macam saya selalu ajar dalam pernafasan EHSABAR.

.
3. Jerit ni melegakan sampai puas keluar segala isi pendaman dalam perut.

.
4. Perut ni sinonim dengan emosi takut: kanak-kanak atau orang dewasa yang asyik suka berfikir masalahnya, akan cenderung semakin memendam emosi risau itu dan ia tak bermanfaat mana pun. Hanya tambah sakit kepala dan sakit perut sahaja. Psikosomatik. Sakit yang dia rasai sendiri, cek doktor tiada sebab klinikal.

.
Cubalah santai santai dengan anak ya 😉 mana tahu mak juga boleh terbangkan seketika segala masalah dalam hati dan isi perut tu… It s worth it.

.
Refleksi,

Maznah Ibrahim.